Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PROGRAM GURU CELIK BAHASAKEBANGSAAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

HASIL GURU
Faedah Bersukan

Sukan merupakan satu aktiviti gerak badan dan permainan. Aktiviti


bersukan membawa banyak faedah kepada kita.

Antara faedah bersukan ialah kita dapat mengisi masa lapang dengan baik.
Kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Contohnya, melepak , merokok dan bermain video.

Selain itu, dengan bersukan, kita dapat menyihatkan badan. Kita dapat
menggelakkan masalah kesihatan bak kata pepatah sediakan payung sebelum
hujan. Contohnya, obesiti, penyakit kencing manis dan strok.

Di samping itu, aktiviti bersukan juga dapat memberikan keseronokan.


Aktiviti ini dapat memberikan kepuasan dan menghilangkan stress. Antaranya,
senamrobik, bermain bola sepak dan menunggang basikal.

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita bersukan. Banyak faedah yang kita


boleh peroleh dengan bersukan.

( 103 patah perkataan )

Faedah Menonton Televisyen


Disediakan Oleh,

Nagammal Rajagopal, Anbarasi Anbalan ( SJKT Ladang Repah ) &

Shashi Rehka Sundaraj ( SJKT Lorong Jawa )

“Menjana Cendekiawan, Menggapai Kecemerlangan”


PROGRAM GURU CELIK BAHASAKEBANGSAAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

HASIL GURU
Televisyen merupakan alat yang menerima siaran dalam bentuk gambar dan
suara. Menonton televisyen sangat penting kepada kita sebagai seorang murid.

Antara faedah menonton televisyen ialah kita dapat mengetahui banyak


maklumat mutakhir. Kita boleh memperoleh isu terkini dari dalam dan luar
negara. Contohnya, berita tentang pendidikan, ekonomi dan sukan.

Selain itu, dengan menonton televisyen, kita dapat mengisi masa lapang
dengan baik. Kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak
berfaedah. Contohnya, melepak dan gengsterisme.

Di samping itu, menonton televisyen juga dapat memberikan keseronokan


kepada kita. Tayangan yang ditonton dapat memberikan kepuasan kepada kita.
Antaranya, rancangan kartun, sukan dan dokumentasi.

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita menonton televisyen. Banyak


faedah yang kita boleh peroleh dengan menonton televisyen.

( 111 patah perkataan )

Disediakan Oleh,

Nagammal Rajagopal, Anbarasi Anbalan ( SJKT Ladang Repah ) &

Shashi Rehka Sundaraj ( SJKT Lorong Jawa )

“Menjana Cendekiawan, Menggapai Kecemerlangan”

You might also like