Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Apa itu Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)?

Ramai yang tanya apa maksud Program Transformasi Sekolah 2025 TS25? Apa itu TS25?
Adakah ini program baharu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada
19 Januari 2015, telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM.
Manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil.14/201 7 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan
penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah
meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan
terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Program TS25 bermula pada bulan Jun 2015 dengan kohort I sebanyak 99 buah sekolah.
Seterusnya pada tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk kohort 2 dan tahun
2018 sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan
yang terlibat adalah 600 buah sekolah.
Pada tahun 2019 pula sebanyak 500 buah sekolah telah dilibatkan dalam program ini.
Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership
and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada 232 personel dalam kalangan
pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),
pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD).
Pada tahun 2017 hingga 2019, terdapat penambahan Rakan ELIT dalam kalangan Pensyarah
IAB, Pensyarah IPG, S/Partners+ dan SISC+ berjumlah 1886 orang.
Menjelang tahun 2021pelaksanaan Program TS25 akan diurustadbir sepenuhnya oleh
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-Bahagian di Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Matlamat Program TS25 adalah untuk:
2.1. Kepimpinan :
Memantapkan kepimpinan sekolah.
2.2. Kualiti pengajaran dan pembelajaran;
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan
pembelajaran (PdP).
2.3. Penglibatan Komuniti;
Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)


Objektif utama Program TS25 adalah untuk:
3.1. Mengaplikasi kansep dan amalan terbaik pangajaran dan pembelajaran (PdP);
3.2. Membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah
Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai Jabatan
Pendidikan Negara (JPN), pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan Guru
Besar (PGB) serta Guru Penolong harlan (GPK), School Improvement Partners Plus
(SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+); dan
3.3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan
suasana biiik darjah dan sekokah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan
berkesan, pengurusan sekolah
yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)


Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan
modal insan unggul melalui:
a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
b. Penglibatan pembelajaran mudd yang aktif lagi bermakna.
c. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan.
d. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi.
e. Komitmen komuniti yang padu.
Elemen Kemenjadian Murid:
Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir,
berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan
mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi mudd dalam PPPM 2013-2025.

Elemen Sekolah Berkualiti:


Sekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan
keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja yang positif dan
disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta sokongan PIBG dan
komuniti.

Apa maksud Program Transformasi Sekolah TS25?


Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah
meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan
terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

You might also like