Perlembagaan Baru 2018

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PERLEMBAGAAN

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN

KELAB GURU DAN STAF (KGS)

SK DATUK AKHIR ZAMAN,RANTAU

DI GUBAL PADA : 28 JANUARI 2016

DIBENTANG DAN DIPINDA


DALAM MESYUARAT KHAS PADA : 2 OKTOBER 2018

TARIKH BERKUATKUASA : 2 OKTOBER 2018

KANDUNGAN

PERKARA 1 : NAMA DAN ALAMAT

PERKARA 2 : MATLAMAT/TUJUAN

PERKARA 3 : FUNGSI KGS

PERKARA 4 : KEAHLIAN

PERKARA 5 : YURAN AHLI DAN BAYARAN LAIN

PERKARA 6 : AHLI JAWATANKUASA

PERKARA 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

PERKARA 8 : KEWANGAN

PERKARA 9 : PENASIHAT/PENAUNG

PERKARA 11 : PINDAAN UNDANG-UNDANG

1
PERKARA  1   :NAMA DAN ALAMAT 

NAMA KELAB : KELAB GURU DAN STAF


ALAMAT : KELAB GURU DAN STAF (KGS) SKDAZ
D/A SK DATUK AKHIR ZAMAN,
71200 RANTAU,N.SEMBILAN

PERKARA 2 : MATLAMAT / TUJUAN

2.1 Memupuk semangat kerjasama,menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di
sekolah lebih kondusif dan produktif.

2.1 Membolehkan guru-guru dan staf sokongan sentiasa berkomunikasi secara sihat dan bertukar-tukar idea
dalam menjalankan sesuatu aktiviti.

PERKARA 3 : FUNGSI KGS

3.1 Fungsi KGS adalah untuk menjalankan aktivti atau program bagi mencapai tujuan- tujuan seperti yang telah
dinyatakan dalam perkara 2 seperti :

3.1.1 Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan staf sokongan serta menjaga kebajikan
mereka.

3.1.2 Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara guru dan staf
sokongan.

PERKARA 4 : KEAHLIAN

4.1 Keahlian adalah wajib “automatik” untuk semua yang berkhidmat di SK Datuk Akhir Zaman tanpa mengira
pangkat,umur,jantina,agama,bangsa,tempat tinggal dan sebagainya selama berada/bertugas di SKDAZ.

4.2 Keahlian tidak diwajibkan kepada mereka yang berkhidmat secara kontrak/sambilan/sandaran/latihan.

4.3 Semua ahli wajib menyertai aktiviti yang dirancang oleh KGS kecuali atas sebab-sebab yang munasabah.

PERKARA 5 : YURAN AHLI DAN BAYARAN LAIN

5.1 Yuran Bulanan : RM 15.00 (Semua ahli)

Tabung Khairat : RM 10.00 sekali setahun

5.2 Yuran bulanan hendaklah dijelaskan oleh ahli kepada Bendahari dalam tempoh 7 hari pada awal bulan.

ATAU

Bendahari hendaklah mengutip yuran bulanan setiap ahli dalam tempoh 7 hari pada awal setiap bulan.

5.3 Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan
persetujuan /persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli dengan mengambil kira suara majority.Setiap ahli perlu
akur dengan suara majoriti.

ATAU

Sekiranya mesyuarat tidak dapat diadakan kerana memerlukan keputusan segera ; Pengerusi perlu mengarahkan
Setiausaha untuk mengedarkan surat pekeliling yang menyatakan dengan jelas tujuan bayaran dikutip.Kelulusan

2
adalah sama seperti di atas iaitu dengan mengambil kira keputusan suara majority.Setiap ahli perlu akur dengan
keputusan majoriti.

5.4 Bayaran yang telah dipersetujui oleh semua ahli Kelab untuk membeli hadiah-hadiah khas bagi tujuan
tertentu adalah seperti berikut : -

BI PERKARA JUMLAH
L

1. PERSARAAN AHLI KGS :

GURU & PEKERJA


( 0 hingga 4 tahun ) RM 100.00
( 5 hingga 10 tahun ) RM 150.00
(> 10 tahun ) RM 200.00

2. PERPINDAHAN AHLI KGS :

GURU & PEKERJA


( 0 hingga 4 tahun ) RM 50.00
( 5 hingga 10 tahun ) RM 70.00
(> 10 tahun ) RM 100.00

3. PERKAHWINAN AHLI KELAB


( SEKALI SAHAJA SEPANJANG
BERKIDMAT DI SKDAZ ) RM 50.00

4. BERSALIN (SETIAP KELAHIRAN RM 50.00


ANAK DI SKDAZ)
TABUNG KHAIRAT

BIL PERKARA JUMLAH

1. KEMATIAN RM 50.00
(AHLI,SUAMI/ISTERI,ANAK,IBU
DAN AYAH )

2. HOSPITALITI RM 50.00
(AHLI-DI MASUKKAN DI
HOSPITAL SELAMA 3 HARI bATAL
ATAU LEBIH SEKALI SAHAJA 1
TAHUN)

3. PENDIDIKAN
DIRI SENDIRI –SAMBUNG RM 50.00
BELAJAR RM 30.00
ANAK UPSR (6A SAHAJA) RM 50.00
PT3,SPM,STPM,STPM ( SEMUA
A)

PERKARA  6 : AHLI JAWATANKUASA

6.1      Kelab hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik sebagai Jawatankuasa Tinggi
.Jawatankuasa hendaklah dilantik oleh ahli-ahli kelab pada setiap mesyuarat agung tahunan .

6.2        Ahli Jawatankuasa hendaklah terdiri:- 

3
 Pengerusi 

 Naib Pengerusi 

 Setiausaha 

 Bendahari 

 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan) 

 Pemeriksa Kira-Kira(sekurang-kurangnya  seorang)   

6.3   Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan
dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan .Semua pegawai boleh dilantik
semula tiap-tiap tahun.

6.4 Sekurang-kurangnya 2 orang daripada jawatan-jawatan di atas hendaklah dilantik daripada kalangan bukan
guru.

6.5  Ahli    Jawatankuasa    Kecil    boleh   dilantik   oleh  pengerusi  tanpa mengadakan mesyuarat. 

6.6 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jwatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa
tidak dapat diadakan;maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli melalui edaran
surat pekeliling atau pesanan Whatapps.Syarat-syarat berikut hendaklah disempurnakan sebelum
keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima :-

6.6.1 Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang
diedarkan kepada tiap-tiap ahli.

6.6.2 Sekurang-kurang ½ (setengah) daripada bilangan ahli mestilah menyatakan persetujuan atau
bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan

6.6.3 Keputusan hendaklah dengan majoriti undi.Sebarang keputusan hendaklah dilaporkan melalui surat
pekeliling atau pesanan Whatapps kepada semua ahli.

PERKARA   7 :TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Fungsi Jawatankuasa KGS  ialah mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan
atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan
oleh Mesyuarat Agung Tahunan

7.1.      Pengerusi

7.1.1  Mempengerusikan  semua  mesyuarat  Jawatankuasa KGS dan mesyuarat Agung Tahunan dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.

4
7.1.2   Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil
tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang tempoh berkhidmat.

7.1.4   Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah
diluluskan.

7.1.5  Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa-apa peraturan dipatuhi oleh
semua ahli kelab.

7.1.6  Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi

7.1.7   Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna dan teratur    

7.2       Timbalan  Pengerusi

7.2.1   Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi pengerusi

7.2.2   Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi

7.3       Setiausaha

7.3.1   Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.

7.3.2   Melaksanakan keputusan-keputusan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KGS.

7.3.3   Mencatat , menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa KGS dan mesyuarat
agung tahunan

7.3.4   Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan serta minit-
minit yang bersangkutan dengannya.

7.3.5   Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab. 

7.4       Bendahari

7.4.1 Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal  kewangan kelab dengan menyediakan dan
menyimpan kewangan yang di kemaskini dari semasa ke semasa.

7.4.2   Menguruskan perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat agung tahunan
dan mesyuarat jawatankuasa KGS

7.4.3   Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli atau lain-lain
sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan.

7.4.4   Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari akaun kelab.

7.4.5   Menyediakan Laporan atau penyata Kewangan untuk di audit dan dibentangkan kepada Mesyuarat
Agung serta laporan-laporan yang berkaitan. 

7.5      Ahli Jawatankuasa

7.5.1   Membantu menjalankan tugas dalam segala  program  dan aktiviti yang dilaksanakan.

7.5.2   Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.  

7.6       Pemeriksa Kira-Kira

5
7.6.1   Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab
keatasnya. 

7.6.2   Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.   

PERKARA 8 : KEWANGAN

8.1 Wang kelab boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan kelab
untuk kebajikan ahli-ahli.

8.2  Kelab   juga   boleh   memperolehi    kewangan melalui aktiviti.

8.5   Ahli-ahli     yang     bersetuju     menyertai     aktiviti     yang memerlukan perbelanjaan  besar  boleh
dikenakan kutipan  khas bagi membiayai aktiviti tersebut

8.7   Penyata kewangan akan di audit dan di edarkan semasa mesyuarat agung. 

8.8 Kelab hanya boleh mengeluarkan sebayak RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja) untuk sesuatu
permohonan sumbangan atau derma yang datang dari luar. Walaubagaimanapun Bendahari boleh
mengedarkan pekeliling bagi tujuan kutipan sumbangan atau derma.

8.9 Hasil sewaan mesin air diberikan kepada KGS dan ditumpangkan di dalam akaun PIBG.

PERKARA 10 : PENASIHAT/PENAUNG

10.1 Guru Besar secara rasminya akan menjadi penasihat bagi KGS

PERKARA 11 : PINDAAN UNDANG-UNDANG

11.1 Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agong Sahaja.

You might also like