Inovasi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Abtsrak : “Iron Shelf” Sebuah rak buku yang bahannya menggunakan paip besi (BG) yang mempunyai kelebihan

seperti
tempat menyangkut baju dan menggantung kunci.

Pengenalan

Persoalan dalam membuat sesuatu produk ialah adakah produk yang dihasilkan itu mempunyai daya kreativiti dan inovasi
dalam penghasilannya. Pentingnya pengeluaran produk yang berinovasi ialah sesuatu produk itu mampu mengatasi
kekurangannya dengan kelebihan yang dihasilkan. Inovasi secara amnya ialah satu proses penambahbaikan kepada
pengeluaran sesuatu produk atau peningkatan sesuatu perkhidmatan, dengan menggunakan idea-idea baru.

Kami menginovasikan sebuah rak buku yang kreatif didapati dari internet dengan menambah sedikit inovasi kami
keatasnya. Rak buku ini mampu membantu pelajar khususnya atau pengguna biasa menyimpan buku agar tidak berselerak
merata kawasan.

Secara amnya produk inovasi yang bakal dihasilkan oleh kami sekumpulan ialah sebuah rak buku yang mempunyai reka
bentuk yang kreatif dan mempunyai kriteria-kriteria yang memberi manfaat kepada pengguna. Rak buku yang bakal
dihasilkan hanya menggunakan jenis paip besi (BG) yang disambung menjadi sebuah rak ( contoh seperti dalam Rajah 1.0
dan Rajah 1.1 ), penggunaan paip besi (BG) ini ialah bertujuan bagi memastikan buku yang diletakkan ke rak buku ini kelak
tidak jatuh, oleh kerana paip besi (BG) ini tahan dan tidak mudah patah. Dari segi kreativiti, kami meletakkan sedikit
kelebihan dalam rak buku kami dengan menambah penggunaan lampu di tepi rak buku bagi memudahkan pengguna
mencari bukunya di waktu malam.

Rajah 1.0 menunjukkan contoh sebuah rak


buku yang menggunakan bahan jenis paip
besi (BG).
Rajah 1.1 menunjukkan contoh
sebuah rak buku yang
menggunakan bahan jenis paip besi
(BG).

Pengguna mungkin akan rasa rak kami serba kekurangan oleh itu kami menambah lagi kelebihan rak kami dengan
menambah tempat letak kunci.Akhir sekali kami menggunakan “casing” komputer sebagai tapak permukaan rak buku ini
kelak.

Objektif inovasi rak buku kami ialah untuk menambahkan dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam
sistem pembelajaran kepada pelajar sekolah.

1. Mengumpul bahan rujukan untuk kegunaan pembelajaran.


2. Menyusun bahan rujuakan pelajar mengikut mata pelajran.
3. Mudah mengendali bahan-bahan rujukan.
4. Menceriakan,menarik,unik dan ekslusif bilik pembelajaran.
5. Memelihara atau memulihkan unsur-unsur alam sekitar.
6. Berfungi sebagai ruang pameran dan ruang penyimpanan di dalam bilik pembelajaran.
7. Mudah mencari bahan rujukan yang diperlukan.
Latar Belakang
Pernyataan Masalah

Masalah yang hendak dinyatakan untuk projek inovasi kami ialah:


1. Rak kayu akan mengambil ruang yang banyak di sesebuah rumah.
2. Kos untuk membeli rak kayu pada masa kini meningkat kerana kekurang tenaga buruh
3. Paip BG yang telah dibuang tidak di kitar semula oleh masyarakat.
4. Rak kayu tidak tahan lama dan mudah rosak
5. Pemasangan rak kayu susah dan hendak mempunyai sedikit kepakaran
6. Tidak mempunyai kelebihan yang lain untuk rak buku dinding
7. Reka bentuk rak di pasaran terlalu ringkas dan tidak mempunyai reka bentuk yang
menarik perhatian.
8. Rak kayu tidak dapat menyimpan/menampung buku yang berat kerana ianya rapuh.
9. Kos kayu pada masa kini tidak berpatutan.
10. Rak kayu mudah diserang anai-anai serta mudah reput.
11. Kunci rumah/ Kunci kereta diletakkan sesuka hati dan tidak mempunyai tempat yang khas untuk mengantung
kunci
12. Almari baju penuh dan memerlukan tempat untuk meletak beberapa baju yang penting pada hari tertentu.
Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah yang hendak dinyatakan untuk projek inovasi kami ialah :

1. Menggunakan paip BG dapat mengurangkan ruang yang banyak.


2. Penggunakan paip BG bagi mengurangkan kos untuk membeli rak kayu.
3. Menggunakan paip BG yang dikitar semula.
4. Paip BG yang tahan lama dan tidak mudah rosak.
5. Paip BG mudah dicari dan tidak memerlukan kepakaran yang teliti.
6. Mempunyai kelebihan , iaitu rak buku digantung didinding. Oleh itu, bahan rujukan tersebut dijamin selamat dari
kanak-kanak.
7. Mempunyai reka bentuk yang menarik dan dapat menarik perhatian pengguna lain.
8. Dapat menampung berat/beban buku kerana ianya menggunakan paip BG.
9. Kos Paip BG pada masa kini amat berpatutan
10. Tidak mudah diserang anai-anai dan tidak mudah reput kerana menggunakan paip BG.
11. Kunci rumah tidak mudah hilang jika digantungkan pada tempat pengantung kunci.
12. Mempunyai ruang untuk mengantung baju yang berlebihan.
Metodologi

Cara memperolehi idea

Salah seorang ahli kumpulan telah menemukan buku buku yang berselerak di dalam kelas selepas
digunakan dan tiada tempat untuk diletakkan. Dengan itu, terdetik idea untuk membuat rak rak buku
yang menjimatkan kos,kreatif dan mudah dikendalikan/diletakkan. Oleh itu , kami telah berpakat untuk
mencipta satu projek inovasi. Kami telah menamakan projek inovasi kami iatu ‘iron shelf’.

Kenapa projek inovasi kami diberi nama ‘Iron Shelf’?

Gabungan antara nama paip besi dan rak buku dan diterjemahkan dalam bahasa ingeris iaitu ‘Iron
Shelf’

Anggaran perbelanjaan

Anggaran Bajet : RM 80

Anggaran Harga Bahan Bahan Yang Dibeli

1. Paip Lurus BG (20 kaki) : Rm 30


2. Paip L BG (10 biji) : Rm 40
3. Rod Welding : Rm 10

Kaedah Perlaksanaan

Kami sekumpulan akan membeli bahan bahan dikedai perkakasan (seperti paip lurus BG,paip L BG
dan rod welding). Untuk pemasangan kami menggunakan teknik welding untuk membentuk ‘iron shelf’
(seperti yang telah ditunjukkan). Kami akan membuat tambahan kemudahan projek ini dengan
menambah penyangkut tempat letak kunci (rumah,kereta,motosikal,kunci almari dan sebagainya)
ataupun barang barang yang dapat disangkut.Selepas itu, kami akan menggantung rak tersebut di
dinding supaya ianya lebih kemas dan mudah untuk diambil.
Kenapa rak tersebut digantung di dinding?

1. Dapat memberi ruang pada bilik/kelas yang lebih besar.


2. Tidak memberi penyimpanan rak dalam kelas/bilik lebih padat.
3. Senang untuk dihiaskan.
4. Lebih mudah untuk diambil dan dicari.
5. Sesuai untuk penggunaan warga emas .
6. Selamat dari kanak kanak.

Kenapa didalam rak tersebut bahan bahan simpanan diletak berasingan?

1. Mudah untuk mencari barang


2. Barang akan teratur
3. Untuk mengekalkan keseimbangan rak tersebut dengan lebih kukuh.
4. Mudah untuk kanak kanak dan orang dewasa untuk mengambil barang dari ketinggian yang
sesuai.
5. Rak tersebut kelihatan kemas dan teratur.
Kenapa Paip BG?

1. Tahan Lasak
2. Tahan Lama
3. Dibuat daripada besi bersadur zink
4. Sesuai untuk menampung berat yang tinggi.

Rajah : Paip Besi Bergalvani (BG)

Rajah : Paip Besi L


Rumusan dan Cadangan
Kami dapat merumuskan daripada hasil produk "Iron Shelf" kami ini dapat membantu para pelajar untuk
menyusun buku mereka jika rak-rak buku lain sudah penuh. Produk ini juga senang dipasang dan tidak memerlukan ruang
yang banyak. Paip BG ini mampu untuk menahan buku yang banyak dan tidak mudah rosak. Selain itu, dengan tambahan
untuk meletak kunci dan penyangkut barang, produk ini sesuai bagi menjimatkan ruang almari atau baju yang hendak
digantung. Produk "Iron Shelf" ini juga selamat digunakan kerana tiada permukaan yang tajam.
Kami cadangkan setelah produk "Iron Shelf" ini dilaksanakan, produk ini dapat dipasarkan dan diguna oleh orang
ramai. Selain itu, kami akan cadangkan untuk menambahbaikan sekiranya pelanggan kami meminta kami untuk mengolah
atau menambah baru bentuk atau kelebihan yang lain. kami juga mencadangkan agar produk ini dapat dipasarkan ke
seluruh negeri di Malaysia dan mampu untuk bersaing dengan produk yang lain.
Hasil Kajian
"Iron Shelf" ini mempunyai 3 kegunaan iaitu tempat meletak buku,penyangkut baju dan penyangkut kunci. Selain itu,
dengan adanya "Iron Shelf" ianya memudahkan saya untuk mengendalikan barang-barang. Disamping itu, saya tahu
bahawa cara pemasangan dan paip BG yang berkualiti tinggi dan ianya kukuh untuk meletak barang. Seterusnya ianya
memudahkan saya untuk mengambil barang seperti buku,kunci dan baju."Iron Shelf" ini dimudahkan untuk menyusun
barang-barang saya seperti baju,buku dan kunci. Akhir sekali, selepas projek ini selesai kami akan memasarkan produk
kami di kawasan Miri bagi pengguna lain yang mempunyai masalah yang sama.

Penahan dinding Paip BG


“T”

Lampu
Paip BG
“L”

Paip PVC

Penyangkut Engsel
kunci

Rajah 2.0 menunjukkan lakaran “Iron Shelf” yang bakal dihasilkan.


Rajah 2.1 menunjukkan lakaran berwarna “Iron Shelf” yang bakal dihasilkan.
Rujukan

1) https://www.google.com/search?
biw=1034&bih=707&noj=1&tbm=isch&sa=1&q=paip+besi+L&oq=paip+besi+L&gs_l=img.3...15931.18072.0.18294
.12.10.1.0.0.0.232.578.0j2j1.3.0....0...1c.1.64.img..9.3.390.5TIrxlyFZNQ#imgrc=6BOpu3GhmjirMM%3A
2) http://www.desainrumah99.com/20-inspirasi-rak-buku-yang-unik-dan-menarik/
3) http://norliayanazamat.blogspot.my/2012/06/nota-teras-khb.html
4) http://pertukangan.blogspot.my/2009_04_01_archive.html
5) http://www.tempo.co/read/news/2015/05/09/108664861/ini-desain-rak-buku-yang-mempercantik-ruangan
Lampiran

1) Gambar rajah ini merujuk kepada inovasi kami


2) Gambar rajah ini merujuk kepada rak buku digantung

You might also like