Ekonomi KK STPM New

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1.

0 LATAR BELAKANG

Hutang awam adalah hutang oleh kerajaan persekutuan kepada semua pemberi hutang.
Kebanyakan negara berhutang untuk menampung perbelanjaan kerajaan pada tahun
tertentu. Kerajaan setiap tahun akan mengutip cukai dan menerima hasil yang dipanggil
pendapatan kerajaan. Setiap tahun juga kerajaan akan membelanjakan wang yang
terbahagi kepada dua kategori perbelanjaan iaitu perbelanjaan mengurus dan juga
perbelanjaan pembangunan. Setiap tahun Menteri Kewangan akan membentang
belanjawan tahunan di parlimen untuk menerangkan berapa hasil kutipan kerajaan dan
juga berapa perbelanjaan kerajaan untuk tempoh tahun tersebut.

Kerajaan memerlukan sumber kewangan yang besar dan berterusan bagi membiayai
operasi dan pembangunan negara.Dalam keadaan hasil negara tidak boleh menampung
keperluan dana bagi pembangunan, kerajaan perlu membuat pinjaman.Perkara 111
Perlembagaan Persekutuan – memperuntukkan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan
membuat pinjaman di bawah undang-undang Persekutuan Akaun Pinjaman Disatukan
merupakan akaun khusus untuk memperakaunkan urusniaga pinjaman Kerajaan.Hutang
negara dikira dalam jumlah berapa Ringgit Malaysia dan juga dikira berbanding jumlah
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP) .

KDNK ialah statistik berkenaan pendapatan negara dan ianya juga berkaitan dengan
pertumbuhan atau pembangunan ekonomi.KDNK mengukur jumlah nilai akhir barangan
dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam ekonomi bagi sesebuah Negara.Persekutuan
telah berkurang sebanyak RM5,947 juta kepada RM21,573 juta dalam tahun 2010
disebabkan pengurangan dalam terimaan yang berjumlah RM240,962 juta berbanding
bayaran yang berjumlah RM246,909 juta.

Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji hubung kait antara kedudukan hutang kerajaan
persekutuan KDNK bagi mengenalpasti sama ada KDNK merupakan salah satu faktor
yang mempengaruhi jumlah hutang berkenaan. Sebagai sampel kajian dibuat dengan
mendapatkan data dari tahun 2010 sehingga 2015.
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Tujuan kajian ini dilakukan bagi menganalisis sama ada berlaku peningkatan atau
pengurangkan KDNK dan hutang kerajaan persekutuan bagi tempoh masa antara tahun 2010
sehingga 2015. Penghitungan kadar pertumbuhan KDNK dan hutang kerajaan persekutuan
dibuat untuk mengenal pasti arah aliran dan hutang kerajaan persekutuan. Ia juga adalah
untuk mengkaji hubungan kadar pertumbuhan hutang persekutuan dengan kadar
pertumbuhan KDNK.

Kajian ini bertujuan memberi panduan atau rujukan kepada pihak-pihak berkenaan bagi
membuat keputusan sama ada meningkatkan lagi KDNK atau mengurangkan kadar hutang
supaya keadaan hutang kerajaan persekutuan dapat dikawal. Keadaan ini penting bagi
membantu peningkatan pertumbuhan ekonomi negara.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kepada dua objektif iaitu:

1. Mengenal pasti arah aliran dan hutang kerajaan persekutuan


2. Mengkaji hubungan kadar pertumbuhan hutang persekutuan dengan kadar
pertumbuhan KDNK.
4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1. Kaedah Memperolehi Data

4.1.1 Data Sekunder

a) Melayari internet

-https://www.treasury.gov.my/index.php/fiskal-ekonomi/data-ekonomi.html

-https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/hutang-kerajaan-persekutuan

b) Surat Khabar

-https://www.bharian.com.my/node/204492

c) Buku Ekonomi

- Buku Ace Ahead Ekonomi Malaysia yang diterbit oleh Suhiliah Mohd
Salleh pada tahun 2019

4.2 Kaedah Menganalisis Data

Data ini diproses dengan cara menambah semua unit data tentang hutang kerajaan
persekutuan

4.2.1 Kaedah perbandingan

Berbanding dengan hutang kerajaan persekutuan dan kadar pertumbuhan hutang


persekutuan.
4.2.2 Menghitung kadar pertumbuhan

Kadar pertumbuhan KDNK dan kadar pertumbuhan hutang kerajaan persekutuan


dihitung menggunakan rumus seperti berikut : Tahun Semasa Tahun Sebelum
100
0
Tahun Sebelum

4.2.3 Mengukur peratusan

Mengukur peratusan berdasarkan jadual hutang negara yang diperolehi daripada 2010
hingga 2015.Sebagai contohnya hutang KDNK pada tahun 2011: 456130 – 407102 100
0
407102

= 12.04%

Data-data yang telah diproses telah dipersembahkan dalam bentuk graf bar dan graf
garis
5.0 Hasil Kajian

5.1 Berdasarkan kajian ini adalah untuk mengenal pasti arah aliran dan hutang
kerajaan persekutuan.
5.1 (a) Jadual: Hutang kerajaan persekutuan

: Tahun Nilai Hutang Kerajaan Persekutuan


(RM JUTA)
2010 407102
2011 456130
2012 501617
2013 539858
2014 582828
2015 630540

2016
2015
Nilai Hutang Kerajaan (RM Juta)

2014
2013
2012
2011
2010
2009
2008
2007
2010 2011 2012 2013 2014 2015
Tahun

5.1 (b) Rajah: Nilai hutang kerajaan persekutuan


Jadual 5.1(a) menunjukkan arah aliran dan hutang kerajaan persekutuan. Manakala gambar rajah
5.1(b) menunjukkan nilai hutang kerajaan persekutuan.

Hasil dapatan secara keseluruhan menunjukkan bahawa hutang kerajaan persekutuan meningkat dari
tahun 2010 hingga tahun 2015. Hutang kerajaan persekutuan tertinggi adalah pada tahun 2015 iaitu
bernilai RM 630540 juta. Manakala hutang kerajaan persekutuan paling rendah adalah pada tahun
2010 iaitu bernilai RM 407102 JUTA.Perbezaan nilai jumlah hutang kerajaan persekutuan tahun
tertinggi dengan tahun terendah adalah sebanyak RM 224438 JUTA. Dari tahun 2010 hingga tahun
2011 jumlah hutang kerajaan adalah sebanyak RM 863232 JUTA. Seterusnya dari tahun 2011 hingga
tahun 2012 jumlah hutang kerajaan adalah sebanyak RM 957747JUTA. Pada tahun 2012 hingga
tahun 2013 jumlah hutang kerajaan adalah sebanyak RM 1041475 juta. Pada tahun 2013hingga tahun
2014 jumlah hutang kerajaan adalah sebanyak RM 1122686 JUTA. Akhirnya pada tahun 2014 hingga
tahun 2015 jumlah hutang kerajaan adalah sebanyak RM 1213368 JUTA

Pada tahun 2015, hutang kerajaan persekutuan adalah paling tinggi disebabkan peningkatan
perbelanjaan pembangunan negara. Kedudukan Hutang Persekutuan pada 31 Disember 2015 adalah
berjumlah RM 630540 JUTA. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM 47712 juta
berbanding RM 582828 juta pada tahun 2014. Sebanyak 96.59% daripada Hutang Persekutuan
didominasikan oleh sumber dalam negeri iaitu sebanyak RM 609063 JUTA manakala RM 21477 juta
adalah daripada sumber luar negeri. Peratus Hutang Persekutuan berbanding Keluaran Dalam Negara
Kasar pada tahun 2015 adalah terkawal pada kadar 54.50% yang menunjukkan sedikit peningkatan
berbanding 54.06% pada tahun 2014. Jumlah ini merangkumi perbelanjaan pembayaran faedah,
diskaun atas sekuriti hutang, caj komitmen dan bayaran pengurusan bagi mendapatkan pinjaman.
Didapati perbalanjaan berkaitan infrastruktur dan kemudahan awam telah meningkat. Begitu juga
dengan perbelanjaan kerajaan untuk pembelian peralatan keselamatan dibidang ketenteraan juga
menunjukkan arah perbelanjaan yang semakin besar. Kerajaan juga telah menambahkan pinjaman
bagi membiayai projek pembangunan luar Bandar terutamanya berkaitan dengan pembangunan sektor
pertanian dan sektor idnustri hiliran.

Hutang kerajaan persekutuan meningkat juga disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan mengurus. Ia
disebabkan oleh peningkatan bilangan pekerja di sektor awam terutamanya bagi pembayaran
emolument dan elaun .Bantuan kewangan dan serahan kepada kerajaan negeri terutamanya bagi
menampung perbelanjaan kemudahan penyelenggaraan kemudahan asas dan prasarana juga semakin
meningkat.

Hutang kerajaan persekutuan juga meningkat disebabkan oleh peningkatan hutang kerajaan
persekutuan di luar negara.Nilai RM yang semakin merosot berbanding dengan nilai USD telah
menyebabkan jumlah hutang bersih negara semakin meningkat. kenaikan kadar faedah pinjaman di
luar negara yang meningkat juga telah menyumbang akan kenaikan jumlah hutang kerajaan
persekutuan.

Pada tahun 2010, hutang kerajaan persekutuan adalah paling rendah adalah disebabkan pengurangan
perbelanjaan pembangunan negara. Ini merupakan peningkatan sebanyak 12% yang terdiri daripada
hutang dalam negeri berjumlah RM 390356 juta dan hutang luar negeri termasuk bantuan luar negeri
berjumlah RM 16745 juta berbanding RM 362386 juta pada tahun 2009. Hutang Kerajaan
Persekutuan berada di tahap yang boleh diurus di mana bayaran perkhidmatan hutang bagi tahun 2010
adalah 10% daripada jumlah perbelanjaan mengurus. Didapati kerajaan tidak menambahkan
perbalanjaan berkaitan infrastruktur dan kemudahan .Begitu juga dengan perbelanjaan kerajaan untuk
pembelian peralatan keselamatan dibidang ketenteraan juga menunjukkan arah perbelanjaan yang
tidak meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya. Kerajaan juga tidak menambahkan pinjaman
bagi membiayai projek pembangunan luar Bandar terutamanya berkaitan dengan pembangunan sektor
pertanian dan sector idnustri hiliran.
Hutang kerajaan persekutuan adalah rendah disebabkan perbelanjaan mengurus kerajaan yang
berkurang. Ia disebabkan oleh dasar penjimatan kerajaan bagi bilangan bagi pembayaran emolument
dan elaun . Dasar penjimatan ini juga dilakukan melalui pengurangkan peruntukan bantuan kewangan
dan serahan kepada kerajaan negeri terutamanya bagi menampung perbelanjaan kemudahan
penyelenggaraan kemudahan asas dan prasarana.

Sektor eksport yang semakin meningkat telah menyebabkan KDNK negara turut meningkat.
Peningkatan KDNK pada tahun tersebut telah meningkatkan pendapatan negara. Peningkatan KDNK
dan pendapatan negara mampu mengurangkan jumlah pinjaman kerajaan persekutuan pada tahun
tersebut.

Hutang kerajaan persekutuan juga rendah disebabkan oleh pengurangan hutang kerajaan persekutuan
di luar negara. Kira-kira satu pertiga hutang luar negeri adalah dalam denominasi Ringgit.Oleh itu
sebarang perubahan ke atas susut nilai Ringgit Malaysia tidak akan mempengaruhi kenaikkan hutang
kerajaan persekutuan. Nilai RM yang semakin stabil dan meningkat berbanding dengan nilai USD
telah menyebabkan jumlah hutang bersih negara semakin menurun . Pengurusan hutang luar negeri
secara berhemat telah menyebabkan bayaran hutang dapat dijelaskan dengan baik dan
teratur.Kesannya jumlah faedah pinjaman tidak meningkat berbanding dengan tahun tahun yang lain.

Tuntasnya, walaupun hutang kerajaan persekutuan semakin meningkat, tetapi melalui pengurusan
hutang yang di amalkan dengan cekap oleh kerajaan telah dapat membina daya tahan negara lebih
teguh untuk berhadapan dengan kejutan yang teruk kesan pinjaman yang berterusan.KDNK dan
pendapatan negara yang semakin stabil dan meningkat mampu mengurangkan kesan negatif kenaikan
pinjaman kerajaan persekutuan.
5.2 Kajian adalah untuk mengkaji hubungan kadar pertumbuhan hutang persekutuan dengan
kadar pertumbuhan KDNK

5.2 (a) Jadual: Kadar pertumbuhan hutang persekutuan dan kadar pertumbuhan KDNK

Tahun Nilai Hutang Kadar Nilai Kadar Pertumbuhan


Kerajaan Persekutuan Pertumbuhan KDNK KDNK
(RM juta) Hutang ( RM juta ) (%)
Persekutuan
(%)
2010 407102 12.34 821434 15.23
2011 456130 12.04 911733 10.99
2012 501617 9.97 971252 6.53
2013 539858 7.62 1018614 4.88
2014 582828 7.96 1106443 8.62
2015 630540 8.19 1158513 4.71

5.
2 (b) Rajah: Kadar pertumbuhan hutang persekutuan dengan kadar pertumbuhan KDNK.

Jadual 5.2(a) menunjukkan nilai hutang kerajaan persekutuan dan nilai KDNK. Manakala
gambar rajah 5.2(b) menunujukan hubungan kadar pertumbuhan hutang persekutuan dengan
kadar pertumbuhan KDNK.
Hasil dapatan secara keseluruhan menunjukkan bahawa kadar hutang kerajaan persekutuan
menurun dari tahun 2010 hingga tahun 2013 dan meningkat semula pada tahun 2014 dan
pada tahun 2015. Manakala, kadar pertumbuhan KDNK menurun dari tahun 2010 hingga
tahun 2013 dan meningkat pada tahun 2014 dan menurun pada tahun 2015. Kadar hutang
kerajaan persekutuan tertinggi adalah pada tahun 2010 iaitu sebanyak 12.34%. Manakala
kadar hutang kerajaan persekutuan paling rendah adalah pada tahun 2013 iaitu sebanyak
7.62%. Kadar pertumbuhan KDNK paling tinggi adalah sebanyak 15.23% iaitu pada tahun
2010 dan paling rendah adalah pada tahun 2015 iaitu sebanyak 4.71%.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kadar pertumbuhan KDNK menurun.
Antaranya ialah faktor luaran yang menjejaskan pertumbuhan sektor komoditi dan eksport
Malaysia. Manakalah faktor yang menyebabkan kadar pertumbuhan KDNK menurun adalah
disebabkan oleh perbelanjaan pengguna, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan ekport bersih.
Dari rajah ini kita dapat melihat keseluruhan faktor pemboleh ubah bebas yang paling
memberi sumbangan terhadap KDNK secara kasar, di mana perbelanjaan pengguna
menunjukkan faktor yang paling banyak memberikan sumbangan kepada KDNK.
Pada tahun 2015 hutang kerajaan persekutuan adalah paling tinggi disebabkan peningkatan
perbelanjaan pembangunan negara. Kedudukan Hutang Persekutuan pada 31 Disember 2015
adalah berjumlah RM 630540. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM 47712
JUTA berbanding RM 582828 juta pada tahun 2014. Peratus Hutang Persekutuan berbanding
Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2015 adalah terkawal pada kadar 54.50% yang
menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 54.06% pada tahun 2014. Kos Hutang Kerajaan
Persekutuan bagi tahun 2015 meningkat sebanyak 7.50% kepada RM 24283 JUTA
berbanding RM 22588 JUTA pada tahun 2014. Jumlah ini merangkumi perbelanjaan
pembayaran faedah, diskaun atas sekuriti hutang, caj komitmen dan bayaran pengurusan bagi
mendapatkan pinjaman. Didapati perbalanjaan berkaitan infrastruktur dan kemudahan awam
telah meningkat.Begitu juga dengan perbelanjaan kerajaan untuk pembelian peralatan
keselamatan dibidang ketenteraan juga menunjukkan arah perbelanjaan yang semakin besar.
Kerajaan juga telah menambahkan pinjaman bagi membiayai projek pembangunan luar
Bandar terutamanya berkaitan dengan pembangunan sektor pertanian dan sektor industri
hiliran.
Pada tahun 2010, hutang kerajaan persekutuan adalah paling rendah adalah disebabkan
pengurangan perbelanjaan pembangunan negara. Ini merupakan peningkatan sebanyak 12%
yang terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM 390356 juta dan hutang luar negeri
termasuk bantuan luar negeri berjumlah RM 16745 juta berbanding RM 362386 juta pada
tahun 2009. Pinjaman telah meningkat sebanyak RM 354649 juta pada tahun 2009. Hutang
Kerajaan Persekutuan berada di tahap yang boleh diurus di mana bayaran perkhidmatan
hutang bagi tahun 2010 adalah 10% daripada jumlah perbelanjaan mengurus. Didapati
kerajaan tidak menambahkan perbalanjaan berkaitan infrastruktur dan kemudahan. Begitu
juga dengan perbelanjaan kerajaan untuk pembelian peralatan keselamatan dibidang
ketenteraan juga menunjukkan arah perbelanjaan yang tidak meningkat berbanding dengan
tahun sebelumnya. Kerajaan juga tidak menambahkan pinjaman bagi membiayai projek
pembangunan luar Bandar terutamanya berkaitan dengan pembangunan sektor pertanian dan
sector idnustri hiliran.
Pada tahun 2010, kadar pertumbuhan KDNK adalah tertinggi iaitu sebanyak 15.23%. KDNK
pada tahun ini mencatakan kadar tertinggi kerana pengagihan pendapatan tidak sekata. Antara
2015, 54% daripada jumlah pekerjaan bersih diwujudkan dalam segmen kemahiran rendah
dan sederhana, yang pada puratanya membayar gaji masing-masing sebanyak RM1,095 dan
RM1,493 sebulan. Selain itu adalah, kos sara hidup meningkat. Dalam tempoh beberapa
tahun kebelakangan ini, pelbagai kejutan seperti rasionalisasi subsidi, pengenalan cukai
barang dan perkhidmatan (GST) dan kelemahan ringgit menyumbang kepada kos sara hidup
yang lebih tinggi.Tekanan kos yang meningkat boleh dilihat dalam inflasi purata lebih tinggi
iaitu 2.7 peratus selepas GST (April 2015) berbanding purata sebelum.
Pada tahun 2015, kadar pertumbuhan KDNK adalah terendah iaitu sebanyak 4.71%. KDNK
pada tahun ini mencatakan kadar terendah kerana faktor luaran yang menjejaskan
pertumbuhan sektor komoditi dan eksport Malaysia. Sektor perlombongan dan pertanian
terdedah kepada pelbagai cabaran dan ketidakpastian, yang membawa kepada turun naik
berdasarkan permintaan pasaran. Bagaimanapun, kedua-dua komoditi itu akan meningkat
semula pada suku akan datang apabila ketidakpastian. Sektor perkhidmatan akan meningkat
sedikit pada suku keempat 2015. Oleh itu, berpendapat, KDNK pada suku berkenaan boleh
mencecah empat peratus sekali gus menjadikan KDNK 2015 sebanyak 4.7 peratus,
sebagaimana dijangkakan. Secara keseluruhan, jangkaan untuk tahun ini amat tidak
memberangsangkan dan tidak melihat banyak kemajuan dalam aktiviti perdagangan global
manakala permintaan domestik dilihat kekal lemah berikutan pertumbuhan perlahan dalam
kadar pengambilan pekerja dan kos sara hidup yang tinggi.
Tuntasnya, walaupun kadar hutang kerajaan persekutuan tidak konsisten tetapi melalui
pengurusan hutang yang di amalkan dengan cekap oleh kerajaan telah dapat membina daya
tahan negara lebih teguh untuk berhadapan dengan kejutan yang teruk kesan pinjaman yang
berterusan.KDNK dan pendapatan negara yang semakin stabil dan meningkat mampu
mengurangkan kesan negatif kenaikan pinjaman kerajaan persekutuan.
6 CADANGAN

Cadangan pertama adalah dengan memansuhkan beberapa agensi tertentu. Kerajaan dapat
menjimat dalam kira-kira RM 500 juta setahun susulan pengumuman pembubaran empat
badan dan agensi kerajaan. Empat badan yang hendak dibubarkan adalah Jabatan Hal Ehwal
Khas (JASA), Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP).
Pembuburan ini akan melibatkan dalam 3000 kakitangan akan dapat menjimatkan kos
pengurusan kerajaan, khususnya membabitkan penggajian dan kos operasi dalam
perbelanjaan tahunan. Dengan ini kerajaan dapat menjimatkan sekitar RM 200 juta bagi
pembayaran gaji dan RM 300 juta bagi pentadbiran. Penjimatan ini mampu mengurangkan
hutang dan juga perbelanjaan megurus Negara. Ini secara tidak langsung akan dapat
membantu dalam pembayaran semula hutang kerajaan persekutuan.

Seterusnya, adalah dengan mengkaji semula projek yang bernilai tinggi. Kerajaan perlu
mengaji projek yang bernilai tinggi iaitu dalam RM 55 billion iaitu Projek Laluan Rel
Pantai Timur (ECRL). Ini perlu dikaji semula untuk memudahkan kerajaan untuk
membayar balik pinjaman yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. Dengan ini sudah tentunya
kos projek dapat dikurangkan sebanyak yang mungkin. Untuk membiayai semua hutang ini
kerajaan bolehlah mengadakan hubungan baik dengan Negara yang berkaitan supaya
mereka dapat memahami ekonomi Malaysia pada masa kini dan menstruktur semula bon-
bon dan pinjaman yang dilakukan untuk projek ini dimana kos pembiayaan dapat
dikurangkan untuk menjimatkan peruntukan pembayaran balik hutang.
7 PENUTUP

Kesimpulanya, daripada kajian saya didapati bahawa hutang kerajaan persekutuan


meningkat dari tahun 2010 kepada tahun 2015. Pada tahun 2010, hutang kerajaan
persekutuan adalah sebanyak RM 407102 juta dan jumlah ini meningkat kepada RM
456130 juta pada tahun 2011. Seterusnya nilai KDNK pada tahun 2010 ialah RM
821434 juta dan meningkat kepada RM 911733 pada tahun seterusnya. Ini menunjukkan
bahawa apabila hutang kerajaan persekutuan meningkat, nilai KDNK juga menurun.
Hutang kerajaan persekutuan boleh dikurangkan dengan meningkatkan nilai KDNK.
Dengan itu, nilai KDNK sesebuah tahun harus dikurangkan untuk mengurangkan
hutang kerajaan persekutuan.
8 SENARAI RUJUKAN

1) Suhailah Mohd Salleh, 2019, Ace Ahead Teks Stpm Ekonomi Malaysia Penggal 3
Edisi ketiga. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
2) Faith Lim, 2019, Nota Dan Latihan Stpm Makroekonomi Penggal 2 Edisi Kemas
Kini, Selangor: Ilmu Bakthi Sdn.Bhd.
3) Ishak Ismail, Nota Dan Latihan Stpm Makroekonomi Penggal 3 Edisi Kemas Kini,
Selangor: Ilmu Bakthi Sdn.Bhd.
4) Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2015. Laporan Kewangan Ekonomi
2014/2015. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia
5) Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2014. Laporan Kewangan Ekonomi
2009/2010. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia
6) Zunaida Zainon, “Manokaran Mottain: KDNK 2015 dijangka 5%” dlm. Utusan
Malaysia 15 Februari 2016
7) http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ini-6-langkah-kerajaan-pastikan-hutang-
terkawal-terurus-182497
8) https://www.treasury.gov.my/arkib/2015/le/bab4.pdf
9) https://www.treasury.gov.my/index.php/fiskal-ekonomi/data-ekonomi.html
10) http://www.anm.gov.my/index.php/arkib-ag/terbitan/penyata-kewangan-kerajaan-
persekutuan

You might also like