Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Pengenalan

Gambar 4.2.1 O.T. Dusseck

“... bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia
merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan
hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya
yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan
tinggilah juga taraf bangsa kamu”. - O.T. Dusseck (The Straits Times, 1935.)

Petikan diatas merupakan sebuah gambaran yang telah diberikan oleh seorang
pegawai berbangsa Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan.
Beliau berkata-kata dengan penuh keyakinan bahawa sekiranya kita berusaha
mengekalkan serta mempertingkatkan pengunaan Bahasa Melayu dalam pelbagai
bidang, tidak mustahil bahasa kita boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain.
Asal-Usul Bahasa Melayu

Peta 4.2.1 Bahasa Melayu dalam Rumpun Austronesia

Bahasa Melayu termasuk dalam rumpun Austronesia. Perkataan Austronesia


berasal daripada perkataan Yunani Kuno yang bermaksud pulau selatan benua Asia.
Kebanyakkan bahasa Austronesia ini terdapat di kawasan kepulauan. Sebelum abad
ke-19, Austronesia dikenali dengan nama Melayu-Polinesia. Pada akhir abad ke-20,
Malayu-Polinesia diberi pengtakrifan baharu dengan memasukkan bahasa
Austronesia, tetapi tidak termasuk bahasa Formosa, iaitu bahasa di pergunungan
Taiwan. Bahasa Melayu ini mempunyai kaitan dengan bahasa Hawaii, Samoa, Fiji,
dan Maori di lautan Pasifik, dan bahasa Malagasi di Madagaskar. Kawasan
penyebaran bahasa Melayu meliputi Malaysia, Indonesia dan Filipina, yang sama
luasnya dengan kawasan penyebaran bahasa Indo-Eropah.
Perkembangan Zaman Yang Mempengaruhi Bahasa Melayu

Secara umumnya, para sejarawan telah membahagikan perkembangan bahasa


Melayu kepada beberapa zaman. Sebagai contoh, Ismail Hussein (1981) telah
membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada lina zaman. Manakala, bagi
Nik Safiah Karim (2008), beliau membahagikan zaman perkembangan sejarah bahasa
Melayu kepada tujuh zaman.

Walaubagaimanapun, apabila perbincangan tentang perkembangan sejarah bahasa


Melayu biasanya dibahagikan kepada tiga zaman utama sahaja, iaitu:

(I) Zaman bahasa Melayu kuno (683-1500 M)

Gambar 4.2.2 Prasasti berbahasa Melayu yang ditemui.

Bermula pada kira-kira abad ke-7 dan berakhir abad ke-14 Masihi. Zaman ini
dikira bermula dari abad ke-7 kerana prasasti berbahasa Melayu yang pertama pada
abad ke-4 ditemui di Dong Yen Chau, Vietnam. Terdapat juga prasati yang berbentuk
Yupa yang ditemui di Kutai, Kalimantan Timur pada awal abad ke-8. Ada tujuh
batang Yupa yang telah ditemui yang menggunakan tulisan Pallava dan Bahasanya
ialah Bahasa Sanskrit.
Gambar 4.2.3 Prasasti Yupa
Prasasti bahasa Melayu yang paling banyak terdapat adalah dalam abad ke-7, ke-8,
dan ke-9 Masihi, iaitu pada zaman kerajaan-kerajaan Sriwijaya, Yailendra, Sanjaya,
dan Malayu.

Dalam zaman ini, pengaruh Hindu dan Buddha amat kuat. Kerajaan Sriwijaya
dan Syailendra dipengaruhi oleh agama Buddha. Candi Borobudur dan Candi Mendut
di Pulau Jawa adalah antara buktinya. Manakala kerajaan Kedah Tua, Sanjaya dan
Singosari dipengaruhi kuat oleh agama Hindu. Wujudnya candi-candi Hindu seperti
di Prambanan dan Lembah Bujang.

Bahasa Melayu dalam zaman ini dapat dikesan hanya melalui prasasti-prasasti
yang ada terutama dalam bentuk batu yang dipahat atau logam yang diukir dengan
tulisan. Antara ciri-ciri dan sifat-sifat khas bahasa Melayu kuno adalah dari segi
tulisan, dan kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit.

Tulisan yang digunakan adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. Wujud
juga kata- kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit. Contohnya, puasa, dosa, pahala,
naraka, sywarga. Selain itu, terdapat juga fenom-fenom Melayu kuno sperti ‘v’ untuk
‘b’. Contohnya, nivunuh untuk dibunuh, manakala marvuat untuk berbuat.

Dalam zaman ini, tidak terdapat kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab, Parsi,
bahasa kolonial dan Barat. Prasasti Melayu kuno yang ditemui hanya menggunakan
kata-kata Melau asli seperti pinam (pinang), rumviya (rumbia), wuluh (buluh), atau
kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti prakara (perkara), pratama
(pertama), dan maharddhika (merdeka). Tidak ada juga tulisan rumi atau Latin dan
Barat yang diguna pakai oleh orang Melayu ketika itu.

(II) Zaman bahasa Melayu lama atau klasik (abad ke-14 - 18 M)

Gambar 4.2.4 Prasasti yang ditemui di Terengganu


Zaman ini dikira bermula pada awal abad ke-14 dan pada akhir abad ke-18
Masihi. Tarikh itu signifikan kerana prasarti di Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah
bersamaan 1303 Masihi. Hal ini demikian kerana, prasasti Terengganu merupakan
satu tanda yang sesuai sebagai pemisah antara bahasa Melayu kuno dengan bahasa
Melayu klasik.

Antara contoh yang terbaik untuk membuktikan perubahan ini adalah pengunaan
tulisan Jawi yang tidak pernah sama sekali digunakan oleh orang Melayu pada zaman
sebelumnya. Prasasti Terengganu yang telah ditemui menggunakan bentuk bahasa
yang berlainan daripada bahasa Melayu kuno. Bahasanya lebih dekat dengan bahasa
Melayu zaman moden. Imbuhan yang diguna pakai lebih mirip kepada bahasa Melayu
moden.

Selain itu, kata-kata pinjaman Arab juga sudah meresap ke dalam penulisan
bahasa Melayu. Manakala, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit sudah
berkurangan. Ejaan Jawinya juga lebih mirip kepada ejaan pengaruh Melayu. Bentuk
huruf Jawi yang telah digunakan juga mirip kepada huruf Jawi yang digunakan
sekarang. Gaya bahasa juga suda menyimpang jauh daripada bahasa Melayu kuno.
Bahasa Melayu zaman klasik ini telah mencipta beberapa hasil karya bertulis
yang agung, maka, lahirlah para penulis dan ulama yang terkenal. Antara para ulama
yang lahir dalam zaman ini adalah Hamzah F’ansuri, Abdul Rauf al-Ransuri
(Singkel); Syamsuddin al-Samatra’I (Pasai); Nurudin al-Raniri di Acheh; Tun Seri
Lanang, Bukhari al-Jauhari (Johor), dan lain-lain. Manakala hasil karya yang tercipta
dalam zaman ini pula adalah Sulalatus-Salatin (Sejarah Melayu), Hukum Kanun
Melayu, Undang-undag Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah,
dan lain-lain lagi.

Dalam zaman ini juga, datangnya orang-orang Barat seperti Portugis, Sepanyol,
Belanda, dan Inggeris. Merka telah membawa bersama mereka budaya dan tamadun
mereka untuk memperkenalkan di Alam Melayu. Mereka mula menggunakan tulisan
rumi untuk berbahasa Melayu. Kitab Bible juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu seperti naskah. ‘Elkitab’. Walaubagaimanapun, pengaruh kolonial Barat tidak
meresap ke dalam budaya dan bahasa Melayu. Sesungguhnya orang Melyu terus
mempertahankan tulisan, Jawi, agamanya, Islam, serta adat istiadat Melayu.

Antara contoh signifikan yang berlaku dalam zaman ini adalah termasuk, fenom-
fenom Arab mula masuk dan dipinjamkan kepada bahasa Melayu, ungkapan serta
istilah bahasa Arab dan Parsi mula wujud dalam bahasa Melayu, pengaruh agama
Islam semakin kuat sekali gus, mengenepikan pengaruh agama Hindu dan Buddha
dalam kalangan orang Melayu, seterusnya, wujud juga sistem pemerintahan Islam dan
hukum Islam dalam pemerintahan kerajaan Melayu yang dijumpai tertulis dalam
bahasa Melayu.
(III) Zaman bahasa Melayu Moden (abad ke-19 - kini)

Gambar 4.2.5 Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka

Pada abad ke-20 pelbagai perubahan telah berlaku terhadap bahasa Melayu.
Perkara ini adalah kerana pengaruh kolonia Barat dan juga pengaruh Asia Barat serta
Jepun. Jumlah sekolah Melayu semakin bertambah, maktab perguruan Melayu telah
dibuka. Terdapat juga pelbagai jenis bahan bacaan yang telah diterbitkan, buku-buku
sekolah, buku-buku umum serta kitab-kitab agama telah dicetak. Persatuan penulis,
persatuan kebajikan, kebudayaan, bahasa dan kesusasteraan serta politik juga semakin
bertambah walaupun dibawah taklukan penjajah.

Apabila negara di Dunia Melayu seperti Indonesia (1945), Malaysia (1957),


Singapura (1963), dan Brunei (1984), mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu
berkembang dengan pesat. Hal ini demikian kerana selepas kemerdekaan tertubuhnya
sekolah menengah Melayu, dan institusi bahasa seperti, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Maktab Perguruan Bahasa, dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bagi mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu, beberapa penyata, akta, dan
penguballan perlembagaan negara telah diluluskan. Antaranya adalah, Penyata Datuk
Abdul Razak Hussein (1956), Penyata Datuk Abdul Rahman Talib (1960), Ordinan
Pelajaran (1957), Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957), dan Malaysia
(1963), Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959 dan 1995), Akta Pendidikan (1961),
Akta Bahasa (1967), Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971 dan 1975) dan
pelbagai lagi akta yang telah diluluskan.
Kini, bahasa Melayu juga digunakan menjadi bahasa pentadbitan di semua
peringkat pentadbitan awam. Di dalam mahkamah, pejabat kerajaan, sekolah, serta
pengajian tinggi.

You might also like