Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

STPM 2020

1 (a)Sesebuah perniagaan perlu menyediakan penyata kewangan pada tarikh yang sama pada setiap
tahun.

(i)Berdasarkan pernyataan di atas,perihalkan prinsip perakaunan yang diterima umum.[1]

(ii)Perihalkan dua kepentingan menyediakan penyata kewangan pada tarikh yang sama pada setiap
tahun.[2]

(b)Pemilik sebuah perniagaan telah menggunakan satu cek perniagaan untuk membayar insurans
peribadi dan insurans perniagaannya.Dengan merujuk kepada prinsip perakaunan yang diterima
umum dan yang berkaitan, perihalkan bagaimana urus niaga ini peril direkodkan.[2]

(c)Nyatakan dua kesilapan perekodan yang tidak menjejaskan keseimbangan bagi imbangan duga[2]

(d)Pada 1 April 2018, Cik Murni telah menubuhkan sebuah agensi pelancongan.Urus niaga yang
dijalankan oleh agensi itu dalam bulan April 2018 adalah seperti yang berikut:

(1) Melabur sebanyak RM50000 secara tunai ke dalam agensi untuk memulakan perniagaan.

(2)Membayar sebanyak RM1000 secara tunai untuk sewa pejabat bagi bulan April.

(3)Membeli peralatan pejabat berjumlah RM2500.Bayaran dijelaskan secara tunai sebanyak


RM1000 dan bakinya dibayar secara ansuran.

(4)Membayar belanja pengiklanan sebanyak RM550 secara tunai

(5) Menerima sebanyak RM5000 secara tunai daripada pelanggan bagi bayaran perkhidmatan yang
telah disempurnakan.

(6)Membayar kos percetakan bosur sebanyak RM400 secara tunai

(7)Membayar separuh daripada baki bayaran ansuran peralatan pejabat.

(8)Menerima sebanyak RM15000 secara tunai daripada pelanggan sebagai tempahan pakej
pelanggan untuk lawatan dalam bulan Jun.

(9)Mengeluarkan invois kepada pelanggan sebanyak RM5200 bagi perkhidmatan yang telah
disempurnakan.

(10) Membuat pelaburan tambahan ke dalam perniagaan sebanyak RM6000 secara tunai.

(11)Membayar bil utility bagi bulan April sebanyak RM320.

(12) Membayar gaji pekerja sebanyak RM1600

(13) Membayar insurans kenderaan peribadi sebanyak RM800.

Dikehendaki:
Sediakan catatan urus niaga di atas dengan mengikut format yang diberikan di bawah.Tunjukkan
setiap catatan sama ada menambah atau mengurang bagi aset,liabiliti,dan ekuiti pemilik.

Aset Liabiliti Ekuiti pemilik


Akaun? Akaun? Akaun? Akaun? Akaun? Akaun?
[13]

2(a)Apakah yang dimaksudkan dengan paten?[1]

(b)Encik Zul menerima penyata kewangan tahun pertama syarikat perniagaan hiasan
dalamannya.Beliau tidak bersetuju dengan perkara yang berikut:

(1)Kepakaran dan kemahiran beliau dalam perniagaan tidak dianggap sebagai asset bagi perniagaan
hiasan dalamannya.

(2)Terdapat belanja susut nilai yang dikenakan kepada aset sedangkan syarikat perniagaan hiasan
dalamannya telah mengeluarkan tunai sepenuhnya bagi pembelian aset itu.Beliau berpandangan
bahawa pembelian aset itu direkodkan dua kali.

Jelaskan dua sebab pernyataan Encik Zul itu tidak boleh diterima.[2]

(c) Maklumat urus niaga Perniagaan Deen pada bulan Januari 2019 adalah seperti yang berikut:

Tarikh Rujukan Urus niaga


1 Januari Baki lejar Tunai RM850,bank RM23470
Akaun kawalan belum terima RM29500
1 Januari Bil 124 Jualan tunai sebanyak RM850
2 Januari CT 452 Menerima cek daripada kedai david bagi menjelaskan hutang
yang berjumlah RM8500,diskaun diberi ialah 5%
5 Januari BI 001 Membayar bil utility kediaman pemilik perniagaan berjumlah
RM250 dengan cek
6 Januari Bil 458 Membeli barang niaga secara tunai berjumlah RM2170
10 Januari BI 002 Mengeluarkan cek untuk bayaran sewa kedai berjumlah
RM1800
10 Januari Resit 49 Menerima bayaran tunai sebanyak RM4200 daripada akaun
belum terima
11 Januari Resit 50 Menerima sebanyak RM300 secara tunai sebagai komisen
jualan
12 Januari BI 003 Menjelaskan hutang Syarikat Tee Sdn.Bhd berjumlah RM7300
dengan cek
20 Januari Bil 0125 Menerima sebanyak RM1315 secara tunai daripada hasil
kutipan jualan
28 Januari Resit 51 Menerima sebanyak RM1850 secara tunai daripada akaun
belum terima
31 Januari Jurnal Jumlah jurnal jualan ialah RM32850,jumlah pulangan
jualan ialah RM1530
Jurnal am menunjukkan sebanyak RM510 hutang
pelanggan perlu dihapus kira

Dikehendaki:
(i) Sediakan catatan jurnal penerimaan tunai dan catatan jurnal pembayaran tunai bagi bulan Januari
2019 dengan menggunakan format di bawah.[13]

Tarikh butir Rujukan diskaun tunai bank ? ? ?

(ii)Sediakan akaun kawalan belum terima bagi perniagaan deen.[4]

3(a) Takrifkan liabiliti dan ekuiti.[2]

(b) Akaun belum bayar dan hasil belum terperoleh adalah item liability kerana kedua-duanya
mengakibatkan perniagaan menanggung obligasi semasa.Jelaskan perbezaan tuntutan obligasi bagi
kedua-dua liability itu dengan memberikan contoh urus niaga.[3]

(c) Bagaimanakah liability waranti dan liability luar jangka dipersembahkan dalam penyata
kewangan?[2]

(d) Syarikat Dapur Nusantara Sdn.Bhd menyediakan perkhidmatan catering untuk majlis
keramaian .Tempoh perakaunan perniagaan berakhir pada setiap 30 Jun.Pada 30 Jun
2018,maklumat liability Syarikat Dapur Nusantara Sdn.Bhd adalah seperti yang berikut:

Butiran RM
Akaun belum bayar 26000
Gaji belum bayar 5500
Belanja utility terakru 2800
Hasil belum terperoleh 4200
Nota belum bayar 8% 12000
Pinjaman 12% 30000

Maklumat tambahan:

(1) Nota belum bayar 8% telah diterbitkan pada 1 Mac 2018 untuk belian peralatan dapur dan akan
matang dalam tempoh enam belian.

(2) Pinjaman 12% telah diterima pada 1 Oktober 2017 dengan bayaran ansuran tahunan sebanyak
RM10000 berserta faedah pada setiap 30 September.

(3)Belanja faedah bagi (1) dan (2) masih belum direkodkan.

(4) Sebanyak 80% daripada hasil belum terperoleh telah diiktiraf.

(5)Pada 29 Jun 2018,Syarikat Dapur Nusantara Sdn.Bhd telah menerima cek berjumlah RM7500 dari
Syarikat Mawar Merah Design Sdn.Bhd sebagai bayaran tempahan bagi perkhidmatan katering pada
penghujung Julai 2018.Keseluruhan amaun yang diterima telah diiktiraf sebagai hasil perkhidmatan.

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal pelarasan pada 30 Jun 2018.[6]

(ii)Sediakan bahagian liabiliti dalam penyata kedudukan kewangan pada 30 Jun 2018.[7]
4(a) Perihalkan dua prinsip dan andaian perakaunan yang tidak dipatuhi oleh sesebuah perniagaan
yang mengamalkan rekod tak lengkap dalam merekod urus niaga perniagaan.[2]

(b)Perniagaan runcit Encik Param telah mula beroperasi pada 1 Oktober 2016.Beliau tidak
menyimpan rekod perniagaan yang lengkap.Maklumat baki akaun pada 1 Oktober 2018 adalah
seperti yang berikut:

Akaun RM
Kenderaan(kos) 40000
Kelengkapan(kos) 7000
Akaun belum terima 17000
Inventori 3000
Tunai 30
Akaun Belum Bayar 12400
Sewa terakru 400

Ringkasan penyata bank sepanjang tahun kewangan berakhir 2019 adalah seperti yang berikut:

Penerimaan: RM RM
Baki pada 1 Oktober 2018 10600
Jualan 152400
163000

Pembayaran: RM RM
Akaun belum bayar 124000
Belian 10200
Belanja sewa 5460
Belian kelengkapan 2330
141990
Baki pada 30 September 21010
2019
163000

Maklumat tambahan:

(1) Inventori akhir pada 30 september 2019 ialah RM4000.

(2)Kenderaan dan Kelengkapan perniagaan telah dibeli pada 1 Oktober 2016. Kenderaan
disusutnilaikan pada kadar 15% atas kos,sementara kelengkapan disusutnilaikan 10% pada baki
berkurangan.

(3) Barang niaga dijual pada harga kos ditambah 20%

(4) Encik Param telah mengambil barang niaga untuk kegunaan senduru berjumlah RM1200 pada
harga jualan.
(5)Belanja operasi perniagaan sebanyak RM4520 telah dibayar secara tunai dengan menggunakan
hasil jualan.

(6)Tunai daripada jualan berjumlah RM4000 telah digunakan bagi tujuan peribadi.

(7)Baki akaun belum bayar dan baki akaun belum terima pada 30 September 2019 masing-masing
berjumlah RM16200 dan RM15800.

(8)Pulangan jualan dan pulangan belian masing-masing ialah RM2400 dan RM2800.

(9)Baki tunai pada 30 September 2019 ialah RM110.

Dikehendaki:

(i)Hitung jumlah belian dan jumlah jualan bagi tahun berakhir 30 September 2019.[7]

(ii)Hitung jumlah belanja susut nilai aset perniagaan bagi tahun berakhir 30 September 2019.[6]

(iii)Sediakan penyata pendapatan komprehensif bagi tahun berakhir 30 September 2019.[5]

5(a) Dengan menggunakan contoh yang bersesuaian,jelaskan bagaimana prinsip kawalan dalaman
yang berikut boleh dilaksanakan:

(i) Kelulusan [1]

(ii)Verifikasi dalaman[1]

(iii) Pusingan tugas [1]

(iv)Penetapan tanggungjawab[1]

(v)Pendokumenan[1]

(b)Kedai Bakeri Seri Adunan menjual bahan membuat kek dan pastry.Pemilik Kedai Bakeri Seri
Adunan itu meminta bantuan anda untuk menilai prosedur penerimaan tunai dan pembayaran tunai
yang diamalkan.

Prosedur yang berikut telah diperkenalkan bagi merekod dan mengurus:

(1) Kutipan jualan tunai

(a)Semua urus niaga direkod dengan mengguna mesin daftar tunai dan satu salinan resit diserahkan
kepada pelanggan.

(b)Mesin daftar tunai sentiasa dikunci.

(c)Setiap juruwang ditugaskan untuk mengendalikan mesin daftar tunai masing-masing dan setiap
juruwang tidak boleh mengakses mesin daftar tunai juruwang yang lain.

(d)Pada penghujung shif,setiap juruwang akan membandingkan kutipan tunai sebenar dengan
amaun tunai yang direkod oleh mesin daftar tunai.

(e)Juruwang menyerahkan kutipan tunai kepada kerani akaun.


(f)Kerani akaun merekodkan tunai yang diterima.

(g)Kerani akaun mendepositkan tunai pada penghujung setiap hari dan menyimpan slip deposit tunai
itu.

(2)Pembayaran tunai:

(a)Pembayaran tunai direkod lejar subsidiary secara manual.

(b)Semua pembayaran yang dilakukan memlalui cek perlu ditandatangani oleh pemilik Kedai Bakeri
Seri Adunan .Kelulusan untuk pembayaran dilakukan mengikut kelapangan pemilik itu yang secara
puratanya mengambil masa selama dua minggu.Sekiranya berlaku kelewatan dalam penyediaan
cek,kelulusan untuk bayaran akan dilakukan pada pusingan berikutnya.Oleh itu,Kedai Bakeri Seri
Adunan seringkali tidak berpeluang untuk mendapat diskaun tunai yang ditawarkan oleh pembekal
kerana kelewatan pembayaran.

Dikehendaki:

(i) Bagi setiap prosedur penerimaan tunai yang ditetapkan di atas,kenal pasti prinsip kawalan
dalaman yang berkaitan dan jelaskan sama ada setiap prosedur yang ditetapkan mempunyai ciri
kawalan dalaman yang baik atau ciri kawalam dalaman yang lemah.[10]

(ii)Bagi prosedur kawalan dalaman yang lemah seperti di (i),cadangkan dua langkah
penambahbaikan yang perlu dilakukan.[2]

(iii)Beri tiga cadangan bagaimana sistem pembayaran tunai dapat ditambah baik.[3]

You might also like