Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

EPPA2823 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

TUTORAN

SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

SOALAN 1

Jelaskan klasifikasi undang-undang yang mentadbir hubungan pihak berkaitan dalam situasi
berikut:

a. Bedah mengalami kesakitan pada pangkal rahim selama beberapa bulan selepas menjalani
pembedahan melahirkan anak. Laporan x-ray menunjukkan terdapat sebatang jarum yang
dipercayai tertinggal akibat kecuaian doktor semasa menjalankan pembedahan tersebut.
Bedah bercadang membuat tuntutan terhadap doktor dan hospital atas kecuaian berkenaan.

b. Komala mengalami kecederaan yang serius di kepala apabila ditolak oleh peragut
bermotorsikal ketika dalam perjalanan pulang dari pasar. Peragut tersebut dapat ditangkap
atas bantuan orang ramai dan didakwa berdasarkan Kanun Keseksaan.

SOALAN 2

“Adalah benar bawah perkara 144(1) bahawa fungsi Suruhanjaya Pasukan Polis ‘tertakluk
kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada’: tetapi ini bermakna hanya
peruntukan yang konsisten dengan Suruhanjaya Pasukan Polis dalam menjalankan tugas yang
diamanahkan kepada mereka. Jika terdapat percanggahan antara undang-undang yang sedia ada
dengan Perlembagaan (yang boleh mengganggu perjalanan fungsi Suruhanjaya Pasukan Polis
mengikut Perlembagaan), maka undang-undang yang sedia ada hendaklah diubah suai agar
selaras dengan Perlembagaan.” (terjemahan)

- Penghakiman Lord Denning dalam kes Surinder Singh Kanda lwn. Government of the
Federation of Malaya (1962) 28 MLJ 169.

Berdasarkan petikan di atas, jelaskan tentang Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber


undang-undang tertinggi di Malaysia. Sokong jawapan anda dengan satu (1) peruntukan statut
dan satu (1) autoriti kes.

SOALAN 3

Nyatakan sama ada sumber undang-undang bertulis berikut adalah undang-undang persekutuan,
atau undang-undang negeri, atau undang-undang subsidiari:

a. Peraturan-Peraturan Koperasi 2010


b. Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor
2017
c. Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000
d. Perintah Duti Kastam 2017

1
e. Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982
f. Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Daerah Kuala Kangsar) 1985
g. Kaedah-Kaedah Laporan Akauntan 1990
h. Kanun Tanah Negara 1965

SOALAN 4

Rossa del Chef, sebuah restoran makanan Sepanyol yang beroperasi di Subang Jaya telah
menggunakan perkataan “Ditanggung Halal” pada iklan kekotak elektronik yang terdapat di
hadapan premisnya. Sewaktu pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya
menjalankan pemeriksaan di premis restoran, pemiliknya gagal mengemukakan sijil pengesahan
halal daripada Jabatan Kemajuan Islam, Majlis Agama Islam Negeri Selangor. Akibatnya,
pemilik Rossa del Chef telah dikenakan kompaun sebanyak RM1000. Kompaun itu berdasarkan
seksyen 6(1) & (2) Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007 yang
memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang menggunakan apa-apa perkataan, logo atau
tanda “Halal” atau “Ditanggung Halal” tanpa mendapat sijil pengesahan halal daripada Jabatan
Kemajuan Islam, Majlis Agama Islam Negeri Selangor atau mana-mana pihak berkuasa yang
berkenaan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya jika disabitkan dengan kesalahan. Undang-undang kecil
tersebut dibuat oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya berdasarkan kuasa yang diberikan oleh
seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri menurut
seksyen 103 Akta yang sama.

Nasihatkan pemilik Rossa del Chef mengenai tanggungannya untuk menjelaskan kompaun
tersebut dan terangkan kepadanya perbezaan antara Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan
Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007.

SOALAN 5

Lukis gambarajah hirarki mahkamah dan jelaskan maksud Doktrin Duluan Mengikat.
Berdasarkan hirarki dan doktrin tersebut, tentukan sama ada –

a. Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan


b. Mahkamah Rayuan terikat dengan keputusan Mahkamah Tinggi
c. Mahkamah Majistret terikat dengan keputusan Mahkamah Sesyen

Berikan alasan bagi setiap jawapan anda.

SOALAN 6

a. Apakah kepentingan kes Commonwealth of Australia lwn. Midford (M) Sdn. Bhd. & Anor
(1990) 1 MLJ 475 dalam penerimaan undang-undang Inggeris di Malaysia? Jelaskan
kaitannya dengan seksyen 3(1)(a) Akta Undang-undang Sivil 1956.

b. Hakim Zhariff bersidang di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Jika Hakim Zhariff
bercadang untuk merujuk undang-undang Inggeris berkaitan insurans, apakah syarat-syarat

2
yang perlu beliau patuhi? Jelaskan dengan merujuk satu (1) peruntukan statut dan satu (1)
autoriti kes.

SOALAN 7

“Terdapat empat sumber utama undang-undang di Malaysia: Statut, Common Law, Undang-
Undang Islam dan Adat”. (terjemahan)

- Penghakiman Hakim Wood dalam kes U Viswalingam lwn. S Viswalingam [1980] 1 MLJ
10 [Mahkamah Rayuan London].

Berdasarkan petikan di atas, huraikan pemakaian undang-undang Islam dan dan undang-undang
adat sebagai sebahagian daripada sumber undang-undang di Malaysia. Sokong jawapan anda
dengan satu (1) peruntukan statut dan satu (1) autoriti kes untuk setiap sumber berkenaan.

3
EPPA2823 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
TUTORAN

PERKONGSIAN

SOALAN 1

Bincangkan kelebihan menubuhkan perkongsian di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad


2012 berbanding Akta Perkongsian 1961.

SOALAN 2

Adi, Ares dan Danny ialah rakan-rakan kongsi Adi & Partners, sebuah firma guaman. Urusan
harian perniagaan firma dibantu oleh dua orang pekerja. Setelah lima tahun beroperasi, Ares
mencadangkan agar firma menerima masuk dua orang pekerja baru bagi membantu mereka
menguruskan perniagaan yang semakin maju. Ini tidak dipersetujui Adi kerana pada
pandangannya dua orang pekerja sudah mencukupi. Sementara itu, Danny yang ditugaskan
untuk menerima pembayaran daripada klien firma telah bertengkar dan mencederakan seorang
klien yang tidak berpuas hati dengan yuran guaman yang dikenakan oleh firma. Berdasarkan
situasi ini, jawab soalan berikut:

a. Bolehkah firma menerima masuk dua orang pekerja baru walaupun dibantah oleh Adi?
Bincangkan dengan merujuk satu (1) peruntukan statut dan satu (1) autoriti kes.

b. Adakah rakan-rakan kongsi yang lain akan bertanggungan bersama sekiranya Danny
disabitkan dengan kesalahan mencederakan klien tersebut? Jelaskan prinsip undang-
undang yang terpakai berserta satu (1) autoriti kes.

SOALAN 3

Lana dan Wawa ialah rakan-rakan kongsi Gimnasium Lawa yang mula menjalankan perniagaan
pada tahun 2014. Baru-baru ini, suatu rompakan telah berlaku yang menyebabkan beberapa
peralatan sukan di gimnasium mereka hilang. Wawa terpaksa mendahulukan wangnya sendiri
untuk membeli peralatan baru memandangkan pada ketika itu firma sedang mengalami masalah
kewangan. Kini, Wawa menuntut agar firma membayar ganti wang yang telah dia keluarkan
untuk membeli peralatan sukan yang baru itu berserta faedah atas pendahuluan tersebut.
Berdasarkan dua (2) peruntukan statut dan satu (1) autoriti kes, bolehkah Wawa berbuat
demikian?

SOALAN 4

Samuel, Sonia dan Sanggapa merupakan pekongsi dalam firma yang menjalankan perniagaan
percetakan. Berdasarkan undang-undang perkongsian, bincangkan situasi berikut:

1
a. Jika Sanggapa berusia 17 tahun, bolehkah dia menjadi pekongsi dalam firma tersebut?
Jelaskan prinsip undang-undang yang terpakai tanpa perlu membincangkan sebarang
autoriti kes.

b. Tanpa pengetahuan Sonia dan Sanggapa, Samuel telah menggunakan salah sebuah mesin
percetakan di kilang firma untuk mencetak kad perkahwinan para pelanggannya. Samuel
menyimpan keuntungan yang diperoleh dalam akaun peribadinya. Adakah firma berhak
menuntut keuntungan tersebut daripada Samuel? Sokong jawapan anda dengan satu (1)
peruntukan statut dan satu (1) autoriti kes.

SOALAN 5

Fazli, Faizool dan Farizam ialah kontraktor binaan yang menjalankan perniagaan atas nama Fa
Brothers. Perjanjian perkongsian mereka tidak membuat sebarang peruntukan berhubung cara-
cara pembubaran firma. Suatu hari, disebabkan oleh kecuaian Faizool ketika melakukan kerja-
kerja pendawaian elektrik di restoran milik pelanggan mereka, kebakaran telah berlaku sehingga
memusnahkan bahagian dapur restoran. Kebakaran itu turut meragut nyawa Farizam yang turut
melakukan kerja-kerja pendawaian di restoran tersebut. Berdasarkan situasi ini, jawab soalan
berikut:

a. Adakah Fa Brothers akan bertanggungan terhadap pemilik restoran atas kecuaian yang
dilakukan oleh Faizool? Nasihatkan firma berdasarkan satu (1) peruntukan statut dan satu
(1) autoriti kes.

b. Adakah kematian Farizam akan membubarkan firma? Jelaskan dengan merujuk satu (1)
peruntukan statut.

SOALAN 6

Samuel dan Dorai telah menubuhkan firma perkongsian yang menjalankan perniagaan
percetakan pada bulan September 2013. Telah dipersetujui bahawa perkongsian tersebut adalah
untuk tempoh 15 tahun dan kedua-duanya memainkan peranan aktif dalam menguruskan
perniagaan. Pada bulan Jun 2018, Dorai telah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya yang
mengakibatkan beliau lumpuh seluruh badan sehingga kini. Doktor mengesahkan bahawa
peluang untuk Dorai sembuh sangat tipis. Samuel bercadang untuk membubarkan perkongsian.
Apakah cara yang paling sesuai bagi Samuel untuk berbuat demikian? Nasihatkan Samuel
berdasarkan satu (1) peruntukan statut dan satu (1) autoriti kes.

2
EPPA2823 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
TUTORAN

SYARIKAT

SOALAN 1

Berdasarkan dua (2) peruntukan statut, senaraikan mana-mana tiga (3) perbezaan antara syarikat
awam dengan syarikat persendirian.

SOALAN 2

Nisfu telah beberapa tahun menjalankan perniagaan kedai runcit secara perniagaan tunggal. Dua
tahun lalu, Nisfu telah menubuhkan Laa Koo Sdn. Bhd. (LKSB) yang mengambil alih
perniagaan kedai runcit tersebut. LKSB kemudiannya meminjam wang berjumlah RM60,000
daripada Rangga, seorang ceti, bagi membesarkan perniagaan. Malangnya LKSB tidak dapat
bertahan lama kerana mendapat saingan yang hebat daripada Garuda Hypermarket yang dibuka
berhadapan dengan LKSB beberapa bulan yang lalu. Apabila LKSB tidak dapat membayar
hutangnya, Rangga menuntut Nisfu menjelaskan pinjaman tersebut secara peribadi. Nasihatkan
Nisfu berdasarkan satu (1) peruntukan statut dan satu (1) autoriti kes.

SOALAN 3

Badar merupakan satu-satunya anggota dan pengarah dalam CoffeeLive Sdn. Bhd. (CLSB).
Selepas tiga tahun beroperasi di premis yang disewa, Badar akhirnya berjaya membeli sebuah
premis pejabat dengan menggunakan wang syarikat. Namun, premis itu dibeli atas namanya
sendiri memandangkan dia ialah anggota dan pengarah tunggal CLSB. Adakah tindakan Badar
itu betul? Jelaskan dengan merujuk satu (1) peruntukan statut dan satu (1) autoriti kes.

SOALAN 4

Ganda Usaha Sdn. Bhd. (GUSB) telah ditubuhkan pada 10 Jun 2019 untuk menjalankan
perniagaan servis kereta dan menjual alat ganti kereta. Pada 1 Mei 2019, iaitu ketika syarikat
masih dalam proses penubuhan, Dani, yang merupakan salah seorang daripada penaja syarikat,
telah mendapatkan bekalan alat-alat ganti kereta daripada Jaya Jaguh Bhd. (JJB) bagi kegunaan
syarikat yang akan ditubuhkan itu. Telah dipersetujui bahawa bayaran akan dijelaskan setelah
GUSB ditubuhkan. Selepas penubuhan syarikat, Dani telah meminta supaya GUSB
mengesahkan kontrak pra penubuhan yang dimasukinya dengan JJB. Syarikat enggan
mengesahkannya tetapi telah menggunakan alat-alat ganti itu semasa menjalankan operasinya.
Berdasarkan dua (2) peruntukan statut dan satu (1) autoriti kes, nasihatkan Dani sekiranya JJB
membuat tuntutan pembayaran alat-alat ganti yang telah dibekalkan itu.

SOALAN 5

Menurut perlembagaan syarikat Bumi Kaya Sdn. Bhd. (BKSB), jika berlaku sebarang
perselisihan faham antara syarikat dengan anggota, perselisihan faham itu hendaklah

1
diselesaikan dengan merujuk timbangtara. Baru-baru ini, Mohan yang merupakan anggota
syarikat telah memfailkan kes terhadap BKSB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurut
satu (1) peruntukan statut dan satu (1) autoriti kes, bolehkah Mohan berbuat demikian?

SOALAN 6

Housin dan Kaliappan merupakan pengarah-pengarah Bangra Sdn. Bhd. Housin berasal dari
Bangladesh tetapi menetap di Kuala Lumpur dan hanya pulang ke Bangladesh dua tahun sekali
untuk menziarahi ahli keluarganya. Akibat perselisihan faham, Kaliappan telah meletak jawatan
sebagai pengarah dan tempatnya telah diganti oleh Kubra Sdn. Bhd. Tentukan kesahan
kedudukan Housin dan pelantikan Kubra Sdn. Bhd. sebagai pengarah-pengarah Bangra Sdn.
Bhd. berdasarkan dua (2) peruntukan statut.

SOALAN 7

Gaya Bistari Sdn. Bhd. (GBSB) mempunyai rangkaian kolej swastanya di Kuala Lumpur, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak. Baru-baru ini, GBSB memutuskan untuk mendirikan cawangannya
di Johor Bahru. Ah Ngau, salah seorang pengarah GBSB, telah ditugaskan untuk mencari lokasi
yang sesuai untuk tujuan tersebut. Dia telah membeli sebuah bangunan empat tingkat yang
terletak di Jalan Wong Ah Fook daripada Teguh Waja Sdn. Bhd. (TWSB). 55% modal syer
TWSB dimiliki adik Ah Ngau iaitu Ah Ngok, manakala Ah Ngau sendiri memiliki 11% modal
syer TWSB. Pemegangan ini walau bagaimanapun tidak didedahkan oleh Ah Ngau kepada
lembaga pengarah GBSB. Adakah Ah Ngau telah melanggar kewajipannya sebagai pengarah
syarikat? Sokong jawapan anda dengan satu (1) peruntukan statut.

SOALAN 8

Sesebuah syarikat boleh digulungkan berdasarkan perintah mahkamah atas petisyen pihak-pihak
tertentu. Dengan merujuk tiga (3) peruntukan statut, huraikan mana-mana tiga (3) alasan yang
boleh diketengahkan oleh pihak yang berkenaan ketika membuat petisyen penggulungan
tersebut.

You might also like