Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

UK01202

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

JADUAL KE-9 SENARAI PERLEMBAGAAN

SEKSYEN:
SEKSYEN 3

NO NAMA NO.MATRIK NOMBOR


TELEFON
1 BRITNEY KRISTIE ANAK BB19110599 011-31838123
IMBAN
2 CAMELIA ANAK BA19110517 013-3366541
MARTIN
3 EDWINA BINTI TALI BA19110562 01126166031
4 KARTINI BINTI BIJOK BA19110146 014-6167263
5 NUR AISYAH SHUHADAH BA19110967 011-12092066
BINTI USMAN
6 NUR QAMIELIEA NAJWA BA19110805 011-26898915
BINTI SHARUDIN
7 NUR SYAKINA BINTI BA19110274 017-7278135
JOHAN
8 OWEN LEONG ZHENG BA19110308 013-5867705
SHENG
9 SHARIFFAH SITI NOR BB19161075 011-39838943
JUNAIDAH BINTI
SHARIF IBRAHIM

PENSYARAH:
PROF MADYA DR. MOHD AZRI BIN IBRAHIM
1.0 PENGENALAN

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan 1948 mengandungi

183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen

undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan dua dokumen terdahulu iaitu

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah

melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan

Malaysia yang digubal menjadi garis panduan dalam sistem pemerintahan, sistem politik dan

pentadbiran negara di samping memberikan jaminan perlindungan kepada raykat.

Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.

Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal Perlembagaan merupakan

persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu.

Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London

pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada

Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri

Persekutuan, Tunku Abdul Rahman dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya

Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya. Untuk meminda perlembagaan, satu

majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada

kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi,

perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga

2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau

menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau

menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".


Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian

mengandungi satu atau lebih Perkara yang relevan. Sistem pemerintahan di Malaysia

membahagikan tugas pentadbiran kepada tiga senarai iaitu Senarai Persekutuan, Senarai

Negeri dan Senarai Bersama. Senarai-senarai ini terkandung dalam Jadual Kesembilan

Perlembagaan Persekutuan . Jadual Kesembilan ialah penjelasan atau perincian kepada

Perkara 74 - Hal Perkara Undang-undang Persekutuan dan Negeri dan Perkara 77 - Kuasa

Baki Perundangan.

Terdapat pelbagai tujuan perlembagaan diwujudkan. Tujuan utamanya ialah

mewujudkan pemerintahan yang adil. Perlembagaan persekutuan digubal berdasarkan tolak

ansur dan permuafakatan kaum. Memastikan keadilan ekonomi antara kaum tetapi turut

memelihara hak istimewa orang melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pembentukan

integrasi kaum yang bersatu padu dan setia kepada negara.

Selain itu, tujuan lainnya ialah mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal

pergerakan kerajaan dan rakyat. Yang Dipertuan Agong serta sistem pemerintahan kerajaan

yang terdiri daripada badan perundangan, kehakiman, eksekutif juga tertakluk kepada

perlembagaan persekutuan. Perlembagaan persekutuan merupakan panduan dalam

pemerintahan dan tindakan pemerintah adalah berdasarkan perlembagaan. Perlembagaan

persekutuan menjamin keadilan, kecekapan dan ketelusan dalam sistem pentadbiran dan

pemerintahan. Perlembagaan menjelaskan bidang kuasa yang menjamin kerjasama antara

kerajaan negeri dan persekutuan. Maka dengan ini, tiada penyalahgunaan kuasa boleh

berlaku.
2.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan tentang kaedah kajian yang digunakan di dalam

kertas kerja berkumpulan ini.

2.1 CARTA ALIR KAEDAH KAJIAN

Sumber rujukan

Jadual 9 Sumber
Sumber perpustakaan
*senarai sekunder
perundangan

Sumber internet

Hasil kajian

Rumusan

Rajah 1: carta alir kaedah kajian

Rajah 1 menunjukkan carta alir kaedah kajian yang bertajuk Jadual 9 iaitu Senarai

Perundangan. Sumber yang digunakan adalah berbentuk sekunder iaitu melalui

Sumber Rujukan, Sumber Perpustakaan dan Sumber Internet. Antara Hasil

rujukan yang didapati adalah seperti Buku Pengajian Am Tingkatan 6, dan Buku

rujukan yang berkaitan undang-undang. Melalui sumber perpustakaan pula,

Pengkaji telah mengunjungi Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS)

untuk menjalankan penyelidikan terhadap sumber-sumber arkib yang terdapat di

perpustakaan tersebut. Salah satu sumber arkib yang pengkaji dapati adalah
seperti koleksi buku ilmiah. Akhir sekali Pengkaji juga telah membuat beberapa

rujukan melalui laman internet seperti, PQPT open, Google Scholar dan Internet

Public Library.

2.2 SUMBER SEKUNDER

2.2.1 Buku Rujukan

Kaedah ini diperoleh dari bahan-bahan terbitan seperti buku rujukan dan

surat khabar. Melalui kaedah buku rujukan, pengkaji telah memperolehi

banyak maklumat dan data tambahan yang diperlukan untuk menghasilkan

kajian ini. Di samping itu, kaedah ini juga mudah untuk diperolehi kerana

terdapat banyak pembekal di pasaran yang membekalkan buku rujukan

seperti ini. Cohtoh buku rujukan tersebut ialah seperti buku teks Pengajian

Am tingkatan 6. Hal ini dikatakan demikian kerana, tajuk yang telah kami

dapatkan adalah sedikit sebanyak berkaitan dengan subjekt yang dipelajari

sewaktu kami di tingkatan 6.

2.2.2 Perpustakaan

Kaedah perpustakaan dilakukan bagi mendapatkan maklumat ke atas

bahan-bahan literature seperti buku ilmiah. Tambahan pula, kaedah

pepustkaan ini adalah sangat penting kerana melalui kaedah ini pengkaji

akan mendapat gambaran yang jelas berkaitan tajuk yang akan dikaji

seperti konsep kajian, kaedah kajian, ciri-ciri kajian, dan menyenaraikan

perkara-perkara yang bersesuian dengan kajian yang pengkaji jalankan.

Perpustakaan yang dilawati adalah seperti Perpustakaan University

Malaysia Sabah (UMS).


2.2.3 Laman Internet

Setiap ahli kumpulan juga telah membuat penyelidikan dengan melayari

laman web rasmi seperti Google Scholar, Academic.edu, Research dan

sebaginya. Hal ini bukan sahaja akan memudahkan pelajar daripada

memperolehi sumber baru bahkan secara tidak langsung kaedah ini turut

membantu pelajar dalam meningkatkan ilmu pengetahuan mereka berkaitan

dengan tajuk kajian yang sedang dikaji.


3.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan tentang dapatan kajian yang diperoleh.

3.1 DAPATAN KAJIAN 1 : MENYENARAIKAN PERKARA-PERKARA

YANG TERLETAK DI BAWAH KUASA PARLIMEN (SENARAI

PERSEKUTUAN)

Negara Malaysia merupakan sebuah persekutuan di mana dalam sesebuah

persekutuan tersebut mempunyai pembahagian kuasa perundangan yang

tersendiri. Perkara ini turut merangkumi pembahagian eksekutif diantara pusat

dan negeri-negeri dalam Malaysia. Setiap negeri yang ada dalam Malaysia iaitu

sebanyak 13 negeri mempunyai badan perundangan yang tersendiri. Badan

perundangan tersebut terdiri daripada Dewan Undangan Negeri atau lebih

dikenali dengan singkatan DUN dan kerajaan negeri tersendiri. Dewan Undangan

Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertakluk kepada

negeri masing-masing manakala kerajaan negeri mempunyai kuasa dalam

mentadbir negeri mengikut undang-undang yang digubal oleh DUN. Selain

daripada dua badan utama yang memainkan peranan, pihak mahkamah turut

menlaksanakan tanggungjawab yang penting. Dalam kerangka sesebuah negara,

mahkamah berperanan dalam mentafsirkan undang-undang di peringkat

Persekutuan dan Negeri. Carta organisasi dalam setiap mahkamah haruslah

mempunyai Mahkamah Syariah yang tersendiri. Hal ini dikatakan sedemikian

kerana mahkamah Syariah merupakan mahkamah yang memutuskan makna

dalam undang-undang Syariah. Walaubagaimanapun setiap undang-undang yang

dilaksanakan haruslah berpandukan dan konsisten dengan Perlembagaan.

Bahagian perlembagaan persekutuan bertindak membahagikan kuasa untuk

menggubal undang-undang diantara Parlimen dan DUN. Justeru itu,


perlembagaan mempunyai kuasa untuk menyatakan jenis undang-undang yang

dibenarkan dan undang-undang ini boleh digubal oleh Parlimen dan Dewan

Undangan Negeri.

Beberapa peruntukan perlembagaan telah disediakan dan ianya adalah

bertujuan untuk membahagikan kuasa perundangan. Dalam perlembagaan

terdapat tiga senarai utama iaitu Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai

Bersama. Antara bukti peruntukan perlembagaan yang dapat dlihat ialah Perkara

74. Perkara 74 memperuntukan Parlimen untuk membuat undang-undang

mengenai mana-mana perkara yang disebut atau dinyatakan dalam senarai

persekutuan atau senarai bersama mahupun sebagaimana yang lain diperuntukan

dalam perlembagaan. Badan perundangan negeri boleh membuat sesuatu

undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disentuh dan disebut dalam

senarai negeri dan senarai bersama. Badan perundangan Persekutuan iaitu

Parlimen yang telah diberi kuasa untuk membuat undang-undang berkaitan

perkara-perkara yang disenarai dalam senarai pertama dan kedua di dalam Jadual

Sembilan (Shaikh Mohd Noor Alam 1984:14). Pelaksanaan kuasa dalam

membuat undang-undang boleh dilaksanakan dan ia haruslah tertakluk kepada

sebarang syarat yang dikenakan oleh perlembagaan terhadap sesuatu perkara

tersebut. Selain daripada itu, parlimen bertindak membuat undang-undang bagi

seluruh bahagian persekutuan dan juga melibatkan undang-undang yang

berkuatkuasa di dalam mahupun di luar persekutuan. Bahagian senarai pertama

dalam jadual ke-9 seperti dalam senarai perundangan mengandungi beberapa

perkara yang terletak di bawah bidang kuasa Parlimen. Dalam erti kata lain,

perkara yang termaktub dalam senarai pertama juga dikenali sebagai Senarai

Persekutuan yang merupakan bidang kuasa utama Parlimen (Tun Mohamed


Suffian bin Hashim 1987: 489). Sebagai contoh beberapa perkara yang tersenarai

di bawah senarai persekutuan atau senarai satu dalam jadual ke-9 adalah :

(a) Keselamatan dalam negeri

Aspek keselamatan dalam negeri adalah merangkumi polis, penyiasatan

jenayah, pendaftaran jenayah dan ketenteraman awam. Selain itu juga,

keselamatan dalam negeri menyentuh perkara yang berkaitan dengan penjara,

institusi pemulihan akhlak, rumah remand dan lain-lain lagi.

(b) Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan

Perkara yang dinyatakan juga termasuk dalam aspek keanggotaan dan susunan

semua mahkamah selain Mahkamah Syariah. Ia juga menyentuh bahagian

bidang kuasa dan kuasa semua. Selain itu , bahagian yang berkaitan dengan

undang-undang turut melibatkan rahsia rasmi dan perbuatan rasuah.

(c) Kewarganegaraan Persekutuan dan Penaturalisasi

(d) Jentera kerajaan, tertakluk kepada Senarai Negeri

Akan tetapi perkara dalam jentera kerajaan tersebut termasuk dalam pemilihan

menjadi ahli kedua-dua Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta

segala perkara yang berkaitan dengannya. Ia juga menyentuh perkara

berkaitan dengan Majlis Angkatan Tentera dan Suruhanjaya yang baginya

Bahagian X terpakai.

(e) Pendidikan

Bahagian pendidikan peringkat rendah, menengah dan university serta

pendidikan vokasional dan teknik. Aspek pendidikan turut menyentuh perkara

yang berkaitan dengan perpustakaan, muzium, monument dan rekod

purbakala.

(f) Kebajikan orang asli


(g) Pekerja Profesional atai ia juga disebut sebagai satu persatu secara khusus

(h) Hari kelepasan selain hari kelepasan Negeri yang mana perkara ini melibatkan

standard waktu

(i) Pertubuhan tidak diperbadankan

dan banyak lagi bahagian perkara yang disentuh serta ianya dianggap

mempunyai kepentingan secara meluas kerana aspek ini merangkumi seluruh

negara.

3.2 DAPATAN KAJIAN 2 : MENYENARAIKAN PERKARA YANG

TERLETAK DIBAWAH KUASA DEWAN UNDANGAN NEGERI

(SENARAI NEGERI)

Di Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri atau ADUN ialah wakil yang dipilih

oleh para pengundi sebuah kawasan pilihan raya negeri ke Dewan Undangan

Negeri. Pemilihan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Diadakan pada setiap lima

tahun sekali. Hal ini bersempena dengan Pilihan Raya Umum Malaysia untuk

Ahli Parlimen. Namun negeri Sarawak mengadakan pilihan raya yang berasingan

bagi memilih ahli dewan undangannya.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri biasanya disebut ADUN

manakala Dewan Undangan Negeri dikenali sebagai DUN. Mereka disebut

sebagai wakil rakyat dengan gelaran rasmi Yang Berhormat atau dikenali sebagai

YB dalam huruf singkatan.

Antara fungsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu menjaga hak

perlembagaan negeridan rakyat seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan

negeri. ADUN perlu mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang

dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan pindaan

bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu. ADUN memberi khidmat kepada


Kerajaan Eksekutif dan menjadi arena tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik

dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan. ADUN juga

mewakili rakyat melalui sidang Dewan Undangan Negeri dan forum yang

disediakan untuk wakil-wakil rakyat menyuarakan pendapat, membangkitkan

perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam, atau berbincang secara

terbuka terhadap isu-isu yang menjadi tumpuan rungutan atau masalah rakyat.

ADUN perlu melantik jawatankuasa-jawatankuasa untuk penyiasatan melalui

perbicaraan awam dan laporan-laporan. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12,

sebanyak 505 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingan di seluruh negara

kecuali Sarawak yang memilih untuk mengadakan pemilihan secara berasingan.

DUN atau Dewan Undangan Negeri merupakan satu badan perundangan

peringkat negeri. Antara perkara yang terletak dibawah kuasa Dewan Undangan

Negeri ialah Hal ehwal Agama Islam. Antara Hal elwal agama Islam ini

termasuklah hukum syarak yang berhubungan dengan perwarisan, wasiat dan

tidak berwasiat, pertunangan, penceraian, mas kahwin, nafkah, wakaf dan tarif,

adat melayu, zakat dan sebagainya. Perkara yang seterusnya ialah tanah. Dewan

Undangan Negeri mempunyai kuasa terhadap perkara yang berkaitan dengan

pemegangan geran tanah, hubungan antara tuan tanah dengan penyewa,

pendaftaran hak milik dan surat ikatan yang berhubungan dengan tanah,

penerokaan, pemajuan tanah dan pemuliharaan tanah, sekatan sewa tanah, permit

lesen mencari gali bagi lombong, pajakan melombong dan perakuan melombong,

pengambilan tanah secara paksa, pindah hakmilik tanah, pajakan dan gadaian

berkenaan dengan tanah dan harta karu tidak termasuk benda purba. (Hasbie

Muda, 2014).
Menurut Hasbie Muda, 2014, Kerajaan tempatan juga termasuk dalam

perkara dibawah Kuasa Dewan Undangan Negeri yang di luar wilayah

persekutuan kuala Lumpur, Labuan, dan putrajaya iaitu berkaitan dengan

pentadbiran petempatan, perbadanan perbandaran, lembaga tempatan, lembaga

bandaran dan lembaga luar bandar dan pihak berkuasa tempatan yang lain,

perkhidmatan kerajaan tempatan, kadar tempatan, pilihan raya kerajaan tempatan.

Perkara seterusnya ialah kerja-kerja negeri dan kerja air yang merangkumi jalan

raya, jambatan dan feri dan selain yang ada dalam senarai persekutuan, pengawal

seliaan berat dan kelajuan kenderaan di atas jalan dan tertaluk pada senarai

persekutuan, air termasuk sungai dan terusan tetapi tidak termasuk bekalan dan

perkhidmatan air, pengawal kelodak, hak riparia.

Di samping itu, jentera pentadbiran kerajaan negeri yang tertakluk kepada

senarai persekutuan tetapi termasuk peruntukan diraja dan pencen negeri,

perkhidmatan negeri yang Khusus, peminjaman atas jaminan kumpulan disatukan

negeri, pinjaman bagi maksud negeri, hutang awam negeri dan berkaitan dengan

mana-mana perkara yang tersenarai dalam Senarai Negeri. Menurut Hasbie Muda,

2014, perkara yang lain ialah hari kelepasan negeri dan perwujudan kesalahan

perkara berkaitan senarai negeri, atau yang diperkatakan oleh undang-undang

negeri, bukti mengenai undang-undang negeri benda yang dilakukan dibawahnya

dan bukti mengenai apa-apa sahaja perkara bagi maksud undang-undang negeri.

Perkara yang tesenarai juga ialah siasatan bagi maksud negeri. dalam

perkara ini melibatkan suruhanjaya siasatan dan pengumpulan perangkaan

mengenai mana-mana perkara termasuk dalam senarai negeri atau yang

diperkatakan oleh undang-undang negeri. Perkara lain ialah tanggung rugi

berkenaan perkara dalam senarai negeri atau yang diperkatakan oleh


undang-undang negeri, penyu dan menangkap ikan di sungai dan perkara yang

berkaitan dengan perpustakaan, muzium, sejarah dan selain dengan apa yang

diisytiharkan sebagai persekutuan atau di bawah undang-undang persekutuan

(Hasbie Muda, 2014).

Selain itu, senarai tambah bagi senarai negeri bagi Sabah dan Sarawak

termaktub dalam seksyen 13-20 jadual kesembilan perlembangaan persekutuan.

Perkara yang terletak dibawah kuasa Dewan Undangan Negeri bagi senarai negeri

Sabah dan Sarawak ialah udang-undang dan adat anak negeri. Undang-undang

yang dimaksudkan termasuklah undang-undang diri yang berkaitan dengan

perkahwinan, penceraian, penjagaan nafkah, pengangkatan, undang-undang

keluarga, kesahtarafan, alang atau pewaris, berwasiat atau tidak berwasiat. Selain

itu perkara yang termasuk dalam senarai negeri bagi Sabah dan Sarawak ialah

pendaftaran pengangkutan di bawah undang-undang atau adat anak negeri,

penentuan perkara-perkara mengenai undang-undang atau adat anak negeri,

keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah anak negeri. Perkara ini

termasuklah hak untuk didengar di dalam mahkamah itu. Bidang kuasa dan

bidang kuasa mahkamah itu mestilah hanya merangkumi perkara yang telah

ditetapkan perkara tersebut dan tidak termasuk dengan bidang kuasa berkenaan

dengan kesalahan kecuali setakat yang dibenarkan oleh undang-undang

persekutuan (Hasbie Muda, 2014).

3.3 DAPATAN KAJIAN 3 : MENYENARAIKAN PERKARA-PERKARA

YANG PARLIMEN DAN DUN BOLEH MENGGUBAL

UNDANG-UNDANG (SENARAI BERSAMA)

Dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia terdapat senarai bersama di

bawah kuasa parlimen dan DUN. Parlimen merupakan sebuah badan perundangan
kerajaan persekutuan yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara

juga dikenali sebagai Dewan Senat. Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli

Parlimen manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator. Parlimen

mempunyai bidang kuasa dalam meluluskan undang-undang persekutuan,

membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada, memeriksa

dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan dan meluluskan hasil-hasil cukai

yang baru.

Dewan Undangan Negeri pula terdiri daripada Sultan atau Yang di-Pertua

Negeri. Sultan atau Yang di-Pertua Negeri berfungsi sebagai ketua negeri,

speaker dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ahli Dewan Undangan

Negeri dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan iaitu melalui pilihan raya di

mana setiap wakil akan dipilih oleh para pengundi sesebuah kawasan. Pilihan

raya untuk ahli-ahli Dewan Undangan Negeri diadakan lima tahun sekali.

Antara perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa Parlimen dan Ahli

Dewan Undangan Negeri adalah kebajikan masyarakat. Perkara ini merujuk

kepada perkhidmatan masyarakat yang tertakluk kepada Senarai I dan II yang

merujuk kepada perlindungan golongan wanita, kanak-kanak dan orang muda.

Terdapat akta melindungi hak-hak wanita yang dikenali sebagai Akta 106. Akta

ini memberi perlindungi kepada golongan wanita dan gadis bawah umur iaitu di

bawah 21 tahun yang terdedah kepada jenayah, menghadapi masalah sosial

seperti dalam kegiatan pelacuran dan keldai dadah. Terdapat juga Akta

Perlindungan Kanak-kanak 2001 (Akta 611). Akta ini terpakai kepada semua

kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun.

Selain itu, perkara yang di bawah bidang kuasa Parlimen dan Ahli

Undangan Negeri adalah perlindungan terhadap binatang liar dan burung liar.
Dalam akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, mengkehendaki binatang liar yang

membawa erti mamalia, reptilian dan serangga (sama ada yang diperlindungi atau

dilindungi sepenuhnya) yang diperihalkan dalam Jadual Satu, Dua dan Lima sama

ada ia matang atau tidak matang tidak kira ianya boleh dijinakkan atau dibiakkan

dalam kurungan. Akta ini turut menuntut bahawa binatang liar yang tidak matang

ertinya anak seekor binatang liar yang tidak memenuhi tahap kematangan yang

ditetapkan dalam Jadual Enam bagi binatang liar dan tidak boleh ditembak,

dibunuh dan diambil.

Perkara yang di bawah bidang kuasa Parlimen dan Ahli Dewan Undangan

Negeri ialah penternakan untuk mencegah perbuatan menganiaya binatang.

Perkhidmatan veterinar turut dijalankan bagi mengkuarantinkan binatang bagi

mengawal kualiti dan keselamatan kegiatan pengeluaran produk haiwan yang

dijual seperti ayam. Hal ini bertujuan untuk melindungi hak-hak sah dan

kepentingan pengeluar ternakan dan peniaga untuk menggalakkan pembangunan

yang sihat.

Perkara perancangan bandar dan desa kecuali yang melibatkan ibu kota

persekutuan turut di bawah bidang kuasa parlimen dan ahli Dewan Undangan

Negeri. Akta perancangan Bandar dan desa dikenali sebagai Akta Perancangan

Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Fasal (2) Perkara 80 Perlembagaan

Persekutuan bagi pengawalan dan pengawalseliaan yang sepatutnya mengenai

perancangan bandar dan desa. Dalam akta ini memperuntukkan bahawa pihak

berkuasa perancang tempatan semasa mendraf struktur sama ada yang disediakan

atau sebelum persetujuan pihak berkuasa jika difikirkan wajar menyediakan suatu

draf rancangan tempatan bagi mana-mana bahagian kawasan.


Di samping itu, kesihatan awam, kebersihan dan pencegahan penyakit

(tidak termasuk kebersihan di kerajaan pesekutuan) turut berada di bawah bidang

kuasa parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Sebagai contoh, Akta

Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (akta 342) yang

diperuntukkan bagi mengawal penyakit berjangkit.

Perkara saliran pengairan turut berada di bawah bidang kuasa parlimen dan

ahli Dewan Undangan Negeri. Terdapat akta yang berkaitan saliran pengairan

dikenali sebagai Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Antara peruntukan yang

terdapat dalam akta ini ialah pihak berkuasa hendaklah membina dan

menyelenggara parit dan alur air dan larangan terhadap bangunan melainkan jika

peruntukan dibuat untuk parit dan pematuhan notis atau perintah.

Pemulihan tanah lombong dan tanah yang telah mengalami hakisan turut

berada di bawah bidang kuasa parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Terdapat juga akta pemulihan tanah yang melingkupi pemulihan tanah juga.

Dalam akta ini memperuntukkan kerja pemejalan dan penstabilan tanah.

Penstabialan merupakan satu proses penambahan bahan uji kepada bahan

terkontaminasi untuk menghasilkanjuzuk-juzuk yang lebih stabil secara kimia.

Pemejalan pula merupakan proses penambahan bahan uji kepada bahan

terkontaminasi untuk memberikan kestabilan fizikal atau berdimensi bagi

membendung bahan pencemar di dalam produk pepejalan dan menyekat

kemasukan agen luar.

Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri turut mempunyai bidang kuasa

langkah keselamatan kebakaran dan langkah mencegah kebakaran dalam

pembinaan dan penyenggaraan bangunan. Oleh hal ini, Akta Perkhidmatan

Bomba 1988 (akta 341) untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan pegawai
bomba untuk menjagaa keselamatan masyarakat. Selain itu, akta yang melibatkan

penyenggaraan bangunan turut ada yang dikenali sebagai Akta Bangunan dan

Harta Bersama. Akta ini memberi peruntukan berkenaan penyenggaraan dan

pengurusan bangunan dan harta bersama.

Perkara kebudayaan dan sukan turut berada di bawah bidang kuasa

parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Oleh hal yang demikian Akta

Warisan Kebangsaan 2005 diwujudkan yang memperuntukkan pembangunan dan

budaya negara. Di samping itu, perkara perumahan dan peruntukan bagi

kemudahan perumahan seperti amanah pemajuan turut berada di bawah bidang

kuasa parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Akta PR1MA 2012 yang

diperuntukkan untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan rumah

yang berkualiti dan berkonsepkan gaya hidup moden.

Bekalan dan perkhidmatan air turut di bawah bidang kuasa parlimen dan

Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi tertakluk kepada senarai persekutuan. Akta

Industri Perkhidmatan Air 2002 dikuatkuasakan. Dalam akta ini memperuntukkan

pengagihan atau pembekalan air atau erti lainnya ialah air yang telah dirawat.

Peruntukan akta ini bagi memastikan air yang dibekalkan dan diagihkan adalah

bersih dan berkualiti serta tidak mengambil hak kepentingan individu yang

mempunyai lessen yang sah dalam membekalkan dan mengagihkan air tersebut.

Terdapat juga bidang kuasa tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak

Perkara [95B (1) (a)] Aparlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri antaranya

ialah undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian,

penjagaan, nafkah, sah taraf, undang-undang keluarga dan pewarisan.


4.0 KESIMPULAN

Secara amnya perlembagaan telah banyak menimbulkan konflik dan fahaman dalam

kalangan masyarakat yang tidak mempunyai keyakinan terhadap konsep di dalam

perlembagan. Kedudukan perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi

amat penting bagi negara yang mengamalkan sistem persekutuan seperti Malaysia.

Ketertinggian perlembagaan memudahkan kerajaan persekutuan untuk menjalankan

pentadbiran dan pemerintahan tanpa bersaing dengan pihak lain. Oleh itu, setiap

rakyat Malaysia perlu memahami kandungan perlembagaan untuk mengelakkan

perbezaan fahaman dan konflik antara masyarakat.

Kewujudan perlembagaan dijadikan sebagai asas undang-undang dan

mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerinatahan

negara. Undang-undang Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang yang

tertinggi dalam negara. Perlembagaan Persekutuan merupakan punca kepada semua

undang-undang yang telah digubal atau yang bakal digubal.

Perlembagaan juga menentukan pelbagai perkara. Antaranya ialah kebebasan

asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, perundangan kedudukan negeri,

perkhidmatan awam, kehakiman dan seangkatannya. Dengan ini, jelas menunjukkan

bahawa perlembagaan merupakan suatu dokumen yang mengandungi semua

undang-undang tertinggi untuk memerintah negara Malaysia.

Perlembagaan di Malaysia diwujudkan dengan bersebab. Antara sebab

perlembagaan diwujudkan ialah untuk mencapai taraf yang dikehendaki rakyat.

Kandungan di dalam perlembagaan dapat ditafsirkan sebagai satu dokumen

undang-undang yang diperlukan bagi mengutuhkan sesebuah negara. Kedua,

perlembagaan sebagai penyelesai masalah. Dengan adanya kewujudan perlembagaan,

sesetengah pihak yang menentang agak sukar untuk wujud.


Ketiga ialah perlembagaan menjamin keharmonian sesebuah negara. Tanpa

perlembagaan, sesebuah negara tidak akan mencapai satu tahap yang membangun.

Kewujudan perlembagaan akan menjadikan rakyat sesebuah negara berpegang teguh

terhadap undang-undang yang diyakini iaitu perlembagaan. Seterusnya ialah

perjalanan kerajaan dapat dipastikan. Dengan adanya perlembagaan, segala tindakan

para ahli politik dan pemimpin dapat diketahui dan dipastikan. Ini kerana segala

tindakan mereka perlu berasaskan pada perlembagaan yang telah digubal. Perkara ini

juga dapat mengelakkan kepincangan atau penyelewengan dalam pemerintahan

negara.

Perlembagaan merangkumi semua aspek untuk melindungi semua golongan

masyarakat di sesebuah negara. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan bagi

kerajaan sesebuah negara. Perlembagaan juga menjamin keselamatan dan

kesejahteraan rakyatnya dan juga menentukan tanggungjawan, batasan atau larangan

seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang tidak boleh dipersoalkan

oleh sesiapa.

Perlembagaan sememangnya masih relevan pada masa kini dan akan kekal

relevan pada masa akan datang kerana perlembagaan dijadikan garis panduan untuk

memerintah dan menggubal undang-undang negara. Perlembagaan perlu dihormati

dan disanjung tinggi kerana ketertinggian sifatnya sebagai undang-undang. Keluhuran

perlembagaan yang tercemar bererti satu penghinaan kepada bangsa dan negara

Malaysia. Oleh itu, setiap lapisan dan golongan masyarakat perlu melindungi

perlembagaan daripada ancaman anasir-anasir luar yang cuba menceroboh

kemakmuran dan kestabilan Malaysia.


RUJUKAN

Azrie Eri . Perlembagaan dan Masyarakat di Malaysia. Fakulti Sains Kesihatan


Diploma In Occupational Safety and Health MPU 2312. Diakses pada … dari
https://www.academia.edu/36875346/FAKULTI_SAINS_KESIHATAN_DIPLO
MA_IN_OCCUPATIONAL_SAFETY_AND_HEALTH_MPU_2312_PERLEM
BAGAAN_DAN_MASYARAKAT_MALAYSIA_NAMA_MUHAMMAD_AZ
RIHAIZAL_BIN_ABU_BAKAR_TAJUK_ESEI_PENDEK

S.Hussen, (2013). Perlembagaan Malaysia-CT. Universtiti Utara Malaysia. Diakses


pada …dari
https://www.academia.edu/7287006/PERLEMBAGAAN_MALAYSIA-CT

Syahredzan Johan, (2019). Pembahagian Kuasa Persekutuan dan Negeri-Negeri.


Sinar Harian. Diakses pada …. dari
https://www.sinarharian.com.my/article/25800/KOLUMNIS/Pembahagian-kuasa-
Persekutuan-dan-negeri-negeri

Akta Industri Perkhimatan Air, (2006). Undang-Undang Malaysia. Percetakan


Nasional Malaysia Berhad. Diakses pada… dari
https://www.span.gov.my/document/upload/Oc9CWQLGmBwoshYL0wdSH03F
1J cTAisl.pdf

MYM Yusoff, (2015). Akta Warisan Kebangsaan, 2005: Tinjauan sepintas lalu.
Diakses pada… dari
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/5027/2574

You might also like