Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Helaian Data Keselamatan

Menurut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan


dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya)Peraturan
Malaysia 2013

Monoethanolamine Plus
Versi 1.2 Tarikh Keluaran: 27.10.2017

BAHAGIAN 1: Pengenalan bahan kimia berbahaya dan pembekal

Nama produk : Monoethanolamine Plus


No.-CAS : 141-43-5
Sinonim : Ethanolamine, ß-Aminoethyl alcohol, 2-Hydroxyethylamine
Kegunaan yang disarankan : Penggunaan dalam industri percetakan (cth. dakwat
percetakan), pembuatan (cth. kerja logam), pelarut rawatan
gas
Cadangan larangan ke atas : Tiada sekatan bagi penggunaan
penggunaan

Maklumat Pengilang/Pembekal
Ibu pejabat
Syarikat : PETRONAS Chemicals Group Berhad
Alamat : Menara 2, Menara Berkembar PETRONAS,
Pusat Bandar Kuala Lumpur
50088 Kuala Lumpur
Malaysia

Tapak Loji
Syarikat : PETRONAS Chemicals Derivatives Sdn Bhd
Alamat : Kompleks Pentadbiran,
Kawasan Perindustrian Kerteh,
KM 106 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan,
24300 Kerteh, Kemaman,
Terengganu
Nombor telefon kecemasan : (+609) 830 7555
999 (Bomba)
Pusat Racun Negara:
+604-6570099 (Isnin-Jumaat : 8.10 am - 5.10 pm)
+6012-4309499 (Isnin-Jumaat : 5.10 pm - 10.10 pm) &
(Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 8.10 am - 5.10 pm)

BAHAGIAN 2: Pengenalan bahaya

Pengelasan bahan kimia berhazard


Ketoksikan akut (Oral) : Kategori 4
Ketoksikan akut (Penyedutan) : Kategori 4
Ketoksikan akut (Dermal) : Kategori 4
Kakisan/kerengsaan kulit : Kategori 1
Kerosakan mata/kerengsaan : Kategori 1
mata yang serius.
Elemen label
Piktogram bahaya :

Kata isyarat : Bahaya


Penyataan bahaya : H302 + H312 + H332 Memudaratkan jika tertelan, terkena kulit
atau tersedut.
Helaian Data Keselamatan

Monoethanolamine Plus

Versi 1.2 Tarikh Keluaran: 27.10.2017

H314 Menyebabkan lecuran kulit dan kerosakan mata yang


teruk.
Penyataan berjaga-jaga : Pencegahan:
P261 Elakkan daripada tersedut
habuk/wasap/gas/kabus/wap/semburan.
P264 Basuh kulit sebersih-bersihnya selepas mengendalikan
bahan.
P270 Jangan makan, minum atau merokok semasa
menggunakan produk ini.
P271 Gunakan hanya di luar bangunan atau di dalam kawasan
yang dialihudarakan dengan baik.
P280 Pakai sarung tangan pelindung/pakaian
pelindung/perlindungan mata/perlindungan muka.
Tindakan:
P301 + P312 + P330 JIKA TERTELAN: Hubungi PUSAT
RACUN atau doktor/pakar perubatan jika anda rasa tidak sihat.
Berkumur.
P302 + P352 + P312 JIKA TERKENA KULIT: Basuh dengan
sabun dan air yang banyak. Hubungi PUSAT RACUN atau
doktor/pakar perubatan jika anda rasa tidak sihat.
P304 + P340 + P312 JIKA TERSEDUT: Pindahkan mangsa ke
kawasan berudara segar dan biarkan mangsa dalam keadaan
rehat supaya mangsa dapat bernafas dengan selesa. Hubungi
PUSAT RACUN atau doktor/pakar perubatan jika anda rasa
tidak sihat.
P305 + P351 + P338 + P310 JIKA TERKENA MATA: Bilas
berhati-hati dengan air selama beberapa minit. Tanggalkan
kanta lekap, jika ada dan dapat dilakukan dengan mudah.
Teruskan membilas. Segera hubungi PUSAT RACUN atau
doktor/pakar perubatan.
P363 Basuh pakaian yang tercemar sebelum menggunakannya
semula.
Pembuangan:
P501 Lupus kandungan/ bekas ke loji pembuangan sisa yang
diluluskan.

Bahaya lain yang tidak menimbulkan pengelasan


Tiada maklumat.

BAHAGIAN 3: Komposisi dan maklumat mengenai ramuan bahan kimia berbahaya

Bahan / Campuran : Bahan


Sifat bahan kimia : Etanolamina

Komponen berbahaya
Nama Kimia No.-CAS Kepekatan (%)
Etanolamina 141-43-5 >= 99 - <= 100

BAHAGIAN 4: Langkah-langkah pertolongan cemas

Jika tersedut : Pindah ke udara bersih.


Jumpa doktor perubatan selepas pendedahan yang ketara.

2 / 14
Helaian Data Keselamatan

Monoethanolamine Plus

Versi 1.2 Tarikh Keluaran: 27.10.2017

Letakkan dalam kedudukan pemulihan dan dapatkan nasihat


perubatan sekiranya tidak sedar diri.
Jika gejala berterusan, hubungi doktor perubatan.
Hubungi doktor perubatan atau pusat kawalan racun dengan
segera.
Jika tersentuh dengan kulit : Rawatan perubatan serta merta diperlukan kerana
pengakisan kulit yang tidak dirawat merupakan luka yang
lambat dan tidak mudah sembuh.
Penting untuk segera membasuh sebersih-bersihnya dengan
air mengalir secara berterusan selama sekurang-kurangnya
30 minit sambil menanggalkan pakaian yang tercemar.
Basuh pakaian tercemar sebelum digunakan semula.
Lupuskan barangan kulit seperti kasut, tali pinggang dan tali
jam tangan dengan sewajarnya.
Jika terkena kulit, bilas dengan air yang banyak.
Jika kerengsaan kulit berterusan, hubungi doktor perubatan.
Jika tersentuh dengan mata : Jika terkena mata, basuh mata dengan air yang banyak
dengan segera selama sekurang-kurangnya 30 minit.
Tanggalkan kanta lekap setelah 5 minit pertama dan terus
basuh.
Dapatkan nasihat perubatan.
Kuantiti yang sedikit terpercik dalam mata boleh
mengakibatkan kerosakan tisu yang tak berbalik dan
kebutaan.
Teruskan membilas mata dalam perjalanan ke hospital.
Lindung mata yang tidak cedera.
Buka mata dengan luas bila membilas.
Jika kerengsaan mata berterusan, jumpa pakar.
Jika tertelan : Kekalkan saluran pernafasan bersih.
Jangan sekali-kali beri apa-apa melalui mulut kepada mangsa
yang tidak sedarkan diri.
Bawa mangsa serta merta ke hospital.
Jika gejala berterusan, hubungi doktor perubatan.
Berikan secawan (8 auns atau 240 ml) air atau susu, jika ada.
Bersih mulut dengan air dan selepas itu minum air banyak.
JANGAN paksa muntah.
Nasihat umum : Pindah dari kawasan berbahaya.
Tunjuk helaian data keselamatan ini kepada doktor yang
memberi rawatan.
Jangan tinggalkan mangsa bersendirian.
Jumpa doktor perubatan.
Simptom dan kesan yang : Boleh menyebabkan kerengsaan teruk kepada kulit dan
paling penting untuk akut dan kerosakan mata.
tertangguh
Nota kepada pegawai : Disebabkan sifat perengsa, penelanan boleh menyebabkan
perubatan mulut, perut dan saluran gastrousus bawah terasa
pedih/mengalami ulser, diikuti dengan striktur.
Tersedut muntah boleh menyebabkan kecederaan paru-paru.
Cadangkan kawalan endotrakea/kawalan esofagus jika lavaj
dilakukan.
Bahaya akibat aspirasi paru-paru mesti mengambil kira
ketoksikan apabila mempertimbangkan untuk mengosongkan
perut.
Dapatkan nasihat doktor dengan segera, sebaik-baiknya
daripada pakar oftalmologi.
Jika berlaku luka terbakar, rawat seperti mana-mana luka

3 / 14
Helaian Data Keselamatan

Monoethanolamine Plus

Versi 1.2 Tarikh Keluaran: 27.10.2017

terbakar terma, selepas dekontaminasi.


Tiada antidot khusus.
Rawatan pendedahan harus tertumpu pada kawalan gejala
serta keadaan klinikal pesakit.

BAHAGIAN 5: Langkah-langkah pemadaman kebakaran

Bahan pemadaman
Bahan pemadam yang : Kabus air atau semburan halus. Pemadam api bahan kimia
sesuai kering. Pemadam api karbon dioksida. Busa. Busa tahan
alkohol (jenis ATC) menjadi pilihan. Busa sintetik serbaguna
(termasuk AFFF) atau busa protein mungkin boleh digunakan,
tetapi kurang berkesan.
Media alatan pemadam : Pancutan air yang berisipadu tinggi
kebakaran yang tidak sesuai
Bahaya fizikokimia yang timbul dari bahan kimia
Bahaya khusus daripada : Penjanaan atau letusan stim yang kuat boleh berlaku apabila
bahan kimia semasa semburan air dikenakan secara langsung pada cecair panas.
memadamkan kebakaran Jangan biarkan air daripada pemadaman kebakaran masuk
dalam parit atau laluan air.
Produk-produk pembakaran : Semasa kebakaran, asap mungkin mengandungi bahan asal
berbahaya selain hasil pembakaran dengan komposisi yang berbeza,
yang mungkin toksik dan/atau merengsa.
Produk pembakaran mungkin termasuk dan tidak terhad
kepada: Nitrogen oksida.
Peralatan pelindung dan langkah waspada khas bagi ahli bomba
Kelengkapan pelindung khas : Pakai alat pernafasan serba lengkap tekanan positif dan
bagi pemadam pakaian pelindung (termasuk topi keselamatan, kot, seluar,
kebakaran/bomba but dan sarung tangan) untuk memadam kebakaran. Elakkan
daripada terkena bahan ini semasa operasi memadam
kebakaran. Jika terdapat kemungkinan untuk terkena bahan,
tukar kepada pakaian kalis bahan kimia lengkap untuk
memadam kebakaran dengan alat pernafasan serba lengkap.
Jika ia tidak disediakan, pakai pakaian kalis bahan kimia
lengkap dengan alat pernafasan serba lengkap dan padam
kebakaran dari lokasi terpencil. Bagi kelengkapan pelindung
dalam situasi pembersihan selepas kebakaran atau situasi
pembersihan yang tidak melibatkan kebakaran, rujuk
bahagian yang berkaitan.
Kaedah pemadaman api : Jauhkan orang ramai.
yang khusus Kepung kebakaran dan larang kemasukan individu yang tidak
berkenaan.
Cecair terbakar boleh dipadamkan dengan pencairan
menggunakan air.
Cecair terbakar boleh dipadamkan dengan menyiram air
untuk melindungi kakitangan dan mengurangkan kerosakan
harta benda.
Kumpul air pemadam kebakaran yang tercemar secara
berasingan. Ia tidak boleh dibuang ke dalam parit.
Sisa kebakaran dan air pemadam kebakaran yang tercemar
mesti dilupuskan sejajar dengan peraturan tempatan.

4 / 14
Helaian Data Keselamatan

Monoethanolamine Plus

Versi 1.2 Tarikh Keluaran: 27.10.2017

BAHAGIAN 6: Langkah-langkah pelepasan tidak sengaja

Tatacara perlindungan diri, : Pindahkan kakitangan ke kawasan selamat.


kelengkapan pelindung, dan Jauhkan orang-orang dari dan daripada berada di atas arah
prosedur kecemasan tiupan angin ke tumpahan/kebocoran.
Hanya kakitangan terlatih dan dilindungi dengan sewajarnya
boleh terlibat dalam operasi pembersihan.
Gunakan alat perlindungan diri.
Pastikan terdapat pengudaraan yang memadai.
Langkah-langkah melindungi : Elakkan dari berlaku kebocoran atau tumpahan lanjutan jika
alam sekitar selamat berbuat demikian.
Elakkan produk dari mencemari sistem perparitan.
Jika produk itu mencemarkan sungai dan kolam atau parit,
beritahu pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.
Kaedah dan bahan bagi : Meneutralkan dengan asid.
pembendungan dan Simpan di dalam bekas yang sesuai dan bertutup untuk
pembersihan dilupuskan.
Tumpahan kecil: Serap dengan bahan seperti: Bahan tidak
mudah terbakar. Pasir. Tanah liat. Vermikulit. Zorb-all®.
Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan dilabel dengan
betul.
Tumpahan besar: Bendung bahan yang tertumpah, jika boleh.
Campur dengan air.
Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan dilabelkan
dengan betul.

BAHAGIAN 7: Pengendalian dan penyimpanan

Pengendalian
Nasihat ke atas perlindungan : Langkah biasa perlindungan kebakaran melalui pencegahan.
terhadap kebakaran dan
letupan
Nasihat pengendalian yang : Jangan terkena mata, kulit, pakaian.
selamat Jangan menyedut wap/habuk.
Elakkan dari terjadi aerosol.
Jangan telan.
Basuh sebersih-bersihnya selepas mengendalikan bahan.
Pastikan bekas ditutup.
Gunakan dengan pengalihudaraan yang mencukupi.
Elakkan pendedahan - dapatkan arahan khas sebelum
mengguna.
Untuk perlindungan persendirian rujuk bahagian 8.
Merokok, makan dan minum harus dilarang dalam kawasan
yang berkenaan.
Bekalkan pengalihan udara dan/atau ekzos yang memadai
dalam bilik-bilik kerja.
Untuk mengelak tumpahan semasa pengendalian, letak botol
di atas talam dari logam.
Lupus air bilas sejajar dengan peraturan tempatan dan
nasional.
Sesiapa yang mudah mendapat masalah kulit atau lelah,
alahan, penyakit respirasi yang berulang-ulang atau kronik
tidak boleh diambil bekerja dalam apa-apa proses yang
melibatkan penggunaan bahan ini.

5 / 14
Helaian Data Keselamatan

Monoethanolamine Plus

Versi 1.2 Tarikh Keluaran: 27.10.2017

Tumpahan bahan organik ini pada penebatan bergentian


panas boleh menyebabkan pengurangan suhu
pengautocucuhan dan boleh menyebabkan pembakaran
spontan.
Penyimpanan
Keadaan penyimpanan yang : Pastikan bekas ditutup dengan ketat di tempat kering dan
selamat yang dialihudarakan dengan baik.
Patuhi langkah berjaga-jaga pada label.
Pepasangan-pepasangan elektrik / bahan-bahan kerja mesti
mematuhi piawai-piawai keselamatan teknologi.
Monoetanolamina boleh bertindak balas dengan besi untuk
membentuk bahan yang tidak stabil yang boleh mengurai
pada suhu melebihi 130 °C di udara. Berhati-hati semasa
menyahsejuk beku bahan di dalam tong. Jika pemanasan stim
perlu dilakukan, gunakan stim tekanan rendah dan gegelung
yang diperbuat daripada keluli tahan karat sahaja. Simpan di
tempat yang kering. Jangan simpan di dalam: Zink.
Aluminium. Tembaga. Aloi Tembaga. Bekas bergalvani.

BAHAGIAN 8: Kawalan pendedahan dan perlindungan diri

Parameter Kawalan
Komponen No.-CAS Jenis nilai (Bentuk Parameter Kawalan / Asas
pendedahan) Kepekatan yang
dibenarkan
Etanolamina 141-43-5 TWA 3 ppm MY PEL
7.5 mg/m3
TWA 3 ppm ACGIH
Maklumat lanjut: Kerengsaan mata, Kerengsaan kulit
STEL 6 ppm ACGIH
Maklumat lanjut: Kerengsaan mata, Kerengsaan kulit

Langkah-langkah perlindungan individu seperti peralatan perlindungan diri


Perlindungan mata/muka : Gunakan gogal kimia
Pakai perisai muka dan baju pelindung untuk masalah
pemprosesan luarbiasa.
Jika pendedahan menyebabkan ketidakselesaan mata, pakai
alat pernafasan penutup muka penuh.
Pancuran air basuh mata hendaklah terletak berhampiran
kawasan kerja.
Perlindungan kulit : Gunakan pakaian perlindungan yang kalis kimia terhadap
bahan ini.
Pemilihan barangan khusus seperti pelindung muka, but,
apron, atau baju senyawa bergantung pada tugasan.
Pancuran air keselamatan hendaklah disediakan di kawasan
kerja terdekat.
Tanggalkan pakaian yang tercemar serta-merta, basuh kulit
dengan sabun dan air, dan basuh pakaian sebelum
digunakan semula atau lupuskan sewajarnya.
Pakaian kalis bahan kimia.
Pilih pelindung badan mengikut jumlah dan kepekatan bahan
berbahaya di tempat kerja.
Perlindungan tangan

6 / 14
Helaian Data Keselamatan

Monoethanolamine Plus

Versi 1.2 Tarikh Keluaran: 27.10.2017

Catatan : Gunakan sarung tangan yang kalis kimia terhadap bahan ini
apabila terdapat kemungkinan berlakunya sentuhan
berpanjangan atau berulang secara kerap. Jika tangan
terluka atau tercalar, gunakan sarung tangan kalis kimia ini
walaupun untuk pendedahan yang singkat. Gunakan sarung
tangan kalis kimia yang dikelaskan di bawah Standard
EN374: Sarung tangan pelindung kimia dan mikroorganisma.
Contoh bahan penghalang yang disyorkan untuk sarung
tangan termasuk: Polietilena berklorin. Polietilena. Laminat
etil vinil alkohol (''EVAL''). Contoh bahan penghalang yang
diterima untuk sarung tangan ialah: Getah butil. Getah asli
(''lateks''). Neoprena. Getah nitril/ butadiena (''nitril'' atau
''NBR''). Polivinil alkohol (''PVA''). Polivinil klorida (''PVC'' atau
''vinil''). Viton. Jika terdapat kemungkinan berlakunya
sentuhan berpanjangan atau berulang secara kerap, sarung
tangan dengan perlindungan kelas 5 atau lebih tinggi (jangka
masa tembus melebihi 240 minit menurut EN 374) disyorkan.
Jika sentuhan yang singkat sahaja dijangkakan, sarung
tangan dengan perlindungan kelas 3 atau lebih tinggi (jangka
masa tembus melebihi 60 minit menurut EN 374) disyorkan.
Pemilihan sarung tangan khusus untuk penggunaan dan
tempoh penggunaan tertentu di tempat kerja juga hendaklah
mengambil kira semua faktor tempat kerja yang berkaitan
seperti, tetapi tidak terhad kepada: bahan kimia lain yang
mungkin dikendalikan, keperluan fizikal (perlindungan
daripada terluka/tercucuk, kecakatan, perlindungan terma),
kemungkinan berlakunya tindak balas badan terhadap bahan
sarung tangan, serta arahan/spesifikasi yang diberikan oleh
pembekal sarung tangan.
Kesesuaian untuk satu tempat kerja yang khusus seharusnya
dibincang dengan pengeluar sarung tangan pelindung.
Perlindungan Pernafasan : Tahap atmosfera hendaklah dikekalkan lebih rendah
daripada garis panduan pendedahan. Apabila perlindungan
pernafasan diperlukan, gunakan alat pernafasan pembersih
udara yang diluluskan atau alat pernafasan bekalan udara
tekanan positif bergantung pada kepekatan bawaan udara
yang berpotensi. Untuk kecemasan dan keadaan lain yang
melebihi garis panduan pendedahan, gunakan alat
pernafasan serba lengkap tekanan positif yang diluluskan
atau talian udara tekanan positif dengan bekalan udara serba
lengkap tambahan.
Gunakan alat pernafasan pembersih udara yang diluluskan
oleh CE seperti yang berikut: Kartrij wap organik, jenis A
(takat didih >65ºC).
Kawalan Kebersihan : Elakkan pengambilan bahan walaupun dalam jumlah yang
sangat kecil; jangan makan atau simpan makanan atau
tembakau di kawasan kerja.
Basuh tangan sebelum berhenti rehat dan sesudah tamat
waktu bekerja
Sediakan pengalihudaraan ekzos am dan/atau setempat

7 / 14
Helaian Data Keselamatan

Monoethanolamine Plus

Versi 1.2 Tarikh Keluaran: 27.10.2017

untuk mengawal tahap bawaan udara supaya lebih rendah


daripada garis panduan pendedahan.
Jangan makan atau minum apabila menggunakannya.
Jangan merokok apabila menggunakannya.

BAHAGIAN 9: Sifat fizikal dan kimia

Rupa : Cecair
Warna : Tidak berwarna
Bau : Seperti Ammonia
Ambang Bau : Tiada data disediakan
pH : 12.6
Takat lebur/takat beku : Tiada data disediakan
Julat didih/takat didih : 130 °C
Takat kilat : 170 °C Cara: ASTM D 93, Cawan tertutup Pensky-Martens.
Kadar penyejatan : 0.02
Had atas peletupan : Tiada data disediakan
Had bawah peletupan : 23.5 %(V)
Tekanan wap : 1.3 hPa (20 °C)
Ketumpatan wap relatif : Tiada data disediakan
Ketumpatan relatif : Tiada data disediakan
Ketumpatan : Tiada data disediakan
Keterlarutan
Keterlarutan air : Larut sepenuhnya.
Pekali sekatan (n-oktanol/air) : Tiada data disediakan
Suhu pengautocucuhan : Tiada data disediakan
Suhu penguraian : Tiada data disediakan
Kelikatan, dinamik : Tiada data disediakan
Kelikatan, kinematik : Tiada data disediakan

BAHAGIAN 10: Kestabilan dan kereaktifan

Kereaktifan : Pempolimeran berbahaya tidak berlaku.


Kestabilan kimia : Stabil dalam keadaan biasa
Higroskopik
Kemungkinan tindak balas : Tiada tindak balas berbahaya yang diketahui di bawah
berbahaya keadaan penggunaan biasa.
Keadaan untuk dielak : Haba, percikan api, nyalaan api dan peningkatan elektrik
statik Pendedahan kepada suhu tinggi boleh menyebabkan
produk mengurai. Elakkan lembapan.
Bahan-bahan yang tidak : Asid keras Agen pengoksidaan yang kuat Produk mungkin
serasi bertindak balas dengan pelbagai pelarut organik berhalogen,
menyebabkan peningkatan suhu dan/atau tekanan.
Pemanasan melebihi 60°C dengan kehadiran aluminium
boleh mengakibatkan kakisan dan penghasilan gas hidrogen
mudah terbakar. Elakkan daripada terkena secara tidak
sengaja: Hidrokarbon berhalogen.
Produk penguraian yang : Hasil penguraian bergantung pada suhu, bekalan udara dan
berbahaya kehadiran bahan lain.

8 / 14
Helaian Data Keselamatan

Monoethanolamine Plus

Versi 1.2 Tarikh Keluaran: 27.10.2017

BAHAGIAN 11: Maklumat toksikologi

Ketoksikan akut
Komponen:
Etanolamina:
Ketoksikan oral akut : LD50 (Tikus): 1,515 mg/kg
Ketoksikan penyedutan akut : Catatan: Tiada data disediakan
Ketoksikan kulit akut : LD50 (Arnab): 1,010 mg/kg

Kakisan/kerengsaan kulit
Komponen:
Etanolamina:
Keputusan : Menyebabkan luka terbakar.

Kerosakan mata/kerengsaan mata yang serius


Komponen:
Etanolamina:
Keputusan : Mengakis

Pemekaan pernafasan atau kulit


Komponen:
Etanolamina:
Laluan pendedahan : Penyedutan
Catatan : Tiada data disediakan
Laluan pendedahan : Bersentuh dengan kulit
Catatan : Tiada data disediakan

Kemutagenan sel germa


Tiada data disediakan
Komponen:
Etanolamina:
Kemutagenan sel germa - : Tiada data disediakan
Penilaian

Kekarsinogenan
Tiada data disediakan
Komponen:
Etanolamina:
Kekarsinogenan - Penilaian : Tiada data disediakan

Ketoksikan pembiakan
Tiada data disediakan
Komponen:
Etanolamina:
Ketoksikan pembiakan - : Tiada data disediakan
Penilaian

9 / 14
Helaian Data Keselamatan

Monoethanolamine Plus

Versi 1.2 Tarikh Keluaran: 27.10.2017

STOT - pendedahan tunggal


Komponen:
Etanolamina:
Catatan : Tiada data disediakan

STOT - pendedahan berulang


Komponen:
Etanolamina:
Catatan : Tiada data disediakan

Ketoksikan aspirasi
Komponen:
Etanolamina:
Penyata Aspirasi Toks. : Tiada data disediakan

BAHAGIAN 12: Maklumat ekologi

Ekoketoksikan
Komponen:
Etanolamina:
Ketoksikan kepada ikan : LC50 (Cyprinus carpio (Kap)): 349 mg/l
Masa pendedahan: 96 jam
Ketoksikan kepada dafnia : Catatan: Tiada data disediakan
dan invertebrat-invertebrat
akuatik yang lain
Ketoksikan kepada alga : ErC50 (Selenastrum capricornutum (alga hijau)): 2.5 mg/l
Masa pendedahan: 72 jam
Ketoksikan kepada ikan : NOEC: 1.24 mg/l
(Ketoksikan kronik) Masa pendedahan: 41 hari
Ketoksikan kepada dafnia : EC50 (Daphnia magna (Kutu air)): 2.5 mg/l
dan invertebrat-invertebrat
akuatik yang lain (Ketoksikan
kronik)
Ketoksikan terhadap : Catatan: Tiada data disediakan
mikroorganisma

Ketegaran dan Keterdegradan


Komponen:
Etanolamina:
Keterbiodegradan : Keputusan: Mudah terbiodegrad.

Keupayaan membiokumpul
Komponen:
Etanolamina:
Biopengumpulan : Faktor biokepekatan (BCF): 2.3
Pekali sekatan (n-oktanol/air) : Catatan: Tiada data disediakan

Kebolehgerakan di dalam tanah


Komponen:
Etanolamina:

10 / 14
Helaian Data Keselamatan

Monoethanolamine Plus

Versi 1.2 Tarikh Keluaran: 27.10.2017

Kebolehgerakan : Medium: Tanah


Catatan: Kebolehgerakan yang sangat tinggi.

Kesan-kesan mudarat yang lain


Komponen:
Etanolamina:
Maklumat ekologi tambahan : Tiada data disediakan

BAHAGIAN 13: Maklumat pelupusan

Kaedah pelupusan
Buangan dari sisa : Produk ini, apabila dilupuskan dalam keadaan tidak tercemar
atau tidak digunakan, hendaklah dirawat sebagai sisa
berbahaya menurut Arahan EC 91/689/EEC.
Apa-apa amalan pelupusan mestilah mematuhi semua
undang-undang kebangsaan dan wilayah dan mana-mana
undang-undang kecil perbandaran atau tempatan tentang sisa
berbahaya.
Untuk bahan yang telah digunakan, tercemar dan sisa,
penilaian tambahan mungkin diperlukan.
Jangan buang ke dalam mana-mana pembetung, di atas
tanah atau ke dalam air.
Jangan mencemar kolam, saluran air atau parit dengan bekas
kimia atau bekas terguna.
Hantar kepada syarikat berlesen yang menguruskan sisa.
Bungkusan tercemar : Kosongkan dari kandungan yang tertinggal.
Lupuskan sebagai produk tidak digunakan.
Jangan guna semula bekas kosong.

BAHAGIAN 14: Maklumat pengangkutan

Peraturan Antarabangsa
UNRTDG
Nombor PBB : UN 2491
Nama penghantaran sah : ETHANOLAMINE
Kelas : 8
Kumpulan bungkusan : III
Label : 8
IATA - DGR
No. PBB/ID : UN 2491
Nama penghantaran sah : Ethanolamine
Kelas : 8
Kumpulan bungkusan : III
Arahan bungkusan (pesawat : 856
kargo)
Arahan bungkusan (pesawat : 852
penumpang)
Kod-IMDG
Nombor PBB : UN 2491

11 / 14
Helaian Data Keselamatan

Monoethanolamine Plus

Versi 1.2 Tarikh Keluaran: 27.10.2017

Nama penghantaran sah : ETHANOLAMINE


Kelas : 8
Kumpulan bungkusan : III
Label : 8
EmS Kod : F-A, S-B
Pencemar marin : tidak
Pengangkutan pukal mengikut Lampiran II MARPOL 73/78 dan Kod IBC
Pollution category : Y
Ship type : 3

Kod Hazchem : 2X

BAHAGIAN 15: Maklumat pengawalseliaan

Peraturan keselamatan, kesihatan, dan alam sekitar yang khusus untuk bahan kimia
berhazard

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian


Data Keselamatan Bahan Kimia Berhazard) 2013.
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard
Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000.

Komponen-komponen untuk produk ini telah dilaporkan dalam senarai-senarai barangan


berikut:
CH INV : Dalam inventori atau mematuhi inventori.
TSCA : Dalam Inventori TSCA
DSL : Semua komponen daripada produk ini adalah terdapat pada
senarai DSL Kanada
AICS : Dalam inventori atau mematuhi inventori.
NZIoC : Dalam inventori atau mematuhi inventori.
ENCS : Dalam inventori atau mematuhi inventori.
ISHL : Dalam inventori atau mematuhi inventori.
KECI : Dalam inventori atau mematuhi inventori.
PICCS : Dalam inventori atau mematuhi inventori.
IECSC : Dalam inventori atau mematuhi inventori.

BAHAGIAN 16: Maklumat lain

Tarikh penyediaan SDS : 25.09.2014


Tarikh semakan : 27.10.2017
Sumber bagi data utama : ECHA - Agensi Kimia Eropah
yang digunakan untuk
menyusun helaian data
Teks penuh singkatan lain
(Q)SAR - (Kuantitatif) Hubungan Aktiviti Struktur
ACGIH - American Conference of Governmental Industrial Hygienists (Persidangan Juruhigin
Industri Kerajaan Amerika)
AICS - Inventori Bahan Kimia Australia
ANTT - Agensi Kebangsaan untuk Pengangkutan melalui Darat Di Brazil
ASTM - Persatuan Amerika untuk Pengujian Bahan
Bw - Berat badan
CCHC - Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Bahaya
CMR - Karsinogen, Mutagen atau Bahan Toksik Pembiakan

12 / 14
Helaian Data Keselamatan

Monoethanolamine Plus

Versi 1.2 Tarikh Keluaran: 27.10.2017

CPR - Peraturan Produk Terkawal


DIN - Piawai Institut Jerman untuk Piawaian
DSL - Senarai Bahan Dalam Negara (Kanada)
ECx - Kepekatan yang dikaitkan dengan x% tindak balas
ELx - Kadar pemuatan yang dikaitkan dengan x% tindak balas
EmS - Jadual Kecemasan
ENCS - Bahan Kimia Sedia Ada dan Baharu (Jepun)
ErCx - Kepekatan yang berkaitan dengan x% tindak balas kadar pertumbuhan
ERG - Panduan Tindakan Kecemasan
GHS - Sistem Harmonisasi Global
GLP - Amalan Baik Makmal
IARC - Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan mengenai Kanser
IATA - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa
IBC - Kod Antarabangsa untuk Pembinaan dan Peralatan Kapal yang membawa Bahan
Berbahaya Secara Pukal
IC50 - Kepekatan rencatan setengah maksimum
ICAO - Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa
ICOP - Tataamalan Industri berkenaan Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Bahaya.
IECSC - Inventori Bahan Kimia Sedia Ada Di China
IMDG - Barangan Berbahaya Maritim Antarabangsa
IMO - Pertubuhan Maritim Antarabangsa
ISHL - Undang -Undang Keselamatan dan Kesihatan Perindustrian (Jepun)
ISO - Pertubuhan Antarabangsa untuk Piawaian
KECI - Inventori Bahan Kimia Sedia Ada Korea
LC50 - Kepekatan Maut hingga 50 % daripada populasi ujian
LD50 - Dos Maut hingga 50% daripada populasi ujian (Dos Maut Median)
MARPOL - Konvensyen Antarabangsa untuk Pencegahan Pencemaran daripada Kapal
MY PEL - Had Pendedahan Dibenarkan Malaysia
n.o.s. - Tidak Ditetapkan Sebaliknya
Nch - Norma Orang Chile
NITE - Institut Teknologi dan Penilaian Kebangsaan.
NO(A)EC - Tiada Diperhatikan Kepekatan Kesan (Buruk)
NO(A)EL - Tiada Diperhatikan Tahap Kesan (Buruk)
NOELR - Tiada Kesan Boleh Cerap Kadar pemuatan
NOM - Norma Rasmi Orang Mexico
NTP - Program Toksikologi Kebangsaan
NZIoC - Inventori Bahan Kimia New Zealand
OCSPP - Pejabat Keselamatan Kimia dan Pencegahan Pencemaran
OECD - Pertubuhan untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi
OPPTS - Pejabat Keselamatan Kimia dan Pencegahan Pencemaran
PBT - Berterusan, Bioakumulasi dan Toksik
PBT - Bahan Berterusan, Biopengumpulan dan Toksik
PICCS - Inventori Bahan Kimia dan Bahan Kimia Filipina
REACH - Peraturan (EC) No 1907/2006 Parlimen Eropah dan Majlis berkaitan Pendaftaran,
Penilaian, Kebenaran dan Sekatan Bahan Kimia
SADT - Suhu Penguraian Pecutan Sendiri
SDS - Helaian Data Keselamatan
STEL - Had Pendedahan Jangka Pendek
TCSI - Inventori Bahan Kimia Taiwan
TDG - Pengangkutan Barangan Berbahaya
TSCA - Akta Kawalan Bahan Toksik (Amerika Syarikat)
TWA - Purata Wajaran Masa
UN - Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu
UNRTDG - Saranan Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu mengenai Pengangkutan Barangan
Berbahaya
UVCB - Komposisi Tidak Diketahui atau Boleh Ubah, Produk Tindak balas Kompleks dan Bahan
Biologi

13 / 14
Helaian Data Keselamatan

Monoethanolamine Plus

Versi 1.2 Tarikh Keluaran: 27.10.2017

vPvB - Sangat tahan lama atau Sangat berakumulasi secara biologi


WHMIS - Sistem Maklumat Bahan Berbahaya Di Tempat Kerja

Penyangkalan
Berdasarkan pengetahuan terbaik PETRONAS, maklumat yang terkandung di sini adalah
tepat dan boleh dipercayai setakat pada tarikh penerbitan. Sebarang penggunaan maklumat
yang diberikan di sini hendaklah bersandarkan perundingan dengan profesional yang
mempunyai kepakaran yang sesuai, seperti yang diperlukan mengikut keadaan. Tiada
waranti, tersurat atau tersirat, diberikan berkenaan dengan kualiti, ketepatan,
kebolehpercayaan, kesesuaian atau kesempurnaan kandungan SDS ini. Maklumat yang
dikemukakan di sini hanya berkaitan dengan produk yang dibekalkan. Adalah menjadi
tanggungjawab pelanggan untuk memastikan bahawa apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan
produk mematuhi semua undang-undang persekutuan, negeri atau tempatan. Sebarang
bahaya yang berkait dengan mana-mana keperluan perundangan berkenaan produk adalah
tertakluk kepada perubahan dan mungkin berbeza di antara lokasi. Kecuali setakat yang
dikehendaki oleh undang-undang, penerbitan semula atau penyiaran semula SDS ini, secara
keseluruhan atau sebahagiannya, adalah dilarang sama sekali. PETRONAS tidak
bertanggungjawab untuk penggunaan, pengangkutan, penyimpanan, pengendalian,
pembungkusan atau pelupusan produk yang di luar pengetahuan dan cadangan kami di
dalam SDS ini.

Nasihat Pengawasan Produk:


PETRONAS berhasrat untuk mewujudkan kesedaran mengenai kesemua bahaya berkaitan
dengan penyimpanan, pengendalian dan penggunaan produk kami. Sila kaji dengan teliti
Helaian Data Keselamatan yang disertakan dan penyebaran maklumat ini kepada semua
pihak yang berkenaan dan berkepentingan adalah suatu aspek utama dalam agenda
'Responsible Care'.

MY / MS

14 / 14

You might also like