Laporan Internship Buku Skrap

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK

INTERNSHIP
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERLIS, KANGAR,PERLIS
SHABANA MUNAWWARAH BINTI ISHAK
PISMP SEMESTER 8 BAHASA MELAYU

NAMA PELAJAR : SHABANA MUNAWWARAH BINTI ISHAK


PROGRAM : PISMP SEM 8
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERLIS
NAMA PROJEK :PERTANDINGAN BUKU SKRAP KARANGAN
RAMADAN
TEMPOH PELAKSANAAN : 14 HINGGA 25 JULAI 2014
OBJEKTIF:
1) Mewujudkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyediakan
buku skrap.
2) Meningkatkan kemahiran menulis murid.
3) Memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam menghasilkan buku skrap
dan karangan yang kreatif.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing.
2. Saya meminta pandangan dan pendapat daripada guru pembimbing untuk
mengadakan pertandingan buku skrap ‘Karangan Ramadan’ memandangkan
pertandingan ini diadakan pada bulan Ramadan dan ingin murid menghayati
bulan Ramadan daripada hasil penulisan mereka.
3. Beliau bersetuju dengan cadangan saya dan meminta saya menyiapkan
kertas kerja untuk diluluskan oleh Guru Besar.
4. Tempoh pertandingan selama dua minggu diberikan kepada murid supaya
mereka dapat menghantar buku skrap dalam tempoh yang ditetapkan
5. Murid juga melakukan kolaborasi bersama guru untuk mendapatkan pelbagai
maklumat berkaitan buku skrap yang dihasilkan.
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK
INTERNSHIP
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERLIS, KANGAR,PERLIS
SHABANA MUNAWWARAH BINTI ISHAK
PISMP SEMESTER 8 BAHASA MELAYU

REFLEKSI
1) Kekuatan Projek
Projek ini dapat memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk
mempelajari cara menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan
rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah.
Selain itu juga, projek ini turut memberi saya pengalaman untuk mengetahui dan
mempelajari tugas seorang guru dalam menguruskan sesuatu pertandingan
berbentuk ko-akademik seperti pertandingan buku skrap karangan. Selain itu, saya
juga telah belajar cara untuk mengadili sesuatu pertandingan. Setiap kumpulan yang
menyertai pertandingan buku skrap ini memberikan komitmen yang
memberangsangkan apabila mereka sering membuat kolaborasi bersama guru
sepanjang tempoh pelaksanaan pertandingan buku skrap ini berlangsung.
Pelaksanaan projek buku skrap ini turut memberi pendedahan kepada murid tentang
kelebihan dan pengalaman yang diperolehi sepanjang berlangsungnya bulan
Ramadan. Murid bukan Islam turut diberi pendedahan dalam menghasilkan sebuah
karangan yang ditulis dalam tulisan jawi.

2) Kelemahan Projek
Beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti. Antaranya, syarat pertandingan buku
skrap ini membenarkan murid menghasilkan buku skrap mengggunakan komputer.
Hal ini mengakibatkan berlakunya copy and paste daripada internet dan tidak
disaring bentuk ejaannya kerana artikel yang diambil daripada Bahasa Indonesia
tidak dimurnikan dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Selain itu juga,
kos murid menghasilkan buku skrap juga banyak kerana menggunakan bahan yang
perlu dibeli dengan harga yang mahal seperti pelekat kartun.
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK
INTERNSHIP
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERLIS, KANGAR,PERLIS
SHABANA MUNAWWARAH BINTI ISHAK
PISMP SEMESTER 8 BAHASA MELAYU

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Cadangan penambahbaikan bagi projek ini ialah mengenakan syarat pertandingan
yang lebih ketat agar penghasilan buku skrap lebih bermanfaat dan tidak
menggunakan kos yang banyak. Sebagai contoh,meminta murid menghasilkan
buku skrap dengan menggunakan tulisan tangan agar dapat melatih murid untuk
menulis karangan semasa menjawab peperiksaan kelak. Penggunaan sumber
daripada alam sekitar atau bahan terbuang juga dapat membantu mengurangkan
kos penghasilan buku skrap bagi melahirkan kreativiti murid sepanjang
menghasilkan buku skrap.

KESIMPULAN:
Tuntasnya, pelaksanaan pertandingan buku skrap karangan ini mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada murid Tahun 5. Penghasilan buku skrap karangan ini
juga membantu murid menjadi lebih kreatif dan dapat membuka minda serta
penghayatan terhadap kelebihan bulan Ramadan. Selain itu juga, dapat memberi
pendedahan kepada murid bukan Islam tentang bulan Ramadan dan bentuk tulisan
jawi yang kian dilupai generasi kini.

Disediakan oleh,

………………………………………

SHABANA MUNAWWARAH BINTI ISHAK


(GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS)

Disemak Oleh,

………………………………………

PUAN NORAINI BINTI OTHMAN


(GURU BESAR SK SERI PERLIS)
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK
INTERNSHIP
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERLIS, KANGAR,PERLIS
SHABANA MUNAWWARAH BINTI ISHAK
PISMP SEMESTER 8 BAHASA MELAYU

You might also like