Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

EPPA3023

PERCUKAIAN I

CUKAI PENDAPATAN :
PERNIAGAAN TUNGGAL

DR. ROSIATI RAMLI


Pusat Pengajian Perakaunan
UKM
Seksyen 4, ACP 1967

(a) Perolehan atau keuntungan daripada suatu


perniagaan,
(b) Perolehan atau keuntungan daripada suatu
pekerjaan,
(c) Dividen, faedah atau diskaun,
(d) Sewaan, royalti atau premium,
(e) Pencen, anuiti atau lain-lain bayaran berkala yg
tidak terjatuh di perenggan terdahulu,
(f) Perolehan atau keuntungan yg tidak terjatuh di
bawah mana-mana perenggan terdahulu.
DEFINASI PENDAPATAN PERNIAGAAN (SEK .2)

 Termasuk pendapatan dari profesyen, vokasyen dan


perdagangan, dan dari setiap pengilangan, usaha atau
perniagaan berupa perdagangan, tetapi tidak termasuk
penggajian.
 Profesyen – tiada definasi – melibatkan pekerjaan
yang memerlukan kemahiran yang mana dikawal oleh
mereka yang mengamalkan.
 Vokasyen – tiada definasi – melibatkan ‘panggilan’
yang dibuat ke atas seseorang disebabkan oleh
kebolehannya.
 Perdagangan melibatkan aktiviti jualan dan
belian semata-mata.
 Kriteria perdagangan termasuk:
• Melibatkan jualan dan belian.
• Terdiri dari urutan urusniaga, ulangan jualan
dan belian atau pembuatan dan jualan.
• Urusniaga terasing – satu jualan satu belian,
satu belian banyak jualan.
• Berniat untuk dapatkan keuntungan.
PENDAPATAN MODAL
vs
PENDAPATAN HASIL

 Hanya pendapatan perniagaan yang berbentuk hasil


sahaja tertakluk di bawah Sek. 4(a).
 Pendapatan modal tidak tertakluk di bawah Sek 4(a).
Siapa yang Dicukai di Bawah Sek. 4(a)?

 Individu yang profesional dan berkebolehan yang


gunakan profesyen dan kebolehannya untuk dapatkan
keuntungan. Untuk taksiran isi Borang B.
 Perniagaan perkongsian tidak dikira sebagai ‘orang’
yang perlu membayar cukai. Rakan kongsi yang
perlu bayar cukai. Namun perlu isi Borang P bagi
perkongsian. Bagi rakan kongsi isi Borang B.
 Syarikat – sama ada Berhad atau Sdn. Bhd. Isi
Borang C untuk taksiran cukai syarikat.
Perolehan Pendapatan Perniagaan di Malaysia

Sek. 12(1)(a):
Pendapatan kasar yang tidak berkait dengan perniagaan
yang dijalankan di luar Malaysia adalah dikira sebagai
diperolehi di Malaysia. Juga dikira diperolehi jika
memenuhi salah satu atau lebih dari perkara di bawah:
i. Kontrak dimaktub di Malaysia.
ii. Stok dijaga di Malaysia.
iii. Penyerahan pemilikan dan risiko di Malaysia.
iv. Pendapatan jualan diterima di Malaysia.
v. Perkhidmatan disediakan di Malaysia.
Tempoh asas pendapatan perniagaan:
 Bagi individu dan rakan kongsi – ikut tahun
kalendar iaitu 1 Jan hingga 31 Dis.
 Tarikh permulaan perniagaan adalah penting untuk
tentukan:
• Sama ada belanja dibenarkan atau tidak,
• Pemberian elaun modal untuk tahun pertama,
• Tarikh berakhir tempoh perakaunan perniagaan.
 Berdasarkan kes mahkamah, The Birmingham &
District Cattle By-Products Co Ltd v the CIR,
perniagaan bermula apabila bahan mentah diterima
untuk diproses.
Format Mengira Pendapatan Perniagaan
[Sek.4(a)]
Untung/rugi bersih (dari Penyata Untung Rugi) xx
Campur:
Belanja yang tidak dibenarkan xx
Tolak:
Pendapatan selain daripada perniagaan
(hasil sewa, dividen, faedah) (xx)
Pendapatan Terlaras xx
Campur: Caj imbangan xx
Tolak: Elaun modal (xx)
PENDAPATAN BERKANUN PERNIAGAAN xx
Belanja yang Dibenarkan – Sek. 33(1)
 Belanja yang terbukti ‘kesemua dan khusus’ untuk
aktiviti utama perniagaan.
 Prinsip ‘kesemua dan khusus’:
• Tujuan berbelanja mestilah berkenaan dan semata-
mata untuk perniagaan.
• Belanja terlibat mestilah berkait secara langsung
dengan perniagaan.
• Belanja untuk memastikan perniagaan terus berdaya
saing dan cekap.
• Belanja mesti telah terlibat dan terakru, walaupun
belum dibayar.
 Namun, hanya belanja hasil dibenarkan. Contoh:
Kos barang dijual.
Gaji, elaun perjalanan, elaun keraian pekerja.
Belanja keraian umumnya hanya dibenarkan
ditolak 50% jika libatkan pihak luar, jika semata-
mata untuk kakitangan bagi urusan tugas,
dibenarkan sepenuhnya.
Faedah atas pinjaman untuk hasil pendapatan.
Caruman majikan ke KWSP yang diluluskan.
Maksimum dibenarkan ialah terendah antara
jumlah caruman atau 19% dari gaji pekerja.
Caruman permulaan ke tempat yang diluluskan
juga dibenarkan.
 Contoh belanja dibenarkan:
Belanja hutang lapuk yang disahkan tidak boleh
dikutip.
Belanja bekalan air dan elektrik.
Belanja sewa premis perniagaan.
Belanja pembaikan biasa – bukan baikpulih. Jika
pembaikan terlibat ketika beli aset maka tidak
dibenarkan. Kes The Law Shipping Co v The CIR.
Belanja penggantian ‘sebahagian’ aset. Jika
keseluruhan tidak dibenarkan.

 Belanja modal yang khusus dibenarkan:


Pembelian alat sokongan bagi pekerja kurang upaya.
 Belanja modal tidak dibenarkan. Contoh:
Belanja memulakan perniagaan.
Belanja penutupan perniagaan.
Berkaitan pembentukan struktur perniagaan.
Pembelian aset tetap.
‘Once and for all’.
 Belanja peruntukan juga tidak dibenarkan. Contoh:
Peruntukan hutang lapuk.
Peruntukan susutnilai aset.
 Jika ada ‘dual-purpose’ antara perniagaan dan
bukan perniagaan, dan belanja perniagaan adalah
minoriti, maka kesemua tidak layak ditolak. Kes
Mallalieu v Drummond dan kes Newsom v
Robertson.
 Belanja guaman dan professional: Jika melibatkan:
i. Kerugian atas urusniaga yang tidak mengikut
amalan normal, atau
ii. Belanja atas rayuan cukai, atau
iii. Perbelanjaan yang berkaitan dengan melanggar
peraturan dan undang-undang, maka adalah
semuanya tidak dibenarkan ditolak.
 Bayaran pendahuluan kepada pekerja:
i. Atas sebab menjalankan pekerjaan adalah
dibenarkan ditolak.
ii. Kerugian dari memberi pinjaman kepada pekerja
adalah tidak dibenarkan sebab tidak berkaitan
dengan penghasilan pendapatan pekerja.
Belanja yang khusus tidak dibenarkan

 Belanja peribadi pemilik perniagaan – contoh; bil


telefon persendirian, tambang percutian.
 Ambilan tunai oleh pemilik perniagaan.

You might also like