Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

L A P O R A N P P G 2 | 277

4.0 KEMAHIRAN DALAM AKTIVITI PENGURUSAN SEKOLAH

4.1 Pelancaran Bulan Disiplin Sekolah

A. PENGENALAN

Minggu Disiplin sekolah dianjurkan oleh Unit Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan

Convent Bukit Mertajam dengan kerjasama semua pengawas sekolah dibawah pantauan guru-

guru penasihat Unit Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam. Tema

minggu disiplin tahun ini adalah "Program Jom Ke Sekolah”. Disiplin adalah teras kejayaan

seseorang murid serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah itu.

Memandangkan disiplin dan murid adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit

Disiplin akan mengadakan satu program yang sangat penting melibatkan semua warga sekolah.

Diharapkan dengan ‘Minggu Disiplin’ ini dapat menjana serta meningkatkan kesedaran dan

tahap disiplin para murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam. Semua

pelajar diminta berpakaian kemas semasa pelancaran program ini.

B. RASIONAL

a) Kemantapan disiplin murid memerlukan satu program lebih sistematik.

b) Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang

menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan

meningkatkan disiplin, seharusnya dititikberatkan baik di rumah mahupun di sekolah.


L A P O R A N P P G 2 | 278

C. OBJEKTIF PROGRAM

a) Melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka

dengan peraturan dan undang-undang sekolah.

b) Membentuk keperibadian mulia di kalangan murid.

c) Meningkatkan rasa sayang dan cinta murid kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai

ilmu dan pendidikan.

d) Menanam sikap bertanggungjawab murid kepada peraturan sekolah.

D. NAMA PROGRAM

Minggu Disiplin Sekolah

E. TEMA PROGRAM

Program Jom Ke Sekolah

F. BUTIR-BUTIR PROGRAM

Tarikh : 20 Januari 2020 (Isnin)

Masa : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi

Tempat : Dewan Baru SMK Convent Bukit Mertajam

G. KUMPULAN SASARAN

Semua murid Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam


L A P O R A N P P G 2 | 279

H. JAWATANKUASA PELAKSANA

Tetamu Jemputan : ASP Ezan Suhaila Bt Sulaiman


Pengerusi : Puan Goi Goit Sim
Timbalan Pengerusi : Puan Hjh Maimunati Bt Lebai Mohamad
Naib Pengerusi I : Cik Mazita Bt. Othman
Naib Pengerusi II : Puan Yean Siew Shian
Setiausaha I : Puan Aasha Nambiar a/p Madhavan Nambiar
Ketua Penyelaras Program : Puan Zaharah Bt Ayob
Sijil : Puan Siti Hajar Bt Hashim

Puan Zarina Bt Zulkapli


Edaran Pamplet Sifar Ponteng : Puan Tan Yin Ning

Cik Nanthini a/p Mathu (Guru Praktikal)


Persiapan Tempat : Puan Norzila Bt Idris

Puan Noor Azlina Bt Md Yusof


Juru Acara : Puan Khairul Najwa Bt Ahmad
Jamuan, Hadiah & Cenderamata : Puan Amirah Bt A. Bakar

Puan Mazlida Bt Satar


Keselamatan & Disiplin : Puan Lee Ngie Fong

Puan Haryaty Bt Abu Bakar


Dokumentasi : Puan Kong Soo Lai
Siaraya : Encik Chau Sau Khiang

I. AKTIVITI

a) Majlis Pelancaran Minggu Disiplin oleh ASP Ezan Suhaila Bt Sulaiman

b) Kempen Sifar Ponteng

c) Majlis Penutup

J. NILAI DAN KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI

a) Nilai bertanggungjawab

b) Mematuhi peraturan sekolah


L A P O R A N P P G 2 | 280

c) Peka terhadap peraturan dan undang-undang sekolah

K. PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini merupakan antara program yang wajib dilaksanakan

setiap tahun. Adalah diharapkan program ini akan memberikan input berguna dalam

membentuk sahsiah murid-murid SMK Convent Bukit Mertajam. Murid yang cemerlang

bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya.

Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada murid cemerlang. Mencapai keputusan

cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup

untuk membolehkan seseorang murid itu dianggap sebagai cemerlang.

REFLEKSI PROGRAM
Antara refleksi yang dapat saya kongsikan sepanjang program dijalankan adalah

ketepatan masa dapat dilihat sewaktu perlaksanaan program tersebut. Pengumuman telah dibuat

30 minit awal sebelum program bermula. Jadi, guru dapat membawa murid ke dewan pada masa

yang telah ditetapkan. Bahkan, program dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah

dijadualkan kerana murid dapat dikumpulkan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Setiap guru memainkan peranan masing-masing khususnya peranan guru kelas bagi

setiap kelas. Setiap guru telah mendapat maklumat awal tentang program yang akan
L A P O R A N P P G 2 | 281

dilaksanakan. Justeru, peranan guru kelas ialah mengumpul murid-murid di luar kelas,

memastikan bilangan murid mencukupi dan mengiring murid-murid ke dewan.

Selain itu, objektif yang cuba untuk dicapai oleh guru-guru unit disiplin nampaknya 80%

tercapai. Setelah seminggu guru disiplin mengikuti perkembangan Program Minggu Disiplin,

mereka mula menampakkan perubahan dari segi tingkah laku mereka dan masalah disiplin

mereka mula berkurangan. Guru disiplin juga menyatakan bahawa peratusan masalah disiplin di

sekolah menurun sedikit sebanyak 10%. Program yang sebegini memang sepatutnya diadakan di

setiap sekolah agar masalah disiplin dan tingkah laku dapat diatasi dengan lebih baik, Di

samping itu, sekiranya masalah disiplin dan tingkah laku di sekolah dapat diatasi.

Justeru, berdasarkan kepada beberapa perkara di atas, saya akan jadikan panduan di masa

akan datang sewaktu berkhidmat sebagai guru nanti. Segala pengalaman yang dilihat semasa

program “Minggu Disiplin Sekolah” perlu diambil kira khususnya dari segi perlaksanaan dan

topik yang ingin disampaikan apabila mengendalikan sesuatu program pada masa akan datang.

LAMPIRAN
L A P O R A N P P G 2 | 282

Gambar 1: Pelancaran Minggu Disiplin Sekolah (Program Jom Ke Sekolah)

Gambar 3: Pengetua dan Guru-guru Kanan bersama ASP Ezan Suhaila Bt Sulaiman

4.2 Majlis Persaraan Guru


A. PENGENALAN

Majlis Persaraan Mr. Lo Seow Hoe ini merupakan majlis khusus yang diadakan

sempena meraikkan persaraan Mr. Lo Seow Hoe di sekolah ini sebagai guru dan

pendidik. Majlis ini telah diadakan bagi mengenang jasa dan keringat yang dicurahkan

oleh beliau selama lebih kurang 25 tahun bertugas di sekolah ini mulai tahun 1995.

Majlis Persaraan ini telah diadakan pada 22 Januari 2020 di Dewan Terbuka SMK

Convent Bukit Mertajam yang turut sama dihadiri oleh Puan Goi Goit Sim selaku
L A P O R A N P P G 2 | 283

Pengetua sekolah, Penolong Kanan Petang, Puan Hjh Maimunati Bt Lebai Mohamad,

ketua-ketua bidang, guru-guru dan para pelajar sesi pagi.

Mr. Lo Seow Hoe telah dilahirkan di Pulau Pinang dan mendapat pendidikan

menengah di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Kecemelangan beliau dalam bidang

akademik dan juga aktif dalam bidang sukan. Beliau telah mengikuti Latihan Asas

Perguruan di dalam bidang Matematik. Mr. Lo Seow Hoe telah memulakan tugas sebagai

guru selama lebih kurang 30 tahun. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan

penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak bangsa.

B. MATLAMAT

Matlamat majlis ini adalah dilakukan bagi menghargai sumbangan dan jasa yang telah

diberikan secaralangsung atau tidak langsung kepada Mr. Lo Seow Hoe sepanjang

bekhidmat di sekolah ini dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

C. OBJEKTIF PROGRAM

Majlis Persaraan Mr. Lo Seow Hoe ini merupakan majlis anjuran guru-guru sesi pagi

yang secara khususnya meraikan hari terakhir beliau bertugas sebagai seorang guru dan

pendidik. Majlis Persaraan ini juga dilakukan bagi;

a) Memberi penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh beliau

sepanjang bertugas.
L A P O R A N P P G 2 | 284

b) Memberi peluang kepada pelajar-pelajar dan guru-guru bagi menyatakan ucapan

terima kasih.

c) Mewujudkan kerjasama antara para guru dan pelajar.

d) Memupuk perasaan hormat menghormati dan kasih sayang antara satu sama lain.

D. NAMA PROGRAM

Majlis Persaraan Mr. Lo Seow Hoe

E. BUTIR-BUTIR PROGRAM

Tarikh : 22 Januari 2020 (Rabu)

Masa : 8.00 pagi hingga 9.30 pagi

Tempat : Dewan Baru SMK Convent Bukit Mertajam

F. AKTIVITI

a) Ucapan daripada Mr. Lo Seow Hoe

b) Jamuan Guru-guru

c) Majlis Penutup

G. PERLAKSANAAN TUGAS DAN DAN PERSEDIAAN PROGRAM


L A P O R A N P P G 2 | 285

Perlaksanaan program dimulakan dengan perbincangan antara guru sesi pagi dan pelajar.

Ahli JawatanKuasa kemudiaannya dibentuk untuk memastikan program berjalan

lancar. Sehari sebelum majlis berlangsung, dewan dihias oleh AJK persiapan pentas

dan backdrop. AJK persembahan pula melatih pelajar untuk persembahan untuk

memastikan majlis berjalan lancar. Buku program juga disediakan bagi memastikan

semua guru bersedia sepanjang majlis berlangsung. majlis dijangkakan diakhiri dengan

acara bersalaman.

H. PENUTUP

Diharap majlis yang dijalankan ini dapat mencapai objektif dan matlamatnya dalam

meraikan guru yang bersara sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan pengorbanan guru

yang telah bertugas selama 30 tahun. Selain itu, majlis ini juga sebagai tanda kenang-

kenangan diakhir perkhidmatan seorang guru. Semoga majlis sebegini mampu memupuk

semangat antara guru-guru dan pelajar-pelajar.

REFLEKSI PROGRAM
Secara keseluruhannya, majlis persaraan Mr. Lo Seow Hoe telah berjalan lancar. Saya

telah menolong guru-guru untuk persiapan majlis persaraan ini. Persaraan adalah satu situasi

yang seorang individu atau pekerja dibenarkan atau dipaksa untuk meninggalkan kerjaya

hidupnya akan layak menerima wang pencen. Sebagai contoh, murid-murid meraikan majlis

persaraan seseorang guru adalah untuk mengenang dan mengingati jasa guru tersebut kerana
L A P O R A N P P G 2 | 286

beliau telah menyumbang jasa kepada sekolah. Contohnya, pihak sekolah menganjurkan majlis

persaraan secara besar-besaran.

Dengan menganjurkan majlis tersebut akan murid menyedari tentang kepentingan

menghargai sumbangan guru dan memupuk semangat menghargai di dalam kalangan pelajar

dengan pemberian ikhlas, supaya murid-murid tidak akan menjadi seperti kacang melupakan

kulit. Contohnya, semua murid wajib menghadirkan diri ke majlis persaraan dan guru yang akan

bersara. Melalui majlis persaraan guru, ke dapat membentuk sifat positif kepada kalangan murid

seperti kesyukuran kerana kita perlu bersyukur kepada guru yang telah menyumbang kepada

sekolah kita. Selain itu, kita juga akan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah

seperti berlatih persembahan untuk persediaan majlis persaraan guru dan guru dengan murid

akan mempunyai kenangan yang masjid semasa membuat persediaan. Seterusnya, murid juga

akan mempelajari sikap positif daripada guru atau rakannya dalam proses persediaan

persembahan.

Kesan kepada negara pula ialah kita kehilangan seorang guru cemerlang dan

berpengalaman berbanding dengan guru yang masih baharu. Iktibar yang boleh diperolehi

daripada majlis persaraan kepada diri sendiri ialah murid akan saling memahami dan

bekerjasama antara satu sama lain walaupun mempunyai warna kulit yang tidak sama. Selain itu,

iktibar yang terdapat dalam masyarakat ialah mengeratkan talian silaturahim antara guru dengan

murid. Seterusnya, mengadakan majlis persaraan adalah salah satu cara untuk membalas jasa

guru. Iktibar kepada negara pula ialah guru yang akan bersara akan menjadi sebagai contoh

kepada guru-guru yang masih baharu.


L A P O R A N P P G 2 | 287

Kesimpulannya, kita menganjurkan majlis persaraan ialah untuk mempunyai kenangan

yang manis dengan guru pada hari yang terakhir di tempat kerjanya dan menunjukkan sekolah

amat menghargai sumbangan setiap guru di sekolah.

LAMPIRAN
L A P O R A N P P G 2 | 288

Gambar 4: Majlis Perpisahan Persaraan Mr. Lo Seow Hoe

Gambar 5: Ketua Bidang Sains bersama Mr. Lo Seow Hoe

4.3 Sambutan Tahun Baru Cina


L A P O R A N P P G 2 | 289

A. PENGENALAN

Sambutan Tahun Baru Cina Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit

Mertajam 2020 adalah salah satu daripada aktiviti yang diadakan bagi menyambut

Perayaan Tahun Baru Cina 2020. Sambutan Tahun Baru Cina ini merupakan satu bentuk

aktiviti yang dirancang oleh Kelab Guru sekolah dalam usaha meningkatkan semangat

cinta dan sayang kepada sekolah. Aktiviti ini memperlihatkan bahawa bukan

kemenangan dalam pertandingan yang menjadi agenda utama tetapi semangat 1 Malaysia

yang ditunjukkan dalam kalangan pesertayang mengambil bahagian.

Aktiviti persembahan tarian kebudayaan bangsa cina, tarian tradisional singa,

menikmati hidangan ala Cina dan memberi buah limau juga adalah merupakan aktiviti

yang amat baik kepada para pelajar terutamanya untuk meningkatkan tahap persefahaman

kebudayaan yang berbeza. Aktiviti ini juga secara tidak langsung akan menyemai

semangat 1 Malaysia yang tinggi dalam kalangan peserta-peserta yang mengambil

bahagian dan jugaakan mendedahkan pengetahuan yang berguna kepada para guru dan

pelajar terutamanyadalam aspek-aspek pengurusan dan penganjuran sesuatu aktiviti.

B. TUJUAN
L A P O R A N P P G 2 | 290

Sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan adalah salah satu acara bagi menyambut

Perayaan Tahun Baru Cina. Memberi peluang kepada pelajar mengambil bahagian dalam

program anjuran persatuan dan dapat meningkatkan keupayaan kecergasan diri masing-

masing. Memupuk dan membina semangat cinta akan Negara melalui aktiviti yang

dianjurkan. Membuktikan kewujudan semangat bekerjasama yang tinggi dalam kalangan

peserta yang mengambil bahagian khasnya dan seluruh warga sekolah amnya.

C. RASIONAL

Sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah adalah untuk membolehkan warga SMK

Convent Bukit Mertajam menghayati nilai dan erti semangat perpaduan melalui aktiviti

yang dianjurkan. Di samping melahirkan murid yang mempunyai semangat cinta dan

sayang akan negara.

D. MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran sambutan Tahun Baru Cina adalah untuk memupuk dan

membina semangat bekerjasama yang tinggi dalam kalangan peserta yang mengambil

bahagian khasnya dan seluruh Warga sekolah amnya. Seterusnya, dapat melahirkan

semangat cinta akan negara melalui aktiviti yang dianjurkan.

E. OBJEKTIF
L A P O R A N P P G 2 | 291

Pada akhir program, diharap murid dapat:-

a) memahami dan memupuk semangat perpaduan yang tinggi melalui aktiviti yang

diadakan.

b) mengambil bahagian dengan penuh semangat.

c) mengetahui dan mengamalkan aktiviti yang sesuai untuk menyatakan rasa

bersyukur terhadap perpaduan yang dicapai dan perlu dikekalkan.

F. BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 22 Januari 2020 (Rabu)

Masa : 12.20 tengah hari hingga 1.50 petang

Tempat : Dewan Baru SMK Convent Bukit Mertajam

G. SASARAN

Semua guru dan murid SMK Convent Bukit Mertajam.

H. JAWATANKUASA PELAKSANA
L A P O R A N P P G 2 | 292

Pengerusi : Puan Goi Goit Sim


Timbalan Pengerusi : Puan Hjh Maimunati Bt Lebai Mohamad
Naib Pengerusi I : Cik Mazita Bt. Othman
Naib Pengerusi II : Puan Yean Siew Shian
Setiausaha I : Puan Siti Aisahah Bt Zainal
Ketua Penyelaras Program : Puan Lee Ngie Fong

Jawatankuasa Kerja

Pengacara Majlis : Puan Khairul Najwa Bt Ahmad

Puan Norzila Bt Idris


Bacaan Doa : Encik Hj Mohd Azam Bin A. Aziz
Persiapan Tempat : Puan Mazlida Bt Satar

Puan Noor Azlina Bt Md Yusof


Persembahan Murid : Puan Tan Yin Ning
Ang pau : Puan Yean Siew Shian

Puan Lee Ngie Fong


Surat Jemputan : Puan Zarina Bt Zulkapli

Puan Zurina Binti Ibrahim


Makanan dan Minuman : Puan Kong Soo Lai
Siaraya : Encik Rohaidar Bin Yahya
Jurugambar : Encik Chau Sau Khiang
Penyambut Tetamu : Puan Haryaty Bt Abu Bakar

Puan Fara Syuhaida bt Sanusi

Cik Nanthini a/p Mathu (Guru Praktikal)


Tarian Singa : Puan Tan Yin Ning

Puan Kong Soo Lai


Kebersihan dan Disiplin : Puan Aasha Nambiar a/p Madhavan Nambiar

Puan Zaharah Binti Ayob


L A P O R A N P P G 2 | 293

I. TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA

12.20 tengah hari Semua guru dan murid berkumpul di dewan

12.30 tengah hari Ketibaan tetamu

12.40 tengah hari  Kata alu-aluan Pengacara Majlis

 Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pulau Pinang dan

lagu sekolah

 Bacaan doa

 Ucapan Tuan Pengetua


L A P O R A N P P G 2 | 294

12.50 petang Perasmian Sambutan Tahun Baru Cina oleh Tuan Pegetua

bersama-sama guru dengan makanan ala Cina (Yee Sang)

1.00 petang Persembahan murid

 Nyanyian solo

 Nyanyian berkumpulan

1.15 petang Pemberian ang pau dan buah limau

1.25 petang Persembahan Tarian Singa

1.45 petang Majlis Penutup

J. PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat dijalankan dengan jayanya serta

mendapatkerjasama yang mantap daripada semua pihak yang terlibat. Kejayaan sesuatu

program itu berlandaskan komitmen ahli yang menerajuinya. Semua usaha mereka yang

terlibat amatdihargai dan diucapkan terima kasih.

REFLEKSI PROGRAM
Secara keseleruhannya, Sambutan Tahun Baru Cina SMK Convent Bukit Mertajam

berjalan dengan sempurna. Sambutan perayaan di sekolah dilihat bukan sahaja memberi peluang

kepada pelajar mengenali kepelbagaian budaya, malah memupuk semangat bekerjasama dalam

menjayakan aktiviti bersama.

Selain mereka mengenali pelbagai budaya yang kita ada di sini, sambutan perayaan yang

diadakan tersebut turut meningkatkan kesefahaman pelajar yang lebih erat. Malah, melalui

program sebegini kita juga boleh memberi ruang kepada mereka untuk mengendalikan majlis

yang boleh memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.


L A P O R A N P P G 2 | 295

Program sedemikian juga memberi ruang kepada pelajar untuk memupuk sifat

kepimpinan dan mencungkil bakat mereka dalam mengendalikan sesuatu acara.

Justeru katanya, beliau mahu usaha sedemikian diteruskan bagi perayaan yang ada di negara ini

untuk mengekalkan semangat perpaduan dan kerjasama pelajar.

Justeru, berdasarkan kepada beberapa perkara di atas, saya akan jadikan panduan di masa

akan datang sewaktu berkhidmat sebagai guru nanti. Segala pengalaman yang dilihat semasa

majlis “Sambutan Tahun Baru Cina” perlu diambil kira khususnya dari segi perlaksanaan dan

topik yang ingin disampaikan apabila mengendalikan sesuatu program pada masa akan datang.

LAMPIRAN
L A P O R A N P P G 2 | 296

Gambar 6: Sambutan Tahun Baru Cina

Gambar 7: Makanan ala Kaum Cina (Yee Sang)


L A P O R A N P P G 2 | 297

Gambar 8 & 9: Tarian Singa


L A P O R A N P P G 2 | 298

Gambar 10: Saya bersama Singa

4.4 Hari Perjumpaan Waris


A. PENGENALAN

Menjaga anak perkara mudah hanya perlu memastikan makan minum dan pakai mereka

tetapi anak - anak adalah lebih berat dan tidak boleh diberi kepada orang lain baik

pengasuh, penjaga di taska atau tadika apa lagi pembantu rumah. Mendidik anak zaman

moden adalah cabaran terkini. Cabaran dalaman dan luaran. Seperti cabaran dalaman

iaitu tv, internet, lagu – lagu dan budaya barat yang negatif. Manakala cabaran luaran

pula adalah pengaruh rakan sebaya. Ibubapa kena kenal siapa rakan sebaya anak- anak

dan memastikan berada dalam persekitaran yang baik.


L A P O R A N P P G 2 | 299

B. RASIONAL

Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua Ibubapa yang menyertainya

mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran,

sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu

kepada ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM

pada tahun ini. Siri ceramah dan informasi yang diberikan oleh Pengetua dapat

memberikan impak kepada ibubapa yang hadir dari segi kawalan emosi dan teknik

mengawal tingkahlaku anak mereka supaya menjurus kepada prilaku pelajar yang

cemerlang. Penekanan tambahan yang diberikan adalah info berupa pengetahuan disusuli

dengan etika sosial yang patut diamalkan agar anak-anak mereka berakhlak mulia

C. MATLAMAT

a) Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.

b) Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah yang positif.

c) Prestasi pelajar meningkat dan dapat mengharumkan nama sekolah.

D. OBJEKTIF

a) Peserta mengenali serta tahu pestasi semasa anak mereka dalam akademik.

b) Peserta tahu tentang perkembangan aktiviti akademik anak mereka di sekolah.


L A P O R A N P P G 2 | 300

c) Peserta tahu tentang keperluan anak mereka dari segi bahan latihan dan buku

kerja.

E. SASARAN

Semua ibu bapa pelajar Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5.

F. BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 6 Februari 2020 (Khamis)

Masa : 11.00 pagi hingga 1.50 petang

Tempat : Kelas Masing-masing

G. ANALISIS SWOT

OBJEKTIF KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN


Peserta Perbincangan Ibubapa tidak Ibubapa boleh Tiada masa
mengenali dua hala ambil berat memantau akibat keletihan
serta tahu antara guru tentang buku kerja berkerja
prestasi kelas dan prestasi dan seharian.
semasa anak ibubapa boleh akademik anak latihan anak
mereka dalam dibuat melalui di sekolah. mereka setiap
akademik. temujanji. hari.

Peserta tahu Pelbagai Murid tidak Ibubapa Maklumat


tentang program mahu terlibat memberi berkaitan
L A P O R A N P P G 2 | 301

perkembangan berunsur dengan peluang dengan


aktiviti akademik program yang kepada program
akademik anak dirancang dan dijalankan. pelajar tidak sampain
mereka di dijalankan di terlibat dalam kepada ibubapa
sekolah. sekolah. program menyebabkan
sekolah. ibubapa tidak
tahu usaha
sekolah
menaikan
prestasi
akademik anak
mereka.

Peserta tahu Latihan Ibubapa tidak Program Ibubapa


tentang berdasarkan menyemak bimbingan menyerahkan
keperluan soalan sebenar lembaran seperti tanggungjawab
anak mereka sentiasa kerja yang Program menjaga
dari segi bahan diberikan dibuat oleh Perjumpaan prestasi
latihan dan kepada pelajar anak mereka. Ibubapa. akademik anak
buku kerja. semasa latih sepenuhnya
tubi dan kelas kepada guru.
tambahan.

H. PENUTUP

Secara keseluruhannya, kehadiran boleh dikatakan amat semasa Perjumpaan Waris kali

ini. Selain itu aktiviti di waktu sesi persekolahan turut menyumbang kehadiran yang amat

memberangsangkan. Semua ibubapa memberi komitmen yang tinggi.


L A P O R A N P P G 2 | 302

REFLEKSI PROGRAM
Secara keseluruhannya, program Perjumpaan Waris ini berjalan dengan lancar. SMK
Convent Bukit Mertajam akan mengadakan program ini dua kali setahun iaitu ssemasa awal
tahun dan pertengahan tahun. Melalui program ini, ibu bapa bolehlah mengetahui prestasi dan
perkembangan anak mereka. Guru-guru kelas juga dapat mengenali ibu bapa pelajar masing-
masing. Sekiranya seseorang pelajar tersebut mempunyai masalah disiplin, guru disiplin akan
berjumpa dengan ibu bapa pelajar yang bermasalah tersebut. Program perjumpaan waris pelajar
bersama pengetua merupakan salah satu usaha pihak sekolah dalam mewujudkan hubungan baik
dengan para waris untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PT3 dan SPM 2020.
Program ini juga memberi ruang dan peluang kepada para waris untuk mengetahui pencapaian
semasa para pelajar harapan sekolah. Bertitik tolak daripada program ini diharapkan akan wujud
L A P O R A N P P G 2 | 303

kesefahamanantara semua pihak dan masing-masing lebih fokus kepada tanggungjawab masing-
masing demi kebaikan kita bersama.

LAMPIRAN
L A P O R A N P P G 2 | 304

Gambar 11: Kaunter Pendaftaran Program Perjumpaan Waris

Gambar 12: Guru Kelas bersama Waris Pelajar

You might also like