Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kertas Kerja Program Pendidikan Pencegahan Jenayah dan Pendidikan Seks

Sekolah Kebangsaan Padang Lebar


Tahun 2019
1.0 Pendahuluan

Dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita perlu melahirkan kendiri
pelajar yang berkualiti. Kendiri pelajar sangatlah penting untuk menghasilkan pelajar yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Salah satu langkah awal adalah dengan mendedahkan
pelajar sekolah rendah dengan pendidikan pencegahan jenayah dan pendidikan seks. Pelajar-pelajar yang
mempunyai masalah disiplin di sekolah seperti merokok, gengsterism, berpasangan, melepak, tidak
menghormati guru-guru dan pelbagai masalah disiplin lain, perlulah dibimbing agar kesalahan disiplin di
sekolah dapat diminimumkan. Sehubungan dengan itu, adalah penting kecemerlangan kendiri individu
dibina dan diperkukuhkan bagi melahirkan pelajar yang berwibawa dan berkepimpinan.

2.0 Matlamat

Memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang pendidikan pencegahan jenayah dan pendidikan seks

3.1 Objektif

1. Menimbulkan perubahan sikap dan pembangunan sahsiah pelajar.


2. Memupuk kesedaran dan keinsafan dalam kalangan pelajar.
3. Memberikan kesedaran awal tentang pencegahan jenayah dan pendidikan seks.
4. Mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

4.0 Sasaran

Semua murid SK. Padang Lebar

5.0 Tarikh / Tempat

Tarikh : 12 Oktober 2011 (Rabu)


Tempat : Dewan Bestari SK Batu Tiningkang

6.0 Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : Pn. Musiah Pansoi


Guru Besar SK Batu Tiningkang
Pengerusi : En. Augustine Yen
GPK Hal Ehwal Murid
Tim. Pengerusi 1 : En. Zainuddin Botui
GPK Kurikulum
Tim. Pengerusi 2 : Pn. Siti Alinah Bukari
GPK Ko-Kurikulum
Penyelaras : Cik Nooraidy Mutang

AJK Kecil :
Pengurus ceramah : Cik Nooraidy Mutang
Juru gambar : En. Ch’ng Kai Siong, En. Faizal
Abdullah Peralatan : En. Balaluddin Gapul
PA Sistem : En. Gry Alexander, En.Fauzilyaffindy
Pengurusan dewan : En. Rauzly Awah, Pn. Juliana Saimon
Sijil & Hadiah : Pn. Suzielawati Jamil, Pn.Saleha Nordin
Jamuan : Cik Hapsah Abd Ghani, Pn. Surina Suparman
Kawalan Murid : En. Sabrin Dewin, Utz. Shahrul Hafiz
7.0 Anggaran Kos

Bil. Perkara Unit Jumlah


1. Minum Pagi RM 50.00 RM 50.00
2. Jamuan makan tengahari RM 200.00 RM 200.00
3. Cenderahati Penceramah 2 X RM 100.00 RM 200.00
4. Cendramata Perasmi 1 X RM 50.00 RM 50.00
5. Keperluan lain RM 50.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 550.00

Sumber Kewangan

Semua perbelanjaan program ini menggunakan peruntukan kewangan B&K SK. Batu Tiningkang.

8.0 Tentatif Program

Tarikh / Hari Masa Aktiviti


7.00 Semua pelajar masuk ke dalam Dewan
8.00 Ceramah 1: Pendidikan Seks
12 Okt 2011 Oleh : Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Tenom
Rabu 10.00 Rehat
10.30 Ceramah 2: Jenayah Juvana
Oleh: Sekolah Hendry Gurney
12.30 Jamuan Ringan
Bersurai

9.0 Penutup

Sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini amatlah di hargai. Diharapkan dengan
terlaksananya program ini, ianya dapat memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai pendidikan
pencegahan jenayah dan seks serta mengubah sikap pelajar dari pelajar yang bermasalah disiplin kepada
pelajar yang mempunyai sikap dan sahsiah serta berkualiti dalam semua aspek terutama dalam intelek dan
rohani. Kerjasama daripada semua pihak sangat dihargai dan sangat diperlukan dalam melaksanakan dan
menjayakan program ini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

( NOORAIDY MUTANG) (MUSIAH PANSOI)


Guru Bimbingan dan Kanuseling, Guru Besar,
SK. Batu Tiningkang, Tenom SK. Batu Tiningkang, Tenom

You might also like