Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

JAWAPAN LATIHAN SEJARAH BAB 4

1. Faktor penyerahan Sarawak kepada British:

Masalah perwarisan takhta – Vyner Brooke tiada anak lelaki untuk menggantikan tempatnya
sebagai raja sedangkan dia semakin tua dan uzur.
Desakan kerajaan British – Vyner Brooke didesak memberikan kuasa kepada british untuk
meluaskan penguasaan di Sarawak. Pejabat Tanah Jajahan mengutus surat kepada Vyner Brooke
untuk menyerahkan Sarawak. Akhirnya beliau bersetuju menyerahkan Sarawak kepada British.
Masalah kewangan – Vyner Brooke menghadapi masalah kewangan Ekonomi Sarawak terjejas
akibat dari perang dunia kedua. Banyak kemudahan kene dibaiki.

2. Bantahan dari golongan wanita terhadap penyerahan Sarawak

Kaum ibu yang diketuai oleh Cg Lily telah ke rumah panjang untuk kempen kesedaran. Mereka
sanggup berkorban masa tenaga untuk mengatur demonstrasi menentang penyerahan Sarawak. Cg
Ajibah Abol mengetuai kaum wanita bergabung tenaga dengan gerakan Antipenyerahan dalam
memperjuangkan kemerdekaan Sarwak

3. Peristiwa sungkit berdarah

Rosli Dhoby antara pejuang kemerdekaan sarawak .Beliau telah menikam Duncan Stewart. seminggu
kemudian Duncan Stewart meninggal dunia di hospital singapura.Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang
Rambli dan bujang suntong akhirnya dikenakan hukuman gantung sampai mati.anggota rukun 13
yang lain dikenakan hukuman penjara.Gerakan tersebut telah memberikan kesedaran dan
membangkitkan nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.

4. faktor yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British

Memajukan negeri - penyerahan ini memajukan sarawak dalam aspek politik, perhubungan,
perdagagan, pertanian, pendidikan, kesihatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat sarawak.
Memajukan penduduk tempatan – YMA menggalakan kemajuan orang melayu dalam ekonomi dan
sosial. YMA membantu orang melayu yang mundur dan ketinggalan dalam pelbagai aspek. Kegiatan
YMA dalam bidang pelajaran, agama dan sukan.
Peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam – Golongan intelektual diberikan peluang mengisi
jawatan tinggi dalam kerajaan seperti peguam, doktor dan jurutera. Dengan ini British akan memberi
taraf berkerajaan sendiri kepada Sarawak

You might also like