Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LATIHAN 4 – GRAF BAR MEMESONG MUDAH / KOMPAUN @ GRAF BAR IMBANGAN

 Graf bar jenis ini biaasanya juga dikenali sebagai graf bar imbangan.
 Untuk mengenalpasti graf bar memesong atau imbangan dalam sesuatu soalan, calon
hendaklah memerhatikan kata kunci seperti berikut:
a. Sediakan graf yang sesuai menunjukkan peratus perubahan ....................
b. Sediakan graf yang sesuai menunjukkan imbangan ...................................
 Calon harus mengenal pasti bahawa graf bar jenis ini mempunyai nilai negatf dan positif
pada paksi Y.
 Bar bagi graf ini boleh sama ada bar mudah atau bar kompuan.

CONTOH GRAF BAR MEMESONG JENIS MUDAH


TEKNIK MELUKIS GRAF BAR MEMESONG

1. Sebelum melukis graf, calon hendaklah mengetahui bahawa jadual persediaan adalah sedikit
berbeza iaitu:
a. Calon hendaklah meletakkan lajur tambahan bagi nilai peratus perubahan bagi setiap
perbezaan kelompok tahun atau tahun. ( lihat contoh )
b. Nilai perbezaan setiap tahun tersebut yang diguna pakai untuk membina graf.
c. Untuk mengira peratus perubahan ialah : Nilai baru – nilai lama / nilai lama x 100.......
2. Tajuk seperti biasa ditulis ditengah-tengah di bahagian paling atas graf.
3. Paksi y pula menggambarkan pemboleh ubah nilai bagi bar sama ada dalam bentuk peratus
perubahan dan sebagainya dan paksi Y ini mesti mempunyai nilai positif dan negative.
4. Paksi X pula mengambarkan kelompok tahun pemboleh ubah atau tahun-tahun pemboleh
ubah ( bergantung kepada kehendak soalan ).
5. Bagi bar memesong mudah, bar pertama hendaklah dijarakkan dari paksi Y mengikut
kesesuaian calon.
6. Jarak bagi setiap bar hendaklah mengikut kesesuaian calon.
7. Setiap bar hendaklah diwarnakan dengan warna berbeza mengikut setiap pemboleh ubah
dan petunjuk hendaklah dibuat seperti biasa selepas skala.
8. Petunjuk seperti biasa
9. Sumber di bahagian bawah sekali sebelah kanan dan ditulis lengkap mengikut sumber pada
petikan.
10. Perhatian !!!!! Jika ada nilai anggaran, calon jangan lupa letakkan perkataan itu pada
tajuk, lajur tahun anggaran dan juga pada graf.
Contoh jadual

Malaysia : Peratus Perubahan Pekerja Pelbagai Kategori Pekerjaan antara Tahun 2002 hingga
anggaran 2004.

Pekerjaan Tahun ( orang ) % Tahun % perubahan


perubahan ( orang ) 2003 - 2004
2002 2003 2002 - 2003 2004*anggaran
Pensyarah 17000 19000 11.76 21000 10.53
Guru 45000 52000 15.56 56000 7.69
Pengurus 1900 2100 10.53 2000 -4.76
Pekerjaan 40005 29800 -26.42 26400 -11.41
lain

( Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Intervensi, Jabatan Perangkaan Malaysia
2003/2004 )

Mencari peratus perubahan contoh:

Pensyarah : Tahun 2002 - 17000 orang

Tahun 2003 – 19000 orang

Maka: 19000 – 17000 = 2000 ÷ 17000 x 100 = 11.76%

You might also like