Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

GUGUSAN WAJIB UNIVERSITI (GWU)

PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BORANG PEMARKAHAN TUGASAN BERKUMPULAN DAN PEMBENTANGAN


Nota penting: Borang ini untuk kegunaan pensyarah sahaja. Sila lengkapkan maklumat pelajar.

KURSUS/KOD : TITAS UW00202


SEMESTER/SESI :SEMESTER 2-SESI 2019/2020 SEKSYEN/KUMPULAN : Seksyen10/Kumpulan 25
NAMA PENSYARAH : DR. EARNIE ELMIE BINTI HILMI - 0178665417
TAJUK TUGASAN : SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP PERADABAN DUNIA

NAMA KETUA KUMPULAN : NUR QAMIELIEA NAJWA BINTI SHARUDIN NO. HP: 01126898915

PEMARKAHAN TUGASAN BERKUMPULAN (30 Markah)

Sangat Lemah
Sangat Baik

Memuaskan

Jumlah
Lemah
Baik
PERKARA 5 Markah

1
1. Isi (15%) *sekurang-kurangnya 4 isi utama, rumusan 15-13 12-10 9-7 6-4 3-1 15
dan cadangan

2. Format dan Penstrukturan (5%) *Muka depan 5 4 3 2 1 5


mengikut format yang ditetapkan, senarai kandungan,
halaman, tatabahasa, ejaan dan teknikal,
sekurang-kurangnya 15 nota kaki,
sekurang-kurangnya 6 rujukan utama dan lampiran
3. Teamwork (10%) Menilai kerjasama antara pelajar 10-9 8-7 6-5 4-3 2-1 10
dalam menyiapkan tugasan

Nama Ahli Kumpulan

1) NUR QAMIELIEA NAJWA BINTI SHARUDIN

(K)

2) ANIS NAJWA NAJIHAH BINTI ISMAIL

3) HANUM BALQIS BINTI BAKTIAR@FANDY

4) JEFFRY TAY WENG FOOK

5) MUHD SHARIL BIN JAMLAN

6) NUR MAZLIN BINTI MAZLAN

7) NUR SYAFINAZ BINTI ABDUL RAHMAN

8)

Jumlah (1-3) 30 /30


4. Plagiarisme /-25

Jumlah keseluruhan /30


UW 00202
TAMADUN ISLAM DAN ASIA

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM


TERHADAP PERADABAN DUNIA

SEKSYEN:
SEKSYEN 10 (ISNIN)

KUMPULAN:
KUMPULAN 25

NO NAMA NO.MATRIK T/TANGAN


1 ANIS NAJWA NAJIHAH BA19110309
BINTI ISMAIL
2 HANUM BALQIS BINTI BA19110612
BAKTIAR@FANDY
3 JEFFRY TAY WENG BB19110386
FOOK
4 MUHD SHARIL BIN BA19110845
JAMLAN
5 NUR MAZLIN BINTI BA19110723
MAZLAN
6 NUR QAMIELIEA NAJWA BA19110805
BINTI SHARUDIN
7 NUR SYAFINAZ BINTI BB19110736
ABDUL RAHMAN

PENSYARAH:
DR. EARNIE ELMIE BINTI HILMI
PPIB
BIL. ISI KANDUNGAN HALAMAN

1 1.0 PENGENALAN 1

2 2.0 DEFINISI TAMADUN ISLAM 2-4

3 3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM 5-6

4 4.0 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP 7


PERADABAN DUNIA

5 4.1 SUMBANGAN DALAM ASPEK ILMU PENGETAHUAN 7-10

6 4.2 SUMBANGAN DALAM ASPEK KESENIAN 10-13

7 4.3 SUMBANGAN DALAM ASPEK SAINS DAN TEKNOLOGI 13-15

8 4.4 SUMBANGAN DALAM ASPEK POLITIK 15-17

9 4.5 SUMBANGAN DALAM ASPEK EKONOMI 18-22

10 4.6 SUMBANGAN DALAM ASPEK SOSIAL 22-25

11 KESIMPULAN 26-27

12 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Tugasan ini merupakan salah satu tugasan berkumpulan yang perlu dilaksanakan bagi
memenuhi kursus Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Dunia, UW00202. Tugasan
ini merupakan tugasan yang mengkehendaki para pelajar untuk membuat kertas kerja
secara berkumpulan tentang sebuah tajuk yang telah diberikan oleh pensyararah.
Tajuk yang diberikan mempunyai kaitan atau isu-isu yang selaras dengan topik-topik
yang terdapat dalam kursus ini seperti isu ketamadunan, pandangan alam terhadap
agama dan masyarakat sesuatu tamadun, kenegaraan, gender dan juga bangsa.
Tajuk yang telah diperoleh oleh para pengkaji ialah Sumbangan Tamadun Islam
terhadap Peradaban Dunia. Terdapat pelbagai sumbangan Tamadun Islam Terhadap
Peradaban Dunia dan oleh kerana kertas kerja ini merupakan kertas kerja
berkumpulan, setiap ahli memainkan peranan penting dalam memberi dan
menghuraikan isi mengikut kehendak soalan. Secara keseluruhannya, di dalam kertas
kerja ini, para pengkaji akan menyatakan pelbagai isi yang mempunyai kaitan dengan
tajuk.
2.0 DEFINISI TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam merupakan salah satu tamadun yang popular dan dikenali oleh hampir
seluruh masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana tamadun Islam mempunyai
identiti dan prinsipnya tersendiri. Menurut Al-Farabi, tamadun ataupun peradaban
terbahagi kepada 4 cabang dalam Bahasa Arab. Yang utama ialah Madaniyyah.
Madaniyyah ialah istilah yang diberikan kepada ayat al-Quran yang diturunkan di
Madinah atau diturunkan setelah Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Yang kedua
ialah Tamaddun. Tamaddun bermaksud memiliki ciri-ciri hidup bandar dan kota-kota
dipanggil ‘mudun’ yang mempunyai ciri-ciri tamadun. Seterusnya ialah Hadharah.
Hadharah ialah suatu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan
oleh sesebuah masyarakat. Akhir sekali ialah Umran. Menurut Ibnu Khaldun, Umran
merujuk kepada bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang
didiami dan mempunyai penempatan, keadaan tinggal secara menetap, berkembang
subur dan maju.

Tamadun mempunyai jangka hayat yang panjang. Tamadun juga berbentuk


kekal dan mempunyai identiti tersendiri juga menjadi identiti khusus sesebuah
masyarakat. Menurut Ibnu Khaldun juga, tamadun bermaksud keadaan kehidupan
insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan
yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Manakala mengikut Syed Naquib Al-Attas pula,
tamadun bermaksud pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi
kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya
cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni tersendiri. Tamadun mempunyai
perkaitan rapat dengan kebudayaan. Di dalam kebudayaan Islam, kaitan antara
tamadun dengan kebudayaan ialah suatu cara kehidupan, cara berfikir dan berasa
ketakwaan dalam seluruh bidang kehidupan sekelompok manusia yang membentuk
kesatuan sosial dalam satu ruang dan waktu yang mengikut ajaran al-Quran dan
hadis.

Menurut Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris (1999) dalam karyanya yang berjudul
Bagaimana Islam Berpolitik Dan Memerintah, beliau menyatakan bahawa tamadun
Islam mempunyai matlamatnya tersendiri. Matlamatnya terbahagi kepada 2 bahagian.
Matlamat pertama ialah matlamat umum. Terdapat 2 matlamat umum tamadun Islam.
Satu, menjadikan Islam sebagai al-Din yang bermaksud menjadikan Islam sebagai
jalan kehidupan. Ini bermaksud, Islam akan dijadikan sebagai panduan ke jalan yang
benar. Manalaka yang kedua ialah memaparkan keadilan dalam pemerintahan Islam.
Seperti yang kita sedia maklum, Islam mementingkan keadilan dalam semua aspek
terutamanya pemerintahan. Dengan adanya keadilan dalam pemerintahan, maka
tamadun akan kekal lebih lama. Matlamat khusus tamadun Islam pula terbahagi
kepada 3. Matlamat pertama ialah menjalinkan hubungan yang baik antara manusia
dengan Allah. Hal ini amat penting kerana kehidupan seharian kita bergantung
sepenuhnya kepada Allah. Jika kita menjaga hubungan yang baik dengan Allah, maka
perkara baik-baik sahaja yang akan kita perolehi. Matlamat kedua ialah menjalinkan
hubungan yang baik antara manusia dengan manusia. Di dalam kehidupan seharian
kita, kita akan berjumpa dengan manusia lain hampir setiap hari. Jadi untuk
memastikan kehidupan seharian berjalan lancar, maka kita haruslah menjalinkan
hubungan yang baik dengan sesama manusia. Matlamat terakhir ialah mewujudkan
hubungan manusia dengan alam sejagat. Menurut kamus Dewan edisi keempat yang
telah diterbitkan pada tahun 2005, alam sejagat bermaksud seluruh dunia, sedunia
dan atarabangsa. Secara am, matlamat ini mahukan semua manusia untuk
mempunyai hubungan baik terhadap semua benda. Tidak kira manusia di dalam
negara mahupun manusia daripada tamadun berbeza, juga alam sekitar. Hal ini
sangat penting kerana, dengan menjaga hubungan baik dengan alam sejagat.
Kehidupan akan menjadi lebih harmoni.

Tamadun Islam juga mempunyai dasar-dasar tersendiri. Dasar bermaksud asas


atau panduan sesuatu. Dasar utama tamadun Islam ialah memelihara dan
memulihkan serta menghormati hak asasi manusia. Menurut kamus dewan edisi
keempat yang telah diterbitkan pada tahun 2005, hak asasi adalah hak yang tidak
boleh dipisahkan dan kebebasan yang layak bagi setiap insan sebagai seorang
manusia. Dasar tamadun Islam ialah memelihara hak-hak hidup atau nyawa. Nyawa
merupakan sesuatu yang amat berharga dalam kehidupan. Seterusnya, memelihara
akal fikiran. Akal membantu kita untuk berfikir dengan waras serta membuat
keputusan dengan sebaiknya. Oleh itu, akal sangatlah penting dalam membuat pilihan
dalam memilih dasar dan panduan. Dasar selanjutnya ialah memelihara kehormatan
dan keturunan. Kehormatan bermaksud harga diri ataupun maruah diri. Manakala
keturunan bermaksud sesuatu yang diturunkan daripada anak kepada cucu dan
seterusnya. Kehormatan diri dan keturunan perlu dipelihara dan ianya amat
ditekankan di dalam Islam. Di samping itu, memelihara harta benda juga merupakan
salah satu dasar tamadun Islam. Harta benda seperti wang, emas, rumah, tempat
beribadat merupakan salah satu harta benda. Inilah punca mengapa Islam tidak
menggalakkan peperangan. Ia adalah untuk memelihara segala harta benda yang
dimiliki daripada rosak akibat peperangan. Akhir sekali, memelihara hak dan
kebebasan. Setiap orang mempunyai hak dan kebebasan tersendiri. Terpulang kepada
masing-masing untung menganut agama apa atau mengamalkan apa sahaja budaya,
asalkan hal itu tidak mengganggu orang lain dan tidak menunjukkan imej yang tidak
baik kepada masyarakat lain. Hal ini ditekankan dalam Islam kerana Islam mahukan
sesuatu yang damai dan harmoni sentiasa. (Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris, 1999)
Tamadun Islam juga mempunyai sifat sifatnya tersendiri. Salah satu sifat utamanya
ialah kesatuan dalam kepelbagaian. Hal ini membawa makna, walaupun terdapat
kepelbagaian dalam masyarakat, ia tidak menghalang seluruh masyarakar untuk
bersatu. Malah, ia akan menimbulkan keunikan di dalam masyarakat. Antara sifat lain
ialah toleransi. Toleransi bermaksud sikap sabar dan bertolak ansur atau berlebih
kurang. Sifat ini menekankan satu benda, iaitu semua pihak dapat menghormati dan
menerima budaya atau agama orang lain.

Sumber tamadun Islam pula terbahagi kepada beberapa bahagian. Sumber utama
ialah al-Quran dan hadis. Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran
Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Muhammad melalui
perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal
diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran
diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Hadis pula ialah himpunan istilah yang digunakan untuk menentukan sama ada boleh
diterima atau tidak sebuah riwayat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad (SAW),
dan juga tokoh-tokoh penting agama Islam. Istilah-istilah tertentu membezakan hadis
yang dianggap benar, yang boleh disandarkan kepada puncanya, daripada riwayat
yang tidak dapat dipastikan asal-usulnya. Secara formalnya, ia didefinisikan oleh Ibnu
Hajar, seorang pakar hadis, sebagai ilmu tentang prinsip-prinsip dari mana keadaan
perawi dan yang bahan diriwayatkan boleh dipastikan.
3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad
SAW mendapat wahyu daripada Allah. Selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW
kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur.
Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam
lain yang muncul.

Walau bagaimanapun kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan


Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, kerajaan Turki Uthmaniyyah,
Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang
terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah
mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli
falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman
Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke
tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu
empayar Islam terakhir tumbang.

Menurut Wan kamariah Leman & Mazlah Yaacob (1997) dalam karyanya yang
berjudul Sejarah Dan Tamadun Islam, Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam
merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan
penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut
agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu
kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga
Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah dalam Tahun Gajah iaitu pada
tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April (570 atau 571 Masihi). Baginda merupakan
seorang anak yatim apabila ayahnya Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal semasa
beliau masih dalam kandungan dan emaknya Aminah binti Wahab meninggal dunia
semasa beliau berusia 7 tahun. Kemudian beliau dijaga oleh datuknya Abdul Muthalib.
Setelah datuknya meninggal baginda dijaga pula oleh pakciknya iaitu Abu Talib.
Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah semasa beliau berusia 25
tahun dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman. Baginda pernah menjadi
penggembala kambing. Selain itu baginda seorang yang sangat amanah semasa
bekerja bersama Khadijah dalam menjalankan perniagaan wanita yang terhormat itu.
Baginda pernah diangkat menjadi hakim. Baginda tidak menggemari suasana
Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah sosial yang tinggi.
Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat Jahilliah turut menanam bayi-bayi
perempuan. Baginda banyak menghabiskan masa mencari ketenangan digua Hira'.
Sehinggalah ketika Nabi Muhammad berusia lebih kurang 40 tahun, baginda telah
didatangi oleh Malaikat Jibril. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam
secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka
kepada seluruh penduduk Mekah.

Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah.


Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar
Islam. Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad SAW
memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas.
Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah.
Selepas kewafatan Muhammad, seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan
orang Islam.

Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Muhammad telah


berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani
Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan
Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

Kelahiran Islam di kota Makkah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di


Madinah merupakan detik bersejarah kelahiran satu tamadun baru yang telah
merubah sejarah dunia. Tamadun ini bukan sahaja telah berjaya merubah corak dan
budaya hidup masyarakat Arab Pra-Islam yang bertuankan nafsu dan kejahiliyahan
kepada cara hidup baru yang bertunjangkan akhlak dan peradaban tinggi malah ia
juga turut merubah geo-politik dunia.
4.0 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP PERADABAN DUNIA
Terdapat pelbagai sumbangan tamadun Islam terhadap peradaban dunia. Dalam
bahagian ini, pengkaji akan membincangkan tentang sumbangan tamadun Islam
terhadap peradaban dunia.
4.1 SUMBANGAN DALAM ASPEK ILMU PENGETAHUAN
Sewaktu kegemilangan tamadun Islam, kemajuan ilmu sains dan teknologi serta
ilmu-ilmu yang lain yang dimiliki oleh dunia Islam tidak dapat ditandingi oleh
mana-mana bangsa atau negara. Di setiap ibu kota pemerintahan Islam
khususnya Baghdad di Asia, Cordova di Eropah dan Iskandariah di Afrika,
kegiatan keilmuan dan kebudayaan berlaku dengan bersemarak serta disertai
segenap lapisan masyarakat. Ramai sarjana dan pelajar dari negara luar
khususnya daripada negara-negara Kristian Eropah datang untuk mempelajari
serta mendalami berbagai bidang dan cabang ilmu pengetahuan.

Di sepanjang sejarah kegemilangan tamadun Islam, para sarjana Muslim


dan sarjana bukan muslim yang bernaung di bawah pemerintahan Islam telah
berjaya membuat kemajuan dan pencapaian dalam bidang ilmu pengetahuan
serta sains dan teknologi. Mereka telah menempa satu sejarah tamadun
kemanusiaan yang amat mengagumkan meliputi pelbagai aspek. Aspek utama
ialah aspek ilmu pengetahuan. Ramai sarjana ataupun tokoh Islam yang telah
menyumbangkan pelbagai kemahiran dan ilmu dalam sejarah perkembangan
tamadun.

Antara tokoh Islam yang paling popular dalam memberi sumbangan


terhadap kemajuan ilmu pengetahuan ialah Ibn Sina atau nama sebenar beliau
ialah Abu Ali al-Hussayn bin Abd Allah bin al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau
berketurunan Turki. Beliau dikenali sebagai Ibn Sina di Timur dan Avicenna di
Barat. Beliau dilahirkan pada tahun 980 di Bukhara, Turkestan. Ibn Sina
merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Sumbangannya dalam
bidang perubatan, tidak dapat disangkal lagi. Menurut Maidar Darwish (2019)
dalam penulisannya yang berjudul Jurnal Ilmiah Didaktika, Ibn Sina merupakan
tokoh perubatan yang terkemuka pada abad ke-ll. Beliau mendapat sanjungan di
Barat sehinggakan lukisan wajahnya masih tergantung di Dewan Besar Fakulti
Perubatan, Universiti Paris. Para penulis Barat telah menganggap Ibn Sina
sebagai 'Bapa Doktor Perubatan' kerana Ibn Sina telah berjaya menyatupadukan
teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen serta pengalaman daripada
ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi di samping pengalaman beliau sendiri. Ibn
Sina pernah diberi gelaran sebagai "Medicorum Principal' atau Raja Doktor Diraja
oleh kaum Latin Skolastik. Gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya ialah
Raja Ubat. Dalam dunia Islam, beliau dianggap sebagai "Zenith", iaitu tahap
tertinggi dalam ilmu kedoktoran. Khidmat Ibn Sina yang berjaya menyembuhkan
Sultan Nuh bin Mansur di Bukhara pada tahun 997 menyebabkan beliau diangkat
sebagai doktor diraja. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan beliau
tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais yang
bermaksud mahaguru pertama. Segala sumbangan yang diberikan ini telah
digunakan dan dirujuk sepanjang zaman sehingga kini. Bukan sahaja digunakan
di negeri Asia, Timur ataupun Selatan, tetapi ia juga digunakan sebagai rujukan
oleh pakar-pakar kedoktoran di barat. Buktinya, buku karya teragung Beliau iaitu
Qanun fi al-Tibb yang merupakan khazanah perubatan yang amat bernilai dan
menjadi sumber rujukan utama di universiti-universiti di Eropah. Segala rumusan
yang terdapat di dalam karya tersebut masih diterima dalam dunia perubatan
moden pada hari ini. Gerard Cremona telah menterjemahkan buku Ibn Sina ke
dalam bahasa Latin. Buku yang menjadi buku rujukan utama di
universiti-universiti Eropah hingga tahun 1500 ini telah dicetak sebanyak 16 kali;
15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Di
samping itu, buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris,
Perancis, Sepanyol dan Itali. Karya ini juga membincangkan mengenai penyakit
saraf yang menjadi punca manusia menjadi lumpuh. Penghasilan ensiklopedia
perubatan Dengan ini, jelaslah tamadun Islam memberi sumbangan kepada
perkembangan tamadun.

Selain daripada sumbangan daripada aspek perubatan, tamadun Islam juga


memberi sumbangan daripada aspek pelayaran. Terdapat pelbagai ilmu
pelayaran yang asalnya dapat daripada tokoh pelayaran Islam. Ilmu-ilmu ini
diperoleh daripada zaman tamadun Islam dahulu dan dirujuk sehingga kini.
Sebagai contoh tokoh ilmu pelayaran yang memberi ilmu tentang pelayaran ialah
Ibn Battutah atau nama sebenarnya Muhammad bin Abd Allah al-Lawati. Hasil
karya Ibn Battutah menjadi rujukan dan sumber sejarah abad pertengahan
sehingga kini. Menurut Sukendra Martha (2015) seorang penulis jurnal Islam
daripada Indonesia, beliau menyatakan bahawa kejayaan Ibn Battutah dalam
pelayaran telah menjadi dorongan kepada pelayar Islam yang lain untuk
mengikut jejak langkahnya.

Hasilnya, muncul beberapa tokoh baharu seperti Ibnu Hawqal dan


Sulayman al-Mahri. Pada tahun 947 – 973 Masihi, Ibn Hawqal telah belayar ke
Afrika Utara, Sepanyol, selatan Sahara, negara-negara Arab, Armenia, Azerbaijan
dan Sicil. Karya Ibn Battutah yang berjudul al-Rihlah mendapat tumpuan para
sarjana barat di Seluruh dunia. Karya ini kemudian telah diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa asing termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Belanda dan Jerman.
Terjemahan karyanya dalam bahasa Inggeris diusahakan oleh Profesor H.A.R.
Gibb dikenali sebagai The travels of Ibnu Batuttah. Ibn Battutah juga
meningkatkan pengetahuan ilmu geografi. Beliau telah mencatatkan keadaan
geografi sesebuah Negara. Antara catatan terpenting ialah tentang iklim
khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika Utara. Catatan seumpama ini dapat
memudahkan pelayar menentukan pemilihan tapak bagi sesebuah pangkalan
perdagangan dan memudahkan pelayar untuk menentukan kawasan pelayaran
yang sesuai. Sumbangan ini, telah membantu perkembangan tamadun daripada
zaman ke zaman.

Di samping itu, tamadun Islam juga telah memberi sumbangan daripada


aspek matematik. Sumbangan ilmu pengetahuan matematik ini telah digunakan
sehingga kini. Tokoh Islam terkenal yang telah memberi banyak ilmu
pengetahuan daripada aspek matematik ialah Al-Khawarizmi. Nama sebenar
al-Khawarizmi ialah Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Beliau telah
memperkenalkan sistem pernomboran yang telah digunakan sehingga kini iaitu
0,1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9. Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol
tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu. Beliau merupakan individu pertama
yang memperkenalkan angka ‘sifar’ (kosong) dan perpuluhan dalam matematik.
Melalui angka sifar muncul nombor yang mempunyai ‘infiniti’. Malah ‘sifar’ yang
diperkenalkan oleh beliau dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan
cifre, chiffre dan zero. Pengenalan sistem angka yang sistematik oleh
al-Khawarizmi bukan sahaja membolehkan operasi pengiraan matematik
diperluaskan meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya, malah
membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat. Selain itu,
Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar (algebra) berikutan sumbangan
beliau dalam jurusan aritmetik iaitu M al-Jabar (satu bidang matematik yang
dipanggil persamaan). Contoh, karya teragungnya, al-Jabr wa-al-Muqabilah
juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan menjadi
rujukan di universiti di Eropah. Kesannya, melalui kaedah penggunaan simbol
yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak masalah pengiraan
dapat diselesaikan. Secara praktiknya, masalah-masalah pengiraan yang
dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi. Segala ilmu yang disumbangkan ini
juga telah digunapakai sehingga kini. Al-Khawarizmi juga memberi sumbangan
dalam bidang geometri dan trigonometri. Hal ini kerana kedua-dua bidang
tersebut merupakan pecahan kepada bidang matematik yang melibatkan
pengiraan. Kedua-dua cabang ilmu matematik ini juga disentuh dalam karyanya
Hisab al-Jabr wa-al-Muqabalah. Contohnya, ilmu geometri berkaitan dengan ciri
dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal dalam ruang.
Manakala trigonometri berkaitan dengan pengiraan segi tiga, sukatan sisi
dan sudutnya. Kesannya, ilmu yang diperkenalkan oleh beliau dapat membantu
mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit.

Sumbangan ilmu pengetahuan yang disumbangkan oleh tokoh-tokoh Islam


terkenal telah mencerminkan kehebatan dan keunggulan tamadun Islam yang
berkekalan sehingga ke hari ini dan sebagai pemangkin kepada kemajuan orang
Barat yang mendalami teori-teori yang dikemukakan oleh beliau. Tanpa
sumbangan ilmu pengetahuan dalam zaman tamadun Islam ini, berkemungkinan
besar tamadun tidak akan dapat berkembang dengan maju seperti kini.

4.2 SUMBANGAN DALAM ASPEK KESENIAN

Kesenian mempunyai pelbagai definisi oleh tokoh Seni. Ia telah ditafsirkan


berbeza-beza sehingga mempunyai pelbagai pendapat dan pengertian yang
beragam. Pengertian yang umum dipakai dalam mengertikan seni di antaranya
ialah keindahan, ungkapan perasaan, imaginasi, estetis dan lain sebagainya.
Walau bagaimana pun semua itu tidak dapat meliputi batasan yang sesuai dengan
perkembangan zaman. (Nanang Rizali,2012)

Sumbangan tamadun islam dalam peradapan dunia termasuk dalam bidang


kesenian islam. Hal ini dikatakan demikian kerana tema seni Islam menonjolkan
unsul-unsur dalam kepercayaan tauhid dan akidah. Kesenian atau seni adalah
manifestasi daripada kebudayaan sebagai hasil karya cipta manusia yang meliputi
seni bina, seni tari, seni muzik, seni drama, seni rupa, dan lain-lain.
Menurut Hassan Fathi iaitu seoramg arkitek dari Timur Tengah, beliau
memberi pandangan bahawa seni bina ini adalah terlalu khusus untuk golongan
orang miskin dan reka bentuknya adalah berpandukan kaedah tradisi golongan
tersebut. Tetapi pandangan beliau diperkecilkan dan dipencirkan oleh dunia
akedemik seni bina. Oleh itu, terdapat lagi padangan mengenai seni bina oleh
Muhammad Tajuddin Rasdi iaitu seni bina dianggap suatu bentuk budaya seni dan
kraf tangan. Kraf tangan yang bersifat halus dan teliti mempunyai corak dan
bentuk tertentu. Misalnya pembinaan bangunan-bangunan agung seperti Masjid,
istana, rumah bangsawan serta makam diraja. Keterangan ini diguna pakai oleh
masyarakat masa kini khususnya umat Islam. Seni bina ditakrifkan bina Islam
atau dalam bahasa Arabnya dikenali sebagai ‘imarah Islamiah” telah banyak
diperlihatkan kepada dunia sejak dahulu lagi malah ianya diperkembangkan dari
zaman ke zaman. Apabila berbicara mengenai seni bina Islam, pastinya yang
terbayang dibenak fikiran adalah Masjid. (Raghib As-Sirjani,2012)
Seni bina Masjid bukan sahaja dijadikan rumah ibadat Umat Islam malah
mengandungi elemen-elemen yang penting. Pembentukan pembangunan
perumahan dalam komuniti masyarakat islam menjadikan masjid sebagai asas
kepada konsep “neighbourhood” atau konsep kejiranan. Oleh yang sedemikian,
dalam sesebuah seni bina adalah jarang sekali masyarakat Islam mengambil berat
terhadap falsafah seni bina terutamanya dalam konteks seni masjid. Setiap sudut
seni bina masjid mempunyai fungsi yang tersendiri dalam konteks hubungannya
dengan Allah S.W.T Elemen-elemen seperti ruang solat, mihrab, bentuk kubah,
menara dan mimbar memberi kesedaran terhadap keagungan dan kebesaran
Allah S.W.T. Antara bangunan yang melambangkan ketinggian tamadun Islam
ialah masjid Cordova di Sepanyol. Dari ibu Kota Cordova dan kemudiannya
Granada terpancarlah sinar kebudayaan dan peradaban ke Eropah, dan
kemudiannya memberikan kemajuan kepada bangsa-bangsa Eropah. (Raghib
As-Sirjani,2012)
Bagi seni tarian pula, ia dianggap bersifat Islamik apabila pada kandungan
pesan yang disampaikan saat menari mengandungi unsur-unsur Islam. Dengan
demikian unsur keislamannya bukan hanya semata-mata pada gaya atau
tekniknya saja tetapi lebih pada pesan yang disampaikan pada tari Badui. (Saudi
Berlian dan Jabrohim, 1995) Suasana Islam dalam tarian Badui tampak ketika
dalam tariannya, seorang yang berperanan sebagai vokalis akan menyanyikan
selawat. Misalnya selawat yang mengkisahkan riwayat hidup Nabi Muhammad
SAW dan para sahabat-Nya. Simbolik selawat itu adalah jenis pelembagaan tari
yang bernafaskan keislaman.
Perkembangan tradisi selawat ini bermula dari kawasan daerah
perkampungan yang menyeluruh atau majoritinya beragama Islam. Contohnya
Dusun Semampir, selawat dipadukan dalam syair kesenian tari Baduli. Kata-kata
selawat yang menggunakan bahasa arab, berbentuk jamak dari selat yang berti
doa. Persembahan ini bermula dari bacaan kitab Barzanji atau kitab selawat Badar.
Kitab berikut merupakan doa atau pujiaan terhadap Allah SAW mahupun
Rasul-Nya.Kepercayaan agama Islam juga perlembagaan seni sebuah fitrah
kerana umat Islam memerlukannya. (Nur Aminah Nasution, 2017)
Seni kaligrafi ialah seni khat yang merupakan seni Islam murni kerana ia
mempunyai hubungan erat dengan Al-Quran. Seperti kita ketahui, setiap bangsa
mempunyai bahasa dan tulisan yang tersendiri. Tulisan tidak menjadi seni yang
dapat menikmati mata yang memandangnya dalam bangsa-bangsa. Tetapi bagi
bangsa Arab biasa setelah Al-Quran diturunkan. “Kami tidak menemukan
bangsa-bangsa yang memiliki peradaban-peradaban, yakni bangsa di antara dua
sungai, bangsa Ibrani, India Yunani, Romawi dan lain-lain” (Ismail Faruqi, 1986)
manakala menurt Mustafa Abdurrahim pula mengatakan khat Arab merupakan
satu-satunya seni yang tumbuh sebagai seni Arab murni yang tidak bercampur
dengan pengaruh-pengaruh lain.
Seterusnya seni bina rumah, jalan dan kota merupakan sesuatu yang
melingkupi manusia yang pada zaman sekarang yang dinamakan lingkungan.
Allah S.W.T menjadikan lingkungan sebagai sebahagian dari tujuan wujud
manusia dalam kehidupan. Agama Islam menganjurkan kaum Muslimin untuk
melakukan perkara sunat di rumah. Nabi Muhammad SAW bersabda: Jika salah
seorang di antara kalian menyelesaikan perkara sunatnya di Masjid. Hendaklah ia
melaksanakan perkara sunat di rumahnya. Sesungguhnya Allah S.W.T
menjadikan kebaikan untuk rumahnya kerana perkara itu.
Kesimpulannya kesenian Islam terutamnya dalam seni bina, seni tari dan
lain-lain memberi sumbangan besar terhadap peradaban dunia. Hal ini dirkatakan
demikian kerana kesenian merupakan penyumbang yang besar perkembangan
tamadun didunia. Keindahan setiap seni yang di lakarkan oleh pelbagai bangsa
mengikut bangsa masing-masing dapat dilihat oleh generasi masa kini. Misalnya
seni bina membina Masjid Biru di Istanbul dijadikan kemegahan dari zaman
tamadun hingga masa ini. Kedatangan seni bina datang dari tamadun Islam tetapi
diadaptasikan ke tamadun-tamadun yang lain. Kesenian juga membawa kepada
perpindahan identiti asal ke identiti yang baharu. Oleh itu terbuktilah bahawa
kesenian merupakan salah satu sumbangan tamadun Islam dalam peradaban
dunia masa kini.
4.3 SUMBANGAN DARI ASPEK SAINS DAN TEKNOLOGI
Tamadun Islam telah memberikan sumbangan secara menyeluruh kepada
kehidupan dan keperluan manusia termasuk dari segi aspek sains dan teknologi.
Sains yang asalnya dari bahasa latin, iaitu scio, scire, dan scientia membawa
maksud “pengetahuan” manakala sains dalam bahasa Arab ialah Al-Ilm yang
bermaksud “tahu”. Teknologi pula berasal dari perkataan Greek technología.
Téchnē yang bermaksud "seni kemahiran atau rekaan", dan -logía, yang
bermaksud "pembelajaran atau kajian". Definisi teknologi menurut Baba Sidek
(2006), teknologi adalah suatu aspek penghasilan sains yang sifatnya
memudahkan sesuatu dan sekiranya perkara itu dilakukan dengan niat yang baik
serta digunakan dengan betul maka kesejahteraan hidup manusia akan terbina.
Oleh yang demikian, terdapat ramai tokoh ilmuan yang beragama Islam yang
banyak menyumbang dalam pembangunan sains dan teknologi, antaranya
sumbangan dalam bidang astronomi, kimia, fizik, perubatan dan kejuruteraan.
Sumbangan pertama dari aspek sains dan teknologi ialah sumbangan dalam
bidang astronomi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), astronomi
merupakan ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang
melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran
yang berkaitan dengan bintang. Seawal pertengahan abad ke-8 Masihi, ahli
astronomi muslim generasi yang pertama muncul di bahagian Baghdad (Kamarul
Jazmi, 2013). Antara ahli astronomi Islam yang termasyhur dalam bidang ini ialah
Al-Biruni, Khalifah al-Ma’mun dan Nasir al-Din. Al-Biruni merupakan seorang ahli
astronomi yang pada ketika itu mampu menentukan jarak antara bintang melalui
cerapannya. Khalifah al-Ma’mun pula seorang ilmuwan yang mendapati bahawa
ukur lilit sepanjang 40,253 km dimana hanya mempunyai perbezaan tipis
sebanyak 0.5% dengan ukuran lilit bumi yang diperolehi pada zaman ini manakala
Nasir al-Din, beliau telah memperkenalkan teori kedudukan bintang dan planet.
Sumbangan seterusnya ialah sumbangan dalam bidang kimia. Konsep kimia
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) ialah ilmu sains asas yang berkaitan
dengan struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yang berlaku antara
atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yang menerangkan
fenomena kimia. Antara sumbangan para saintis Islam dalam bidang kimia ialah
penemuan beberapa jenis asid seperti asid klorida dan asid nitrat serta
menemukan larutan untuk melarutkan emas. Tokoh yang menemukan beberapa
jenis asid tersebut ialah Jabir Ibn Hayyan yang dikenali sebagai Gaber oleh
golongan barat. Beliau juga diberi gelaran ‘Bapa Kimia Moden’ kerana
menemukan pelbagai hasil kajian serta mempunyai karya ilmiah iaitu Kitab
al-Mizan. Selain itu, Abu Bakar Muhammad merupakan ilmuwan yang
memberikan informasi lengkap berkenaan beberapa reaksi kimia. Beliau juga
merupakan orang pertama yang mampu menghasilkan asid sulfat serta beberapa
asid lain. Antara karya ilmiah beliau adalah Kitab al Asrar dan Liber
Experimentorum.
Dalam aspek ini juga, tamadun islam telah memberikan sumbangan dalam
bidang perubatan. Setelah kedatangan Islam, masyarakat Arab mengubah sikap
dan amalan masyarakat dalam bidang perubatan dan penyakit berlandaskan
ajaran Islam (Abidin, 2003). Terdapat pelbagai sumbangan dam penemuan
ilmuan Islam dalam bidang perubatan ini. Antaranya sumbangan daripada tokoh
perubatan yang terkenal iaitu Ibnu Sina atau Avicenna. Kajian dan penemuan
beliau sangat berguna dalam dunia perubatan pada masa kini seperti
perbincangan berkenaan penyakit kencing manis dan jangkitan penyakit saraf.
Salah satu karya ilmiah beliau adalah Remedies for the Heart, iaitu buku yang
mengandungi cara-cara merawat 760 jenis penyakit. Tambahan pula, beliau juga
mencipta picagari dan benang yang merupakan kejayaan terbesar kejuruteraan
perubatan pada zaman Abbasiyah. Selain itu, Al-Zahrawi pula merupakan ‘Bapa
Pembedahan Moden’ yang sangat mahir dalam pembedahan dan ubat-ubatan.
Beliau merupakan seorang tokoh yang turut menghasilkan produk kecantikan
seperti losyen. Teknik mengikat lengan bagi menghentikan pendarahan juga
merupakan satu konsep yang berasal dari al-Zahrawi sendiri.
Akhir sekali, tamadun Islam juga telah memberi sumbangan dalam bidang
kejuruteraan. Teknologi kejuruteraan dipecahkan kepada lapan bahagian, iaitu
kejuruteraan mesin, awam, mileteri, perkapalan, kimia, tekstil, kertas dan kulit
(pembuatan), pertanian serta logam dan galian (Abdullah, 2004). Walaupun
bidang ini tidak serancak perkembangan bidang sains lainnya, namun terdapat
beberapa karya yang ditemui. Antara jurutera yang menyumbang dalam bidang
kejuruteraan ialah Al-Jazari. Beliau sangat mahir dengan ciptaan mekanikal
robotik yang boleh dibanggakan pada ketika itu. Beliau juga mengetengahkan
sistem tali air yang menggunakan pam dan juga paip. Al-Jazari juga mempunyai
karya ilmiah yang bertajuk Book of Knowledege of ingenious Mechanical Devices.
Selain itu, tokoh yang menyumbang dalam bidang ini ialah Taqiyyudin. Beliau
menulis dan mencipta mesin pengangkut air yang dikenali sebagai syaduf, saqiya
dan naura pada abad ke-12 Masihi. Mesin ciptaannya bergerak menggunakan
tenaga binatang dan kuasa air (hidro).
4.4 SUMBANGAN DARI ASPEK POLITIK
Politik didefinisikan sebagai suatu seni memerintah dan mengendalikan negara
dengan memelihara kemerdekaan, kebebasan, kehormatan, dan kemuliaan
manusia tanpa campur tangan dengan urusan negara lain. Politik yang telah
wujud dalam sesebuah negara adalah satu proses yang menjadikan manusia
menjalani hidup yang sempurna dan dapat mengelakkan daripada berlakunya
kerosakkan dan kemusnahan. Namun begitu, terdapat beberapa pendapat yang
mengatakan bahawa politik adalah satu sistem pemerintahan sesebuah negara.

Dalam Islam, politik merupakan suatu tatacara yang mempunyai matlamat


terbesar dalam kehidupan. Matlamat itu adalah untuk mencapai keredhaan
Allah SWT. Jika keseluruh kehidupan ini adalah demi keredhaan Allah SWT
maka tiada lagi orang yang mengatakan bahawa ‘matlamat yang tertentu adalah
untuk menghalalkan semua perkara’. Kata-kata seumpama ini sebenarnya adalah
satu teknik politik yang kotor yang digunakan oleh orang yang tidak beriman dan
tidak mengendahkan tentang syariat Allah SWT. Sedangkan menurut Islam,
matlamat yang satu itu adalah untuk mencapai keredhaan Allah dan ia semestinya
selari dengan cara yang dikehendakinya tanpa bercanggahan dengan setiap
pemerintah dan larangan-larangan daripada Allah SWT (Muhammad Abdel Qadir.
2000. 72)

Perkataan politik biasanya dikenali masyarakat sebagai Tatanegara. Ilmu


Tatanegara ialah satu ilmu yang membahas dan menyusun cara-cara yang
diperlukan untuk membentuk organisasi kehidupan masyarakat dalam sesebuah
negara. Walau bagaimanapun pengertian politik lebih luas daripada Tatanegara.
Perkataan politik berasal dari bahasa Yunani “Polis” yang bermaksud “Negara”.
Pada awalnya, ia ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang berhubung dengan
negara. Kemudian ia digunakan sebagai kata benda untuk menamakan cara
memerintah dan kebijaksanaan memerintah dan selanjutnya ditambah dengan
pengertian lain, iaitu seni atau kemampuan untuk memerintah (Abdul Ghani Azmi,
1999). Asal usul perkataan “politik”, berasal dari bahasa Yunani “Politikus” atau
bahasa Latin “Politica”. Penggunaan kata ini telah bermula dalam abad ke 5 S.M.
Perkataan ini berasal dari “Polis” yang membawa maksud “Negara Kota”. Pada
masa itu, negara Yunani menganggap dunia ini hanya seluas daerah negaranya
dan memusatkan masyarakat dan negara mereka kepada ibu kotanya iaitu kota
Athens. Kemudian, setelah Athens bergabung dengan kota-kota Sparta, Thesallia,
Corynthe untuk mempertahankan diri dari serangan luar dan perkataan “Polis”
masih tetap dipakai untuk pemerintahan yang sudah luas wilayahnya. Sistem
politik islam telah banyak memberi sumbangan kepada peradaban dunia.

Antara sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia dari segi politik
ialah Islam telah memperkenalkan cara pemerintahan Islam yang adil kepada
semua rakyat meskipun berbeza agama dan keturunan. Tamadun Islam juga
memperkenalkan suatu sistem pemerintahan yang menentang kezaliman dan
menegakkan keadilan. Kuasa dan kepimpinan politik adalah amanah. Sebagai
penghormatan kepada orang bukan Islam, mereka dilantik untuk menjadi
ketua-ketua yang dipanggil Comes. Mereka juga mempunyai hakim yang akan
menyelesaikan masalah yang timbul yang dikenali sebagai Qadi al-Ajam (Wan
Kamariah Leman & Mazlah Yaacob, 1997 ). Oleh itu, tamadun Islam telah
menunjukkan kepada dunia bahawa corak pemerintahan Islam adalah
berteraskan keadilan.

Tamadun Islam mengemukakan kepada peradaban manusia mengenai


sistem pemerintahan dan konsep kepimpinan yang meletakkan tanggungjawab
secara keseluruhannya berasaskan perspektif syariah untuk tujuan kemaslahatan
yang kesannya dinikmati manusia di dunia dan di akhirat secara bersama. Hal ini
kerana ia pada hakikatnya merupakan tanggungjawab untuk menjaga agama dan
menguruskan dunia dengan agama. Kehidupan bernegara yang diamalkan oleh
tamadun Islam telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Pada zaman
ini, Nabi Muhammad SAW merupakan ketua negara, Nabi Muhammad SAW
bertanggungjawab menjaga Madinah dan menyelesaikan masalah rakyat melalui
perlembagaan.

Seterusnya, sistem pemerintahan Islam juga amat teratur, sama ada di


bidang eksekutif atau kehakiman. Semua keputusan pengadilan tercatat dan
dibukukan dengan baik. Senario ini menyebabkan ramai orang Arab, Barbar,
Mozarab dan Muwalladun penduduk Andalusia dapat hidup berdampingan serta
saling bantu-membantu dalam proses pembangunan sehingga Andalusia
mencapai tingkat kemakmuran yang tinggi. Dalam melaksanakan sistem
pemerintahan yang berasaskan permusyawarahan, pemerintah eksekutif
didampingi oleh satu dewan permesyuaratan iaitu majlis syura. Anggota majlis
syura ini terdiri daripada orang yang cerdik pandai dan wakil-wakil masyarakat.
Tugasnya adalah untuk memberi nasihat dan mengawal penguasa eksekutif
dalam menjalankan tugas pemerintahan.

Selain itu, Kawasan penyebaran Islam dan juga kawasan yang diperintah
oleh orang Islam juga diperluaskan. Pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat
yang telah wujud dalam tamadun Islam. Antaranya ialah kerajaan Delhi ughal di
India. Dalam tamadun Islam, walaupun tidak wujud pemerintahan Islam di China
tetapi di situ telah lama muncul masyarakat Islam yang masih wujud hingga ke
hari ini. Kerajaan Islam seperti Umaiyah, Abbasiyah, dan Uthmaniyah juga telah
berjaya membentuk sistem kerajaan pusat yang kuat di samping empayar yang
sangat luas. Penerokaan wilayah baru akan menaikkan lagi imej Islam dimata
dunia. Sistem politik dalam dunia Islam adalah berasaskan akidah dan syariah
Walaupun institusi, organisasi dan sistem pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam
mungkin berbeza.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa kedatangan tamadun Islam di peradaban


dunia telah memberi kesan yang amat besar dan meluas dalam kehidupan
masyarakatnya sehingga telah berjaya merealisasikan ajaran dan tuntutan Islam
dalam kalangan mereka secara berkesan sekaligus dapat mengangkat martabat
mereka kepada tahap yang lebih baik dan bermaruah. Keadaan tersebut berlaku
dalam pelbagai aspek kehidupan mereka baik dalam kalangan individu, keluarga
ataupun masyarakat. Kedatangan Islam telah membawa perubahan menyeluruh
kepada sistem kehidupan masyarakat di peradaban dunia seperti akidah atau
agama, sosial, politik, pemikiran, perundangan, ilmu pengetahuan dan
sebagainya. Dalam aspek politik, tamadun Islam telah banyak menyumbang
terhadap peradaban dunia. Antaranya ialah, tamadun Islam telah
memperkenalkan kepada dunia mengenai kehidupan bernegara iaitu dimana Nabi
Muhammad SAW telah dilantik sebagai ketua negara di Madinah dan Baginda
bertanggungjawab untuk menjaga Madinah dan menyelesaikan masalah rakyat
melalui perlembagaan. Selain itu, tamadun Islam juga telah menunjukkan cara
pemerintahan dan cara hidup berteraskan keadilan. Sistem syura juga
diperkenalkan oleh Islam. Oleh itu, jelas dilihat bahawa, Tamadun Islam telah
banyak memberi sumbangan kepada peradaban dunia.

4.5 SUMBANGAN DARI ASPEK EKONOMI

Definisi ekonomi adalah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras
dengan tuntutan syariah sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau
pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani
dan jasmani bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.” Menurut Ensiklopedia
Bank-bank Islam, ekonomi ialah satu ilmu yang menjadi perantaraan bagi
manusia menggunakannya untuk memenuhi keperluan duniawi dan masyarakat
selaras dengan ketentuan-ketentuan yang telah digariskan oleh syarak.

Ekonomi Islam merupakan aktiviti manusia dalam urusan perniagaan, urus


tadbir kewangan dan pengurusan sumber manusia yang berasaskan kehendak
Ilahi. Ekonomi Islam menekankan tiga konsep iaitu konsep rububiyyah, konsep
tazkiyyah dan konsep khalifah. Konsep yang pertama iaitu konsep rububiyyah
wujud dalam ekonomi Islam. Ia bertujuan menekankan bahawa Allah SWT
sebagai penguasa yang telah membuat peraturan muamalah bagi memelihara
kehidupan makhluk demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Kedua ekonomi Islam
turut menekankan konsep tazkiyyah yang bertujuan untuk membentuk kesucian
jiwa dan ketinggian akhlak melalui pembersihan harta dengan mengeluarkan
zakat dan bersedekah. Pembersihan jiwa dapat dibentuk dengan mengikis sifat
bakhil dan kedekut, tamak haloba dan eksploitasi kepada sifat pemurah dan
dermawan, zuhud dan qana’ah serta kompromi dan pengagihan sama rata serta
sikap saling kerjasama dan bantu membantu. Pembersihan interaksi dan
kemanusiaan dapat diwujudkan dengan peluang-peluang yang sama rata di
dalam aktiviti ekonomi atas jalinan silaturrahim tanpa ada unsur-unsur pilih kasih
ataupun kerana darjat. Konsep manusia sebagai khalifah Allah adalah membawa
erti manusia merupakan pemegang amanah yang perlu memakmurkan dunia
dengan unsur- unsur tauhid dan Rububiyyah. Dunia dan harta kepunyaan
manusia bukanlah bersifat mutlak, bahkan ia adalah ujian dan amanah Allah SWT.
Kesedaran pemilik secara ini akan menjadikan manusia mengurus pemilikannya
secara yang diredhai oleh Allah SWT.

Selain Itu, penubuhan baitumal merupakan sumbangan Tamadun islam


kepada peradaban dunia. Baitulmal merupakan institusi kewangan yang
menguruskan harta-harta kerajaan Islam. Baitulmal berfungsi sebagai tempat
menyimpan barang-barang yang berharga. Pada zaman ini, baitulmal dikenali
sebagai Perbendaharaan Negara. Institusi ini sudah wujud sejak zaman Nabi
Muhammad SAW lagi tetapi tarikh penubuhan rasmi baitulmal adalah pada zaman
Khalifah Umar al-Khattab, banyak penaklukan wilayah berlaku dan ini
menambahkan hasil Negara. Banyak harta diperoleh melalui perluasan kuasa.
Tiga jenis harta, iaitu harta masyarakat,harta Negara dan harta umum dibenarkan
masuk ke dalam Khalifah Umar berasaskan beberapa ayat al-Quran dan hadis.
Terdapat pelbagai sumber pendapatan yang disimpan dalam baitulmal.

Sumber baitulmal yang pertama ialah zakat. Terdapat dua jenis zakat iaitu
zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah diwajibkan ke atas semua orang Islam,
manakala zakat harta dibayar oleh orang Islam ke atas pendapatan seperti emas,
perak, hasil pertanian, hasil ternakan dan sebagainya. Zakat harta dibayar apabila
cukup hasil dan nisabnya. Zakat biasanya diagih-agihkan kepada orang yang
layak menerimanya. Lebihan harta ini disimpan dalam baitulmal untuk
pembangunan Negara. Kedua, Kharaj merupakan cukai tanah yang dikenakan ke
atas pemilik tanah di wilayah-wilayah yang ditakluki. Kadarnya ialah 10 peratus.
Kharaj terbahagi kepada dua jenis, iaitu kharaj al-wazifah dan khazraj
al-muqasamah. Kharaj al-wazifah dibayar sekali dalam satu tahun manakala
kharaj al-muqasamah perlu dibayar setiap kali hasil yang diusahakan diperoleh.
Ketiga, Usyur merupakan satu lagi sumber baitulmal. Usyur ialah cukai
perniagaan yang dikenakan ke atas semua peniaga Islam dan bukan Islam tetapi
kadar yang dikenakan adalah berbeza. Orang Islam dikenakan kadar bayaran 2.5
peratus apabila cukup nisabnya, iaitu 200 dirham. Golongan kafir zimmi
dikenakan cukai usyur dengan kadar 5 peratus manakala kafir harbi perlu
membayar dengan kadar 10 peratus.

Sumber pendapatan seterusnya ialah ghanimah dan al-fay. Kedua-dua


sumber ini merupakan harta rampasan perang. Ghanimah ialah harta yang
diperoleh selepas berlaku satu peperangan, iaitu pihak musuh menyerah kalah.
Harta ini biasanya ialah harta peninggalan tanpa waris. Baitulmal
memperuntukkan satu perlima daripada kutipan ghanimah kepada kerajaan pusat
di Madinah. Lebihan harta ini diagih-agihkan kepada askar-askar yang terlibat
dalam peperangan. Selepas itu, Jizyah ialah cukai perlindungan yang dibayar oleh
golongan kafir zimmi yang bernaung di bawah pemerintahan Islam.
Kerajaan-kerajaan bukan Islam yang sanggup tunduk di bawah pemerintahan
kerajaan Islam juga perlu membayar jizyah. Sebagai balasan pembayaran jizyah,
kerajaan Islam wajib memberikan perlindungan dan menjamin keselamatan
nyawa dan harta benda. Kadar jizyah ditentukan oleh kerajaan Islam selepas
rundingan. Hanya golongan yang cukup syarat sahaja perlu membayar cukai
jizyah.

Pada zaman Khalifah Umar, institusi baitulmal diuruskan secara sistematik.


Beliau telah melantik pegawai-pegawai khas untuk menguruskan baitulmal. Beliau
juga memastikan bahawa sumber –sumber masuk ke dalam baitulmal adalah
tidak bertentangan dengan syariat. Khalifah Umar juga memperkenalkan buku
kira-kira supaya semua maklumat kutipan, simpanan dan agihan sentiasa
dikemas kini. Maklumat-maklumat ini dapat mengelakkan penyelewengan dan
mengesan perbelanjaan dan pendapatan.

Khalifah Umar juga memastikan bahawa sumber-sumber baitulmal


membawa manfaat kepada rakyat dan Negara. Zakat yang dikutip diberikan
kepada golongan yang layak menerimanya. Sumber-sumber ini juga digunakan
untuk membangunkan ekonomi Negara Islam. Beliau juga menyediakan
kemudahan awam seperti sistem pengairan, masjid dan kubu-kubu pertahanan.
Pada zaman Khalifah Umar, baitulmal daerah didirikan di setiap wilayah. Gabenor
wilayah bertanggungjawab menguruskannya. Harta wilayah itu disimpan dalam
baitulmal wilayah untuk membangunkan wilayah itu. Gabenor perlu menghantar
laporan tahunan kepada khalifah. Khalifah al-Rasyidin menganggap baitulmal
sebagai amanat Allah SWT, maka kaum Muslimin tidak mengizinkan kemasukan
sesuatu ke dalam atau pengeluaran yang bertentangan dengan syarak Islam.
Khalifah al-Rasyidin juga mengharamkan penggunaan sumber baitulmal untuk
kepentingan peribadi. Baitulmal memainkan peranan yang penting dalam
menguruskan pendapatan Negara. Baitulmal menjamin pembangunan ekonomi,
membantu golongan yang kurang bernasib baik dan juga memastikan harta
kerajaan islam dijaga serta diuruskan berdasarkan syariat

Justeru, sumbangan tamadun islam kepada peradaban dunia adalah


perkembangan mata wang islam. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin ketika
pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, sistem mata wang Islam mula digunakan
dengan peniruan daripada mata wang Rom dan Parsi. Nabi Muhammad S.A.W.
telah mengisytiharkan dinar dan dirham sebagai wang yang sah bagi orang-orang
Islam untuk berurus niaga pada ketika itu, kerana dapat memenuhi tuntutan
syarak. Selaras dengan perkembangan tamadun Islam, maka pada zaman
Khulafa al-Rasyidin wujudlah mata wang Islam yang mempunyai identiti dan
bebas dari kongkongan mata wang lain.

Terdapat tiga jenis mata wang pada ketika itu, iaitu Dirham Balji dari Parsi,
Dirham Rumi dari Rom dan Dirham Tabari dari Asia Tengah. Khalifah Umar
al-Khattab (634 644 M) telah menetapkan kadar piawaian khusus iaitu Piawaian
Khalifah Umar al-Khattab sebagai model mata wang Islam yang masih
berteraskan dinar emas dan dirham perak. Piawaian mata wang ini diselaraskan
kepada berat emas dan perak yang tertentu, iaitu menetapkan 10 dirham perak
bersamaan dengan 7 dinar emas, dengan setiap 1 dinar seberat 4.25 gram emas,
manakala 1 dirham seberat 3 gram perak. Kedua-dua mata wang ini mempunyai
gambar Kaabah dan dua kalimah syahadah di setiap muka depan dan
belakangnya.

Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib (656-661M), mata wang Islam telah
diperbaharui dengan memperkenalkan dirham Islam yang ditulis dengan khat
Koufi. Walaupun mata wang tersebut tidak dapat diedarkan secara rasmi kerana
kualiti dan piawaian yang masih belum tetap. Ketika pemerintahan Khalifah Abdul
Malik bin Marwan (685 M-705 M) pada zaman bani umaiyyah, khalifah telah
mengarahkan mata wang Islam dinar dan dirham dicetak buat pertama kalinya di
Damsyik pada tahun 691M dan 692 M, dan diulang cetak di Mesir, Andalusia dan
Wasit pada 693 M hingga 696 M. Pada zaman Khalifah al-Ma’mun (813 M – 833
M),zaman bani abbasiyyah, percetakan mata wang Islam telah dibuat
penyelarasan di peringkat pusat iaitu di Baghdad, yang sebelum ini mata wang
dicetak disemua bandar besar seperti di Kota Kufah, Kota Fustat dan lain-lain,
untuk mengelakkan mata wang palsu dicetak. Setiap mata wang dinar dan dirham
yang dicetak itu mempunyai nama khalifah yang memerintah.

Di samping itu, penubuhan bank islam juga merupakan sumbangan


tamadun islam kepada peradaban dunia. Hasil usaha bersungguh-sungguh ulama’
Islam yang ingin memastikan umat bebas dari belenggu riba , maka lahirlah Bank-
bank Islam dibeberapa buah negara seperti berikut Bank Islam Dubai(1975),
Bank Islam Faisal, Mesir(1977), Bank Islam Faisal, Sudan (1978), Bank Kewangan
dan Pelaburan Islam , Jordan (1978), Bank Islam Bahrain (1979) f. Bank Islam
Abu Dhabi. Ciri-ciri penting yang terdapat pada Bank Islam adalah seperti berikut,
Aqidah Islamiah sebagai asas segala aktiviti, Pelaburan untung bersama sebagai
nadi dan daya penarik, Pembangunan sebagai peranan dan perkhidmatan, Positif
sebagai tenaga dinamik, Sosial sebagai motif ke arah keadilan dan perimbangan,
Aneka jenis sebagai jawapan terhadap cabaran semasa.

4.6 SUMBANGAN DARI ASPEK SOSIAL

Antara sumbangan tamadun Islam dalam peradaban dunia dalam aspek sosial
ialah persamaan taraf dan persaudaraan Islam. Sumbangan persamaan taraf dan
persaudaraan Islam ini dapat dilihat pada alam Melayu pada abad ke-17 yang
terlihat pada awalnya dipengaruhi oleh tamadun Hindu. Kedatangan Islam ke
alam Melayu pada ketika itu telah menyebabkan beberapa perubahan. Contohnya
di alam Melayu, perkembangan ciri-ciri sosial Islam telah sedikit demi sedikit
mengambil alih ciri-ciri sosial Hindu. Ciri sosial Hindu yang mengamalkan sistem
berkasta dan perhambaan dalam masyarakat telah terhapus. Sistem Kasta dilihat
tidak lagi relevan selepas kedatangan Islam. Hal ini dikatakan demikian kerana,
perhambaan adalah haram dalam ajaran Islam . Hukum hamba di dalam firman
Allah SWT:

Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang


cukup untuk berkahwin dengan perempuan yang baik-baik (yang merdeka,
yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu
berkahwin dengan hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan
Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing masing (suami yang
merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan
seugama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya
serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba
perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan
perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman
simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba perempuan itu) berkahwin, lalu
mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari
(hukuman) 88 seksa yang ditetapkan ke atas perempuan yang merdeka.
(Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang
berkahwin dengan hamba perempuan) itu ialah bagi orang yang bimbang
melakukan zina antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan
hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (25)
(Surah al-Nisa,4:25)
Selain itu, perkara ini disebabkan oleh ciri sosial Islam yang sangat
mementingkan persamaan taraf dan persaudaraan Islam. Persamaan taraf dan
persaudaraan Islam ini menunjukkan jelas Islam sangat mementingkan
perpaduan. Kedudukan dan taraf seseorang tidak terlihat pada pangkat darjat
seseorang malah terlihat pada iman dan taqwa seseorang individu tersebut.
Bahkan, Islam juga menfokuskan umatnya untuk hidup dalam keadaan yang
harmoni. Sifat dan akhalak mulia sangat ditekan bagi mewujudkan manusia
yang mempunyai sifat dan rasa tanggungjawab serta saling bantu-membantu
antara satu sama lain. Perkara ini juga sangat ditekan pada masa sekarang dan
masa-masa yang akan mendatang kerana perkara ini jelas akan mewujudkan
perpaduan dan kedamaian. Sehubungan daripada itu, maka wujudlah konsepsi
iaitu umat Islam di dunia ini adalah bersaudara. Melalui konsep ini, terbentuklah
masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira bangsa dan keturunan. Secara
tidak langsung nilai-nilai positif di dalam tamadun Islam ini tadi telah
menyebabkan negara menjadi kuat dan stabil yang dapat mempertahankan
dari anasir-anasir luar ( Ali Mohammad, 2008). Perpaduan yang diketengahkan
di dalam ajaran pada Tamadun Islam pada ketika itu telah menyebabkan
perpaduan di Alam Melayu dapat dipupuk sehingga sekarang. Bahkan, bukan
sahaja di Alam Melayu, semua negara di muka bumi ini diarahkan untuk
mengamalkan perpaduan.
Sifat perpaduan yang diterapkan di dalam tamadun Islam ini juga dapat
dilihat ketika Nabi Muhammad membuat perjanjian yang dikenali sebagai
Piagam Madinah. Piagam Madinah ini mempunyai 47 fasal. 23 fasal adalah
membicarakan tentang hubungan antara umat Islam iaitu antara kaum Ansar
dan Muhajirin. 24 fasal lagi membicarakan tentang hubungan umat Islam
dengan umat yang lain. Piagam Madinah atau Perjanjian Madinah ini dikenali
sebagai model tertulis yang pertama di dunia ( Mohd Roslan Mohd Nor, 2010).
Kandungan piagam Madinah secara ringkas adalah seperti berikut :
1. Kaum Yahudi hendaklah hidup berdamai dengan kaum Muslimin; kedua
belah pihak bebas mengamalkan ajaran masing-masing.
2. Kaum Muslimin dan Yahudi wajib mempertahankan kota Madinah dari
serangan musuh dan bekerjasama melawan sesiapa sahaja yang
memerangi mereka.
3. Perdamaian dengan pihak lain hendaklah mendapat persetujuan
kedua-dua belah pihak.
4. Sesiapa yang tinggal di luar kota Madinah akan dilindungi kecuali orang
yang zalim dan bersalah.
5. Sekiranya timbul perselisihan antara kaum Yahudi dan Muslim maka
penyelesaiannya hendaklah dirujuk kepada Allah (al-Kitab) dan Rasul di
mana Rasulullah s.a.w adalah pemimpin umum penduduk Madinah.
Sumbangan tamadun Islam yang seterusnya ialah perkembangan hukum.
Al Quran adalah merupakan kalam Allah SWT dan diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW. Al Quran bagi umat Islam adalah seperti kitab hukum iaitu
seperti erti hukum yang bersifat kekal. Al Quran akan menjelaskan asasnya
sama ada dalam bentuk isyarat mahupun secara langsung. Manakala hais dan
sunnah akan mempericikannya dengan lebih jelas. Hukum dalam tamadun
Islam ini juga berkait rapat dengan konsep kehakiman dan perundangan.
Dalam tamadun Islam, peranan hakim di dalam Al Quran adalah dianggap
sebuah peranan yang mulia di sisi Islam. Seorang hakim mestilah mempunyai
sifat yang terpuji dan adil. Di dalam Islam terdapat enam prinsip penting kriteria
hakim. Antaranya ialah ialah mempunyai akal yang sempurna,beriman dan
bertakwa kepada Allah SWT, ilmu pengetahuan yang cukup dalam Al Quran dan
al Sunnah,bijak dan waras akal fikiran dalam melaksanakan hukuman,
berwibawa dan dihormati kerana ketegasan dan keadilannya dan akhir sekali,
adil dan sabar dalam melakukan keputusan berdasarkan hujah dan bukti sahih
(Siti Faraiza Sanip, Halimahtun Saadiah Abu Bakar, dan Siti Suhaila Ihwani,
2018). Seperti yang telah diketahui, Islam mementingkan perpaduan maka
keadilan yang dianjurkan di dalam tamadun Islam ini ialah keadilan sejagat.
Oleh itu, institusi kehakiman adalah mesti adil tanpa mengira pangkat,
keturunan dan agama. Dalam firman Allah menyebut :
“Mereka sangat suka mendengar berita dusta, sangat suka memakan
segala yang haram (rasuah dan sebagainya) . Oleh itu kalau mereka datang
kepadamu, maka hukumlah antara mereka (dengan apa yang diterangkan oleh
Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka
maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau
menghukum maka hukumlah antara mereka dengan adil; kerana
sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. (42)”
(Surah al-Maidah, 5: 42)
Sumbangan tamadun Islam dalam peradaban dunia bagi aspek sosial
juga ialah martabat wanita diangkat. Pada awalnya, wanita hanyalah diangkat
sebgai pembawa sial kepada dalam keluarga. Terdapat juga bayi perempuan
dibunuh kerana dianggap membawa malu kepada keluarga. Islam
membebaskan masyarakat jahiliah dari faham songsang mereka tersebut.
Asma’, Nusaibah dan Aisyah adalah merupakan antara nama wanita agung di
dalam Islam kerana mereka membuktikan bahawa mempunyai peranan yang
besar di dalam Islam. Andulisia memainkan perana penting dalam mewujudkan
tamadun barat. Andalusia menjadi rujukan para ilmuwan bagi menggali
khazanah. Di Andalusia ini juga, wanita juga tidak melepaskan peluang
melibatkan diri dalam memartabatkan ilmu. Ada antara mereka menjadi
penyalin karya agung dan bertugas di gedung-gedung ilmu. Terdapat 44 orang
terlibat dalm puisi, 22 orang sebagai sasterawan, 11 orang sebagai setiausaha
dan banyak lagi ( Mohd Roslan Mohd Nor, 2010).
5.0 KESIMPULAN
Jelaslah bahawa kedatangan Islam ke peradaban dunia telah memberi kesan yang
besar dan meluas dalam kehidupan masyarakat masa sekarang. Sehingga dengan itu
telah berjaya merealisasikan ajaran dan tuntutan Islam di kalangan mereka secara
berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat mereka ke tahap yang lebih baik dan
bermaruah. Keadaan tersebut berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan mereka baik di
kalangan individu, keluarga, masyarakat atau negara. Kedatangan Islam telah meberi
sumbangan kepada sistem kehidupan masyarakat seperti dalam aspek ilmu
pengetahuan, kesenian, sains dan teknologi, politik, ekonomi dan sosial. Kejayaan
tamadun Islam mengembangkan sains, ilmu pengetahun, seni, teknologi, sosial dan
ekonomi di dunia telah menjadikan Islam menjadi warisan peradaban dapat diwarisi
sehingga kini. Perutusan dari Allah SWT ini menambahkan pelbagai kemajuan dalam
sistem peradaban manusia dimana manusia dapat hidup dengan lebih bersistem dan
bertamadun.

Sumbangan tamadun Islam dilihat hasil daripada karya dan ilmu yang diperolehi
oleh tokoh-tokoh islam seperti Ibn Sina atau nama sebenar beliau ialah Abu Ali
al-Hussayn bin Abd Allah bin al-Hasan bin Ali bin Sina, tokoh islam popular yang
memberi sumbangan terhadap kemajuan ilmu pengetahuan. Sebagai bukti, buku
karya teragung beliau iaitu Qanun fi al-Tibb yang merupakan khazanah perubatan
yang amat bernilai dan telah menjadi sumber rujukan utama di universiti-universiti di
Eropah. Ini telah mengembangkan sumbangan tamdun Islam sehinggi kini dan dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan sama ada dalam bidang sains dan teknologi ataupun
sains dan kemanusiaan. Oleh itu, Islam boleh disifatkan sebagai kekuatan dalam
merealisasikan kebangkitan ilmu sains, teknologi, dan kemanusiaan.

Ilmu Islam adalah ilmu yang sangat luas yang meliput semua aspek dan tidak
terbatas. Ilmu yang disampaikan oleh Islam bukan sahaja membimbing manusia tetapi
ilmu pengetahuan tentang dunia. Sebagai contoh, sumbangan tamadun Islam dalam
sistem politik, Islam telah memperkenalkan cara pemerintahan Islam yang adil kepada
semua rakyat meskipun berbeza agama dan keturunan dan juga memperkenalkan
suatu sistem pemerintahan yang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
Ajaran Islam merupakan ajaran wahyu yang mudah dan realistik untuk semua
manusia di semua tempat pada semua masa. Selain itu, Islam juga mempunyai
pandangan yang tersendiri terhadap kehidupan di muka bumi termasuk kepentingan
ilmu dan sistem politik.
Malahan, jika dilihat dari segi sejarah perkembangan dan sumbangan Tamadun
Islam kepada bidang-bidang tersebut, sains Islam berpaksikan paradigmanya yang
tersendiri. Keistimewaan dan keunikan paradigma tersebut menentukan pembentukan
pandangan semesta komuniti saintis terhadap sains alam semesta seperti dalam
bidang astronomi Ibnu al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan
telah mencipta kompas yang dapat menentukan jarak antara bulan dan bumi dan
antara bintang-bintang dan matahari. Inilah rahsia yang menentukan
kecemerlangan dan kegemilangan pencapaian sains dan ilmu pengetahuan pada
zaman keagungan tamadun Islam pada zaman terdahulu.

Kejayaan tamadun Islam sebenarnya diperolehi dari hasil sikap terbuka dalam
menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Hal ini kerana, wujud
ikatan atau interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai ataupun
pemikiran. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan
idea pemikiran yang baharu. Tamadun Islam bermatlamat untuk memelihara dan
menjaga serta menjaga dimensi utama dalam konteks peranan mereka sebagai
khalifah di bumi ini iaitu perhubungan manusia dengan Allah swt, perhubungan
manusia sesama manusia dan perhubungan manusia dengan alam sekitar. Oleh itu,
tamadun islam digelar sebagai tamadun yang unik.

Oleh itu, kesimpulannya keyakinan dan penghayatan akidah Islam dalam


pembinaan tamadun memberi impak positif terhadap kehidupan manusia dan alam
sekelilingnya. Segala perbuatan yang dilakukan adalah bertujuan untuk menzahirkan
ketaatan dalam usaha mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah swt. Islam telah
menjadi pendorong kepada pembinaan tamadun yang seimbang antara keperluan
fizikal dan spiritual.
RUJUKAN
- Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris. 1999. Bagaimana Islam Berpolitik Dan
Memerintah. Kuala Lumpur: Al- Hidayah Publisher
- Abdullah, A. B. (2004). Memperkenalkan Bidang Kejuruteraan: Persepsi &
Sumbangan Islam. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
- Abidin, D.Z. (2003). Perubatan Islam Edisi Kedua. Pahang: PTS Millennia.
Sidek, B. (2006). Pendidikan Rabbani. Shah Alam: Karya Bestari.
- Ali Mohammad. (2008). Sumbangan Tamadun Islam Dalam Kehidupan Masyarakat
Di Alam Melayu Hingga Abad ke 17 M. Journal of al Tamaddun. Vol 3 No 1 (2008).
- Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
- HR.Muslim. Kitab: Al-Hajj.Bad Istihbab Ramy Jamrah Al-Aqabah Yaum An-Nahr
Rakiban.hadits ni. 1298
- Ibrahim, M. I., Nazri, F. I., Basiron, B. (2018). Islam serta Pembentukan Sains dan
Teknologi. Prosiding Seminar Tamadun Islam, 1-12. ISBN: 978-967-2171-28-7.
- Jasmi, K. A. (2013). Geologi, Hidrologi, Oceanografi dan Astronomi dari Perspektif
al-Quran. Johor Bahru: Penerbit UTM Press.
- Muhammad Abdel Qadir Abu Faris. 2000. Pemerintahan Negara Islam Yang
Sebenar. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise
- Mohd Roslan Mohd Nor. (2010). MENELADANI SEJARAH UMAT ISLAM DALAM
MEMBENTUK MASYARAKAT HADHARI YANG GEMILANG ABAD KE 21. Jurnal Hadhari.
2 (2) (2010) :19-40.
- Nanang Rizali. 2012. Kedudukan Seni Dalam Islam. Jurnal Kajian Seni Budaya Islam.
3-6.
- Nur Aminah Nasution. 2017. Seni Islam sebagai Media Dakwah Studi Kasus:
Kesenian Tari Badui di Dusun Semampir, Desa Tambakrejo, Kecamatan Tempel,
Kabupaten Sleman, Yogyakarta.Jurnal Sejarah Peradaban Islam, 301-311.
- Nik Lukman Nik Ibrahim. 2006. Teori dan idea seni . Penerbit NLNI : Kuala Lumpur
- Raghib As-Sirjani. 2012. Panorama Keindahan Peradaban Islam Sumbangan
Peradaban Islam Pada Dunia
- Siti Faraiza Sanip, Halimahtun Saadiah Abu Bakar, Dan Siti Suhaila Ihwani. (2018).
PERKEMBANGAN SAINS, HUKUM, TEKNOLOGI DAN EKONOMI DI DUNIA. Integrasi
Perkembangan Sains, Hukum, Teknologi dan Ekonomi di Dunia Islam. In: Seminar
Tamadun Islam 2018, 17 Ogos 2018, Bilik Kuliah 6, Blok N28, UTM.
- Wan kamariah Leman & Mazlah Yaacob. 1997. Sejarah Dan Tamadun Islam. Kuala
Lumpur: Institut Teknologi MARA

You might also like