Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

MUDARABAH

INTRO

• Mudarabah = perkongsian (Profit Loss Sharing)

• Institusi Kewangan Islam tidak banyak aplikasikan mudarabah & musharakah, mereka lebih
cenderung kepada instrumen yang lebih rendah risiko.

• Tidak digunakan meluas kerana ia terdedah kepada risiko kredit dan risiko default(pelanggan
lambat/tidak bayar)

KONSEP

• Mudarabah = Trustee Partnership (Kontrak Perkongsian yang libatkan pemegang amanah)

Mudarabah :
• Pembiayaan yang berdasarkan mode participatory(penyertaan bersama)
• Yang terdiri daripada 2 pihak/lebih
• Yang menggabungkan antara modal kewangan(financial capital) dan tenaga kerja(human
capital)
• Untuk menubuhkan satu projek pelaburan yang berpotensi tinggi
• Berkongsi risiko dalam melaksanakannya bersama
• Untuk tujuan mendapatkan keuntungan yang halal.

Elemen dalam Mudarabah :

Rabbul Mal Capital Provider / Investor (Pemodal)


Mudharib Entrepreneur (Pengusaha)
‘Amal Business venture (Projek)
Ra’sul Mal Capital (Modal)
Nisbah Profit & Loss
Sighah Ijab & Qabul
2 Pihak :

Ada skill, kepakaran dan usaha yang diperlukan.

Mudharib
1 Entrepreneur Tapi tidak/kurang modal atau dana untuk business.
Pengusaha
Jadi, dia perlukan dana kewangan untuk memulakan
operasi business enterprise/projek.
Boleh jadi :
• Islamic Bank
Rabbul Mal • Syarikat Kewangan
2 Capital Provider • Pelabur private
Pemodal
Mereka menyediakan dana yang diperlukan kepada
Mudharib

ISU MUDARABAH

Perjanjian Mudarabah perlu spesifik dari aspek :

Keseluruhan modal perlu diserahkan semasa


tandatangan kontrak.
1 Jumlah dana yang diberikan
Tidak boleh bayar kemudian / secara
installment(ansur2).

Rabbu mal boleh mengenakan syarat-syarat dan


arahan yang sesuai ke atas kerja/projek yang
Terma & syarat mengurus dilaksana oleh Mudharib.
2
penggunaan dana tersebut
Bila perkara/syarat itu dipersetujui oleh Mudharib,
maka ia menjadi sebahagian dari kontrak.

3 Nisbah perkongsian keuntungan

• Jumhur :
Bila operasi bermula, Rabbu Mal tidak boleh dan tiada hak campur tangan dalam hal
pengurusan projek dan urusan harian business.

• Hanbali :
Rabbu Mal boleh campur tangan kerana dia pemegang saham dalam business tersebut dan
boleh memberi sumbangan usaha yang bernilai untuk memajukan projek pelaburan tersebut.
Pembiayaan berasaskan Mudarabah ini memenuhi kepentingan 2 pihak yang terlibat :

• Tidak ada masa & pengalaman untuk labur modal dan untuk
Rabbul Mal
dapatkan profit.
• Tidak ada modal yang mencukupi untuk projek.
Mudharib
• Cuma ada pengalaman dan usaha sahaja.

1. Rabbul Mal boleh berkontrak dengan seorang Mudharib atau lebih dalam satu kontrak
Mudarabah.

2. Jika ramai Mudharib, modal dari Rabbul Mal akan digunakan oleh 2/lebih Mudharib itu secara
bersama.

3. Share profit kepada Mudharib itu akan diagihkan kepada masing-masing mengikut kadar yang
dipersetujui mereka.

4. Keadaan ini juga, Mudharib-mudharib tadi akan menjalankan business/projek tersebut


sebagai partner(rakan kongsi).

5. Umum, Mudharib tidak boleh menuntut gaji / pampasan kerja secara berkala/bulanan seperti
orang makan gaji.

6. Mudharib boleh hire/ambil assistant jika tidak mampu bekerja secara bersendirian, dengan
syarat perlu mendapat kebenaran dan persetujuan Rabbul Mal.

PROFIT & LOSS

PROFIT :

1. Dikongsi kedua pihak mengikut persetujuan mereka

2. Tidak boleh dalam bentuk fixed amount

3. Tidak boleh dalam bentuk fixed percentage dari sumbangan modal.


(x boleh ikut kadar modal sebab mudarabah, modal kewangan 100% hanya dari Rabb mal)

4. Ia hanya boleh dalam bentuk percentage dari profit.


(cth : Rabbul Mal dapat 60% dari Profit business, Mudharib dapat 40% dari Profit business)

5. Boleh dibahagikan secara berkala, mengikut kontrak.


(cth : Profit business diagihkan secara bulanan kepada pihak berkontrak)
LOSS :

1. Rabbul Mal tanggung kerugian modal kewangan

2. Mudharib tanggung kerugian masa dan tenaga semasa laksanakan projek yang tiada
balasan/bayaran.

3. Jika keadaan, Mudharib tidak patuh syarat kontrak, sengaja mismanagement(salah urus),
kecuaian :
• Dia kena ganti rugi kepada Rabbul Mal atas kerugian akibat semua perkara di atas.

4. Jika keadaan, pelaburan itu mengalami kerugian dalam sebahagian transaksi, namun ada juga
sebahagian transaksi yang dapat keuntungan :
• Keuntungan itu akan digunakan untuk cover kerugian pertama tadi.
• Jika ada lebihan dari keuntungan itu, maka ia diagihkan kepada kedua pihak mengikut
nisbah yang dipersetujui.

LIABILITY / TANGGUNGAN

• Dalam Mudarabah, Rabbul Mal hanya ada liability terhadap pelaburannya dalam suatu projek.

• Rabbul Mal tidak boleh dipertanggungjawabkan atas risiko yang terhasil dari Mudharib
(kerana Rabbul Mal tidak terlibat dengan managerial decision-making/ x terlibat dalam
pengurusan projek)

JENIS MUDARABAH

Aktiviti Mudharib adalah terhad mengikut syarat yang


ditetapkan Rabbul Mal dalam aspek :
• Jenis business
• Metod kerja
• Tempoh masa
• Tempat
1 Mudarabah Muqayyadah
Had/syarat itu tidak boleh sehingga menyebabkan
kesukaran/kekangan kepada Mudharib dalam usaha
mendapatkan profit.

Ia juga tidak boleh kontra dengan matlamat suatu


kontrak Mudarabah yang dibuat tersebut.

Mudharib diberi kuasa penuh untuk menjalankan projek


tersebut dan tiada had tertentu yang disyaratkan oleh
2 Mudarabah Mutlaqah
Rabbul Mal dalam aspek yang disebut tadi(jenis
business,masa,tempat,etc)
RISIKO DALAM MUDARABAH

• Mudarabah : mode pembiayaan berisiko tinggi


(kerana Rabbul Mal menyerahkan modal kepada Mudharib dan berharap 100% kepada
integriti, keupayaan & pengurusan yang baik oleh Mudharib)

• Mudharib yang melaksanakan kerja dan pengurusan projek, dia hanya jadi penjamin
modal/kerugian kepada Rabbul Mal jika dia berlaku cuai dan mengingkari syarat. Jika tidak,
tiada jaminan ganti rugi kerugian kepada Rabbul Mal.

Risiko yang ditanggung Rabbul Mal ialah :


i. Risiko tiada keuntungan
ii. Risiko kehilangan modal/kerugian.

• Namun, Islamic Bank biasanya akan mengambil langkah precaution dalam kontrak ini untuk
mengurangkan risiko dan untuk menjamin perlaksanaan mudarabah yang lebih baik.

• Mereka juga membina satu bentuk Mudarabah baru yang patuh Shariah yang mana bentuk
itu dapat kurangkan risiko.

• Cth : Mudarabah hanya dilaksana dengan syarikat yang mempunyai performance dan rekod
kewangan yang baik dengan penilitian dalam aspek audit akaun syarikat dan sebagainya untuk
mengurangkan risiko kerugian kepada Bank.

• Bank hanya laksana Mudarabah dalam projek yang peratusan kejayaannya tinggi dan boleh
dicapai.

untuk ambil jaminan atau cagaran dari Mudharib untuk jaminan ganti rugi
HARUS untuk persediaan jika berlaku keadaan Mudharib cuai/salah urus/tidak patuh
syarat.

ambil jaminan dari Mudharib untuk ganti rugi atas kerugian modal atau
kehilangan profit.
TIDAK HARUS

Kerana TIDAK HARUS Mudharib menjamin modal dan profit dalam Mudarabah.
TERMINATION OF MUDARABAH

Kontrak Mudarabah terbatal dengan hanya sepihak yang membatalkan


Sebahagian Fuqaha
Sebab ia akad ghayr lazim

Bila Mudharib telah mula bekerja, kontrak tidak boleh dibatalkan


Ia akad lazim
Pembatalan awal kontrak akan menyebabkan business terganggu dan
Sebahagian Fuqaha kerugian kepada sekurang-kurangnya salah satu pihak

Ini bertentangan dengan prinsip Shariah dalam Mudarabah


Pandangan ini dipilih, dimana bila projek telah bermula, kontrak menjadi
binding/lazim

• Akhir kontrak, pemulangan modal kepada Rabbul Mal adalah dibuat dahulu sebelum Profit
diagihkan antara 2 pihak itu.

• Jika aset akhir kontrak dalam bentuk cash, ia diagihkan terus kepada 2 pihak mengikut ratio
yang dipersetujui.

• Jika aset akhir bukan dalam bentuk cash, ia perlu dicairkan atau dijual dahulu, baru profit
sebenar dapat ditentukan dan diagihkan.

APLIKASI MUDARABAH

Digunakan dalam pembiayaan projek


1 Cth : real estate, projek perumahan, projek jalanraya, pelabuhan, pasar, bangunan, tanaman
etc.

Diaplikasi dalam AKAUN PELABURAN/PRODUK DEPOSIT di Bank :

2 DEPOSITOR sebagai Rabbul Mal, yang memasukkan wang dalam akaun pelaburan di Bank,
Bank menjadi Mudharib, melabur wang Depositor tersebut berlandaskan profit sharing mengikut
ratio yang dipersetujui.

Bank melabur kepada pelanggan yang mempunyai kepakaran untuk membuat business.
Cth : Doktor, Engineer, pakar IT, trader, craftmen
3
Bank sediakan modal kepada mereka untuk buka business bidang mereka dan berkongsi profit
ikut persetujuan.

4 Diguna juga dalam pembiayaan SME (Perushaan Kecil & Sederhana)


KEPENTINGAN MUDARABAH

• Mode pembiayaan yang tidak perlu kepada collateral(cagaran) tidak seperti dalam
konvensional yang hanya mampu dinikmati kemudahan pembiayaan itu oleh orang kaya.

• Menggalakkan keadilan dalam pengagihan kekayaan dan pendapatan.

GABUNGAN MUDARABAH & MUSHARAKAH

• Kadang-kadang digabungkan Mudarabah & Musharakah

• Entrepreneur turut menyumbang modal (Musharakah)

• Entrepreneur bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengurusan projek/business, bank


hanya sleeping partner(Mudarabah)

• Ratio profit bagi sleeping partner tidak boleh lebih dari ratio modal yang disumbangkannya.
(Bagi bank : kadar untungnya tidak boleh lebih dari kadar modalnya)

You might also like