Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

AUTO TERKINI RODA4 RODA2 PANDU UJI BIKIN KERETA AUTOTAINMENT

SEMBANG DERAS AKSESORI PR NEWSWIRE

#TahukahAnda: Kenali 7 Jenis Frem Motosikal


yang Perlu Anda Tahu
January 3, 2018 By ZY — 1 Comment

ISTILAH seperti trellis, deltabox atau diamond yang menggambarkan rekabentuk frem motosikal pasti tidak
asing bagi kebanyakan penunggang dan peminat dua roda.

Tetapi, tahukah anda kenapa frem tersebut ada istilah dan rekabentuk berbeza?
Sama seperti rangka tulang manusia,
UTAMA fremEDITORIAL
motosikal juga memiliki ciri danHUBUNGI
PENGIKLANAN fungsi sama,
KAMI iaitu menyokong
komponen utama seperti enjin, pivot stereng, swingarm dan lain-lain, termasuk berat penunggang itu sendiri.

Asal frem adalah daripada basikal yang dipasang enjin pembakaran dalaman, kira-kira seabad lalu. Sejak itu,
motosikal mengalami banyak proses revolusi dalam aneka bentuk, saiz dan kuasa berbeza selain memenuhi
pelbagai tujuan tertentu sama ada hanya sekadar ke pasar ataupun berlumba di litar.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Kawasaki yang Perlu Anda Tahu - Asal Kilang Kapal, Kini Bikin Motosikal

Bermula frem ringkas berupa basikal primitif, rata-rata motosikal moden masa kini dihasilkan dalam 10 variasi
rekabentuk frem. Namun bagi tujuan pengenalan, kami fokuskan kepada rekabentuk frem popular yang biasa
digunakan majoriti motosikal di Malaysia.

1. BACKBONE/SPINE

Yamaha Y15ZR dengan frem backbone.

Frem jenis ini terdiri daripada sebatang kerangka utama yang bersambung dengan kepala stereng dengan enjin
tergantung pada rangka utama tersebut (kebiasaanya hujung, di bawah frem). Rekabentuk frem jenis ini ringkas
dan murah untuk dihasilkan secara besar-besaran, dan biasa didapati pada motosikal praktikal seperti kapcai atau
naked yang banyak terdapat di India atau Pakistan.

Contoh Motosikal: Majoriti kapcai 135cc ke bawah, Yamaha Y15ZR.

2. STEP-THROUGH
UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

Honda PCX 150 dengan frem step through.

Seperti namanya, rekabentuk frem step-through membawa maksud mudah dilangkah. Motosikal dengan frem jenis
ini memberikan keselesaan menunggang untuk penunggang yang berkain sarung atau berbaju kurung, terutama
kaum hawa atau pak lebai.

Rekabentuk frem ini tidak digunakan untuk menyokong enjin, sebaliknya tugas sokongan itu diserahkan kepada
lengan ayun (swing arm) yang bersambung kepada hujung frem tersebut. Menariknya, majoriti kapcai datang dalam
rekabentuk step-through walaupun menggunakan frem backbone.

Contoh Motosikal: Kebanyakan skuter automatik.

3. PERIMETER / TWIN SPAR / DELTABOX


UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

Frem Deltabox pada Yamaha R1 (2015).

Konsep frem diameter menggunakan dua tiang rasuk (beam) bagi membentuk segitiga yang menghubungkan rak
stereng kepada lengan ayun dalam garis lurus dan jarak terdekat bagi menguatkan ketegaran frem, serta pada
masa sama memegang enjin motosikal berkenaan. Frem jenis ini dikenali sebagai frem perimeter kerana tiang
rasuk 'melingkari' kepala enjin.

Menggunakan enjin sebagai komponen tekanan (stressed member), frem ini lebih kukuh dan tidak mudah lentur
dalam keadaan ekstrem. Selain itu, rekaan frem juga bertindak sebagai penyalur (bukan penyerap) getaran yang
mana getaran daripada enjin disalurkan ke setiap bahagian frem, termasuk penunggang. Ini bermakna getaran
komponen enjin dan motosikal dapat dikurangkan untuk ketahanan jangka panjang.

Walaupun tampak besar, penggunaan material ringan seperti aluminium membuatkan struktur frem lebih kukuh dan
ringan. Frem jenis ini hanya didapati pada jentera sport, dengan Yamaha Deltabox adalah antara rekabentuk frem
perimeter paling popular.

* Honda Sonic 150 di Indonesia menggunakan frem perimeter, sebaliknya model pasaran sini, Honda RS150R
menggunakan frem diamond (penjelasannya di bawah).

Contoh Motosikal: Yamaha R1, Yamaha FZ150i, Modenas Pulsar NS200/RS200.

4. TRELLIS
UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

Frem trellis yang jadi 'trademark' jentera KTM.

Frem trellis menggunakan konsep dan aplikasi sama seperti frem perimeter. Perbezaan utama antara kedua-dua
frem itu adalah pembinaan tiang rasuk.

Jika frem perimeter menggunakan tiang rasuk lebar, frem trellis pula menggunakan rekaan jalaran (trellis) tiub besi
yang dipateri melingkari enjin. Kelebihan utama, rangka jenis ini lebih murah dan mudah dihasilkan, serta ketegaran
frem bergantung kepada seberapa banyak sambungan paip digunakan (frem lebih kuat jika jarak paip pendek).

Frem trellis banyak digunakan motosikal Itali seperti Ducati Monster atau Benelli TNT, dan juga sinonim dengan
jenama Austria, KTM.

Contoh Motosikal: Siri Ducati Monster, Benelli TNT, KTM Duke/RC.

5. DIAMOND / TRUSS-DIAMOND
UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

Frem Truss-Diamond Honda CBR250R mirip Trellis jika dilihat sekali imbas.

Rekaan frem ringkas dengan hanya sebatang tiub setiap sisi menghubungkan kepala pivot stereng kepada lengan
ayun. Frem diamond ialah pilihan utama jika kos menjadi penghalang kepada aplikasi frem perimeter dan trellis
dalam pembinaan sesebuah model, terutama kategori sport.

Berbeza frem perimeter dan trellis yang melingkari enjin, posisi enjin pada frem diamond dihubungkan secara
tergantung di bawah tiub frem yang disambungkan terus dari pivot stereng ke lengan ayun. Frem diamond
kebiasaannya ringan dan ringkas, menjadikan kos pembuatan lebih murah. Bagaimanapun frem jenis ini tidak
sekuat perimeter dan trellis.

Sesetengah rekaan frem diamond turut dipasangkan rangka kekuda (truss) untuk menambah kekuatan yang sekali
imbas sangat mirip frem trellis. Bezanya, rangka kekuda (truss) disambungkan hujung kepada bahagian depan
enjin, sebaliknya rangka bawah frem Trellis disambungkan kepada segmen lengan ayun (kecuali Ducati - rangka
bawah disambungkan kepada bahagian tengah enjin L-Twin).

Contoh Motosikal: Honda RS150R, Ninja 250 (model 2013 dan sebelum), Yamaha YZF-R25, Honda CBR 250R.

6. CRADLE (SINGLE / DUPLEX / SEMI-DUPLEX)


UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

Yamaha RX-Z dengan frem semi-duplex cradle (1 rangka atas, 2 rangka bawah).

Cradle adalah antara rekaan frem terawal, dan ciri utama frem ini menggunakan tiub sokongan di atas dan bawah
enjin yang bersambung dari pivot stereng ke lengan ayun - membentuk buaian (cradle) . Single, duplex dan semi-
duplex pula merujuk kepada bilangan tiub rangka pada bahagian sambungan atas-bawah. Duplex bermaksud frem
itu terdiri daripada dua rangka pada kedua-dua bahagian atas-bawah.

Kelebihan frem cradle ialah rekaan ringkas dan ringan. Bagaimanapun, evolusi kuasa enjin motosikal membuatkan
frem jenis ini tidak lagi begitu cemerlang untuk menampung daya lenturan yang terhasil daripada situasi
tunggangan ekstrem, seperti mengambil selekoh dan membrek dalam kelajuan tinggi.

Walaupun rekaan frem cradle masih dikekalkan, tetapi terhad kepada motosikal seperti sportbike atau motocross
berkuasa rendah, atau motosikal berkuasa tinggi dengan pengendalian kurang sporty seperti sebahagian skuter
maksi dan kebanyakan cruiser.

Contoh Motosikal: Yamaha RXZ, Naza Blade 250, Kawasaki KLX, Harley Davidson.

7. MONOKOK
UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

Tanpa rangka tradisional, komponen disambungkan terus kepada enjin Ducati Panigale ini.

Konsep frem monokok atau monocoque menggunakan komponen luaran seperti enjin dan tubuh motosikal itu
sendiri sebagai kerangka utama yang menyokong komponen lain.

Memandangkan pembinaan frem jenis ini lebih rumit berbanding lain, frem monokok cuma didapati pada motosikal
mewah atau jentera perlumbaan (kecuali skuter Vespa). Kelebihannya, tanpa kerangka tambahan, jisim dan
dimensi jentera dapat dikurangkan, sekali gus memberikan nisbah kuasa kepada berat lebih tinggi.

Siri superbike Ducati Panigale menggunakan frem monokok dengan pivot stereng, kotak angin, sub-frem pelana dan
lengan ayun yang bersambung terus kepada enjin. Selain Ducati 959, semua Ducati dalam siri Panigale seperti 899,
1199 dan 1299 memiliki berat kering tidak lebih 170kg, dan mampu mencapai seberat 155kg menerusi penggunaan
material eksotik ringan pada komponen lain seperti terdapat pada Ducati 1199 Superleggera.

Contoh Motosikal: Skuter Vespa, Siri Ducati Panigale, Kawasaki Ninja ZX-14R, Kawasaki GTR1400.

#TahukahAnda: Apakah Saiz #ApaNakBuat: 10 Perkara yang Anda Pantra - Motosikal Jipang Jadi
Motosikal Terbaik untuk Penunggang Perlu Tahu Sebelum Beli Motosikal Keunikan Penunggang Filipina
Pertama? June 8, 2018 June 12, 2017
April 3, 2018 In "Autotainment" In "Roda2"
In "Autotainment"
UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

Filed Under: Autotainment, Roda2


Tagged With: autotainment, backbone frame, cradle, cradle frame, deltabox, diamond frame, duplex, kerangka motorsikal,
monocoque, motorcycle frame, perimeter frame, roda2, spine frame, step-through frame, trellis frame, truss diamond
frame, twin spar frame

Trackbacks
Perbandingan Ringkas Kawasaki Z900 vs Z900RS says:
March 10, 2018 at 8:20 PM
[…] BACA >>> #TahukahAnda: Kenali 7 Jenis Frem Motosikal yang Perlu Anda Tahu […]

Leave a Reply
Your email address will not be published. Required elds are marked *

Comment

Name *

Email *

Website

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.

POST COMMENT
UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI

CARIAN AUTO

Search the site ...


UTAMA EDITORIAL PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI
FACEBOOK

PILIHAN RAMAI

Sportbike Bakal Fenomena? Yamaha YZF-R15 Lancar


di Malaysia, Harga RM11,988

Perbandingan Sportbike RM12K:


Yamaha R15 atau Modenas Pulsar
RS200?

Siapa Menang? Lumba Drag Yamaha


Y15ZR vs Honda RS150R (Versi
Vietnam)

Yamaha R15 V3 Sah Masuk Malaysia,


Bakal Lancar 28 Julai Ini!

#Spyshot: Kelibat Yamaha Y15ZR


Facelift Dikesan, Brosur Vietnam
Kuatkan Spekulasi!

PANDU UJI

#PanduUji: 'Proton 1
Tank Adventure' -
Isi Penuh Saga
Boleh Pergi Sejauh
650km!
SEJAUH manakah kereta
anda mampu pergi dengan
setangki isian minyak … [Baca Lagi...]
UTAMA EDITORIAL #PanduUji:
PENGIKLANAN HUBUNGI KAMI
Volkswagen Golf
GTI Mk7.5 yang
Minimalis, Halus
dan Memuaskan
APABILA berkata tentang
hot-hatch, versi kemas kini
Mk7.5 tampil untuk … [Baca Lagi...]

2017 © PanduLaju.com.my

You might also like