Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 27

MANUAL UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS)

BAHASA MELAYU

1.0 Latar Belakang


Sejak tahun 1994, secara purata lebih 90% murid lulus mata
pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Namun
begitu, masih ramai murid yang tidak menguasai kemahiran
bertutur dengan baik. Hal ini telah dinyatakan oleh Datuk Dr.
Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
(KPPM) dalam kertas kerja beliau yang dibentangkan dalam
Persidangan Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1999.

Berdasarkan kajian Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan


maklum balas daripada pelbagai pihak, Ujian Lisan Berasaskan
Sekolah (ULBS) Bahasa Melayu yang dijalankan sejak 1973
secara berpusat didapati bahawa ujian lisan memerlukan
perubahan, sesuai dengan perkembangan sistem pendidikan dan
pentaksiran terkini.

Sehubungan dengan itu, perubahan format baharu ULBS


dirancangkan dan mula diperkenalkan pada tahun 2002 kepada
murid tingkatan empat. Format baharu ini mempunyai kelebihan
seperti yang berikut:

1.1 Bersifat autentik kerana berupaya mentaksir kebolehan


sebenar murid secara berfokus dalam kemahiran bertutur.

1.2 Menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran


kemahiran bertutur di dalam bilik darjah.

1.3 Pentaksiran dijalankan secara berterusan bermula dari


tingkatan empat hingga tingkatan lima.

1.4 Menepati kehendak dan keperluan Sukatan Pelajaran


Bahasa Melayu Sekolah Menengah.

1.5 Pentaksiran dapat dijalankan dalam situasi berkomunikasi


yang sebenar dan lebih daripada satu kemahiran bertutur
dapat ditaksir.

1.6 Pentaksiran dapat dijalankan juga semasa aktiviti di luar


bilik darjah yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu.

1.7 Pentaksir ialah guru yang mengajar murid berkenaan


kerana beliau lebih mengetahui kemampuan sebenar
kemahiran bertutur murid tersebut.
2.0 Matlamat ULBS Bahasa Melayu
Matlamat ULBS Bahasa Melayu adalah untuk melengkapkan
murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi
memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan
dan urusan harian.

3.0 Objektif
3.1 Mendedahkan situasi berlisan yang sebenar kepada murid.

3.2 Membentuk kemahiran dan keyakinan diri murid untuk


berkomunikasi secara berkesan.

3.3 Mendedahkan kemahiran berlisan dan memberikan


pengalaman kepada murid untuk berkomunikasi dalam
situasi formal dan tidak formal.

4.0 Konsep ULBS Bahasa Melayu


4.1 Ujian ini dilaksanakan berasaskan sekolah dengan
kawalan langsung oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM).

4.2 Pentaksir ujian ini ialah guru-guru yang mengajarkan


Bahasa Melayu di tingkatan empat dan di tingkatan lima.

4.3 Ujian ini dijalankan secara berterusan dari tingkatan empat


hingga tingkatan lima.

4.4 Kemahiran bertutur murid ditaksir dalam pelbagai aktiviti


secara individu dan kumpulan.

4.5 Ujian ini dapat meningkatkan kemahiran berlisan dan


kesantunan berbahasa selaras dengan hasrat untuk
memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan.

4.6 Ujian ini memberikan peluang kepada murid meningkatkan


pencapaian dalam kemahiran bertutur. Hal ini bertepatan
dengan konsep pentaksiran untuk penambahbaikan dalam
pembelajaran.

5.0 Pengendalian ULBS Bahasa Melayu


ULBS Bahasa Melayu dilaksanakan berdasarkan lima model
interaksi:

5.1 Aktiviti individu berdasarkan model 1, 2 dan 3.

5.2 Aktiviti kumpulan berdasarkan model 4 dan 5.


6.0 Aktiviti Lisan

Model 1 2 3 4 5
(Individu dan (Individu dan (Individu dan (Kumpulan) (Kumpulan) Catatan
Bil. Pentaksir) Pendengar) Penggalak)
Aktiviti

1. Menyampaikan ulasan bahan prosa X

2. Menyampaikan ucapan X

3. Menyampaikan syarahan X

4. Bercerita X

5. Perbahasan X

6. Forum X

Menyampaikan ulasan secara langsung


7. X X
tentang sesuatu peristiwa

8. Menyampaikan berita/maklumat X X

9. Menyampaikan taklimat X X

10. Menyampaikan laporan X X


Model 1 2 3 4 5
(Individu dan (Individu dan (Individu dan (Kumpulan) (Kumpulan) Catatan
Bil. Aktiviti Pentaksir) Pendengar) Penggalak)

11. Memberikan panduan/tunjuk cara X X X

Melafazkan dan mengulas puisi


12. X X X
moden/tradisional

13. Wawancara X X X X

Sumbang saran/merumuskan bahan


14. X X X X
prosa/puisi

15. Membuat ulasan bahan rangsangan X X X X X

16. Membincangkan isu semasa X X X X X

Memberikan pendapat/membuat
17. X X X X X
keputusan/menyelesaikan masalah
Membuat ulasan tentang bahan prosa/
18. X X X X X
puisi
Membuat ulasan dan menilai pelbagai
19. X X X X X
bahan rangsangan

20. Komentar X X X X X
7.0 Perincian Aktiviti

Bil. Perincian Aktiviti

1. Menyampaikan ulasan bahan prosa


1.1 Menyampaikan ulasan bahan prosa yang menunjukkan
pemahaman terhadap isinya.

2. Menyampaikan ucapan
2.1 Menyampaikan ucapan dengan tepat dan berkesan.

3. Menyampaikan syarahan
3.1 Menyampaikan syarahan dengan tepat dan berkesan.

4. Bercerita
4.1 Mengisahkan sesuatu peristiwa berkaitan dengan hal
kemasyarakatan, kemanusiaan dan kebudayaan.
4.2 Membuat ringkasan/sinopsis daripada bahan prosa atau puisi.

5 Perbahasan
5.1 Menyatakan maklumat, pendapat, hujah, syor penting dan
membuat rumusan dengan tepat dan padat.

5.2 Menolak hujah lawan dengan alasan yang jelas, jitu dan
meyakinkan.

6. Forum
6.1 Menyatakan maklumat, pendapat, hujah, syor penting dan
membuat rumusan dengan tepat dan padat.

7. Menyampaikan ulasan secara langsung tentang sesuatu peristiwa


7.1 Menyampaikan ulasan secara langsung tentang sesuatu
peristiwa/pertandingan/upacara yang berlaku di sekolah/di luar
sekolah.

8. Menyampaikan berita/maklumat
8.1 Menyampaikan berita/maklumat dengan tepat dan berkesan.

9. Menyampaikan taklimat
9.1 Menyampaikan taklimat dengan tepat dan berkesan.
Bil. Perincian Aktiviti

10. Menyampaikan laporan


10.1 Menyampaikan laporan dengan tepat dan berkesan.

11. Memberikan panduan/tunjuk cara


11.1 Memberikan panduan dan tunjuk cara seperti teknik memasang
atau cara membuat alat atau model ciptaan sains dan cara
penggunaannya.

11.2 Menghuraikan panduan menggunakan kemudahan perkhidmatan


awam.

12. Melafazkan dan mengulas puisi moden/tradisional


12.1 Melafazkan puisi dengan gaya yang menunjukkan pemahaman
dan penghayatan terhadap isinya.

12.2 Mengulas puisi untuk menunjukkan pemahaman terhadap isinya.

13. Wawancara
13.1 Menyatakan maklumat, pendapat , hujah, syor penting dan
membuat rumusan dengan tepat dan padat.

14. Sumbang saran/merumus bahan prosa/puisi


14.1 Berbincang secara intensif/kreatif tentang maksud keseluruhan
dan menyelesaikan masalah yang berkaitan.

15. Membuat ulasan bahan rangsangan


15.1 Menghuraikan sesuatu dengan berpandukan bahan rangsangan,
seperti bahan grafik, alat atau model.

15.2 Menghuraikan sesuatu dengan berpandukan bahan prosa, puisi


atau bahan grafik.

15.3 Menghuraikan hal yang berkaitan dengan disiplin, semangat


berdikari, pembentukan sahsiah diri dan isu semasa.

16. Membincangkan isu semasa (tersurat dan tersirat)


16.1 Menghuraikan hal kemasyarakatan tentang isu semasa yang
berlaku di dalam dan di luar negara.
Bil. Perincian Aktiviti

17. Memberikan pendapat/membuat keputusan/menyelesaikan masalah


17.1 Menyatakan hujah yang kritis dan analitis untuk menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan.

18. Membuat ulasan tentang bahan prosa/puisi


18.1 Mengulas aspek sastera dalam bahan prosa/puisi.

19. Membuat ulasan dan menilai pelbagai bahan rangsangan


19.1 Membuat ulasan dan penilaian dengan berpandukan bahan
rangsangan.

20. Komentar
20.1 Memberikan komen/kritikan/huraian/ulasan yang mengandungi
penjelasan, saranan atau pendapat tentang sesuatu perkara.
8.0 Model Pentaksiran

8.1 Model 1 (Individu)

CALON PENTAKSIR

Calon ditaksir berdasarkan tema, bahan atau tajuk yang


dikemukakan oleh pentaksir atau yang disediakan oleh calon.

8.2 Model 2 (Individu)

CALON

PENTAKSIR

PENDENGAR

Calon menyampaikan syarahan, ucapan dan aktiviti lain secara


sehala berdasarkan tema, bahan atau tajuk yang disediakan.

8.3 Model 3 (Individu)

CALON PENGGALAK

PENTAKSIR

Calon berkomunikasi dengan penggalak sahaja tentang


tema, bahan atau tajuk yang disediakan.

8.4 Model 4 (Kumpulan)


CALON CALON

PENTAKSIR

Pentaksir bersoal jawab dengan calon-calon yang ditaksir tentang


tema, bahan atau tajuk yang disediakan.

8.5 Model 5 (Kumpulan)

CALON
CACALO

CALON CALON

CALON

PENTAKSIR

Calon berkomunikasi sesama mereka berdasarkan tema, bahan


atau tajuk yang disediakan.

CONTOH PENGAJARAN GURU (MODEL INDIVIDU)

TAJUK : Karangan jenis pendapat.


“Masalah Sosial dalam Kalangan Remaja”.

MODEL : 2 (Individu)
(Calon – pendengar)

TAKSIRAN : Individu ( Enam orang murid terlibat ).

AKTIVITI : Membincangkan isu-isu semasa (tersurat


dan tersirat)
Memberikan pendapat/membuat keputusan/
menyelesaikan masalah

1. Guru memilih dan memberitahu enam orang murid untuk ditaksir secara
individu.

2. Guru memberitahu/mengagihkan tugasan untuk setiap individu yang


ditaksir sekurang-kurangnya sehari sebelum pentaksiran.

a) Punca/sebab masalah sosial – dua orang murid.


b) Kesan masalah sosial – dua orang murid.
c) Langkah mengatasi masalah sosial – dua orang murid.

3. Jangka masa taksiran untuk setiap murid adalah antara tiga hingga lima
minit.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


TINGKATAN : 4/5
MASA : 80 minit
TAJUK : Karangan jenis pendapat.
“Masalah Sosial dalam Kalangan Remaja”.

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran, murid dapat :

1. Menulis sebuah karangan yang lengkap.


2. Mengemukakan lima isi yang sesuai dengan tajuk
karangan.
3. Menyampaikan pendapat yang bernas dengan
menggunakan intonasi dan gaya penyampaian yang
betul (ULBS).

HASIL PEMBELAJARAN UTAMA (HPU) :


7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca
dan ditonton.

HASIL PEMBELAJARAN KHUSUS (HPK) :


7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan idea utama, isi
penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca dan
ditonton.
7.2 Mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN :


Aras 1 (vi) Mendengar dan mengemukakan persoalan pokok, isi penting dan
kurang penting dalam pelbagai bahan.

KEMAHIRAN BAHASA :
Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

SISTEM BAHASA :
 Tatabahasa – ayat aktif, kosa kata.
 Peribahasa, simpulan bahasa.

ILMU :
 Sosiobudaya.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT) :


 Kemahiran berfikir.
 Kajian masa depan.

NILAI :
 Berhemah tinggi.
 Jati diri.

BBB
 Lembaran kerja
 bahan grafik.
LANGKAH PENGAJARAN

AKTIVITI CATATAN
Soalan Lisan Induksi Set (5 minit)

1. Apakah yang 1. Guru menunjukkan gambar remaja


anda lihat dalam sedang melepak di kompleks Sediakan gambar atau
gambar ini? beli-belah. potongan akhbar yang
berkaitan dengan
2. Pada pendapat 2. Murid menjawab soalan secara tingkah laku
anda siapakah lisan tentang gambar tersebut. negatif remaja.
yang terdapat
dalam gambar 3. Guru meminta seorang murid
tersebut? memberikan pendapat secara
spontan tentang gambar tersebut.

Individu Langkah 1 (40 minit)


Seorang murid
1. Memberikan 1. Murid telah diberikan tugasan untuk mengemukakan dua isi
pendapat tentang mengemukakan pendapat tentang penting.
punca masalah punca masalah sosial.
sosial . Enam orang diuji dan
2. Murid memberikan pendapat tentang dinilai berdasarkan
2. Memberikan kesan masalah remaja. tugasan masing-masing.
pendapat
tentang kesan 3. Murid memberikan pendapat ULBS
masalah sosial . tentang langkah mengatasi masalah
sosial dalam kalangan remaja.
3. Memberikan
pendapat
tentang langkah
mengatasi masalah
sosial .

Langkah 2 (30 minit)

1.Murid lain memberikan komen, idea dan


isi penting di hadapan kelas berdasarkan
tugasan yang diberikan.

2.Murid lain mendengar dan mencatat isi yang


dikemukakan itu.

Penutup (5 minit)

1. Guru merumuskan hasil pembentangan dan


membetulkan isi yang dikemukakan - Guru mencatatkan
oleh setiap murid. skor dalam borang
ULBS.
2. Murid menulis dan menghasilkan
karangan yang lengkap berdasarkan lima isi
penting sebagai tugasan di rumah.
CONTOH PENGAJARAN GURU (MODEL KUMPULAN)

TAJUK : Forum ’Membedah Julia’

MODEL : 5 (Kumpulan)

AKTIVITI : Forum

1. Guru memilih empat orang murid sebagai peserta forum yang akan ditaksir.

Pengerusi forum : 1 orang dinilai secara kumpulan


Pemforum : 3 orang (ULBS)

Pemforum diminta memberikan pendapat tentang aspek :


a. Perwatakan
b. Nilai murni
c. Latar masyarakat

2. Perbincangan dengan murid dibuat sebelum tarikh p&p berlangsung.

3. Jangka masa taksiran untuk setiap murid adalah antara tiga hingga
lima minit.

RANCANGAN PELAJARAN
TINGKATAN : 4 / 5

MASA : 80 minit

TAJUK : Forum ‘Membedah Julia’

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran, murid dapat :

1. Mengemukakan dua watak dan perwatakan dalam novel


(ULBS).
2. Mengemukakan tiga nilai dan latar masyarakat dalam novel
(ULBS).
3. Mengemukakan tiga peribahasa yang bersesuaian dengan
novel.

HASIL PEMBELAJARAN UTAMA (HPU) :


2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam
perbincangan.

HASIL PEMBELAJARAN KHUSUS (HPK) :


2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti.

HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN (HHP) :


Aras 2 ( ii ) Menyokong hujah dengan mengemukakan contoh dan bukti
daripada pelbagai sumber rujukan.

HASIL PEMBELAJARAN UTAMA (HPU) :


7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca
dan ditonton.

HASIL PEMBELAJARAN KHUSUS (HPK) :


7.5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu
bahan.

HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN (HHP) :


Aras 1 (ii) Menganalisis maksud tersirat untuk memahami perkara dan isu
yang diperkatakan.

HASIL PEMBELAJARAN UTAMA (HPU) :


10.0 Memahami dan memberikan respon peribadi.

HASIL PEMBELAJARAN KHUSUS (HPK) :


10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai dan
pengajaran.

HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN (HHP) :


Aras 1 ( v ) Menjelaskan aspek watak dan perwatakan, latar, plot dan gaya
bahasa dan sudut pandangan.
KEMAHIRAN BAHASA:
Mendengar, membaca dan menulis.
SISTEM BAHASA:
a) Membina ayat yang gramatis.

ILMU :
 Sastera
 Sosiobudaya
 Ekonomi
 Pelancongan

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT) :


Interpersonal, verbal - linguistik.
Kemahiran Berfikir – membanding beza, membuat rumusan.

NILAI :
 kasih sayang
 kegigihan
 kemasyarakatan.

BBB :
 Lembaran kerja
 bahan grafik.

LANGKAH PENGAJARAN
AKTIVITI CATATAN

Induksi Set ( 5 minit )

1. Murid-murid menonton sedutan filem ‘Julia’ untuk menarik perhatian mereka


kepada novel ‘Julia’.

Langkah 1 ( 20 minit )

1. Pengerusi memperkenalkan pemforum dan memulakan forum. 4 orang murid dinilai


secara kumpulan
2. Pengerusi membuat rumusan forum. (ULBS)

Langkah 2 (15 minit)

Pengerusi memberikan peluang kepada murid untuk mengemukakan komen


tentang aspek yang diforumkan.

Langkah 3 ( 20 minit )

1. Murid mencatat isi-isi penting bagi setiap aspek yang dikemukakan dan Lampiran 1
membincangkannya.

2. Murid mengisi peta minda yang berkaitan dengan aspek yang dibincangkan.

Langkah 4 (15 minit)

Murid menjawab soalan pemahaman. Lampiran 2


(untuk panduan guru)
1. Tulis tiga peribahasa yang dapat dikaitkan dengan peristiwa dalam novel
Julia.

2. Ulas tiga nilai murni yang terdapat dalam novel Julia.

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk melahirkan warganegara


yang gigih seperti Julia?

Penutup (5 minit)

1. Murid dan guru merumus pelajaran yang dipelajari.

Lampiran 1
WATAK

JULIA JUN

Watak Luaran Watak Dalaman


Watak Dalaman Watak Luaran Watak Dalaman

1. 2.

Lampiran 2

Latar
Masyarakat

3. 4.

Nilai Murni Contoh

Lampiran 2

Lampiran 2
Peribahasa yang berkaitan dengan peristiwa dalam novel ‘Julia’

1. Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan.

2. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

3. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

4. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;


bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

5. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

6. Genggam bara api, biar sampai jadi arang.

7. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

9.0. Pelaksanaan Aktiviti Lisan


9.1 Tarikh dan masa pentaksiran dimaklumkan kepada setiap calon.

9.2 Pentaksiran hendaklah berasaskan dua model, iaitu satu model


individu dan satu model kumpulan

9.3. Calon hendaklah ditaksir melalui dua aktiviti lisan yang berbeza.

9.4 Pentaksiran dijalankan secara formal atau tidak formal


(di luar p & p)

9.5 Pentaksiran dijalankan sama ada pada waktu p & p atau ketika
aktiviti kokurikulum.

10.0 Bilangan Taksiran

10.1 Calon Baik : Taksiran 1 atau 2 dan 3

10.2 Calon Memuaskan : Taksiran 1, 2 dan 3

10.3 Calon Kurang Memuaskan : Taksiran 1, 2, 3 dan 4

10.3.1 Calon yang kurang memuaskan mestilah ditaksir pada


taksiran 4.

10.3.2 Calon yang telah mencapai tahap penguasaan minimum


akan dipilih secara rawak untuk ditaksir pada taksiran 4
bagi tujuan penyelarasan.

10.3.3 Calon yang telah mencapai tahap memuaskan boleh


ditaksir pada taksiran 4 atas permintaannya.

11.0 Penskoran

11.1 Pentaksir melengkapkan Borang Profil Individu dan Borang


Markah Induk.

11.2 Pengisian skor akan dibuat bagi setiap konstruk dalam


Borang Profil Individu berasaskan kriteria penskoran.
BORANG MARKAH INDUK UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH
BAHASA MELAYU
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 200____

Nombor Pusat :……………………………………………….

Nama Sekolah :……………………………………………….

Skor tertinggi
Angka No. Kad (Taksiran 1/2/3/4 )
Bil Nama L/P Jumlah
Giliran Pengenalan K1 K2 K3 K4
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

K1 - Tatabahasa dan Kosa Kata K3 - Kefasihan


K2 - Sebutan Intonasi dan Nada K4 - Bermakna

Disemak oleh Ketua Pentaksir Sekolah Disahkan oleh Pengetua

Tandatangan :……............................... Tandatangan :…………..............


Nama :……............................... Nama :……….................
Tarikh :………………………….. Tarikh :……………….......
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
BORANG PROFIL INDIVIDU UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (BAHASA MELAYU)
SEKOLAH : …………………………………………………………...................................…………..
Nama Calon : ………………………………………………………… Tingkatan 4 : ……………………………………...... Tahun : …………………
No. Kad Pengenalan : ………………………………………………………… Tingkatan 5 : …………………………….....………. Tahun : …………………
Angka Giliran : …………………………………………………………
Model : Model : Model : Model :

Aktiviti : Aktiviti : Aktiviti : Aktiviti :

KONSTRUK Taksiran 1 Taksiran 2 Taksiran 3 Taksiran 4

Tarikh Taksiran : Tarikh Taksiran : Tarikh Taksiran : Tarikh Taksiran :

Sangat Baik Memuaskan Kurang Lemah Sangat Baik Memuaskan Kurang Lemah Sangat Baik Memuaskan Kurang Lemah Sangat Baik Memuaskan Kurang Lemah
Baik Memuaskan Baik Memuaskan Baik Memuaskan Baik Memuaskan
(9 – 10) (7 – 8) (5 – 6) (3 – 4) (1 – 2) (9 – 10) (7 – 8) (5 – 6) (3 – 4) (1 – 2) (9 – 10) (7 – 8) (5 – 6) (3 – 4) (1 – 2) (9 – 10) (7 – 8) (5 – 6) (3 – 4) (1 – 2)
Tatabahasa
dan Kosa
Kata
Sebutan,
Intonasi dan
Nada

Kefasihan

Bermakna

Jumlah Kecil

Jumlah Besar : Jumlah Besar : Jumlah Besar : Jumlah Besar :

TAKSIRAN NAMA PENTAKSIR TANDATANGAN PENTAKSIR TANDATANGAN CALON TARIKH TAKSIRAN ULASAN / CATATAN
12.0 Kriteria Penskoran ULBS Bahasa Melayu

Peringkat Skor Konstruk Kriteria / Keterangan


Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata sangat tepat dan
1. Tatabahasa dan Kosa Kata
betul.
Sebutan betul, sangat jelas dan tepat.
2. Sebutan, Intonasi dan Nada
Sangat Baik 09 – 10 Intonasi dan nada betul seperti penutur jati.
3. Kefasihan Keseluruhan pengucapan sangat petah, fasih dan lancar.
Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, sangat tepat dan bertatasusila
4. Bermakna
serta matang.
1. Tatabahasa dan Kosa Kata Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata tepat dan betul.
Sebutan betul, jelas dan tepat.
2. Sebutan, Intonasi dan Nada
Baik 07 – 08 Kebanyakan intonasi dan nada betul seperti penutur jati.
3. Kefasihan Keseluruhan pengucapan petah, fasih dan lancar.
4. Bermakna Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, tepat dan bertatasusila.
Bahasa masih gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata masih tepat
1. Tatabahasa dan Kosa Kata
dan masih betul.
Sebutan masih betul, masih jelas dan masih tepat.
2. Sebutan, Intonasi dan Nada
Memuaskan 05 – 06 Kebanyakan intonasi dan nada masih betul.
3. Kefasihan Keseluruhan pengucapan masih petah, masih fasih dan masih lancar.
Keseluruhan pengucapan masih mencapai maksud, masih tepat dan masih
4 . Bermakna
bertatasusila.
Peringkat Skor Konstruk Kriteria / Keterangan
Bahasa ada yang kurang gramatis, penggunaan perkataan serta kosa kata
1. Tatabahasa dan Kosa Kata
kurang tepat, kurang betul dan kadang kala salah.
Kebanyakan sebutan kurang betul, kurang jelas dan kurang tepat.
Kurang 2. Sebutan, Intonasi dan Nada
03 – 04 Intonasi banyak yang salah.
Memuaskan
3. Kefasihan Keseluruhan pengucapan kurang petah, kurang fasih dan kurang lancar.
Kebanyakan pengucapan tidak mencapai maksud, kurang tepat dan kurang
4. Bermakna
bertatasusila.
1. Tatabahasa dan Kosa Kata
Keseluruhannya lemah.
2. Sebutan, Intonasi dan Nada
Lemah 01– 02
3. Kefasihan Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran bertutur dalam
bahasa Melayu.
4. Bermakna
13.0 Glosari ULBS Bahasa Melayu

Ungkapan atau istilah Maksud

Tatabahasa  Peraturan bahasa

Kosa Kata  Perbendaharaan kata


 Keseluruhan kata

Sebutan  Cara melafazkan atau menyebut perkataan yang


diterima sebagai yang betul atau yang wajar

Intonasi  Turun naik atau tinggi rendah suara sewaktu


bercakap

Nada  Bunyi tinggi rendah suara yang membayangkan


sesuatu perasaan atau sikap
 Rentak dalam ucapan sajak dan lain-lain

Kefasihan  Lancar dan mudah bercakap


 Pandai berkata-kata
 Pantas dan tidak tersekat-sekat

Gramatis  Penggunaan kata, rangkai kata dan ayat yang


mengikut peraturan tatabahasa

Bermakna  Pengucapan yang mengandungi erti atau bererti


 Pengucapan yang mencapai maksud atau
kehendak tugasan
 Bertatasusila – beradab, bersopan dan
menyatakan maksud dengan jelas
ULBM – LP/01

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH


BAHASA MELAYU

LAPORAN PENTAKSIR

NO. PUSAT BILANGAN CALON

1. Ketua Pentaksir Sekolah : ……………………………………………

2. Pentaksir Sekolah : ……………………………………………

ARAHAN AM

1. Laporan ini adalah untuk kegunaan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

2. Laporan hendaklah ringkas, padat dan tepat.

3. Laporan hendaklah berhubung dengan perkara yang perlu diambil


perhatian dan kesalahan yang dilakukan.

4. Jika ruang tulis tidak mencukupi, gunakan kertas tambahan.

5. Laporan hendaklah dihantar kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia


melalui Ketua Pentaksir Kawasan.

1. Laporan tentang prestasi calon:


(Butirkan kekuatan dan kelemahan yang biasa dilakukan oleh calon)

(a) Tatabahasa dan Kosa Kata

(b) Sebutan,Intonasi dan Nada

(c) Kefasihan

(d) Bermakna

2. Komen am dan cadangan lain tentang pentaksiran

(a) Model/Aktiviti

(i) Kesesuaian

(ii) Prosedur pelaksanaan

(iii) Rangsangan yang dikemukakan

(iv) Penyimpanan fail ULBS


( b) Hal-hal lain

(i) Masalah pelaksanaan ULBS

(ii) Cadangan penyelesaian

Tandatangan Ketua Pentaksir Sekolah : ……………………………………………

Pengesahan Pengetua : ……………………………………………

Tarikh : ……………………………………………
Lampiran K1a

You might also like