Kabel Bawah Tanah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

kabel bawah tanah

(underground cable)
October 17, 2016

Assalamualaikum.. ok kali ni aku nak share ilmu sikit... sharing is

caring kann.. benda yg sama dengan post hari tu, rujukan dari

assignment aku yg asalnya dari internet digaul bersama

modul underground cable low voltage sem lepas... haa ok jom

tengokk..

PENGENALAN

Pengagihan tenaga elektrik bukan sahaja menggunakan sistem talian atas


seperti mana yang telah kita pelajari, adakalanya pengagihan bekalan elektrik
juga dilakukan dengan menggunakan sistem bawah tanah. Oleh yang
demikian untuk membolehkan pengagihan bekalan elektrik melalui bawah
tanah, maka kabel yang sesuai perlu digunakan. Kabel bawah tanah dihasilkan
bagi membolehkan pembekalan tenaga elektrik disalurkan ke sesuatu kawasan
dengan selamat. Pemasangan kabel bawah tanah biasanya dilakukan di
kawasan-kawasan bandar dan kawasan-kawasan yang perlu dimana talian atas
agak tidak bersesuaian kerana faktor ruang dan keselamatan atau sebagainya.

Secara umum, rekabentuk kabel bawah tanah dapat digambarkan seperti rajah

7B
Bahagian-bahagiannya adalah:
1) Teras :
              - Jenis penebat yang digunakan ialah :
  Kertas yang direndam didalam minyak.
  Vulcanized bitumen.
  Varnished cambric.
2) Penebat :
              -Pelbagai jenis penebat boleh digunakan antaranya :
  Polyniryl Chloride(PVC)
  Impregnated paper (PILCDSTAS)
3) Salutan Logam :
               -Disalutkan di atas penebat untuk mengelakkan dari kemasukan lembapan.
Antara                 bahannya adalah:
  Plumbum
  Aluminium
4) Pelapisan (bedding) :
              `-Di sebelah luar lapisan logam terdapatnya selapis bedding. Diperbuat dari  
gabungan kertas dan bahan gantian. Tugas pelapis ini ialah untuk memberi    
perlindungan kepada salutan logam.
5) Pemerisaian (Armouring) :
                -Untuk mengelakkan kerosakan mekanikal dari berlaku ke atas kabel. Satu
atau dua lapisan dawai keluli ( galvanized steel wire ) atau dua lapisan tap
keluli digunakan untuk tugas pelapisan.
6) Serving :
                -Di bahagian yang paling luar iaitu atas lapisan pemerisaian disalutkan pula
dengan satu lapisan gantian serupa dengan pelapis 

OBJEKTIF
1)    Mengenal jenis- jenis kabel.

2)    Menyatakan gambarajah kaedah merentang kabel di dalam tanah.

3)    Menerangkan proses kerja merentang kabel.

4)    Menyatakan pengujian kabel di dalam tanah.


      

ISI DAN HURAIAN

11.    Jenis-jenis kabel

Jenis kabel dan saiz kabel sangatlah mustahak untuk memastikan kelancaran
bekalan elektrik. Diantara jenis-jenis kabel berikut ialah :
1)    PVC/swa/PVC – Armoured cable (PVC-Stell wire Armoured-PVC)
2)    MICC – Mineral Insulted Copper Covered
3)    PICDSTA – Paper Insulted Covered Double Steel Tape Armoured.
4)    XLPE – Cross Line Poly Ethylene
Kabel-kabel di atas terdapat dalam bentuk satu teras, dua teras, tiga teras dan
berbilang teras mengikut jenis kabel, kadaran voltan dan penggunaannya.

1)    PVC/swa/PVC – Armoured cable (PVC-Stell wire Armoured-PVC).


(kabel penebat PVK berperisai (PVC/SWA/PVC) – Armoured Cable)

Pengenalan kabel.
         -Mempunyai perisai sebagai perlindungan mekanikal.
         -Penebatan PVC yang digunakan adalah teguh dan boleh tahan panas
sehingga 85 darjah celcius.
         -Pengalir biasanya dibuat dari aluminium atau tembaga.
         -Terdapat dalam beberapa teras iaitu :
  2 teras.
  3 teras.
  4 teras.
  Pelbagai teras (multicore cable)

Kegunaannya :
         -Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan pembahagian voltan
rendah.
         -Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan agihan voltan rendah.
         -Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan suis utama pengguna.
         -Untuk sistem pembahagian pelbagai pengguna.
         -Untuk sistem pemasangan lampu-lampu jalan dan awam.

Terdapat 4 warna yang biasa digunakan :


         -Merah untuk Fasa Merah.
         -Kuning untuk Fasa Kuning.
         -Biru untuk Fasa Biru.
     -Hitam untuk Neutral.

Rajah 1 : Gambar kabel PVK berperisai (PVC/SWA/PVC) – Armoured Cable

1) MICC – Mineral Insulated Copper Covered.


(kabel MICC – kabel berkelongsong tembaga bertebat bahan galian)

Pengenalan kabel.
         -Sarung luaran diperbuat dari tembaga tanpa pateri pada takat lebur 1038
darjah celcius.
         -Penebatnya dari jenis Magnesium Oksida dengan takat lebur pada 2800
darjah celcius.
        - Pengalirnya dari jenis tembaga elektronik (electrolytic copper) takat lebur
1083 darjah c-  elcius.
        - British Standard bagi kabel ini ialah BS 6207.
         -Pengalir didapati dalam dua jenis iaitu :
  LIGHT DUTY L 500V – digunakan untuk kuasa rendah.
  HEAVY DUTY H 750 V – digunakan untuk kuasa tinggi.
         -Pengalir dalam bentuk teras iaitu 1,2,3 dan 4 teras.
         -Kabel ini digunakan untuk pendawaian di tempat suhu yang tinggi atau
tempat mudah  terbakar seperti rumah dandang (boiler house) untuk sistem
pencegah kebakaran dan lain-  lain.
         -Penamatan kabel ini mengguna kabel gland.

Ciri-ciri dan keistimewaan kabel ini.


         -Tahan api – ketahanan telah diuji dalam ujian IEC 331 dan diiktiraf sebagai
“FIRE  RESISTANT”.
         -Kalis cecair dan gas – sarung logam luar yang bersambungan tanpa pateri
menjadi kabel  yang tidak dapat ditembusi oleh sebarang cecair dan gas.
         -Garis pusat kecil dan kemampuan tinggi (hight capacity).
         -Mudah dilentur (flexibility).
         -Tahan kakisan.
         -Kos pemasangan yang kompetitf.
         -Kalis letupan.
         -Operasi pada suhu tinggi.
         -Ketahanan atau rintangan.
         -Sistem pembumian.
         -Sistem nuclear (nuclear radiators).
         -Ketahanan operasinya tanpa penyelenggaraan.

Rajah : kabel MICC – kabel berkelongsong tembaga bertebat bahan galian


1)   PILCDSTA – Paper Insulted Lead Cover Double Steel Tape Armoured.
(kabel PILCDSTA – kabel berpenebat kertas)

Pengalir PILCDSTA
         Pengalir terdiri daripada aluminium dan tembaga.
  Pengenalan pengalir :
  0 – Neutral
  1 – Merah
  2 – Kuning
  3 – Biru
  Rupa bentuk pengalir :
  Kurang dari 16 mm berbentuk lembaran bulat dan lebih dari 16 mm berbentuk
lembaran “shaper”.
         Penebatan (Paper Insulation) :
  Penebatan kertas yang diperbuat daripada kayu pulo (pine atau spurce) dan
berbentuk seperti tape, tebalnya di antara 0.06 mm hingga 0.15 mm. kertas
mempunyai 8% kelembapan dalam atmosfera biasa.
         Isian :
  “Impergrant Filler” – Impergrant diperbuat daripada tapisan “viscous berserta
Refinde Rosin (Gum Pasfree)”, dan di antara fungsi-fungsi impergrant ialah :
  Memperbaiki ketegangan elektrik.
  Pelincir bagi memudahkan pergerakan tape apabila kabel tersebut ditambah.
  Mempertingkatkan pengaliran haba.
  Terdapat tiga jenis isian iaitu :
  Mass Impregnated.
  Mass Impregnated Non Draining (MND).
  Pre Impregnated.
         Jut :
  Diletakkan di antara penebat kertas dan ia juga membentuk kabel menjadi bulat.
         Penebat talian kertas (Belt Paper) – berfungsi sebagai penebat tambahan di
antara pengalir dan bumi.
  Tebal talian kertas ialah :
  1.4 mm – di antara pengalir.
  1.2 mm – di antara pengalir dan sarung plumbum.
         Sarung plumbum (Lead sheath) :
  Untuk mengelakkan dari air memasuki ke pengalir dan digunakan ke bumi
(earth continuity).
  Tebalnya ialah 1.2 mm ke 1.6 mm.
         Bedding :
  Tebalnya 1.5 mm dalam dua bahagian berada antara Lead Sheath dan Tape.
Fungsinya ialah untuk menahan hentakan.
Jenis bedding
         -Pita kertas beserta “Bitumin” (atau pita PVC).
         -Bahan “Fibros Bitumin”.
         -Double Steel Tape Armoured
  Berfungsi sebagai pelindung mekanikal dan tahan dari benda-benda tajam yang
terdiri dari dua jenis iaitu :
  SWA – single wire armoured.
  DWA – double wire armoured.
         “serving” – diperbuat dari bahan-bahan Fibros-Bitumin dan tebalnya 2 mm.
  Digunakan untuk menyaluti bahagian luar kabel.
  Juga diperbuat dariada “Jute Yam”, “Hessian Tape”, “Neutral Cotton” atau
“Synthetic Fiber Tape”. – lapisan serbuk putih digunakan untuk mengelakkan
dari melekat.
Rajah : PILCDSTA – Paper Insulted Lead Cover Double Steel Tape Armoured.

1)    XLPE – Cross Line Poly Ethylene

Pengenalan
         -Penebatnya dibuat dari bahan plastic yang diberi nama “Cross Link Poly
Ethylene” yang  menggantikan kertas. Penebatan plastic pepejal ini disalut
pada setiap pengalir fasa yang  terdiri dari pengalir aluminium dan tembaga.

Sebab menggantikan penebat plastic ialah :


         -Mudah dibentuk mengikut saiz pengalir dengan cara “Tool & Die”
mengelilingi pengalir agar  tiada rongga terjadi di antara pengalir dan plastic.
         -Plastik adalah bahan yang ringan dan mudah penjagaannya.
         -Pemasangan yang mudah jika dibandingkan kabel jenis lain.
         -Tidak mudah menyerap air.
         -Kehilangan daya elektrik adalah rendah.
         -Harganya mahal jika dibandingkan jenis kabel lain.
         -“Thermoset Plastik” digunakan untuk perencat nyalaan disebabkan bahan ini
tidak mudah  berubah nilai dan bentuk serta dapat menahan tekanan haba
geseran ataupun tarikan.
         -Pembawa arus yang tinggi dari kabel PILCDSTA.
Kegunaannya :
         -Kawasan pencemaran kimia dan minyak.
         -Kawasan tidak rata atau tempat tinggi.
         -Kawasan paya atau tanah berat.

Rajah : XLPE – Cross Line Poly Ethylene

1.    Gambarajah kaedah merentang kabel di dalam tanah

Penanaman kabel adalah semua jenis kabel yang konstruksinya direka khusus
untuk dipasang di bawah permukaan tanah dan dalam pemasangan tersebut
ditanam secara langsung dibawah permukaan tanah.

Terdapat beberapa kaedah merentang kabel antaranya ialah :


1.    -Di tepi jalan atau laluan pejalan kaki.
2.    -Melintasi jalanraya.
  .    -Melintasi parit atau longkang
       -Melintasi tanah lembut.

Kesemua kaedah ini mempunyai cara penanaman yang berlainan antara satu
sama lain. Cara pemilihan penanaman kabel hendaklah mengikut tempat yang
betul.

1).    Kaedah merentang kabel di tepi jalan atau laluan pejalan kaki.

Terdapat dua kabel iaitu :


I.
                    Kabel utama
-Kedalaman galian alur kabel yang akan dilalui kabel utama ditentukan ± 80 cm
atau  mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
         -Lebar galian bahagian atas alur kabel = ± 40 cm
         -Lebar galian bahagian bawah alur kabel = ± 30 cm

II.            Kabel sekunder


    

-Kedalaman galian untuk kabel sekunder ditentukan ± 60 cm atau sesuai


mengikut  peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Gambar : Penanaman kabel bawah tanah di tepi jalan.

1).    Kaedah merentang kabel melintasi jalan raya.

-Kabel dimasukkan dalam paip PVC / paralon dengan diameter 10 cm, tebal 55
mm    Kedalaman galian = ± 100 cm atau sesuai mengikut peraturan-peraturan
yang ditetapkan.

Isi paip (dalam satu paip) adalah:


         -Untuk kabel utama : Dalam 1 paip hanya diisi 1 buah kabel.
         -Untuk kabel sekunder : Dalam 1 paip maksimum. diisi 3 buah kabel.
         -Kabel primer dan kabel sekunder tidak boleh dimasukkan ke dalam satu paip.
         -Diberi paip cadangan yang kosong yang jumlahnya disesuaikan dengan reka
bentuk.

Lubang sambung kabel.


Saiz lubang galian tempat penyambung kabel ditentukan sebagai berikut:
         -Panjang = (20 D + 100) cm.
         -Lebar = (20 D + 100) cm.
         -Kedalaman = (t + 30) cm.
         -Di mana:
  D = Diameter luar kabel.
  T = kedalaman alur kabel (min = 60 cm).

1)    Kaedah merentang kabel melintasi parit atau longkang.

        - Kabel dimasukkan ke dalam paip pelindung besi galvani dengan diameter


dalam 4 inchi.
         -1 paip pelindung hanya boleh diisi dengan 1 kabel primer atau maksimum 3
kabel sekunder.
         -Kabel utama dan kabel sekunder tidak disekalikan berada dalam satu paip.
         -Kemudian paip pelindung dilindungi kawat berduri.
         -Paip pelindung yang belum terisi kabel harus di tutup dengan penyumbat
pada kedua hujungnya. 

1).    Kaedah merentang kabel melintasi tanah lembut.

        - Apabila menggali tempat peparitan berpasir atau tanah lembut. Orang yang
bekerja  hendaklah pada jarak 10 kaki diantara satu sama lain disepanjang
peparit kabel tersebut.
         -Apabila pencebak atau alatkerja kuasa digunakan, satu pasukan kerja dua
orang dilakukan. -Orang yang pertama mengorek tanah manakala orang kedua
memindahkan tanah ke satu  bahagian tepi.
         -Bahagian yang digali hendaklah diletakkan ditempat sesuai supaya tidak
mengganggu  pengguna laluan pejalan kaki atau pengguna jalan yang lain.
Bahan-bahan yang digali  hendaklah diasingkan mengikut jenis supaya
menyenang kerja penimbusan semula  dijalankan. Dicadangkan supaya
memberikan 12’’ jarak laluan di sepanjang peparit  tersebut.
         -Kedalaman peparit kabel hendaklah diukur dari permukaan dan jarak lebar
parit diantara  tepian peparit tersebut. Ukuran peparit ksbel adalah bergantung
kepada jumlah kabel yang  mengambil tempat dalam peparit itu. Keadaan
semasa dan kedalaman penggalian parit  tersebut. Jadual satu yang diberikan
hendaklah digunakan sebagai panduan dan juga  arahan terkini diberikan oleh
jurutera yang bertanggungjawab.

1.    Proses kerja merentang kabel.

Proses merentang kabel bawah tanah ini haruslah mengikut spesifikasi yang
telah ditetapkan mengikut kaedah merentang kabel. Ini bertujuan memastikan
proses merentang kabel berjalan dengan lancar dan selamat. Antara proses
kerja merentang kabel adalah seperti yang berikut :
1.    Di tepi jalan atau laluan pejalan kaki.

Tatacara penanaman kabel.


a)    Laluan kabel di korek sedalam 75cm (2.5 kaki).
b)    Lebar 45 cm (1.5 kaki).
c)    Bahagian dasar diletakkan pasir setebal 7.5 cm (3 inchi).
d)    Kabel ditempatkan ditengah-tengah laluan tersebut.
e)    Serterunya, pasir akan dimasukkan sehingga menutupi 7.5 cm (3 inchi)
permukaan atas kabel.
f)     Batu bata atau penanda kabel diletakkan pada sepanjang kabel. Lubang
ditimbus semula dengan tanah.

2.    Melintasi jalanraya.
Tatacara penanaman kabel.
a)    Laluan kabel digali sedalam 75 cm serta lebar 45 cm.
b)    Tanah dimasukkan setebal 75 cm (3 inchi) sebagai dasar bagi laluan kabel.
c)    Sebatang paip galvani atau “steel pipe” diletakkan ditengah-tengah laluan
berkenaan.
d)    Kabel dimasukkan ke dalam paip berkenaan bagi merentasi jalan tersebut.
e)    Seterusnya, laluan tersebut ditimbuskan semula hingga rata.

3.    Melintasi parit.
Tatacara penanaman.
a)    Laluan kabel dengan lebar dan kedalaman yang sama disediakan di kedua-dua
belah tebing parit / longkang berkenaan.
b)    Sebatang paip GI akan diletakkan merentasi parit berkenaan.
c)    Kedudukan paip ini mestilah berada di atas paras air di dalam parit berkenaan.
d)    Pada tebing parit ini hendaklah di simen / konkrit bagi mengukuhkan
kedudukan paip ini.
e)    Kabel akan dimasukkan menerusi paip ini bagi melintasi parit berkenaan.

4.    Melintasi tanah lembut.


Tatacara penanaman.
a)    Laluan kabel dengan lebar dan kedalaman yang sama disediakan.
b)    Masukkan bancuhan simen setebal 75 cm sebagai dasar bagi penempatan
kabel tersebut.
c)    Sebatang paip jenis keluli atau bukan keluli hendaklah digunakan sebagai
laluan kabel.
d)    Massukkan kabel menerusi paip berkenaan sehingga melepasi kawasan tanah
lembut tersebut.
e)    Seterusnya, bancuhan simen akan ditimbuskan sehingga menutupi
keseluruhan paip yang digunakan. Setelah bancuhan simen telah mengeras,
laluan berkenaan akan ditimbuskan semula dengan tanah sehingga rata.

2.    Pengujian kabel di dalam tanah.

Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas pemasangan pengguna


atau alat-alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatu
pemasangan telah terlaksanakan mengikut peraturan IEE, TNB dan
Suruhanjaya Tenaga (ST) agar berfungsi dengan betul serta selamat
digunakan.

Bagi pengujian kabel di bawah tanah, terdapat dua pengujian yang perlu
dilaksanakan untuk memastikan kabel berada dalam keadaan yang selamat.
Antara dua pengujian yang berikut ialah :
1)    Ujian rintangan penebat.
2)    Ujian keterusan.
1)    Ujian rintangan penebat.

Tujuan ujian rintangan penebatan.


         -Memastikan tiada arus bocor di antara pengalir-pengalir bertebat.
          Supaya tidak berlaku kebocoran ke bumi.
          Kebocoran pada mana-mana bahagian logam akan menyebabkan terdapatnya
arus elektrik  pada bahagian logam itu dan membahayakan kepada pengguna.

Ujian rintangan penebatan ini dapat menguji 3 pengujian iaitu :


1)    Menguji voltan.
2)    Menguji pemasangan kepada bumi.
3)    Menguji antara pengalir.

Jadual 71A (Nilai minimum rintangan penebatan)

Voltan litar rendah Voltan ujian a.t Rintangan penebatan


(Volt) (Volt) minimum (megaohm)
SELV dan PELV 250 0.25
Hingga ke dan termasuk
500V dengan 500 0.5
pengecualian sistem-
sistem di atas.
Melepasi 500V 1000 1.0

Alat penguji.
        - Alat yang digunakan ialah “Insulation Tester Meter”.
         -Alat ini berupaya mengeluarkan voltan 2 kali ganda voltan bekalan.
         -Ini untuk memecahkan mana-mana penebatan yang lemah di dalam litar.
         -Alat penguji ini juga dapat mengeluarkan arus terus.

Gambar : Alat penguji bagi ujian rintangan penebatan.

1)    Ujian keterusan.

Tujuan ujian keterusan.


         Memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan di sepanjang litar.
         Menentukan kerosakan kabel dari jenis litar buka.

Alat penguji.
         Alat penguji yang digunakan adalah jangka ohm dan loceng penguji (D.C).

Terdapat dua kaedah ujian keterusan iaitu:


1)    Ujian keterusan terhadap kabel dalam konduit di mana jajarannya adalah
pendek.
         Untuk melakukan pengujian ini, di hujung satu kabel perlu disambungkan
dengan loceng penguji dan di hujung satu lagi bagi kabel yang sama perlu
disambungkan juga dengan sambungan loceng penguji yang kedua. Sekiranya
loceng berbunyi, maka kabel tersebut berada dalam keadaan baik.
2)    Ujian keterusan terhadap kabel dalam konduit di mana jajanranya adalah
panjang.
         Untuk pengujian ini pula, ketiga-tiga kabel harus diuji dimana dua kabel harus
disambungkan di penguji begitu juga di hujung kedua-dua kabel tersebut perlu
dipintaskan. Apabila ujian ini menunjukkan satu litar terbuka, litar pintas di
hujung kabel akan ditukarkan kepada pasangan lain dan litar itu akan diuji
semula. Jika bacaannya rendah, maka kedua-dua kabel berada dalam keadaan
baik dan dapat dilabelkan. Seterusnya, bagi satu kabel lagi perlulah
digandingkan antara kabel yang lain, dan diuji dengan cara yang sama. Jika
bacaannya rendah, maka kabel tersebut berada dalam keadaan baik dan dapat
dilabelkan. Oleh itu, ketiga-tiga kabel ini dapat dikenal pasti dan berada dalam
keadaan yang baik. 

RUMUSAN

Antara rumusan yang saya perolehi ialah :


         Dapat mengenali jenis-jenis kabel.
         Dapat menyatakan gambarajah kaedah merentang kabel di dalam tanah.
         Dapat menerangkan proses kerja merentang kabel.
         Dapat menyatakan pengujian kabel di dalam tanah.

     Tanpa pengetahuan am terhadap kabel bawah tanah, semestinya kabel-kabel


elektrik akan memenuhi persekitaran kawasan yang akan menyebabkan
kawasan persekitaran menjadi buruk dan kerosakan kabel akan berlaku.
Kesimpulannya, kabel bawah tanah merupakan sumber utama kepada
pengguna bagi keperluan bekalan elektrik yang bertujuan memberi keselesaan
terhadap pengguna itu sendiri.

You might also like