Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

IMBUHAN APITAN

Imbuhan Apitan
·         Penggabungan  dengan kata dasar akan membentuk makna tertentu.
·         Terdiri daripada beberapa bentuk:
Apitan meN......-kan dan meN............-i
·         Perkataan yang dihasilkan merujuk kepada:
(a)    sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain
(b)   menyebabkan sesuatu hal itu terjadi
(c)    perbuatan
Contoh :
·         membasuhkan , mengikatkan, merekodkan,
·         melayani, merawati, mengetuai

Apitan  ke-..............-an
·         boleh membawa beberapa maksud:
(a)    menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b)   tempat
Contoh :
·         kesakitan, keletihan, kemuraman
·         kenakalan, kesempitan

Apitan peN-....-an
·         merujuk kepada tempat dan perbuatan serta keadaan:
(a)    menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b)   tempat
Contoh :
·         pedalaman, pembunuhan, penginapan,perbarisan, pelabuhan
Apitan di-......-kan, di-.....-i, diper-.....-kan
·         Digunakan dalam ayat pasif
Contoh :
·         dianugerahkan, ditemui, diperdebatkan

Contoh ayat:
·         Murid-murid digalakkan menguasai pelbagai bahasa.
·         Adik tertidur di ruang tamu kerana keletihan.
·         Acara perbarisan itu tamat pada pukul 1.00 petang.
·         Mangsa pembunuhan itu ditemui mati oleh jirannya.

Latihan
A.      Letakkan imbuhan pada perkataan di bawah.
1.       Kita harus ______________ orang yang lebih tua daripada kita. ( hormat )
2.       Salmi ___________akan tingkah laku pemuda itu. (curiga )
3.       Ayah ___________seekor lembu pada Hari Raya Aidiladha. (korban)
4.       Hanif ___________kasutnya sebelum masuk ke dalam rumah. (tanggal)
5.       Rosnah sering menghabiskan masa lapangnya di __________.(pustaka)

B.      Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.


Keberanian       bertanyakan      menghadiahi      menanggalkan             
             permohonan             penggunaan                   membincangkan   
    

        kesunyian                  kesultanan                   membaiki

1.      ____________ komputer dapat mempercepat segala urusan khususnya dalam


penyimpanan data.
2.      Asmat berusaha ____________ basikalnya  yang rosak.
3.      Mesyuarat yang diadakan akan ____________masalah pencemaran.
4.      ___________Zaini untuk melanjutkan pelajaran telah diluluskan oleh
majikannya.
5.      Adik __________ kasut sebelum masuk kedalam rumah.
6.      Ayah ___________ saya sebuah buku cerita.
7.  Pihak polis telah memberikan pingat ___________kepada Amar kerana telah
membantu mereka menangkap perompak itu tempoh hari.
8.      Seorang pemuda __________ arah ke rumah Encik Zahari.
9.      Sejak anak-anaknya berpindah ke bandar, Makcik Ani hidup dalam
____________.
10.  Salah seorang sultan pada zaman _______________Melayu Melaka ialah
Sultan Mahmud Syah.

You might also like