Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Rumusan Bab 9 Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan

Keharmonian

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang


berbilang etnik. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan digunakan untuk
berinteraksi dalam pertuturan harian rakyat Malaysia sehingga membolehkan mereka
bertutur dengan fasih. Ini membuktikan masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu
walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza. Hubungan baik
yang terjalin antara individu atau kelompok yang berbeza latar belakang budaya,
agama dan bahasa biasanya berlaku tanpa paksaan. Pengalaman harian yang terhasil
daripada hubungan tersebut pula berlaku dalam pelbagai suasana dan ruang lingkup
yang luas seperti menerusi perkongsian dalam aspek makanan, kesenian dan media.

Kepelbagaian makanan yang merupakan warisan pelbagai etnik di Malaysia pada


hari ini tanpa kita sedari telah menyumbang kepada keunikan masyarakatnya. Aspek
kepelbagaian makanan ini telah memberi ruang kepada pembentukan kesepaduan
sosial dalam kalangan rakyat Malaysia. Setiap etnik mempunyai warisan makanan
yang beraneka warna dan rasa. Hal ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang
mempunyai aset yang bernilai dari segi kepelbagaian makanan yang telah
menyumbang kepada ikatan perpaduan yang erat dan menjadi produk yang menarik
dalam industri pelancongan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Pengalaman pelbagai etnik yang makan nasi lemak telah mengetepikan stereotaip
bahawa nasi lemak adalah milik etnik Melayu, sebaliknya beranggapan nasi lemak
sudah menjadi milik bersama. Seterusnya, pengalaman harian dalam pengambilan
jenis makanan popular etnik lain juga telah meweujudkan kesepaduan sosial.
Contohnya, mi, sup, dim sum dan kuih pau adalah antara makanan kegemaran etnik
Cina juga digemari oleh etnik yang lain.

Cara makan dan jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh individu atau
kelompok masyarakat membentuk ruang sosial makanan kepada dua, iaitu ruang
awam dan ruang bukan awam. Pembentukan kedua-dua ruang tersebut boleh memberi
kesan tidak sihat ke atas hubungan antara etnik yang berbeza latar belakang budaya
dan agama.Oleh itu penyesuaian dilakukan supaya membolehkan pelbagai etnik turut
serta menikmati juadah yang disajikan dalam kedua-dua ruang sosial makanan
tersebut.

Selain makanan, kesenian juga boleh memupuk kesepaduan sosial apabila wujudnya
penerimaan, penghormatan dan pengiktirafan masyarakat
kepada kepelbagaian corak seni tersebut. Antara contoh kesenian ialah alunan muzik,
nyanyian,tarian, sukan, seni lukis dan bentuk-bentuk kreativiti lain yang dapat
memberikan ketenangan, hiburan dan melegakan tekanan dalam kehidupan manusia.
Kesepaduan sosial dalam hubungan antara etnik yang terhasil daripada aktiviti seni
boleh dilihat dalam dua keadaan. Pertama, kesepaduan sosial yang wujud sewaktu
proses penghasilan sesuatu bentuk seni itu dijalankan. Kedua, adalah kesepaduan
sosial yang boleh dilihat dalam produk seni berkenaan.

Akhir sekali media turut memberikan sumbangan dalam kesepaduan sosial


masyarakat. Media amat penting dalam membina kredibiliti negara serta masyarakat
lebih terpengaruh dan memberi tindak balas dengan cepat ke atas apa yang diterima.
Contohnya Iklan TM “1Malaysia-As One We Care”menggambarkan situasi
masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan saling membantu antara satu sama lain.
Selain itu, iklan “1Malaysia-As One We Care” telah menayangkan interaksi pelbagai
etnik dalam suasana yang harmoni tanpa mengira usia. Iklan ini juga memberi
kesedaran pada penghujungnya bahawa setiap manusia walaupun berlainan bangsa
dan agama tetap mempunyai jenis darah yang sama. Penggunaan mesej ini memberi
satu nilai komunikasi yang berkesan.

Kesimpulannya, kesepaduan sosial mampu mengeratkan perpaduan kaum bagi


mewujudkan suasana yang aman dan harmoni. Kesepaduan sosial ini mampu dicapai
melalui makanan, kesenian dan media.

You might also like