Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN SEDILI KECIL,


KOTA TINGGI, 81900
JOHOR DARUL TAKZIM.

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BILANGAN 2/TAHUN 2019

Tarikh : 23.5.2019
Masa : 1.00 Petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Pengerusi : En Thinadhayalan
Kehadiran (Bilangan) : 4 orang
Kehadiran :
1. En Thinadhayalan KP SJ
2. En Hirman Bin Mohd KP SN
3. En Abdullah Bin Abbas
4. Puan Rahima Binti Mat Tahir

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia Sejarah kali ke 2. Mesyuarat di mulai
dengan bacaan al-fatihah oleh En.Hirman
1.2 Beliau menyerahkan mesyuarat kepada Ketua panitia untuk tindakan seterusnya.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG


LEPAS
2.1 Minit mesyuarat Bil. 1/2019 diterima setelah semakan dibuat.
2.2 Dicadang untuk disahkan oleh En Thinadhayalan.
2.3 Disokong oleh En Hirman Bin Mohd

3.0 PERKARA BERBANGKIT


TIADA
4.0 LAPORAN UNIT/PERKARA BARU
4.1 Minggu Panitia Sejarah
En.Thinadhayalan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat
dalam menjayakan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos 2019. Murid-murid
melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan
Kemerdekaan. Beliau juga memaklumkan bahawa untuk tahun ini, panitia
sejarah akan mengadakan aktiviti minggu panitia pada bulan Oktober selepas
peperiksaan UPSR. Cadangan akitviti adalah seperti berikut:
a) Tahun 4 Kuiz Sejarah
b) Tahun 5 Pertandiangan Nynayian Lagu Kemerdekaan
c) Tahun 6 pertandingan teka silang kata
Guru-guru yang terlibat harap boleh melaksanakan aktiviti yang dicadangkan.
Jika terdapat perubahan harap boleh maklumkan kepada beliau untuk
pembelian hadiah kepada pemenang.

4.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun


En Thinadhayalan selaku KP Sejarah membentangkan analisis peperiksaan
pertengahan tahun seperti di bawah. Beliau mencadangkan supaya guru
matapelajaran menghasilkan soalan berpandukan JSU dan unsur KBAT perlu
diterapkan dalam item soalan yang dihasilakan.

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


SPSK PK 07/3

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


SPSK PK 07/3

Beliau berharap agar pencapaian murid dapat dipertingkatkan terutama


pencapaian bilangan A.

4.3 Pelaporan PBD

En Thinadhayalan berharap semua guru telah menyediakan pelaporan PBD


mengikut unit yang telah diajar. Berdasarkan pengukuran ini kita sepatutnya
dapat mengenalpasti  murid yang lemah untuk diberi pemulihan dan seterusnya
meningkatkan pemahaman murid dalam subjek Sejarah ini. Beliau juga
menegaskan penggunaan kaedah pengajaran yang menarik perhatian murid
dalam subjek Sejarah dan guru perlu meneroka kaedah yang berkesan dan
pemerhatian hendaklah dilaksanakan pada murid secara keseluruhan

4.4 Google classroom

Semua ahli diingatkan agar sentiasa menggunakan google classroom sebagai


satu kaedah untuk mengajar subjek Sejarah kepada murid. Guru boleh
membina bahan sendiri atau mengambil bahan daripada guru-guru lain untuk
diajar kepada murid. Galakkan murid menggunakan halaman google classroom
sebagai cara menarik minat murid untuk belajar subjek Sejarah. Beliau
mengingatkan guru-guru supaya muatnaik/upload bahan-bahan sejarah,seperti
video kemerdekaan,sejarah tokoh kemerdekaan dalam google classroom
supaya murid-murid dapat melihat dan memahami dengan lebih mudah.

           
5.0 HAL-HAL LAIN
TIADA

6.0 PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________________ ______________________
(EN.Abdullah Bin Abbas) (En.Thinadhayalan)
Setiausaha Panitia SJ Ketua Panitia SJ
SK Sedili Kecil SK Sedili Kecil

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

You might also like