Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bil Isu Perincian Perbincangan


Perbincangan
1
Masalah pelajar Menghitung purata jisim atom diberi jisim isotop serta kelimpahan
dan pensyarah setiap isotop, adalah antara hasil pembelajaran (learning outcome)awal
dalam
(minggu pertama) yang perlu dikuasai oleh pelajar matrikulasi pada
pengajaran dan
semester 1. Pelajar yang baru memasuki program matrikulasi, diandaikan
pembelajaran.
sudah mempunyai pengetahuan asas konsep purata sesuatu item. Oleh
itu, pensyarah mengandaikan pelajar tidak akan mempunyai sebarang
masalah menghitung purata jisim atom ini. Namun sebaliknya, didapati
masih ramai pelajar (22%) gagal menghitung purata jisim atom dengan
betul. Konsep menghitung purata telah lama dipelajari dan kewujudan
isotop pula telah dipelajari di tingkatan 4. Apa yang membimbangkan
pensyarah ialah menghitung purata adalah satu konsep mudah tetapi masih
ramai yang tidak dapat menguasainya. Justeru, pensyarah perlu menangani
masalah ini.
Jika diteliti nota kuliah yang digunakan pensyarah kuliah bagi sub-
topik ini, rata-rata didapati pensyarah kuliah cenderung menyampaikan
tajuk ini (menghitung purata jisim atom dari jisim spektrum) ini
Qi mi
menggunakan formula statistik , dimana Qi merujuk kepada
Qi

kelimpahan bagi setiap isotop (peratus atau keamatan relatif dalam


spektrum) dan mi merujuk pada jisim setiap isotop. Penekanan kepada
penggunaan rumus dan penggantian nilai yang sepadan ke dalam formula
bagi menyelesaikan masalah yang diberi(algorithmic problem solving)
mungkin memberi masalah kepada pelajar yang mempunyai pencapaian
sederhana dan rendah. Meraka hanya akan menghafal rumus tanpa
memahami konsep disebaliknya.

Tidak seperti nota-nota kuliah dan buku-buku rujukan tempatan yang


Qimi
Qi
ada di pasaran, rumus bagi mencari purata jisim atom dari sprektrum

1
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

jisim tiada langsung digunakan dalam buku -buku rujukan international kimia
seperti Brown, Zumdhal dan Silberberg walaupun cara penyelesaiannya,
Qimi
Qi
sebenarnya menggunakan formula ini. Rumus itu tidak pun ditulis
dalam jalan kerja penyelesaian. Umum mengetahui, penggunaan
simbol/formula adalah sesuatu yang ”menggerunkan” bagi sebilangan pelajar
oleh itu kita perlu elakkan penggunaan simbol-simbol atau rumus sekiranya ia
tidak perlu digunakan. Perkara ini juga telah dinyatakan dalam ” Overcoming
Fears And Difficulties In Learning Chemistry” @ Chemistry Tutor- di mana
penulis blog telah menyenaraikan beberapa masalah pelajar dalam
mempelajari kimia dan salah satu daripadanya ialah penggunaan simbol dan
rumus.

Berikut adalah soalan dan sampel jawapan pelajar yang menunjukkan


kesilapan –kesilapan yang sering dilakukan dalam topik ini.

Contoh 1 :
Soalan dari Kuiz 1 :
1) a) Define isotopes [1 mark]
b) FIGURE 1 shows the mass spectrum of element Y

Relative
abundance
2.75

1.4

0.98

Mass (u)
50 52 56
Calculate the relative atomic mass of element Y. [4 marks]

2
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sampel jawapan pelajar dari Kuiz 1

Analisis :
Kesilapan menjumlahkan jisim setiap isotop yang diberi dan membahagikan
dengan bilangan jenis isotop.(tanpa mengira pemberat kelimpahan bagi
setiap isotop) sering dijumpai dalam jawapan pelajar. Pelajar juga tidak
faham atau tidak tahu maksud relative abundance oleh itu pengiraan purata
tidak mengambil kira kelimpahan relatif yang diberi dalam spektrum tersebut.

Contoh 2 :
Soalan dari PPS 1 @ RTS
1(b) Analysis using mass spectrometer shows that copper consist of two
natural occurring isotopes 63Cu and 65Cu. The isotopic mass of
copper is 62.9961 u and 64.9798 u respectively.If the ratio of
63 𝐶𝐶
relative abundance for the two isotopes 65 𝐶𝐶 = 2.235. Calculate the
relative atomic mass of copper based on Carbon-12 scale
[3 marks]

3
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sample jawapan Pelajar

Analisis :
Kesilapan membahagikan Qimi dengan mi dan bukan dengan  Qi juga
sering dijumpai.
Dapatan dari refleksi pelajar “ What did I do wrong@ What were my
mistakes”.
Antara respon yang diberi adalah seperti berikut ;
1. Tak ingat formula
2. Tersilap masukkan Qi dan mi
Refeksi kendiri pelajar selepas membuat pembetulan pada kertas jawapan
RTS (Road To Success) juga menunjukkan pelajar begitu bergantung
kepada rumus untuk mendapatkan jawapan. Ini juga mengukuhkan lagi
andaian yang pelajar hanya menghafal tanpa memahami rumus yang
dihafal.

2 Cadangan
penambahbaikan
Pensyarah perlu menanamkan kefahaman dalam mencari purata jisim
Qimi
Qi
atom dan bukan penekanan/penghafalan formula seperti yang biasa
dilakukan sebelum ini. Pendekatan pensyarah hendaklah mengaitkan
4
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

pengiraan purata jisim atom dengan pengetahuan sedia-ada iaitu


pengiraan purata dan jadual kekerapan yang telah dipelajari dalam subjek
matematik di peringkat sekolah menengah. Berikut adalah intervensi
yang dilaksanakan dalam kelas tutorial:
Aktiviti membina jadual kekerapan dan seterusnya mencari purata
dijalankan dengan melengkapkan lembaran kerja seperti berikut;

Aktiviti Mencari Purata Jisim Atom


Langkah 1 :
Melengkapkan jadual kekerapan dan Mengira Purata Jisim Atom daripada
Jadual Kekerapan yang dibina.

Avg.mass of one Mg atom


(24 10)amu (25  2)amu (26 3)amu

15
 24.53amu

or Avg mass of one Mg atom


(24 amu  66.67%) (25 amu 13.33 %) (26 amu  20.0 %) amu

100 %
 24.53 amu

5
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Langkah 2 : Jadual kekerapan dipindahkan dalam bentuk geraf

Jawapannya :

Langkah 3 :
Memberitahu pelajar graf tersebut adalah satu contoh jisim spektrum dan
pelajar dikehendaki menghitung purata jism atom daripada graf (jisim
spektrum)
Jawapannya :
Avg.mass of one Mg atom
(24 10)amu (25  2)amu (26 3)amu

15
 24.53amu

or Avg mass of one Mg atom


(24 amu  66.67%)  (25 amu 13.33 %)  (26 amu  20.0 %) amu

100 %
 24.53 amu

6
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pelajar akan dapati pengiraan purata jism atom adalah sama dengan seperti
pengiraan dari jadual kekerapan yang mereka perolehi sebelum ini.
3 Hasil
Dua komen yang sangat memberangsangkan daripada pelajar sejurus selepas aktiviti
ini dijalankan ialah ” Oh! barulah saya faham” dan seorang lagi ”Macam ni baru
saya faham!”
Pengakuan dari pelajar sahaja tidak mencukupi untuk mengukur keberkesanan
kaedah pengajaran/pembelajaran yang dilaksanakan, oleh itu
pelajar -pelajar ini dinilai semula pada minggu study leave ( 11 minggu selepas
intervensi dijalankan) dengan memberi meraka soalan yang setara.
Didapati pelajar yang memberi komen tersebut dapat menjawab soalan tersebut
dengan betul dan tepat. Berikut adalah soalan yang setara dan jawapan pelajar dari
pelajar yang sama, 11 minggu selepas intervensi dijalankan.
Soalan :

7
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jawapan pelajar

8
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

4
Hal-hal lain Kesimpulan :
( Tip pengajaran/ Dalam melaksanakan P d P yang berkesan , kefahaman konsep perlu diutamakan
Peta Minda/ sebelum algorithmic problem solving dijalankan. Pensyarah perlu menerapkan
Teknik kefahaman konsep yang mudah ini melalui aktiviti yang boleh menjurus kepada
Menjawab/ pembelajaran yang bermakna(meaningful learning) sebelum memalakan
Miskonsepsi dll) penyelesaian masalah dan mengelak dari mengambil jalan singkat dengan
pendekatan algorithmic problem solving melalui penggunaan rumus,penghafalannya
serta pengisiaannya.
Melalui aktiviti seperti diperincikan di atas, pengetahuan sedia ada pelajar
dapat dikukuhkan kerana pelajar dapat mengaitkan jisim spektrum yang diperolehi
dengan graf kekerapan yang telah pun dipelajari di sekolah menengah. Barulah

9
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

pengiraan purata jisim atom selepas itu mudah difahami atau ”makes sense” bagi
mereka. Pemahaman konsep sebenar ini membolehkan pelajar mempunyai
pengetahuan asas yang baik dan mengelakkan mereka daripada ”rote memorisation”
yang tidak tekal.
Rujukan :
1. Brown. Le may, Bursten, Chemistry The Central Science 9th Ed, International
Edition Prentice Hall, 2013

2. Nakleh, M.B, Mitchell R.C, Concept Learning versus Problem Solving- There is
a Difference, Symposium: Lecture and Learning : Are They Compatible?
Journal of Chemical Education, Vol 30 march 1993 -
http://pubs.acs.org/doi/pdf/10.1021/ed070p190 (accesed on 29 Nov 2017)

3. Silberberg, M.S , Amateis ,P.G , The Molecular Nature Of Matter And Change
7th Ed. Mc Grwa Hill International Edition 2015

4. Zumdhal S , Chemistry 2nd Ed, Houghton Mifflin Company ,2007


5. Overcoming Fears and Difficultes in Learning Chemistry - http://tutor-
pace.typepad.com/onlinetutoring/2015/07/overcoming-fears-and-
difficulties-in-learning-chemistry.html (accessed on 5 Dis 2017)

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(NOR AZIAH BT LAZIM) ( )


Jawatan: PPP Jawatan:
Tarikh: 6 Disember 2017 Tarikh:

10

You might also like