Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

FRASA ADJEKTIF

 BINAAN FRASA ADJEKTIF : UNSUR PENGISI FRASA


ADJEKTIF
 PENGUAT
 KATA BANTU DALAM FRASA ADJEKTIF

FRASA ADJEKTIF

# Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan
atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata
sifat sebagai intinya dan kata intinya merupakan bahagian utama dalam
susunan frasa tersebut.

# Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat dan sebagai unsur keterangan


dalam predikat.
# Kata adjektif hadir sesudah frasa kerja dan frasa sendi nama.
# Contoh frasa adjektif sebagai predikat :
Subjek (FN)              Predikat (FA)
Kakak Dania          sangat cantik.
Penyanyi itu           kacak sungguh.

# Contoh frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat :

Predikat

Subjek Frasa Utama Frasa Adjektif Sebagai


Unsur Keterangan

Frasa Kerja

Lelaki itu bercakap lantang sekali

Adik berjalan sangat laju

Frasa Sendi Nama

Menteri itu di Singapura paling lama

Pegawai itu ke pusat latihan amat kerap

# Unsur frasa adjektif sebagai keterangan dapat hadir sebelum frasa kerja dan
frasa sendi nama.

Misalnya :
Menteri itu paling lama di Singapura.
Pengawai itu amat kerap ke pusat latihan.

BINAAN FRASA ADJEKTIF : UNSUR PENGISI FRASA ADJEKTIF

# Inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti terdiri daripada
dua jenis, mengikut binaannya : binaan satu perkataan dan binaan dua
perkataan.
Binaan Satu Perkataan

# Binaan yang terdiri daripada satu kata adjektif.


Misalnya, rajin, tinggi, kosong, baik dan sebagainya. Kata adjektif juga
terdiri daripada perkatan berimbuhan seperti sepandai, terbaik, setinggi dan
sebagainya.

Contoh ayat :
Muka atlet itu pucat.
Abangnya sangat pandai.
Ruang tamu rumah itu sungguh terang.
Ahmad tidak sepandai budak itu.
Pelumba basikal itu mencatat masa yang terbaik.

Binaan Dua Perkataan

# Terdiri daripada dua perkataan iaitu :


Kata Adjektif + Kata Adjektif
Kata Adjektif + Kata Nama

# Hasil cantuman dua perkataan tersebut membentuk konstituen baharu


dengan makna baharu. 

Binaan kata adjektif + kata adjektif


# Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna.
Contohnya riang gembira, penat lelah, cantik molek

# Dua kata adjekif yang maknanya berlawanan. Contohnya tua muda, pahit


manis, miskin kaya

# Deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh
sebab unsur rima (keindahan bunyi). Contohnya lemah gemalai, gemuk
gedempol, tinggi lampai

Binaan kata adjektif + kata nama


# Kata adjektif menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerangnya.
Binaan kata adjektif jenis ini boleh terdiri daripada frasa adjektif yang
membawa maksud keserupaan dan frasa adjektif yang membawa maksud
kiasan. 

# Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan : manis buah, biru laut,
hijau daun, muda remaja
# Frasaa adjektif yang membawa maksud kiasan : ringan tulang, panjang
tangan, rabun ayam, banyak mulut

UNSUR PENGUAT DALAM FRASA ADJEKTIF

# Unsur penguat boleh hadir dalam frasa adjektif. Tiga jenis unsur penguat :
1) penguat hadapan
2) penguat belakang
3) penguat bebas

1) Penguat Hadapan : Perkataan terletak di hadapan kata adjektif. Contoh


ayat :
Wanita itu sangat cantik.
Bangunan itu paling tinggi.

2) Penguat Belakang : Perkataan terletak di belakang kata adjektif. Contoh


ayat :
Pemandangan pulau itu indah nian.
Pak Cik Nazrin tegas sekali. 

3) Penguat Bebas : Perkataan yang kedudukannya bebas sama ada di hadapan


atau di belakang kata adjektif.
Contoh ayat :
Pagi itu amat sejuk.
Pagi itu sejuk amat.
Beliau seorang yang sungguh baik.
Beliau seorang yang baik sungguh.

# Dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif.
Contoh ayat :
Kelakuannya sungguh amat sopan.
Kecederaan Ali terlalu amat parah.

KATA BANTU DALAM FRASA ADJEKTIF

# Frasa adjektif boleh disertai oleh kata bantu.

Contoh ayat :
Anak saudara saya sudah besar.
Laila harus rajin.
Adiknya masih kecil.

# Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat.
Contohnya, masih amat kecil, tentu sudah masak, belum sangat pandai.

Contoh ayat :

Air yang dijerangnya tentu sudah masak.


Mak Cik Limah belum sangat pandai memandu kereta.
Adik sungguh masih letih kerana berlari.
Kamariah telah pandai bermain bola jaring.

You might also like