SKPX3013 Modul Perkembangan Kerjaya

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

PUSAT

PUSAT KAJIAN PSIKOLOGI DAN KESEJAHTERAAN MANUSIA

KURSUS
SKPX3013 TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA

SEMESTER/SESI
2 2019/2020

TUGASAN
PEMBINAAN MODUL PROGRAM KERJAYA

PENSYARAH
ENCIK MOHD HAIKAL ANUAR BIN ADNAN

NAMA/NO. MATRIK
HAZNINA ASHIKIN BINTI HAZUAN (A163841)
SUFIATUL INSYIRAH BINTI MOHAMMAD JAMIL (A165115)
SYAFIQAH BINTI MOHD SABRI (A165490)
AMIR AMSYAR BIN ZAMZAM (A165910)
Pembinaan Modul Program Perkembangan Kerjaya Mahasiswa Tahun Akhir
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

1.0 PENGENALAN

Perkembangan pendidikan tinggi dan kerjaya dalam abad ke-21 ini berkisar tentang
perbincangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan keupayaan graduan bagi
memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Pendidikan tinggi adalah merujuk kepada
kurikulum standard yang diguna pakai untuk menyediakan pelajar dalam sesuatu tempoh
jangka masa latihan yang menekankan pengetahuan dan sesuatu kemahiran. Sementara
keperluan pasaran pekerjaan pula dipengaruhi oleh faktor ekonomi, sosial dan
persaingan. Akhir-akhir ini telah diakui dan disahkan graduan yang dilahirkan kurang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pasaran pekerjaan (Institut
Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara, IPPTN 2003; Ismail 2012; Ishak Yussof, Ismail
Rahmah, & Robiah Sidin 2008). Isu graduan menganggur dan sedang mencari pekerjaan
menjadi hambatan kepada universiti dan pemain industri untuk sama-sama mencari jalan
penyelesaian (Zaini Ujang 2009).

Universiti merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi yang berperanan sebagai


pemangkin kepada proses penjanaan ilmu. Selain itu universiti juga mempunyai tugas
menghasilkan sumber tenaga manusia yang berkelayakan dan berketrampilan bagi
memenuhi keperluan dan aspirasi negara sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara
serta Wawasan 2020. Peranan universiti dalam menyediakan graduan yang kompeten,
inovatif dan memenuhi keperluan pasaran kerja sangat penting bagi memastikan graduan
mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang pasaran pekerjaan. Menyedari hal ini,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengambil langkah proaktif dengan
menyediakan Program Modul Pembangunan Kerjaya Sains Sosial (PMPKSS) yang
tersusun dan berterusan yang akan dilalui oleh mahasiswa tahun akhir Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM.
1

2.0 OBJEKTIF PEMBINAAN MODUL

Pembinaan modul ini adalah bertujuan membantu pihak pengurusan dalam


mengendalikan program-program yang dijalankan melibatkan pelajar-pelajar tahun akhir
di FSSK, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara objektifnya ialah :

i. Membantu mahasiswa yang menghadapi masalah pembentukan peribadi untuk


menyesuaikan diri di alam kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.
ii. Menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar tahun akhir sains sosial
mengemukan sebarang persoalan berkaitan kerjaya yang bakal diceburi masing-
masing;
iii. Membantu mahasiswa untuk memahami dan memupuk minat terhadap profesion
sains sosial.
iv. Memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai bidang sains sosial dalam
alam pekerjaan sains sosial yang sebenar.
v. Membantu mahasiswa untuk menjadi seorang ahli sains sosial yang berkarisma,
berpengatahuan dan bersahsiah tinggi.

3.0 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODUL

Pembangunan modul ini dibina agar dapat memberi sumbangan kepada pihak pentadbir
UKM untuk menjalankan satu program yang dapat menyelesaikan masalah sosial pelajar
bagi meningkatkan sahsiah pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian akademik dan
menjadi seorang siswa yang unggul. Selain itu, perlaksanaan modul ini juga diharapkan
dapat membantu pelajar untuk lebih yakin dan berwibawa supaya akan lahir ahli sains
sosial yang cemerlang dari universiti ini. Tambahan itu, pembinaan modul perkembangan
kerjaya ini juga dapat memberi rujukan dan rangka yang lebih jelas tentang perjalanan
program sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi modul pembangunan kerjaya ini adalah kepada para pelajar
Ijazah Sarjana muda tahun tahun akhir (majoriti tahun tiga) dari semua program dari
FSSK, UKM iaitu pelajar-pelajar tahun akhir dari program Antrapologi dan Sosiologi,
Geografi, Kerja Sosial, Komunikasi Media, Linguistik, Psikologi, Persuratan Melayu,
Pengajian Bahasa Melayu, Pengajian Bahasa Inggeris, Sains Pembangunan, Sains Politik
dan Sejarah.

5.0 TEMPAT DAN MASA

Program Perkembangan Kerjaya Mahasiswa Tahun Akhir ini akan dijalankan di Dewan
Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi dan
akan berlangsung selama tiga hari dua malam selepas tamat semester akhir peserta
program ini, iaitu bermula pada 7 Ogos hingga 9 Ogos 2020.
2

6.0 ATURCARA PELAKSANAAN PROGRAM

Hari pertama (Jumaat, 7 Ogos 2020)

Masa Perkara Tempat Modul

2.30 Peserta tiba di Dewan DECTAR -


petang Canselor Tun Abdul
Razak, UKM

3.00 Pendaftaran/taklimat Perkarangan


petang DECTAR -

5.00 Makan malam dan


petang berehat Kafe Cancelori -

7.00 Solat/kuliah/aktiviti
petang moral Solat Masjid UKM -
hajat/yaasin

9.00 Ice Breaking


malam - Bentuk kumpulan DECTAR -
- Menjawab soal
selidik

11.00 Minum malam


malam Kafe Canselori -

11.30 Bersih diri dan tidur


malam Kolej Kediaman -
3

Hari kedua (Sabtu, 8 Ogos 2020)

Masa Perkara Tempat Modul

Persiapan diri
5.30 solat Subuh dan Masjid UKM -
pagi kuliah Subuh

7.30 Senamrobik Perkarangan -


pagi DECTAR

Sarapan
8.00 Kafe Canselori -
pagi

Modul Kenal Diri.


8.30 Modul 1 dan edaran DECTAR - Mengenali
pagi soal selidik kebolehan, nilai,
personaliti dan
minat dalam diri
peserta

10.30 Minum pagi Kafe Canselori


pagi

11.00 Seminar 1 DECTAR Pengurusan diri dan


pagi ketrampilan

1.00 Makan tengahari Kafe Canselori


petang
solat Zohor Masjid UKM

2.30 Seminar 2 DECTAR Pengurusan


petang akademik secara
efisien

4.30 Minum etang dan Kafe Canselori -


petang solat Asar
Masjid UKM
4

5.00 Riadah Gelanggang -


petang Sukan UKM

6.30 Makan malam dan Kafe Canselori -


petang berehat

7.30 Solat/Kuliah/Aktiviti Masjid UKM -


malam Moral

9.00 Modul 2 DECTAR Modul Cinta dan


malam Kerjaya.
- Mengenal kerjaya
dan keadaan kerja
dalam industri

11.00 Minum malam Kafe Canselori -


malam

11.30 Bersih diri dan tidur Kolej Kediaman


malam
5

Hari ketiga (Ahad, 9 Ogos 2020)

Masa Perkara Tempat Modul

5.30 pagi Persiapan diri, solat Masjid UKM


Subuh dan kuliah Subuh

7.30 pagi Senamrobik Perkarangan


DECTAR

8.00 pagi Sarapan pagi Kafe Canselori

8.30 pagi Modul 3 DECTAR Modul Adaptasi

- Padanan nilai,
kebolehan dan
peneguhan individu
dengan kerjaya.

10.00 pagi Pameran kerjaya DECTAR Pemeran kerjaya oleh


pelbagai agensi kerajaan
dan swasta berkaitan
bidang sains sosial

11.00 pagi Persiapan majlis penutup DECTAR

11.30 pagi Majlis penutup DECTAR

12.00 Makan tengah hari Kafe Canselori


tengah
hari

12.30 Bersurai Canselori


tengah
hari
6

7.0 PENGAPLIKASIAN TEORI

Bagi membina sebuah program perkembangan kerjaya yang berkualiti dan berkesan,
ianya perlu merujuk kepada beberapa unsur yang penting sebagai panduan. Oleh itu,
modul ini dibina berdasarkan teori perkembangan kerjaya iaitu Work-Adjustment Theory
(Teori Penyesuaian Kerja) yang telah diperkenalkan oleh Rene Dawis dan Lloyd Lofquist
(1984). Teori ini boleh diaplikasikan kepada golongan yang ingin membuat pemilihan
kerjaya atau untuk mereka yang mengalami masalah di tempat kerja seperti masalah
antara pekerja dengan majikan atau kebosanan di tempat kerja.

Penyesuaian kerja didefinisikan sebagai hubungan yang harmoni antara individu


dengan persekitaran kerja. Teori ini melihat kerja sebagai satu proses interaktif dan timbal
balik antara individu dan persekitaran kerja. Dalam erti kata lain, persekitaran kerja yang
memenuhi keperluan kewangan, sosial dan psikologi individu itu merupakan pertukaran
kepada kemampuan individu tersebut memenuhi keperluan tenaga kerja dalam
persekitaran kerjanya. Teori ini menyediakan rangka kerja untuk meramalkan hasil
penyesuaian kerja dengan persekitaran kerja individu dan menerangkan proses interaksi
(penyesuaian kerja) yang berterusan antara pekerja dan persekitaran kerjanya (Eggerth,
D.E. 2008).

Terdapat beberapa langkah untuk mengenal pasti penyesuaian kerja individu iaitu
yang pertama, menilai kebolehan, nilai, personaliti dan minat untuk memahami individu.
Kebolehan merujuk kepada kemahiran (kemahiran kerja), penilaian kebolehan ini adalah
untuk melihat kemahiran kerja yang boleh dipadankan dengan kerja yang bersesuaian
dengannya. Untuk menilai kebolehan, General Aptitude Test Battery (GATB) yang
mengukur sembilan jenis kebolehan akan digunakan. Nilai pula mewakili kumpulan
keperluan individu. Terdapat enam kumpulan nilai iaitu pencapaian, keselesaan, status,
altruism, keselamatan dan autonomi. Terdapat 20 keperluan di dalam kumpulan nilai-nilai
tersebut. Nilai ini diukur menggunakan The Minnesota Importance Questionnaire (MIQ).
Seterusnya, personaliti yang merujuk kepada bagaimana setiap individu dengan
kebolehan dan nilai tertentu berinteraksi dengan keadaan kerjanya. Empat personaliti
tersebut ialah ketangkasan (celerity) seseorang itu melakukan sesuatu tugas. Langkah
(pace) usaha yang diberikan terhadap sesuatu kerja. Corak (rythym) usaha individu dan
Ketahanan (endurance) iaitu berapa lama individu itu bertahan untuk terus menjalankan
tugasnya. Kemudian, minat berasal dari interaksi hubungan antara kebolehan dan nilai.
Nilai kerja adalah petunjuk kepuasan kerja yang lebih baik daripada minat, menurut
penyelidik lepas, Rounds (1990). Langkah pertama ini akan dilaksanakan dalam program
perkembangan kerjaya ini iaitu pada slot ‘Modul 1: Modul Kenal Diri’.

Langkah kedua pula ialah mengukur keperluan dan keadaan kerjaya. Terdapat
kaedah untuk mengukur kemampuan dan nilai yang diperlukan untuk banyak pekerjaan.
Ini dilakukan dengan mengambil skor purata GATB dan MIQ pekerja dalam setiap
pekerjaan. Walau bagaimanapun, modul ini adalah bertujuan memberi perkongsian
tentang perkembangan kerjaya pelajar universiti yang masih belum bekerja oleh itu ia
akan dirujuk kepada jenis-jenis pekerjaan yang ada dalam bidang sains sosial. Langkah
kedua akan dimasukkan ke dalam slot ‘Modul 2: Cinta dan Kerjaya’ dalam program
perkembangan kerjaya ini.

Langkah ketiga merangkap langkah terakhir untuk mengenalpasti penyesuaian


kerja individu ialah padanan kebolehan, nilai dan peneguhan. Terdapat empat kualiti yang
7

menggambarkan kesepadanan adjustment style iaitu tahap kesesuaian antara individu


dan persekitaran, bagaimana individu berhubung dengan persekitaran pekerjaan dan
antaranya ialah fleksibiliti iaitu kemampuan seseorang untuk bertolak ansur dengan aspek
pekerjaan yang tidak menyenangkan atau sukar. Keaktifan iaitu berusaha mengubah
persekitaran apabila menghadapi kesukaran. Kereaktifan iaitu mengubah diri mereka
sendiri dan ketabahan iaitu berapa lama seseorang boleh menghadapi keadaan tidak
menyenangkan atau buruk sebelum menukar pekerjaan. Langkah ketiga boleh dilakukan
dengan menggunakan antara tiga alat ujian iaitu The Minnesota Importance Questionnaire
(MIQ), GATB atau The Minnesota Occupational Classification System (MOCS). Bahagian
ini akan dijalankan dalam slot ‘Modul 3: Adaptasi’, tapi dengan menggantikan
penggunakan soal selidik seperti yang dinyatakan kepada aktiviti yang melibatkan
pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar dan seterusnya melibatkan perkongsian tentang
cara-cara mempunyai empat kualiti tersebut dalam diri pelajar.
8

8.0 KELEBIHAN MODUL DAN PROGRAM

Modul Perkembangan Kerjaya ini dibina khususnya kepada pelajar tahun akhir FSSK,
UKM. Antara kelebihan modul Program Perkembangan Kerjaya ini ialah terdapat
beberapa unit modul kerjaya dirancang untuk pelajar mengikut standard dan keperluan.
Antara unit-unit modul yang tersebut ialah bengkel perkembangan diri dan kerjaya, sesi
kaunseling, seminar kerjaya dan pameran kerjaya. Pembinaan modul perkembangan
kerjaya yang berdasarkan pada Teori Penyesuaian Kerja ini banyak menggunakan alat
ujian dalam membuat penilaian ke atas aspek kebolehan, kemahiran, nilai dan peneguhan
kerja. Oleh itu, ia menjadikan teori ini boleh digunakan dalam pelbagai latar belakang
budaya dan bidang.

Selain itu, program ini dapat memberi pendedahan awal tentang kerjaya dan juga
dapat memupuk minat pelajar dalam bidang sains sosial terutamanya, melalui aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan. Kemudian, modul kerjaya ini yang menetapkan perjalanan
program selama tiga hari dua malam selain menimba pelbagai ilmu pengetahuan, ia juga
dapat meluaskan kemahiran dan meningkatkan nilai diri pelajar kerana masa yang lebih
panjang terluang untuk aktiviti ilmiah dan berfaedah ini pastinya dapat membantu mereka
dengan lebih mendalam. Memupuk minat pelajar terhadap kerjayanya amat penting
kerana ia akan melibatkan proses pembelajarannya. Menurut Tolbert (1974) dengan
memberi pendedahan kepada bidang kerjaya kepada individu akan dapat menimbulkan
minat untuk berusaha bagi memenuhi keperluan kerjaya tersebut. Individu perlu diberikan
maklumat mengenai dunia pekerjaan supaya individu itu dapat membuat persediaan yang
realistik (Rohany 1984).

Di samping itu, para pelajar juga dapat berkongsi idea dan pengalaman yang lebih
luas sepanjang program ini berjalan kerana ia melibatkan gabungan pelajar-pelajar dari
seluruh program dari FSSK di mana para pelajar akan dibahagikan secara berkumpulan
tanpa mengikut program pengajian iaitu dalam setiap kumpulan akan melibatkan pelajar
dari pelbagai program. Aktiviti pembahagian kumpulan tersebut dijalankan dalam slot ‘Ice
Breaking’ pada hari pertama program. Campuran pelbagai program ini dapat memupuk
sifat kerjasama, yakin diri dan lebih berani dalam diri pelajar yang mana ia sangat
diperlukan untuk menempuh ‘alam baru’ nanti.

Seterusnya, ia dapat membawa pelajar meneroka tentang kerjaya dengan lebih


dekat dengan pembawaan ahli jemputan pakar dari bidang berkaitan seperti pegawai-
pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam, ahli jawatankuasa tertinggi dari syarikat-
syarikat terkemuka dan juga kaunselor-kaunselor hebat di Malaysia. Tambahan daripada
itu, hadirnya ahli jemputan dalam program ini, para pelajar akan mendapat bayangan
pekerja dari syarikat sedia ada dan dapat menjana idea serta membuat rancangan awal
tentang pemilihan kerjaya mereka nanti.

Akhir sekali, sesi kaunseling akan dijalankan hanya kepada pelajar-pelajar tertentu
sahaja. Ianya akan dijalankan oleh kaunselor dari Unit Pakar Kesejahteraan Psikologi dan
Kaunseling (PKPK) dari FSSK, UKM. Sesi tersebut akan dijalankan mengikut keperluan
pelajar. Pelajar akan diberi bimbingan dan kaunseling tentang kerjaya mereka iaitu
profesion dalam bidang sains sosial. Ianya juga untuk menanamkan minat pelajar
terhadap profesion ini. Sasaran pelajar untuk sesi ini akan dikenal pasti melalui Ujian
Personaliti Diri dan Minat Kerjaya yang diberikan pada hari pertama program.
9

9.0 LIMITASI MODUL

Membangunkan modul program perkembangan kerjaya pelajar adalah salah satu usaha
untuk membantu pelajar terutamanya pelajar tahun akhir bagi mempersiapkan mental dan
sosialnya untuk kehidupan baru selepas bergraduasi dari UKM. Pembinaan modul dapat
membantu atau dijadikan panduan kepada Jawatankuasa FSSK untuk menjalankan
program kepada pelajar tahun akhir ini.

Namun demikian, terdapat limitasi terhadap penggunaan modul ini. Hal ini kerana
penggunaan Teori Penyesuaian Kerjaya adalah berdasarkan sistem di Amerika Syarikat.
Ia tidak sama dengan kerangka pekerjaan di negara Malaysia. Negara Amerika Syarikat
adalah amat berbeza daripada Malaysia. Malaysia adalah salah satu negara membangun
manakala Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang telah lama mencapai kemajuan.
Oleh itu, ia tidak selari dengan senarai sistem pekerjaan yang terdapat di Malaysia. Malah,
teori ini juga tidak sesuai dengan nilai dan kebolehan budaya tempatan di Malaysia
disebabkan oleh perbezaan budaya di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Selain itu, Teori Penyesuaian Kerjaya boleh digunakan kepada pekerja yang tidak
mencapai kepuasan kerja sahaja namun tidak diberikan penjelasan tentang penyelesaian
yang berkaitan masalah penyesuaian kerja. Hal ini akan membataskan seseorang itu dari
mengekalkan diri mereka terhadap sesuatu kerja itu dalam tempoh jangka masa yang
lama. Ini akan menyebabkan pekerja yang tidak mendapat kepuasan dalam kerjayanya
tidak menemui jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah di tempat kerja yang
dihadapinya. Oleh itu, Teori Penyesuaian Kerjaya ini tidak bersifat menyeluruh jika
diapikasikan kepada pekerja-pekerja yang menghadapi masalah di tempa kerja.
10

RUJUKAN

Eggerth, D.E. 2008. From theory of work adjustment to person–environment


correspondence counseling: Vocational psychology as positive psychology.
Journal of Career Assessment 16(1): 60–74.

Francis & Tolbert. (1974). The School Counselor and Career Education. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rohany Nasir. 1984. Kaunseling dan Kerjaya. Kuala Lumpur: Penerbit Pendeta.

You might also like