Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

USK 11001

KOKURIKULUM FUTSAL

SEMESTER FEBRUARY
SESSION 2019/2020

RUMUSAN SEPANJANG KELAS


USK 11011

NAMA FASILITATOR: JURULATIH MOHD YUZMUHAIMIZEE BIN


YAACOB DAN NORIMAN BIN JAAFAR

NAME Matric No.


MUHAMMAD SOLEHIN BIN MAT ZIAN A19A0370
Menurut kamus dewan futsal ialah satu permainan bola sepak yg terdiri daripada lima
orang pemain sepasukan dan gelanggangnya sebesar gelanggang bola keranjang. Futsal
merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran
antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya
berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-
duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya
merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak
menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan
futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih
berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang
lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan
dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur
terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang
mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan
penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua.
Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.
Sejarah futsal pula dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan
Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA. Di Brazil,
versi ini telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah
diterbitkan. Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya
memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación
Internacional de Fútbol de Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia.
Kejohanan Dunia FIFUSA telah diadakan di São Paulo, dengan tuanrumahnya adalah Brazil
menjuarai kejohana tersebut mendahului Paraguay dan Uruguay. Semakin ramai negara yang
menyertainya di Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985.[2] Oleh kerana terdapat
satu pertikaian di antara FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran fútbol, maka FIFUSA telah
mencipta nama fut-sal pada tahun 1985.
Kokurikulum futsal (USK11001) ini dikendalikan oleh jurulatih Mohd Yuzmuhaimizee
Bin Yaacod sebagai ketua Fasilitator dan di bantu oleh jurulatih noriman. Mereka berdua akan
mengajar kami semua mengenai futsal iaitu terdiri dari teknik,undang undang, dan sejarah
futsal. Kami akan belajar mengenai futsal selama 14 minggu
Minggu 1 merupakan minggu sesi mengenalkan diri dan mengenali sejarah
perkembangan futsal. Pada minggu ini kami hanya berada didalam kelas untuk berbincang
mengenai futsal seperti peralatan diperlukan, pakaian yang sesuai untuk bermain futsal dan
minggu ini juga jurulatih telah memberi tugas kepada Ariff Ahmad untuk memilih jersi yang
sesuai untuk digunakan setiap latihan. Selepas itu Arif Ahmad menjadi wakil kelas USK 11001
untuk berurusan dengan jurulatih mengenai jersi kelas USK 11001
Pada minggu ke 2 kami melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum ketua jurulatih
memberi taklimat untuk memulakan sesi latihan ke 2. Pada minggu ini kami belajar mengenai
passing dengan kaki dalam dan passing dengan kaki luar
1. Passing dengan Kaki Dalam
Teknik mengumpan bola dengan memakai cara ini biasa dilakukan oleh pemain untuk
memberikan bola kepada rakan yang berada dalam jarak yang dekat. Karana saiz gelanggan
futsal yang kecil maka teknik ini sangat sesuai dalam permainan dimana para pemain sering
kali melakukan umpan atau hantaran pendek (Short passing) dalam mengatur strategi.
Cara melakukan teknik passing ini dengan betul:
• Posisikan bola di depan kita dan tubuh menghadap target pemain yang hendak di
hantarkan bola
• Tempatkan kaki kiri / kanan sebagai tumpuan di samping bola dengan lutut sedikit
ditekuk
• Tarik ke belakang kaki untuk menendang lalu ayunkan ke dapan sampai terkena bola
• Tendanglah tepat di bagian tengah bola agar bergerak lurus ke depan
• Biarkan kaki untuk tetap diayunkan mengikuti arah bola ke depan.

2. Passing dengan Kaki Luar


Cara menghantar bola dengan menggunakan teknik passing ini biasa dilakukan oleh pemain
untuk memberikan umpan silang kepada ahli pasukan dimana posisinya berada pada tempat
yang berlawanan dengan posisi pengumpan.
Teknik hantaran dengan kaki luar ini boleh dilatih dengan beberapa cara di bawah ini:
• Posisi bola berada di samping kita saat akan ditendang
• Tempatkan kaki yang dijadikan tumpuan di belakang atau sejajar dengan posisi bola
• Tarik ke belakang kaki penendang kemudian ayunkan ke samping hingga terkena bola
• Saat menendang letakkan kaki di bagian kiri atau kanan bola
• Gerakan kaki biarkan tetap mengikuti arah bola untuk mengayun ke samping
Pada minggu ke 3 kami melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum ketua jurulatih
memberi taklimat untuk memulakan sesi latihan ke 3. Pada minggu ni kami belajar untuk
meningkatkan kemahiran menggunakan tapak kaki. Ia digelar sole foot secara universal. Ramai
yang bagus dalam penggunakan kasut luar dan kasut dalam (depth touch) dengan baik namun
sangat lemah dalam penggunakan tapak kasut ataupun sole foot. Untuk menjadi Pemain futsal
yang bagus perlu menajamkan kemahiran futsal ini. Ianya kerana ia akan membolehkan pemain
lebih dominan ke atas bola. Seorang pemain futsal seharusya tahu cara menggunakan sole foot.
Ada beberapa aspek yang penting dalam penggunaan tapak kaki ini.
i. Untuk menerima bola (control & trap)
ii. Untuk mengacah pihak lawan
iii. Rolling bola
Ia harus dilakukan dengan kadar pergerakan ataupun kepantasan yang pelbagai. Banyakan
aktiviti rolling bola futsal dengan tapak kaki. Selepas tamat sesi latihan minggu kedua kami
melakukan aktiviti pemanasan badan sekali lagi.
Pada minggu ke 4 kami seperti biasa sebelum memulakan latihan jurulatih
Yuzmuhaimizee akan mengarahkan Ariff Ahmad menjadi ketua untuk melakukan aktiviti
memanas badan. Lepas tamat aktiviti memanas badan jurulatih memberi taklimat tentang
minggu ini. Pada minggu ini kami akan belajar mengenai Teknik menendang bola. Minggu
ini jurulatih mengajar kami Teknik asas untuk menyepak bola ke gawang goll. Kami berlatih
menggunakan kaki dalam untuk menendang bola.
Berikut adalah cara cara menendang bola dengan kaki bahagian dalam:
1. Berdirilah sedikit disamping bola yang akan ditendang
2. Anda perlu mencondongkan badan anda sedikit kebelakang
3. Saat akan menendang, anda perlu melihat sekeliling lalu tendanglah bola menuju sasaran yang
anda tuju
4. Ayunkan kaki anda dari belakang dan tendanglah bola secara menyilang dari kaki anda
sehingga posisi bola sedikit disamping kaki
5. Setelah menendang, kaki anda akan digunakan sebagai titik tumpu
Mendaratlah menggunakan kaki yang telah anda lakukan untuk menendang bola
Pada minggu ke 5 kami tidak dapat turun berlatih digelanggang futsal kerana
disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Oleh itu jurulatih telah memberi kami
tugasasn untuk kami siapkan. Tugasan tersebut mengenai sejarah futsal dan kami perlu
menyiapkan report mengenai sejarah futsal untuk mengantikan dengan latihan di gelanggan
futsal.
Pada minggu ke 6 jurulatih Yuzmuhaimizee mengadakan sesi pembelajaran online
kerana disebabkan oleh penyakit berjangkit iaitu covid 19. Pembelajaran online ini juga
merupakan satu langkah keselamatan oleh jurulatih untuk memastikan kami berada dalam
keadaan selamat. Oleh itu pada minggu ke 6 jurulatih Yuzmuhaimizee akan menerangkan
tentang formasi pivot. Pivot adalah target man ataupun pemain yang berada pada posisi yang
paling menyerang untuk menjaringkan gol. Definisi paling mudah ialah Striker dalam sukan
bolasepak. Namun dalam futsal,tiada posisi tetap seperti bolasepak,namun setiap pemain ada
peranan masing masing dalam membentuk fasa serangan dan bertahan. Posisi pemain ini
berada di bahagian depan. Sebagai contoh sebagai penyerang tulen. Pivot memiliki tugas untuk
huru hara pihak lawan dan juga membuka peluang untuk rakannya mencetak gol.
Antara ciri ciri seorang Pivot berkualiti
Seorang Pivot biasanya pemain yang memiliki keupayaan untuk melakukan
shielding/screening,terutamanya ketika dalam kotak penalti lawan. Pemain ini perlu
melakukan setback dan turning ketika shielding.
Kedua,pemain Pivot biasanya memiliki fizikal yang kuat kerana dia akan ditekan
dengan kekasaran mahupun tolakan dari defend pihak lawan.
Ketiga,pemain Pivot perlu memiliki kawalan bola yang baik dan kemahiran memahami
keupayaan rakan sepasukan kerana Pivot akan menentukan sama ada akan melakukan setback
atau turning untuk melepaskan rembatan atau far post.Antara Pivot yang terkenal dalam dunia
Futsal adalah Cirilo Futsal (Russia), Fernandao (Sepanyol), & Ferrao (Brazil). Jika di Malaysia
kita ada lagenda futsal kita Coach Addie Azwan.

Minggu 7
Minggu ke 7 kami belajar mengenai posisi ala. Ala ialah Pemain Sayap atau "Winger" yang
sentiasa bergerak ke hadapan dan ke belakang di sisi padang (sayap kiri dan sayap kanan), di
antara pertahanan dan serangan. Posisi ini tidak terlalu menyerang seperti pemain penyerang,
dan juga tidak terlalu bertahan seperti pemain pertahanan.

Ala juga perlu menjadi penghubung anchor dan pivot. Seorang pemain ala harus
mempuyai kontrol bola yang sempurna dan kecepatan yang baik. Selain itu, ala juga merupakan
seorang pemain yang mencipta peluang gol untuk pasukan. Bahkan, ala adalah senjata
sembunyi pasukan untuk mencetak gol. Seseorag pemain ala perlu mempunyai stamina yang
tinggi kerana pemain ini perlu naik ke atas untuk menyerang dan perlu turun kebawah untuk
bertahan. Selain itu ala juga perlu mempunyai skill yang tinggi untuk mengelirukan pihak
lawan. Antara pemain yang bermain di posisi ala ialah Falcão, Javi Rodríguez, Ricardinho,
Adriano Foglia, dan Vinicius.
Minggu ke 8 kami belajar posisi fixo atau Anchor dan penjaga gol
Anchor atau fixo adalah pemain pertahanan terakhir sebelum penjaga gol. Peranan utama
anchor atau fixo ialah menghalang pemain lawan daripada menjaringkan gol. Pembentukan
pertahanan, seperti posisi 2-1-1, akan membolehkan pasukan lebih bertahan dan mempunyai
kekuatan yang lebih baik dalam mengurangkan gol daripada pihak lawan. Untuk bermain posisi
ini pemain perlu kuat dalam bertahan, kreatif dalam menjaga tempo permainan, dan juga
berfungsi sebagai perancang serangan. Seorang yang bermain di posisi anchor ini perlulah
mempunyai stamina yang tinggi serta mempunyai larian yang laju untuk berlari semula ke
bawah ketika di serang. Contoh pemain yang bermain diposisi ini ialah kike dan julio.
Penjaga Gol ialah kedudukan yang paling khusus dalam futsal. Peranan utama ialah
bertahan; menjaga gawang pasukan daripada bolos (dijaringkan pihak lawan). Penjaga gol
ialah satu-satunya pemain yang dibenarkan untuk menyentuh bola dengan tangan dan lengan
mereka, namun hanya terhad untuk berbuat demikian hanya dalam kawasan penalti mereka
sendiri sahaja. Atas sebab ini, mereka harus mengenakan jersi yang membezakan mereka
daripada pemain di padang dan juga pengadil. Walaupun posisinya menjaga gawang di
belakang, dalam keadaan tertentu, penjaga gawang juga boleh naik keatas untuk membantu
ahli pasukan mencetak gol. Antara pemain yang bermain di posisi ini ialah luis amado dan
tiago

Minggu ke 9 jurulatih Yuzmuhaimizee mengadakan soal jawap online menggunakan


google meet. Sesi ini untuk memastikan semua pelajar faham ape yang diajar oleh jurulatih
Yuzmuhaimizee dan noriman. Sesi soal jawap ini mengenai posisi pivot,ala,fixo dan penjaga
gol. Pada minggu ke 10 jurulatih Yuzmuhaimizee memberi tugasan kepada setiap kumpulan.
Kumpulan dibahagikan kepada 4. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berlainan untuk
dibentangkan dan setiap kumpulan perlu menyediakan slide dan video. Tajuk kumpulan 1
adalah sejarah dan undang-undang futsal. Tajuk kumpulan 2 ialah tugasan pengadil. Manakala
kumpulan 3 diberi tajuk prinsip asas pertahanan dalam futsal dan kumpulan 4 diberi tajuk
prinsip asas menyerang.

Pada minggu ke 11 setiap wakil dari kumpulan perlulah bentangkan tajuk yang diberi
oleh jurulatih Yuzmuhaimizee. Setiap kumpulan perlu menunjukan slide video semasa
pembentangan untuk dinilai oleh jurulatih Yuzmuhaimizee dan noriman. Pada minggu ke 12
jurulatih Yuzmuhaimizee dan noriman membuat rumusan mengenai setiap pembentangan yang
dilakukan oleh setiap kumpulan.

Pada minggu ke 13 jurulatih Yuzmuhaimizee mengadakan sesi soal jawap berdasarkan


pembentangan pada minggu ke 11. Setiap pelajar perlu menjawap semua pertanyaan yang
ditanyakan oleh jurulatih Yuzmuhaimizee dan noriman. Pada minggu ke 14 merupakan minggu
terakhir untuk kelas USK 11001 pada tahun 2020. Minggu ini juga merupakan minggu
perpisahan kami dengan jurulatih Yuzmuhaimizee dan noriman.
Rumusan

Kesimpulannya kokurikulum futsal ini bukan sahaja mengenai bakat dalam bermain
futsal. Setiap individu yang bermain futsal perlulah tahu Teknik yang betul untuk bermain.
Selain itu kita juga perlu tahu mengenai undang-undang futsal sebelum bermain. Rumusan
yang dapat dirumuskan tentang kelas USK 11001 ialah pada awalnya jurulatih Yuzmuhaimizee
dan noriman merancang untuk melakukan latihan setiap minggu di gelanggang futsal tertapi
disebabkan penyakit berjangkit yang melanda negara kita. Jurulatih Yuzmuhaimizee dan
noriman telah memutuskan sesi latihan di gelanggan futsal berakhir pada minggu ke 4 untuk
memastikan semua orang berada dalam keadaan selamat. Untuk meneruskan sesi latihan kelas
usk 11001 jurulatih Yuzmuhaimizee dan noriman mengadakan sesi pembelajaran online
menggunakan kaedah google meet pada minggu ke 6 hingga minggu ke 14. Akhir sekali ialah
saya ingin membuat rumusan mengenai jurulatih Yuzmuhaimizee dan noriman. Bagi
pendapatan saya jurulatih Yuzmuhaimizee dan noriman adalah seorang yang senang untuk
didekati membuatkan saya mudah faham apa yang jurulatih Yuzmuhaimizee dan noriman ingin
sampaikan. Selain itu tidak kedekut ilmu ketika berada di gelanggan futal untuk mengajar kami
pelbagai Teknik asas dalam futsal. Manakala ketika kelas online pula jurulatih Yuzmuhaimizee
dan noriman adalah seorang peka tentang masalah yang dialami oleh pelajar seperti memahami
pelajar yang tiada internet dan sering minta pendapat dari pelajar untuk mengadakan kelas pada
waktu yang sesuai.

You might also like