Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

HBEF3603 AMALAN PROFESSIONAL

SMP MOD BIASA DAN PEDALAMAN


SEMESTER JANUARI 2020

Bagi melengkapkan kursus HBEF 3603 ini, pelajar perlu melakukan kesemua aktiviti (Aktiviti 1 - 4)
mengikut keperluan/ kehendak tugasan seperti yang diterangkan. Baca dengan teliti dan fahamkan
kehendak kursus sebelum melakukannya.

Tarikh Akhir penghantaran Tugasan adalah pada 31 Oktober 2020 sebelum / pada 4.30 petang.
Sekiranya pelajar kurang memahami kehendak kursus tersebut, gunakan FORUM untuk perbincangan
dengan EOS anda.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn Azniyante 03-7801 1815 atau emel: azniyante@oum.edu.my

Selamat Melakukan Tugasan.


Research and Project Management Unit (RPMU) - OUM

________________________________________________________________________________

Aktiviti 1 (T1A1) – Praktikum dan Laporan Pemantauan Guru Pembimbing

Pelajar akan melaksanakan inovasi PdP seperti yang dicadangkan dalam HBEF2503. Sesi ini akan
dipantau/selia oleh Guru Pembimbing. Guru pembimbing dikehendaki melengkapkan Borang
Pemantauan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01) seperti format (template) yang disediakan.*
*Sila dapatkan lampiran 'Borang Pemantauaan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01) pada
bahagian Assignment (T1A1)

Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) (Lampiran B - HBEF3603_01) sebelum atau pada 31
Julai 2020 (4.30pm). Namakan fail tersebut sebagai HBEF3603_T1A1.

1
Aktiviti 2 (T1A2) - Rakaman Video Sesi Praktikum
Semasa menjalani sesi praktikum, pelajar dikehendaki merakam video yang menunjukkan aplikasi PdP
dicadangkan (HBEF2503) yang bercirikan inovasi dan kreatif. Format video rakaman mestilah
dalam youtube (Rujuk panduan dalam portal EPiC).

Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) sebelum atau pada 31 Oktober 2020 (4.30 pm).
Namakan fail tersebut sebagai HBEF603_T1A2.

Nota:

Pelajar yang menjalankan latihan mengajar yang menggunakan selain dari Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris DIKEHENDAKI menyediakan ‘transcribe’ untuk rakaman video tersebut.

Aktiviti 3 (T1A3) – Pelaporan Praktikum


Pelajar dikehendaki menyediakan laporan mengenai inovasi PdP yang dijalankan seperti format dibawah:

BIL PERKARA
1. Refleksi PdP lalu

 Pelajar perlu mengaitkan pengalaman PdP dengan 4 perkara utama PdP:


o Guru
o Murid
o Isi kandungan pelajaran
o Persekitaran
 Bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara di atas, pelajar boleh merujuk bahan-bahan
seperti markah ujian, buku latihan, bahan pengajaran dan lain-lain yang berkaitan.

2. Isu / Fokus Kajian

 Tentukan tema / isu keprihatinan kajian / masalah.


 Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi PdP lalu yang dibuat.

3. Kumpulan sasaran

 Nyatakan dengan terperinci bilangan murid yang dikaji


 Terangkan secara ringkas latarbelakang pendidikan murid yang dikaji

4. Perlaksanaan inovasi PdP

 Pelajar perlu menyediakan PdP yang berteraskan inovasi sebagai contoh:


TEKNIK ‘COMIL’ : SATU KAEDAH UNTUK MENGUASAI
SUBTOPIK SIFAT KIMIA SEBATIAN KARBON

2
 Jelaskan mengenai perlaksanaan inovasi dan aktiviti-aktiviti yang terlibat

5. Laporan perlaksanaan inovasi PdP berpandukan perkara-perkara berikut:

 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


 Kebaikan dan kekurangan inovasi PdP yang dijalankan.
 Laporkan kaedah yang digunakan yang digunakan untuk menilai inovasi PdP yang telah
dijalankan. (Tidak perlu lapor analisis data, hanya kaedah yang digunakan sahaja.
Contohnya: guna soal selidik, temubual pelajar, ‘pre-test’ dan ‘post-test’
 Data yang diperolehi daripada kaedah yang digunakan perlu dilaporkan dalam HBEF4303.

6. Lampiran

 Lampirkan soalan/aktiviti yang dijalankan


 Bukti penilaian selepas dan sebelum PdP

Laporan ini:

 Ditaip dengan menggunakan saiz font 12 "Times New Roman" dan langkau baris 1.5
 Terhad kepada 10 muka surat sahaja (tidak termasuk lampiran)

 Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) sebelum atau pada 31 Oktober 2020 (4.30pm). Namakan
fail tersebut sebagai HBEF3603_T1A3.

Aktiviti 4 (T1A4) – Jurnal Reflektif

Sebagai penamat kepada kursus ini, anda perlu membuat aktiviti terakhir iaitu menulis Jurnal Reflektif.
Jurnal Reflektif merupakan catatan luahan perasaan/emosi; reaksi; fikiran anda semasa membuat aktiviti
1 hingga 3. Penulisan Jurnal Reflektif anda haruslah dalam bentuk karangan esei. Hadkan penulisan
Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat sahaja.(Font 12, Times New Roman, TIADA langkau baris).

Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) sebelum atau pada 31 Oktober 2020 (4.30pm). (Namakan
fail tersebut sebagai HBEF3603_T1A4.

You might also like