Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 2
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG Bandar Indera Mahkota 25604 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR Tel: 09-571 5700 Foks 099734967 mel pnpahang@moe gov my Portal _hiloonpahang.moe gov my/ Ruj. Kami: JPNP.SPK.KOKU.700-1/2 Jid 45( ) Tarikh : 25 Julai 2019 22 Zulkaedah 1440H Guru Besar, ‘SK Pelindung, 26100 Kuantan, Pahang. Tuan, KELULUSAN UNTUK MENJALANKAN PERTANDINGAN REKA BENTUK SETEM DAN POSKAD 2019 PERINGKAT NEGERI PAHANG Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat rujukan CBA4107.700-1/1/27 (99) bertarikh 18 Julai 2019 adalah berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah menerima permohonan daripada pihak tuan untuk menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk Setem dan Poskad 2019. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang tiada halangan untuk memberi kebenaran kepada pihak tuan untuk menjalankan program seperti di atas bagi tahun 2019. 3. Walau bagaimanapun kebenaran ini tertakluk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 5/2018 - Garis Panduan Perwakilan Kuasa Daripada Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru Kepada Pendaftar Bagi Kelulusan Permohonan Oleh Pihak Luar Menjalankan Aktiviti Melibatkan Murid, Guru dan Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan hendaklah mematuhi syarat yang telah ditetapkan seperti yang berikut : i. Mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan dan Pengetua/Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat; ji, Mematuhi semua pekeliling dan peraturan yang sedang berkuatkuasa; iii, Surat kebenaran kelulusan tidak boleh diguna pakai bagi maksud untuk mendapatkan sumbangan dan tajaan daripada mana-mana pihak berkenaan; iv. Penglibatan guru dan murid dalam program ini tidak akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran mereka; v. Penganjur bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan murid yang terlibat dengan program ini; vi. Murid-murid dan guru serta pihak sekolah tidak boleh dipaksa atau diwajibkan teribat dengan program ini; vi, Penyertaan murid hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga; viii Penglibatan murid juga perlu diiringi oleh guru sekolah berkenaan; Ruj. Kami: JPNP.SPK.KOKU.700-1/2 Jid 45 (_) KELULUSAN UNTUK MENJALANKAN PERTANDINGAN REKA BENTUK SETEM DAN POSKAD 2019 PERINGKAT NEGERI PAHANG ix, x xi, Tiada implikasi kewangan kepada KPM, JPN dan PPD yang terlibat; Pihak penganjur dimohon agar mengemukakan satu salinan laporan program dalam tempoh 30 hari selepas pelaksanaan program tersebut; dan Pendaftar bethak menarik balik surat kelulusan/kebenaran sekiranya pihak penganjur gagal mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan atau bercanggah dengan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa. 4. __Kebenaran ini hanya untuk tujuan yang dinyatakan sahaja dan luput selepas tarikh 30 Julai 2019. Sebarang pertanyaan berkaitan kebenaran program, pihak tuan boleh menghubungi Puan Wan Nor Hasnizar binti Wan Abdul Razak, Penyelia Kokurikulum Jabatan Pendidikan Pahang di talian 09-5715894 atau 019-9200980. Kerjasama dan sokongan tuan dalam perkara di atas amat dihargai. ‘Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menjalankan amanah, ABDULLAHGANI BIN HAJI ABDUL RAHMAN, AAP, ‘Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan b.p Pengarah Pendidikan Pahang sk: = Pengarah Pendidikan Pahang Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan Pegawai Pendidikan Daerah Pekan Pegawai Pendidikan Daerah Rompin Pegawai Pendidikan Daerah Bera Pegawai Pendidikan Daerah Temerioh Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut Pegawai Pendidikan Daerah Raub Pegawai Pendidikan Daerah Bentong Pegawai Pendidikan Daerah Lipis Pegawai Pendidikan Daerah Cameron Highlands Pegawai Pendidikan Daerah Maran Fail Timbul

You might also like