Professional Documents
Culture Documents
Laporan Pembukaan Semula Prasekolah Pada Musim PKPP Tahun 2020
Laporan Pembukaan Semula Prasekolah Pada Musim PKPP Tahun 2020
Sesi persekolahan pra sekolah telah bermula semula pada musim PKPP. Hari pertama
sesi persekolahan tersebut adalah pada 1 JULAI 2020. Terdapat 4 Mod persekolahan.
Pra sekolah SJKT Sungai Besi telah memilih Mod 4 iaitu cara penggiliran setelah
mengadakan mesyuarat dalaman.
Apabila kanak-kanak tiba di kelas, PPM membimbing mereka membasuh tangan dan
duduk di tepat mereka yang telah dilabelkan. Kanak-kanak telah diberi sarapan pagi dan
meminta mereka makan di tempat masing-masing. Setelah itu, kanak-kanak diajar laluan
pergerakan mereka ke tandas dan balik ke tempat masing- masing. Pada pukul 8.00 pagi ,
aktiviti perbualan bebas telah diadakan oleh guru kelas Pn.K.Theivanai. Beliau telah
berbincang tentang Covid-19 dan cara-cara menjaga diri dapada Covid19 dengan
menayangkan video .Unsur-unsur kebersihan dan kesihatan juga telah diterangkan oleh
guru.
Aktiviti Pdpc telah bermula pada pukul 8.30 pagi. pada pukul 9.30 pagi kanak-kanak
diminta membasuh tangan dan balik ke tempat mereka mengikuti arah yang ditetapkan.
Makanan telah diedarkan oleh PPM dan guru-guru. Setelah kanak-kanak siap makan,
Pn.Theivanai selalaku guru pra sekolah telah membimbing mereka membersihkan meja
masing-masing. Pada masa rehat juga perbincangan tentang Covid-19 telah diadakan .
Pada pukul 10.30- 11.50 kotak pensel, warna dan buku-buku kanak-kanak telah dikumpul
dan letak diatas sebuah rak. Guru telah memesan kepada kanak-kanak supaya balik
rumah dan mandi sebelum makan. Kelas bersurai pada pukul 12.00 tgh. Guru dan PPM
membimbing kanak-kanak untuk beratur dengan penjarakan sosial yang betul. ibubapa
telah membawa balik kanak-kanak ke rumah masing-masing. Kehadiran kanak-kanak
pada 1.7.2020 adalah seramai 10/12 dan pada 2.7.2020 adalah seramai 4/13.
____________________