Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang

1. Pas lawatan sosial jangka panjang boleh dikeluarkan kepada pelawat asing untuk tinggal
sementara di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada 6 bulan.
2. Lanjutan boleh diberikan berdasarkan kepada kelayakan dan memenuhi syarat-syarat seperti
yang telah ditetapkan.
3. Suami atau isteri asing kepada warganegara Malaysia boleh diberi kemudahan Pas Lawatan
(Sosial) jangka panjang untuk tempoh lima (5) tahun sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat
permohonan.
4. Mereka juga dibenarkan untuk bekerja (melakukan pekerjaan berbayar), berniaga dan
pekerjaan profesional tanpa perlu menukar status Pas Lawatan (Sosial) mereka kepada Pas Kerja yang
berkaitan (Pas Penggajian/Pas Lawatan (Kerja Sementara)).

1. Syarat dan Peraturan Kebenaran Bekerja Pasangan Warganegara

1. Pemohon merupakan isteri atau suami kepada warganegara Malaysia yang mana perkahwinan
mereka telah didaftarkan secara sah dan teratur di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di
Malaysia.
2. Pemohon adalah layak diberikan ataupun telah diberikan Pas Lawatan Sosial dibawah
kemudahan suami atau isteri asing kepada warganegara Malaysia.
3. Pekerjaan atau perniagaan yang dilakukan itu adalah merupakan pekerjaan atau perniagaan
yang sah mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan yang berkuatkuasa di
Malaysia.
4. Kebenaran melakukan pekerjaan atau perniagaan ini dicatatkan ataupun di endos dalam Pas
Lawatan Sosial yang berkaitan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia atau mana-mana Pegawai
Imigresen yang diberi kuasa untuk membuat catatan/endorsan tersebut.
5. Pemegang Pas Lawatan Sosial tersebut mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia bagi maksud pengeluaran Pas Lawatan Sosial tersebut serta bagi
maksud membuat catatan/pengendorsan yang berkaitan.

2. Tatacara Memohon Endorsmen Kebenaran Bekerja

1. Permohonan boleh dibuat di Bahagian Visa, Pas dan Permit, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya
atau di Pejabat Imigresen Negeri berdekatan.
2. Permohonan boleh dikemukakan semasa mendapatkan semasa mendapatkan kelulusan Pas
Lawatan Sosial yang berkaitan atau pada bila-bila masa selepas Pas Lawatan Sosial yang berkaitan
diberikan.
3. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :-

i. Sijil Perkahwinan / Sijil nikah

ii. Tawaran Kerja / Daftar Perniagaan (mana yang berkaitan)


.Isteri kepada penduduk tetap

1. Kad pengenalan suami


2. Permit masuk suami
3. Pasport isteri (kesemua mukasurat)
4. Sijil nikah / perkahwinan
5. 2 keping gambar terkini isteri bersaiz pasport
6. Usia perkahwinan telah melebihi 6 bulan
7. 2 set borang Imm. 47
8. Borang Imm. 55
9. Borang Imm.38
10. Borang 'Security Bond' (dimatikan setem hasil RM10.00)

5. Permohonan Baru Isteri Atau Suami Kepada Warganegara

1. Suami atau Isteri mesti hadir bersama


2. Dokumen yang perlu dikemukakan:
3. Borang Imm.12
4. Borang Imm.38 (2 salinan)
5. Borang Imm.55 (2 salinan)
6. Borang kenyataan penaja
7. Security bond - dimatikan setem RM10.00
8. Surat akuan sumpah berserta gambar dan dicop Pesuruhjaya Sumpah
9. Kad pengenalan dan sijil lahir suami / isteri
10. Sijildaftar perkahwinan
11. Bukti surat cerai/ sijil mati (jika berkaitan)
12. Gambar perkahwinanukuran poskad
13. Sijil lahir anak (surat pengesahan dari mahkamah jika anak tiri)
14. Lesen niaga/ ROC syarikat/ Borang J (Jika bekerja sendiri)
15. Surat pengesahan dari majikan dengan letter head (Jika bekerja)
16. Bukti pendapatan (slip gaji 3 bulan terakhir/ buku bank/ borang J)
17. Bukti alamat tempat tinggal (bil utiliti)
18. Pasport Malaysia suami / isteri(semua muka surat)
19. Lain-lain dokumen sekiranya diperlukan

You might also like