Nationhood Report Latest

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

SADN1033 MALAYSIAN NATIONHOOD STUDIES

SEMESTER A192 SESSION 2019/2020

KUMPULAN J

ASSIGNMENT BERKUMPULAN

TAJUK: KENALI BAHASA KITA

DISEDIAKAN KEPADA: DR. NOR AZLAH SHAM BINTI RAMBELY

DISEDIAKAN OLEH:

NO. NAME N.O MATRIC


1. TEH CHIA TSI 275557
2. NG CHIA YI 275681
3. VISANTI THERESIA A/P VENKADES 275400
4. SOOPHAWADEE A/P SAHAT 275571
5. KAMAL ARSYAD BIN KAMRUL 270735
6. HAZLYN HUSNA BINTI AZIZEE 275622
SENARAI KANDUNGAN
N. Tajuk Muka Surat
O

1. 1.0 Pengenalan 3

2. 2.0 Isu Masalah 4

3. 3.0 Objektif Kajian 5

4.0 Sorotan Kajian 6


4.1 Masyarakat India 7
4.
4.2 Masyarakat Cina 8
4.3 Masyarakat Melayu 9
5.0 Metodologi 11
5. 5.1 Soal Selidik 12
5.2 Permainan 22
6.0 1 Malaysia 24
6.1 Jenis Bahasa Di Malaysia 25
6.2 Jenis Dialect Dan Bahasa Di Malaysia 30
6. 6.3 Kebaikan Menguasai Pelbagai Bahasa 31
6.4 Faktor-Faktor Tidak Dapat Menguasai Pelbagai Bahasa 35
Dengan Berjaya
6.5 Cara Mempelajari Pelbagai Bahasa Dengan Efektif 37

7. Penutup 40

P a g e 2 | 40
1.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan satu alat komunikasi yang mengeluarkan bunyi untuk menyampaikan
sesuatu atau pesanan kepada orang lain. Sebagaimana yang sedia maklum bahawa,
bahasa ini terdiri atas kumpulan kata. Setiap apa yang diperkatakan mempunyai maksud
yang tersendiri untuk melambangkan sesuatu objek supaya mudah untuk difahami oleh
masyarakat. Saat kita mengeluarkan kata-kata, ia tidak disusun begitu sahaja melainkan
mengikut aturan yang ada. Kata-kata itu mestilah dipilih kata yang tepat dan
menyusunnya dengan sesuai apa yang ingin disampaikan.

Di Malaysia, mempunyai pelbagai bahasa yang digunakan dalam hidup


masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai yang berpengetahuan
bahawa Malaysia terkenal sebagai negara yang berbilnag kaum dan juga dalam
kepelbagaian bahasa yang dipertuturkan oleh kaum-kaum tertentu. Contohnya kaum
Melayu bertutur dalam bahasa Melayu, kaum Cina bertutur dalam bahasa Mandarin dan
kaum India pula menggunakan bahasa Tamil. Manakala kaum-kaum bumiputera yang
lain pula, mereka bertutur dengan menggunakan bahasa mereka sendiri seperti kaum di
Sabah dan Sarawak.

Bahasa inggeris merupakan bahasa kedua diiktiraf di Malaysia kerana seiring


dengan penggunaan bahasa berkenaan sebagai bahasa antarangbasa yang
menghubungkan antara negara. Manakala Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Gelaran lain Bahasa
Melayu dalah Bahasa Malaysia. Bahasa Melayu di Malaysia mengalami perubahan nama
beberapa kali. Bahasa Melayu dinamakan sebagai bahasa Malaysia atas sebab politik
pada awal 1970-an. Namun sejak akhir-akhir ini, Bahasa Melayu digunakan semula.
Bermulanya tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan Kembali kepada
bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak
mengira kaum dan agama.

Bahasa melayu mempunyai banyak dialek di antara negeri kebiasaannya dan


setiap dialek mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi sebutan dan kosa kata.

P a g e 3 | 40
Ini juga merupakan satu keunikan yang ada kerana setiap dialek menyebut sesuatu
perkataan itu dengan berbeza namun membawa satu maksud yang sama.

2.0 ISU DAN MASALAH

Bahasa Melayu atau dikenali sebagai Bahasa Malaysia adalah Bahasa rasmi yang
tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan yang dijelaskan
dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi
dimatapkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1976. Akan tetapi masyarakat pelbagai
kaum di Malaysia bebas menggunakan Bahasa ibunda masing-masing iaitu orang Cina
Bahasa Cina, orang India Bahasa Tamil dan kaum lain-lain bebas menggunakkan Bahasa
ibunda mereka.

Isu yang dihadapi adalah masalah komunikasi di kalangan mahasiswa dan


mahasiswi di Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana penggunaan Bahasa dalam
komunikasi yang berbeza. Mahasiswa dan Mahasiswi yang terdiri dari pelbagai bangsa
iaitu Melayu,Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain yang akan
berkomunikasi dalam Bahasa ibunda mereka ketika berkomunikasi sesama kaum
walaupun Bahasa Malaysia merupakan Bahasa rasmi kerana mereka lebih selesa
berkomunikasi dalam Bahasa ibunda mereka. Ini akan menyebabkan berlakunya masalah
komunikasi di mana kaum yang lain tidak dapat memahami maklumat yang disampaikan.

Isu ini akan berlaku timbulnya prasangka di antara para pelajar pelbagai kaum.
Perkara ini terjadi apabila terdapat perkataan sensitif yang akan menimbulkan
persalahfahaman tersebut. Di samping itu, kaum lain juga akan merasa terpinggir dan
tercicir oleh kerana ketidakfahaman akan maklumat yang cuba disampaikan.

Persefahaman dalam komunikasi amatlah penting bagi menjamin kesejahteraan


hidup. Oleh itu, mahasiswa dan Mahasiswi digalakkan untuk menguasai Bahasa lain
selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, ini bagi mempelbagaikan pengetahuan dari
segi Bahasa. Mahasiswa dan Mahasiswi juga boleh mempelajari pelbagai Bahasa bagi
kegunaan di masa hadapan.

P a g e 4 | 40
Di samping itu, Mahasiswa dan Mahasiswi boleh lebih memahami dan
mengetahui perkataan-perkataan yang boleh menimbulkan isu perkauman pelbagai kaum.
Mahasiswa dan Mahasiswi and lebih berhati-hati dengan pertuturan. Dengan ini,
hubungan dan persefahaman antara kaum di Malaysia dapat dieratkan lagi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kajian ini melibatkan
Mahasiswa dan Mahasiswi di UUM. Objektif kajian adalah matlamat yang ingin dicapai
oleh pengkaji pada akhir kajian ini. Oleh itu objektif kajian ini dilakukan adalah untuk:

3.1 Memudahkan komunikasi antara pelbagai kaum di kalangan Mahasiswa dan


Mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM).

3.2 Meluaskan pengetahuan pelbagai Bahasa di kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi di


Universiti Utara Malaysia (UUM).

3.3 Memberi kesedaran kepada para Mahasiswa dan Mahasiswi di Universiti Utara
Malaysia (UUM) mengenai kepentingan menguasai pelbagai Bahasa di Malaysia.

P a g e 5 | 40
4.0 SOROTAN KAJIAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai penduduk yang


berbilang kaum atau bangsa. Antara perbezaan masyarakat di Malaysia ialah bahasa, cara
hidup, ekonomi, politik, tempat tinggal dan hubungan sosial. Penduduk asal di
Semenanjung adalah orang melayu manakala Sabah dan Sarawak pula terdapat beberapa
bangsa yang menjadi penduduk asal yang dikenali sebagai bumiputera (pribumi).
Menurut Rohaini Razali (2016), penduduk di Semenanjung Malaysia selalu dianggap
sebagai sebuah masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum di mana terdapat
tiga etnik terbesar, iaitu Melayu, India dan Cina. Manakala dalam kepelbagaian bangsa
pula terdapat lagi kaum-kaum lain seperti Iban, Melanau, Kadazan dan sebagainya.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1993), kaum bermaksud golongan orang
sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang besar seperti suku bangsa. Kaum juga
ditakrifkan sebagai perkataan lain bagi bangsa. Menurut Norazila (1986:129),
menjelaskan bahawa sesuatu bahasa atau dialek yang berbeza daripada bahasa atau dialek
lain akibat daripada pengaruh alam dan persekitaran yang berlainan. Menurut beliau,
perbezaan ini boleh dilihat menerusi sistem bunyi dan leksikal. Dialek yang dituturkan
mempunyai bentuk tertentu dalm kawasan yang tertentu dan berlainan daripada bentuk
bahasa baku, selain dari segi sebutan, tatabahasa ataupun penggunaan kata-kata tertentu.
Namun, kelainan tersebut tidak begitu besar untuk dianggap sebagai suatu bahasa yang
lain.

Menurut pandangan David (2013), bentuk bahasa campuran, iaitu percampuran


dan penukaran dua atau lebih bahasa dalam satu ungkapan atau perbualan sering
kedengaran dalam perbualan masyarakat di Malaysia. Setiap kaum yang berlainan bangsa
menggunakan bahasa tertentu dalam aktiviti harian mereka kecuali mereka yang ingin
berhubung dengan kaum-kaum lain.

Oleh itu, bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris sebagai bahasa antarabangsa digunakan ketika berkomunikasi selain bahasa
ibunda masing-masing. Menurut kajian Fasold (1984), terdapat empat faktor utama yang
menyebabkan wujudnya negara pelbagai bahasa dan seterusnya melahirkan komuniti dan
individu yang pelbagai bahasa. Antara faktor tersebut adalah penghijrahan (migration),
P a g e 6 | 40
penjajahan (imperialism), persekutuan (federation) dan sempadan kawasan (border area).
Oleh yang demikian, penggunaan bahasa yang sesuai mengikut etnik rakyat di Malaysia
menjadi keperluan bagi mereka dan berdasarkan prinsip bahasa negara. Justeru,
pertembungan antara bahasa adalah suatu fenomena yang tidak dapat dielakkan. Menurut
Amutharasi (2016), pemilihan bahasa pertuturan oleh sesuatu kumpulan etnik bergantung
pada faktor-faktor seperti politik, ekonomi dan gaya hidup.

4.1 MASYARAKAT INDIA

Menurut daripada kajian Murasu Nedumaran (1997), dan Kulandasamy (1989)


mendapati penghijrahan orang-orang india ke Malaysia bermula pada akhir abad ke-12.
Walaupun kaum minoriti di Malaysia merupakan kaum India, mereka terbahagi kepada
beberapa kumpulan etnik kecil mengikut bahasa ibunda mereka. Antaranya, bahasa yang
dipertuturkan ialah bahasa-bahasa rumpun seperti bahasa Tamil, Telugu, Malayalam,
Kannada dan bahasa Indo-Arya yang terdiri daripada bahasa Punjabi, Gujerathi serta
Hindi. Kebanyakan daripada mereka yang telah diambil untuk bekerja di ladang-ladang
adalah daripada golongan Tamil. Disebabkan majoriti mereka adalah berketurunan
Tamil, maka bahasa Tamil digunakan secara meluas sebagai bahasa utama atau bahasa
perantaraan dalam kalangan orang India di Malaysia. Bahasa Tamil merupakan salah satu
bahasa yang tertua di dunia dan mempungai perkembangan sejarah yang tidak terputus
dalam peredaran zaman. Menurut Murasu Nedumaran (1997), ia merupakan bahasa
klasik dan salah suatu bahasa utama dalam rumpun Bahasa Dravidia dengan sejarah yang
menjangkau 3000 tahun dan hasil sastera yang berusia lebih 2000 tahun.

Bahasa Tamil adalah satu bahasa klasik yang terunggul dan masih hidup dengan
tradisi kesusasteraan yang tidak terputus (Kulandasamy, 1989/90). Walau bagaimanapun,
asal usul bahasa Tamil ini tidak berapa jelas. Bahasa ini hanya ditutur secara meluas oleh
bangsa Tamil di India Selatan dan Sri Lanka. Justeru, bahsa Tamil ini juga ditutur oleh
sebahagian kecil komuniti di negara lain. Menurut Murasu Nedumaran (1997), bahasa ini

P a g e 7 | 40
menjadi bahsa ke-18 paling banyak ditutur di dunia sekitar tahun 1996 dengan jumlah
penuturnya melebihi 74 juta orang.

4.2 MASYARAKAT CINA

Menurut Jabatan Statistik Malaysia (2000), kelompok kaum yang kedua terbesar
di Malaysia merupakan kaum Cina iaitu merangkumi kira-kira 26% daripada jumlah
penduduk di Malaysia. Reformasi Pergerakan 4 Mei yang diketuai oleh Bapa Revolusi
China, Sun Yat Sen di negara China pada tahun 1919 menyebabkan perkembangan kaum
Cina di Malaysia (Ismail Jaafar, 1994).

Oleh yang demikian, kaum Cina di Malaysia telah menubuhkan 313 buah sekolah
Cina di Tanah Melayu pada tahun sekitar 1920-an. Selepas itu, maka wujudlah sekolah-
sekolah vernacular Cina yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar.
Kebanyakan buku teks dan buku rujukan adalah berdasarkan sukatan mata pelajaran di
negara China. Menurut Lee dan Tan (2000), kebanyakan orang Cina di Malaysia
mempelajari bahasa Mandarin di sekolah. Hal ini disebabkan bahasa Mandarin berfungsi
sebagai lingua franca dalam kalangan kaum Cina di Malaysia yang berlatar belakang
kumpulan dialek yang pelbagai.

Kebanyakan orang Cina di Malaysia berdasarkan aspek taburan kawasan


mengikut kependudukan dialek adalah berasal daripada kumpulan yang bertutur dalm
dialek Hokkien. Menurut Chong (2004), kebanyakan orang Cina di Malaysia berasal
daripada kumpulan yang bertutur dalam dialek Hokkien (2,020,868 orang daripada
jumlah penduduk kaum Cina di Malaysia), diikuti oleh kumpulan yang bertutur dalam
dialek Hakka (1,092,754 orang), dan kumpulan yang bertutur dalam dialek Kantonis
(1,067,994 orang) dan dialek Teochow (497,280 orang). Sumber data tersebut berasal
daripada Banci Penduduk dan Perumahan yang telah dijalankan pada tahun 2000.

P a g e 8 | 40
4.3 MASYARAKAT MELAYU

Menurut kajian Asmah Hj Omar (1991:31), dialek-dialek yang terdapat di


Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan kepada lima kawasan utama iaitu kelompok
barat daya yang terdiri daripada kelompok Kedah, Perlis, Pulau Pinang yang meliputi
Perak Utara, sementara keompok Timur Laut diwakili oleh dialek Kelantan, seterusnya
kelompok Timur yang meliputi Terengganu, selanjutnya kelompok Selatan yang meliputi
dialek dituturkan di Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Perak Selatan dan akhirnya
kelompok yang mewakili dialek Negeri Sembilan. Justeru, dalam kajian yang lebih
meluas dan mendalam tentang dialek Melayu, Asmah Hj. Omar (1985) telah
mengelompokkan dialek Kelantan, Terengganu dan Pahang ke dalam satu kelompok
yang dinamakan kelompok Kelantan-Pahang-Terengganu. Namun, dalam kedua-dua
tulisan beliau, dialek Melayu Patani terkeluar daripada cakupan kajian kerana terbatas
kepada dialek Melayu yang terdapat di Malaysia sahaja. Berdasarkan kajian lepas, Ismail
Hussein meletakkan dialek Melayu Patani, Kelantan dan Terengganu ke dalam satu
kelompok manakala kajian Asmah Hj. Omar pula meletakkan dialek Melayu Kelantan
dan Terengganu ke dalam satu kelompok (Bersama-sama dialek Melayu Pahang) dengan
kedudukan dialek Melayu Patani yang tidak jelas kedudukannya. Secara klasifikasinya
berdasarkan kebersamaan ciri fonologi dan leksikal, telah meletakkan ketiga-tiga dialek
ini sebagai bersaudara yang diturunkan dari satu induk yang berasal dari wilayah Patani
di Selatan Thailand sekarang (Ismail Hussein, 1973).

Berdasarkan kajian Abdul Hamid Mahmood (1990:217), menyatakan dialek


Terengganu bukan sahaja dituturkan oleh penduduk negeri Terengganu sahaja tetapi
dituturkan juga oleh penduduk negeri Kelantan dan Pahang yang mendiami kawasan
sempadan negeri Terengganu. Menurut beliau, dialek tersebut agak unik dan berbeza
daripada bahasa Malaysia baku, selain dalam bidang fonologi, morfologi, sintaksis
mahupun leksikal. Perbezaan dan keunikan dialek Terengganu dengan bahasa Malaysia
pernah dinyatakan oleh Abdullah Abdul Munsyi yang pernah melawat Terengganu pada
tahun 1883.

Kelebihan dan perbezaan yang ada pada negeri bumi kenyalang sering mendapat
perhatian daripada pelancong untuk melihat dan merasai pelbagai pengalaman yang
P a g e 9 | 40
hanya terdapat di negeri Sarawak. Hal ini kerana, komposisi kaum yang terdapat di
Sarawak meliputi 27 etnik dan tidak kutang daripada 30 bahasa daripada pelbagai suku
kaum. Ini menjadikan Sarawak begitu unik dari segi budaya dan bahasanya. Menurut
Asmah Haji Omar (2004), mengatakan bahawa tidak dinafikan bahasa Melayu di negeri
Sarawak masih selalu digunakan dan penggunaannya tidak terhad, terutama dalam urusan
rasmi di pejabat kerajaan dan Pendidikan di sekolah. Hal ini secara tidak langsung
membuktikan bahawa Dialek Melayu Sarawak menjadi teras kepada teras perhubungan
dan perantaraan kepada semua suku kaum di Sarawak.

Menurut kajian Collin (1991), menyatakan bahawa dialek Melayu Sabah dapat
digolongkan sebagai sub dialek Melayu Brunei kerana banyak persamaan kosa kata dan
fonologi antara kedua-dua dialek. Manakala, Asmah Haji Omar (2008) menyatakan
pendapat bahawa dialek Melayu di Sabah dan Sarawak terdiri daripada dialek Sarawak,
Brunei dan Kedayan. Kajian terhadap dialek Melayu di Sabah masih kurang dijalankan
oleh pengkaji tempatan. Malahan, salah seorang pengkaji iaitu Jaluddin Haji Chuchu
(2003) menegaskan walaupun ada beberapa kajian tentang bahasa-bahasa sukuan di
Sabah, penyelidikan terperinci dan secara mendalam terhadap dialek Melayu Sabah
belum dipelopori oleh mana-mana pengkaji. Di samping itu, bahasa merupakan adaptasi
mengikut kepercayaan sekumpulan teori bahasa kerana bahasa perlu diperkembangkan
agar dapat diamalkan oleh manusia sebagai sarana komunikasi (Rahmila Murtiana,
2012). Namun sebaliknya menurut Ellis (2008) berpendapat bahawa bahasa boleh
berubah kerana faktor penggunaan sesuatu masyarakat. Beliau memberi satu contoh
perubahan fonologi yang disebabkan oleh penggunaan kerap perkataan tertentu
menyebabkan sebutan bercapah ekoran penyimpangan makna daripada perkataan yang
asal. Selain itu, menurut kajian Cheong Shaw mei (2011), perubahan penggunaan bahasa
dalam kelompok sosial pelajar Kadazandusun di Penampang, Sabah secara intensif ke
atas satu unit masyarakat sekolah berdasarkan tiga teori, iaitu Teori Penyimpangan
Rawak 9Hockett 1958), Teori Fesyen dan Ketidaktentuan Rawak (Postal 1968) serta
Teori Stratum Bawah (Aitchison 1998). Signifikan daripada kajian ini membuktikan teori
berdasarkan kesesuaian konteks dan situasi bahasa dalam masyarakat setempat.

P a g e 10 | 40
5.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi membawa maksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin.
Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan
sistem. Selain itu, metodologi juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang
digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mecapai tujuan tertentu.

Demi kelancaran dan kejayaan kajian ini, kami sebagai pengkaji mempunyai
strategi persampelan dalam mengumpul maklumat dan data-data yang diperlukan ini
melalui pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Jenis sampel yang pengkaji
gunakan ialah secara rawak. Terdapat tiga buah kolej di UUM iaitu COB, CAS, dan
COLGIS. Bagi kajian ini, sebanyak 60 pelajar UUM yang dipilih untuk dijadikan sampel
kajian.

Dalam pada itu, pengkaji telah memilih 60 pelajar ini secara rawak untuk
menghasilkan dapatan kajian. Responden-responden yang terlibat merupakan pelajar-
pelajar dari semester satu sehingga semester lapan. Kesemua pelajar yang dipilih untuk
kajian ini adalah terdiri bangsa dan agama yang berlainan. Dengan cara ini, pengkaji akan
dapatkan merumuskan hasil dan dapatan daripada jawapan responden.

Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah soal selidik. Pengkaji telah
menyediakan 9 soalan kepada responden UUM iaitu 2 soalan latar belakang responden
dan 7 soalan yang berkaitan dengan pengenalan bahasa di Malaysia. Soal selidik ini telah
disebarkan melalui laman sosial “Whatssap” bagi mendapatkan 60 responden secara
rawak untuk mengisi dan mendapatkan hasil kajian.

P a g e 11 | 40
5.1 SOAL SELIDIK

Terdapat 9 soalan yang merangkumi 2 soalan latar belakang responden dan 7 soalan
pengetahuan berkaitan bahasa di Malaysia. (Pautan soal selidik di halaman rujukan)

P a g e 12 | 40
5.1.1 HASIL KAJIAN

Seramai 60 pelajar UUM telah membantu dalam melaksanakan kajian ini. Hasil daripada
kajian ini dapat dirumuskan melalui jawapan yag telah diisikan oleh responden UUM.

SOALAN 1

KOLEJ

COLGIS; 5; 8%
COB
CAS; 7; 12%
CAS
COLGIS

COB; 48; 80%

Menurut carta di atas, terdapat 48 responden daripada Kolej COB, 7 responden daripada
Kolej CAS dan 5 responden daripada Kolej COLGIS yang telah menjawab soal selidik
bagi kajian ini.

P a g e 13 | 40
SOALAN 2

SEMESTER

7% 2%
1-2
15% 3-4
5-6
7-8

77%

Menurut carta pai ini, 77% iaitu 46 responden ialah semester 1 dan 2. Semester 1 dan 2
merupakan responden yang paling ramai yang terlibat dalam kajian ini. Manakala 15%
iaitu 9 responden ialah semester 3 dan 4, 4 responden ialah semester 5 dan 6 serta yang
paling sedikit ialah semester 7 dan 8 kerana hanya satu responden iaitu 1% yang terlibat
dalam kajian ini.

P a g e 14 | 40
SOALAN 3

ADAKAH ANDA BERMINAT UNTUK MENGUASAI BAHASA


LAIN DI MALAYSIA

YA
TIDAK

60; 100%

Kajian menunjukkan semua responden sangat berminat untuk menguasai dan


mempelajari bahasa lain di Malaysia. Banyak bahasa-bahasa baru yang lain di Malaysia
boleh dipelajari dan digunakan bagi mengukuhkan lagi hubungan antara pelajar.

P a g e 15 | 40
SOALAN 4

SEBAB-SEBAB ANDA INGIN MENGUASAI BAHASA LAIN…

7; 12% MEMENUHI SYARAT UNUK KE


ALAM PEKERJAAN
15; 25%
4; 7% MENINGKATKAN PERSEFAHAMAN
SESAMA BANGSA
MUDAH UNTUK BERKOMUNIKASI
DENGAN BANGSA LAIN
MINAT UNTUK BELAJAR

34; 57%

Menurut carta di atas, terdapat 34 responden iaitu 56% yang menyatakan sebab-sebab
ingin menguasai bahasa lain adalah supaya memudahkan mereka untuk berkomunikasi
dengan pelajar bangsa lain. Kemudian, 25% daripada responden iaitu 15 pelajar pula
menyatakan kerana minatnya untuk belajar dan menguasai bahasa lain. 7 pelajar iaitu
12% daripada responden memilih memenuhi syarat untuk kea lam pekerjaan adalah
sebab mereka ingin menguasai bahasa lain. Manakala meningkatkan persefahaman
sesama bangsa merupakan pilihan yang paling sedikit iaitu 7% daripada responden sama
dengan 4 pelajar.

P a g e 16 | 40
SOALAN 5

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN KURSUS BAHASA


TAMBAHAN YANG DITAWARKAN OLEH SETIAP INSTITUSI
DI MALAYSIA?

YA
TIDAK
10; 17%
MUNGKIN

50; 83%

Kajian menunjukkan 83% daripada responden iaitu 50 pelajar yang bersetuju dengan
kursus bahasa tambahan yang ditawarkan oleh setiap Institusi di Malaysia. Manakala 10
pelajar iaitu 17% daripada responden yang lain berasa ragu-ragu dengan penawaran
kursus bahasa tambahan di Institusi. Tiada responden yang tidak bersetuju dengan
penawaran kursus bahasa tambahan.

P a g e 17 | 40
SOALAN 6

ANTARA FAKTOR UTAMA PELAJAR TIDAK MENGUASAI


BAHASA LAIN IALAH…

TIDAK BERMINAT
10; 17%
15; 25% TIADA MASA
SUSAH UNTUK BELAJAR
TIDAK PENTING

11; 18%
24; 40%

Menurut carta di atas, 24 pelajar iaitu 40% daripada responden merasakan bahawa faktor
utama pelajar tidak dapat menguasai lain ialah susah untuk belajar. 15 pelajar lagi iaitu
25% daripada responden mengatakan tidak mempunyai minat untuk menguasai bahasa
lain ataupun baru. Selain itu, 11 pelajar menyatakan tidak ada masa untuk mempelajari
bahasa lain, dan faktor yang paling sedikit adalah tidak penting merupakan pilihan 10
pelajar iaitu 17% daripada responden.

P a g e 18 | 40
SOALAN 7

SEKIRANYA KURSUS BAHASA TAMBAHAN INI TIDAK


DITAWARKAN DI INSTITUSI
MALAYSIA , BAGAIMANAKAH CARA ANDA UNTUK
YOUTUBE?
BELAJAR DAN MENGUASAI BAHASA LAIN
BELAJAR SENDIRI MELALUI
DAN GOOGLE
TRANSLATE
MENONTON FILEM ATAU DRAMA
MENGHADIRI KELAS BAHASA
TAMBAHAN DI PUSAT BAHASA
13; 22% 11; 18% MEMINTA AJAR DARIPADA
KAWAN-KAWAN YANG
BERLAINAN BANGSA

16; 27% 20; 33%

Menurut carta ini, 20 pelajar iaitu 33% daripada responden akan menonton filem atau
drama untuk menguasai bahasa lain sekiranya Institusi di Malaysia tidak menawarkan
kursus bahasa tambahan. 16 pelajar iaitu 27% akan menghadirkan diri ke pusat bahasa
untuk mempelajari bahasa baru sebagai kelas tambahan mereka, manakala 13 pelajar iaitu
22% responden pula akan meminta ajar daripada kawan-kawan mereka yang berlainan
bangsa untuk menguasai dan belajar bahasa baru. Akhir sekali, belajar sendiri melalui
YouTube dan Google Translate merupakan pilihan yang paling sedikit yang dipilih oleh
11 pelajar iaitu 18% daripada responden.

P a g e 19 | 40
SOALAN 8

BAHASA LAIN DI MALAYSIA YANG DIMINATI IALAH…

1;2%
2% MANDARIN
2;1;
3%
3; 5% SIAM
4; 7% TAMIL
KADAZAN & DUSUN
ENGLISH
10; 17% IBAN
ARABIC
39; 65%

Carta di atas menunjukkan 39 pelajar iaitu 65% daripada responden yang memilih
Mandarin sebagai bahasa lain yang diminati. Bahasa Mandarin selalunya menjadi pilihan
orang ramai kerana ianya juga merupakan salah satu syarat untuk ke alam pekerjaan.
Bahasa kedua terbanyak yang menjadi pilihan responden ialah bahasa Siam dengan 10
pelajar iaitu 17% daripada responden. Kemudian, bahasa Tamil juga diminati oleh 4
pelajar sama dengan 7% daripada responden. Akhir sekali, bahasa-bahasa lain yang
diminati oleh 7 responden yang selebihnya termasuklah bahasa Kadazan, Dusun, English,
Iban dan Arabic.

P a g e 20 | 40
SOALAN 9

ADAKAH ANDA BERASA PENGUASAAN PELBAGAI


BAHASA INI AMAT MEMBEBANKAN ?

YA
8; 13% TIAK
13; 22%
MUNGKIN

39; 65%

Bagi kesimpulan carta ini, 39 pelajar iaitu 65% merasakan penguasaan pelbagai bahasa
ini tidak membebankan mereka, manakala 13 pelajar lain iaitu 22% berasa ragu-ragu dan
tidak pasti dengan jawapan mereka sama ada penguasaan pelbagai bahasa ini
membebankan mereka atau tidak. Terdapat 8 pelajar iaitu 13% daripada responden
menyatakan penguasaan pelbagai bahasa baru ini amat membebankan

P a g e 21 | 40
5.2 PERMAINAN

Permainan merupakan satu kaedah pembelajaran yang boleh menarik minat semua
pihak. Dalam kajian ini, pengkaji telah mencadangkan satu permainan untuk menarik
perhatian penonton ataupun pelajar semasa sesi perbentangan di dalam bilik kuliah.
Permainan yang dicadangkan adalah “GUESS ME”. Semua pelajar akan terlibat dengan
permainan ini dan merasai pengalaman serta mengenali bahasa baru. Berikut merupakan
cara-cara untuk bermain:

GUESS ME

Cara bermain: Setiap pemain akan menerima sekeping kad. Kemudian, pemain 1 akan
dipilh secara rawak oleh pembentang untuk memilih pemain 2 dan tujukan soalan yang
ada pada kad tersebut. Setelah selesai menjawab, pemain 2 itu perlulah memilih pemain 3
untuk menjawab soalan pemain 2 tadi. Permainan diteruskan dengan pemilihan secara
bergilir oleh pemain-pemain.

Denda: Pemain yang tidak dapat menjawab soalan yang ditujukan, pemain tersebut
perlulah menulis jawapan yang betul atas sehelai kertas kosong sebanyak 30 kali. Namun,
setiap pemain mempunyai satu peluang untuk bertanya kepada sesiapa sahaja yang
mengetahui jawapan. Peluang yang telah digunakan tidak boleh diguna balik. Denda
sebegini telah dibincang sesama pembentang bagi meningkat pengetahuan bahasa dan
pengenalan dialek yang berbeza.

P a g e 22 | 40
Contoh Rupa Kad dan Soalan:

Imej 1: Muka hadapan kad Imej 2: Muka belakang kad

Dengan mengadakan permainan ini, semua pelajar dapat melibatkan diri dan ia membuka
peluang pelajar untuk berkomunikasi dengan pelajar lain. Dalam pada itu, hubungan
antara pelajar-pelajar dapat dieratkan dan terjalin.

P a g e 23 | 40
6.0 1 MALAYSIA

1Malaysia (juga disebut Satu Malaysia) ialah satu gagasan yang diperkenalkan oleh
Perdana Menteri Malaysia keenam, Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak pada 2
April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-
etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya.

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di
antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui
'1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan
antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi
berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah
tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.

Perpaduan yang digambarkan oleh Gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep
asimilasi yang diamalkan di negaranegara etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu
identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-
prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia,
dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum,


di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita dapat
hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara

Gambar : 1 Malaysia (Satu Malaysia)

P a g e 24 | 40
6.1 JENIS BAHASA DI MALAYSIA

Malaysia terkenal sebagai negara yang berbilang kaum dan begitu juga dengan
kepelbagaian bahasa yang dipertutur oleh kaum-kaum tertentu. Sebagi contoh, kaum
Melayu bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu, majoriti kaum Cina di Malaysia
bertutur menggunakan bahasa Mandarin dan kaum India pula menggunakan bahasa
Tamil.

Manakala bagi kaum-kaum bumiputera yang lain pula, mereka bertutur


menggunakan bahasa kaum mereka sendiri seperti kaum Sabah dan Sarawak mempunyai
bahasa mereka sendiri. Bahasa Inggeris turut menjadi bahasa pertuturan kedua di
Malaysia kerana seiring dengan keperluan penggunaan bahasa berkenaan sebagai bahasa
antarabangsa.

6.1.1 Bahasa Melayu

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Malaysia.
Bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan Indonesia dan Brunei, serta
salah satu bahasa rasmi di Singapura. Bahasa Melayu juga dipanggil bahasa
Malaysia. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali.

Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas


sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan
semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali
kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk
semua dan tidak mengira kaum.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai


perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Penggunaan Bahasa Melayu di
negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu
menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih
digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India.
P a g e 25 | 40
Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih
difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada
pembahagian geografi atau kawasan. Sebagai contoh, rakyat di negeri Kelantan
mempunyai dialek percakapan yang berbeza dengan pertuturan di Selangor.
Bahasa Melayu juga banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit,
Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh sifat
keterbukaan dan kelenturan bahasa Melayu itu sendiri untuk meresap dan
asimilasi dengan bahasa-bahasa lain.

Bahasa Sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila


bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa
Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bukti
pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan di dalam batu
bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Contohnya, dosa-dosa,
dukkha-duka, deva-dewa, rupa-rupa.

Gambar : Bahasa Sanskrit

Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-


kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Pertembungan orang
tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur
dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke
dalam Bahasa Melayu.

6.1.2 Bahasa Mandarin

P a g e 26 | 40
Bahasa Cina atau secara tepatnya, Bahasa Mandarin merupakan dialek Cina yang
ditutur oleh kaum Cina di Malaysia ini. Bahasa Cina juga merupakan bahasa
penutur masyarakat cina di Malaysia membentuk sebahagian keluarga bahasa
Sino-Tibet.

Kira-kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur dalam suatu
bentuk bahasa Cina sebagai bahasa ibunda, menjadikannya bahasa yang paling
ramai orang di dunia yang menuturnya sebagai bahasa ibunda. Perkataan
Mandarin boleh merujuk kepada dua konsep yang berlainan: sama ada kepada
semua dialek Mandarin, atau cuma Bahasa Mandarin Baku, yang berasaskan
dialek Beijing.

Dalam kegunaan seharian, "Mandarin" biasanya merujuk kepada Bahasa


Mandarin Baku sahaja. Golongan dialek Mandarin yang lebih luas merangkumi
dialek-dialek berbagai yang saling berkaitan; ada yang kurang mudah saling
difahami daripada yang lain.

Secara amnya, kesemua variasi bahasa Cina bersifat sebutan ton dan
analitik. Namun, bahasa ini ada keistimewaannya kerana kepelbagaian
dalamannya yang meluas. Variasi mengikut kawasan di antara variasi atau dialek
yang berbeza boleh dibandingkan kepada keluarga bahasa Romance (keturunan
bahasa Latin); kebanyakan variasi bahasa Cina ditutur cukup banyak kelainannya
sehingga tidak dapat saling difahami antara satu sama lain.

Terdapat di antara 6-12 kumpulan kawasan yang utama (bergantung


kepada skema klasifikasi), yang mana bahasa Mandarin, Wu (Shanghai) dan
Kantonis paling ramai penuturnya. Pengenalpastian variasi-variasi bahasa Cina ini
sebagai "bahasa" atau "dialek" menimbulkan pertikaian.

P a g e 27 | 40
6.1.3 Bahasa Tamil

Bahasa Tamil merupakan dialek yang ditutur oleh majoriti kaum India di
Malaysia ini. Ia merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam
keluarga bahasa Dravidian. Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di India
selatan dan Sri Lanka, bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara
lain seperti di Malaysia ini.

Tulisan bahasa Tamil memang sedikit perubahannya sepanjang tempoh


tersebut. Kesannya, kesusasteraan klasik banyak diterapkan dalam pertuturan
harian seperti kesusasteraan moden. Murid-murid sekolah Tamil, contohnya,
masih diajar aksara-aksara Tamil melalui kaedah átticúdi, kaedah rima abjad yang
direka kira-kira pada abad pertama Masihi.

Bahasa tamil ini juga telah mempengaruhi bahasa Melayu terutamanya


dalam kata-kata harian seperti akka-kakak, kadai-kedai, kappal-kapal, raja-raja,
bhumi-bumi, surya-suria.

 Bahasa Malayalam

Kelainan-kelainan pola nada suara, perbendaharaan kata, dan taburan unsur-unsur


tatabahasa dan fonologi dapat dilihat, bersama-sama dengan had kawasan, agama,
komuniti, pekerjaan, lapisan sosial, gaya, dan daftar. Sebagaimana dengan
bahasa-bahasa India yang lain, pengaruh bahasa Sanskrit adalah paling ketara
dalam loghat-loghat kasta tinggi dan paling kurang dalam loghat-loghat kasta
paling rendah. Terdapat banyak perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris,
Syriak, Greek, Yahudi, Latin, dan Portugal dalam loghat-loghat Kristian,
manakala loghat-loghat Islam mempunyai banyak perkataan bahasa Arab dan
Urdu. Bahasa

P a g e 28 | 40
Malayalam telah meminjam beribu-ribu kata nama, beratus-ratus kata
kerja, dan sebilangan kata tegar daripada bahasa Sanskrit. Sebilangan
perbendaharaan kata bahasa Sanskrit juga telah diserap dalam bahasa Malayalam.
Seperti di kawasan-kawasan India yang lain, bahasa Sanskrit telah dianggap
sebagai satu bahasa untuk golongan bangsawan dan cendekiawan, iaitu serupa
dengan bahasa Latin dalam sejarah Eropah.

 Bahasa Telegu

Telugu tergolong dalam keluarga bahasa Dravidian dan adalah bahasa rasmi di
negeri Andhra Pradesh, India. Ia adalah bahasa Dravidian dengan nombor penutur
yang terbesar di dunia, kedua terbesar bahasa yang dituturi di India selepas Hindi
dan satu daripada 24 bahasa rasmi kebangsaan di India. Orang Inggeris abad ke-
19 memanggil ia Itali Timur laksana semua perkataan dalam Telugu diakhiri
dengan bunyi vokal, tetapi ia dipercayai yang penjelajah Portugis Niccolò Da
Conti datang dengan formulasi itu pada abad ke-15. Diluar india bahasa Telugu
dituturkan oleh kaum india berketurunan Telugu di Fiji,United Kingdom,Amerika
Syarikat,Malaysia dan Afrika Selatan

P a g e 29 | 40
6.2 JENIS DIALECT DAN BAHASA DI MALAYSIA

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai budaya, sejarah dan masyarakat yang
berbilang kaum. Selain kaya dari segi etnik, budaya, makanan, tempat-tempat menarik,
Malaysia turut dikenali dengan bahasanya. Loghat ataupun dialek adalah satu bahasa
yang mudah difahami bagi sesuatu tempat. Kenali loghat-loghat yang ada di Malaysia.

 MALAY
Bagi Kaum Malay, dialek-dialek adalah berbeza mengikut negeri masing-masing.
Antara contoh negeri ialah Dialek Kedah, Dialek Kelantan, Dialek Melaka,
Dialek Sarawak dan lain-lain.

 CINA

P a g e 30 | 40
 INDIAN

6.3 KEBAIKAN MENGUASAI PELBAGAI BAHASA

Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung sejak zaman
dahulu lagi. Dalam mendepani era globalisasi ini,kemampuan menguasai dan
berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada seseorang.
Lantaran itu, University Utara Malaysia(UUM) misalnya, memberikan peluang kepada 
para mahasiswa-mahasiswi untuk mempelajari lima bahasa antarabangsa iaitu, bahasa
Peranchis, Jerman, Jepun, Cina dan Arab melalui pembelajaran bahasa antarabangsa.
Tanpa kemampuan dan kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa, agak sukar seseorang
untuk berkomunikasi khususnya dengan individu yang berlainan bangsa. Oleh itu, banyak
kepentingan akan diperoleh oleh seseorang dengan menguasai pelbagai bahasa lain selain
bahasa ibunda.

6.3.1 Kelebihan untuk Berkomunikasi dengan Pelbagai Bangsa/Kaum

P a g e 31 | 40
Kebaikan pertama menguasai pelbagai bahasa ialah seseorang lebih mudah untuk
berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini demikian kerana seseorang
akan lebih berkeyakinan untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja. Sebagai contoh, dengan
menguasai bahasa Inggeris, seseorang boleh memberitahu tempat-tempat menarik serta
keistimewaan yang terdapat di negara kita kepada pelancong yang datang ke negara kita.
Faedah daripada itu, para pelancong berasa lebih dihargai malah  akan lebih tertarik
untuk berkunjung ke negara kita. Seseorang juga akan lebih memahami psikologi serta
penutur jati individu tertentu. Sebaliknya, tanpa menguasai pelbagai bahasa seseorang
sukar untuk menolong walaupun masih mempunyai niat untuk membantu. Impak
daripada itu, para pelancong akan berfikiran negatif dan berkemungkinan menganggap
kita tidak peramah dan bersikap sombong. Jelas bahawa, dengan menguasai pelbagai kita
mudah berkomunikasi dengan lebih berkesan untuk bertukar fikiran serta maklumat
antara satu sama lain.

6.3.2 Mudah Memperoleh Ilmu Pengetahuan

Selain itu, dengan menguasai pelbagai bahasa seseorang lebih mudah untuk
memperoleh ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana pelbagai ilmu pengetahuan yang
terdapat di dunia ini ditulis dalam pelbagai bahasa, khususnya bahasa Inggeris yang
menjadi bahasa utama dunia. Dengan memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan seseorang
akan lebih dihormati, dipandang tinggi serta tidak dianggap bagai katak di bawah
tempurung. Sebagai contoh, untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama Islam
seseorang wajib menguasai bahasa Arab yang merupakan bahasa kitab suci Al-Quran.
Sementara itu, bagi golongan pelajar mereka lebih mudah untuk membuat rujukan
sama ada melalui buku-buku atau Internet. Kemahiran menguasai bahasa Inggeris
misalnya, sering kali menjadi halangan kepada pelajar Bumiputera di pusat pengajian
tinggi untuk menghasilkan kajian serta bahan ilmiah yang berkualiti. Tegasnya, memiliki
kemahiran bahasa Inggeris yang baik sama ada mendengar, bercakap, membaca atau
menulis adalah amat perlu sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia membangunkan modal
insan di negara ini.

P a g e 32 | 40
6.3.3 Kelebihan untuk Melanjutkan Pelajaran

Seterusnya, seseorang lebih mudah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat


yang lebih tinggi, baik di pusat pengajian tinggi awam atau swasta. Tambahan lagi
kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa menjadi semakin
penting sekiranya seseorang hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hal ini
demikian kerana hampir semua pusat pengajian tinggi menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kekuatannya
sebagai bahasa komunikasi masyarakat dunia.
Hal ini dikukuhkan lagi apabila seseorang ingin melanjutkan pelajaran di negara-
negara maju seperti Jepun dan Peranchis yang menggunakan bahasa ibunda mereka
sendiri sebagai bahasa pengantar utama. Tamsilnya, untuk melanjutkan pelajaran di
negeri matahari terbit, Jepun pelajar perlulah mengikuti kurusus untuk menguasai bahasa
Jepun terlebih dahulu sebagai pakej untuk terpilih untuk mengikuti pengajian di sana.
Jelas terbukti bahawa penguasaan pelbagai bahasa memberikan kemudahan kepada setiap
orang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di samping mudah
untuk memahami budaya dan gaya hidup sesuatu masyarakat yang ditemui.
            
6.3.4 Mudah mendapatkan Peluang Pekerjaan

Akhir sekali, tidak dapat dinafikan bahawa dengan menguasai pelbagai bahasa
seseorang lebih mudah untuk memperoleh peluang pekerjaan. Hal ini disebabkan
seseorang pekerja yang berkemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa dianggap
mempunyai banyak kelebihan serta keistimewaan kerana mampu bertutur dengan
pelbagai pihak. Sebagai contoh, di Malaysia seseorang yang boleh bertutur dalam bahasa
Melayu, bahasa Inggeris dan Mandarin memiliki ciri-ciri pekerja yang digemari dan
disukai majikan kerana masyarakat majmuk yang terdapat di negara kita.
Di samping itu, dengan menguasai pelbagai bahasa membolehkan seseorang itu,
menceburkan diri dalam bidang penterjemahan atau jurubahasa dalam bidang kehakiman
dan juga sektor pelancongan. Bidang terjemahan dikatakan mempunyai masa depan yang
cerah kerana mempunyai permintaan yang tinggi.  Begitu juga dalam bidang pelancongan

P a g e 33 | 40
yang amat memerlukan khidmat pemandu pelancong asing yang boleh menguasai bahasa
asing. Sesungguhnya, penguasaan pelbagai bahasa dan kemahiran berkomunikasi
menjadi suatu kriteria dan pertimbangan utama majikan dalam memilih ciri pekerja yang
berkualiti.

Intihanya, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek


bahasa asing di peringkat university perlulah dipuji bagi memperkasakan lagi modal
insan yang bakal dilahirkan. Oleh itu, semua pihak khususnya ibu bapa bukan sahaja
perlu menerimanya secara positif malahan memberikan sokongan tanpa wujud perasaan
berbelah bahagi. Semua individu khususnya golongan pelajar perlulah merebut peluang
yang disediakan oleh pihak kerajaan kerana kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa
akan memberikan nilai tambah sekali gus menyediakan masyarakat yang mampu duduk
sama rendah berdiri sama tinggi untuk bersaing di peringkat global. Justeru, tepuk dada
tanya selera, adakah kita ingin menjadi individu yang hanya memahami bahasa ibunda
atau mampu menguasai pelbagai bahasa yang pastinya memberikan kelebihan kepada
kita kelak.

P a g e 34 | 40
6.4 FAKTOR-FAKTOR TIDAK DAPAT MENGUASAI
PELBAGAI BAHASA DENGAN BERJAYA

6.4.1 Menganggap bahasa asing tidak penting

Menguasai pelbagai bahasa mempunyai pelbagai kebaikan misalnya mempelajari


bahasa inggeris. Bahasa inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang membolehkan
pelbagai kaum untuk berkomunikasi dengan mudah. Seseorang yang lemah berbahasa
Inggeris sebenarnya tidak nampak akan kepentingan Bahasa Inggeris. Akibatnya
mereka tiada keinginan untuk belajar bersungguh-sungguh. Mereka ini belajar Bahasa
Inggeris kerana terpaksa. Mereka tiada minat langsung untuk belajar tentangnya
apatah lagi untuk menguasainya. Bahasa Inggeris bagi mereka adalah satu bahasa
yang susah, berbelit-belit dan memeningkan kepala. Jadi tidak perlulah beria-ia
belajar Bahasa Inggeris. Samalah bersama dengan bahasa asing yang lain,
mempelajari bahasa asing sebenarnya amat penting kerana akan mendatangkan
banyak kelebihan kepada diri seseorangnya.

6.4.2 Pengaruh Persekitaran

Selain itu, persekitaran juga sebenarnya mempengaruhi tahap penguasaan bahasa


seseorang. Sebagai contoh, kita dilahirkan sebagai Melayu. Kulit kita sawo matang.
Bahasa kita Bahasa Melayu. Di Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan. Biasanya kita akan menggunakan bahasa ibunda kita untuk
berkomunikasi dengan keluarga, rakan-rakan, saudara-mara dan guru-guru. Dari
awal pagi kita bangun, kita bercakap Bahasa Melayu, jumpa kawan-kawan kita cakap
Bahasa Melayu, dengar radio-radio berbahasa Melayu, menonton filem-filem Melayu
dan sebagainya. Dengan ini, seseorang itu yang dilahirkan di Malaysia tidak
mempunyai motivasi untuk mempelajari bahasa lain.

6.4.3 Tiada kawan pandai dalam bahasa asing

Dalam sekolah, semua kawan biasanya kaum orang Melayu. Tiada seorang pun
kawan-kawan yang berbangsa lain, jadi semua kawan bergaul dengan menggunakan
P a g e 35 | 40
bahasa melayu sahaja. Seseorang itu mestilah lemah dalam bahasa asing walaupun
berminat kerana tiada kawan dapat berkomunikasi dengan menggunakan bahasa
asing. Dengan ini, semangat seseorang yang hendak belajar bahasa asing akan
menurun. Namun, selepas melanjutkan pelajaran ke universiti, universiti mempunyai
pelajar-pelajar antarabangsa yang datang dari luar negara. Jadi seseorang yang
berminat dalam pembelajaran bahasa asing bolehlah dapat bergaul dengan mereka dan
boleh terus praktis cakap bahasa asing dengan pelajar-pelajar asing tu.

6.4.4 Sikap orang

Seterusnya, sikap seseorang juga adalah antara punca yang menyebabkan mereka
gagal menguasai bahasa asing. Sikap negatif seseorang terhadap bahasa asing dilihat
sebagai punca yang menghalang mereka untuk dapat menguasai bahasa asing dengan
baik. Menurut kajian yang dibuat, didapati jumlah orang yang tidak pasti akan tujuan
mereka belajar bahasa asing sebagai bahasa kedua menunjukkan peratusan yang
tinggi bagi setiap item. Ada sebahagian orang menunjukkan suka bercakap dalam
bahasa asing dan ada sebahagian orang menunjukkan suka membaca bahasa asing.
Sikap negatif seseorang terhadap bahasa asing dikaitkan dengan kurangnya
pendedahan terhadap bahasa asing seperti membaca buku bahasa asing, menonton
televisyen dalam bahasa asing, bercakap dengan rakan-rakan yang bertutur bahasa
asing dan lain-lain.

6.4.5 Tiada cita-cita tinggi nak sambung belajar di luar negara

Ramai orang menganggap belajar bahasa asing ni sebagai persiapan ke luar negara
untuk sambung belajar. Tidak semestinya kita hanya belajar asing untuk pergi ke
sana. Berada dalam Malaysia juga boleh cakap bahasa asing. Contohnya, boleh
bergaul dengan pelajar-pelajar antarabangsa dengan bahasa asing di universiti. Lebih-
lebih lagi nak berurusan dengan orang luar. Dengan belajar bahasa asing, ini akan
memudahkan seseorang mencari pekerjaan yang syarikat besar terutamanya yang
sentiasa berniaga dengan syarikat luar negara. Seseorang yang bekerja dalam sektor
perkhidmatan awam ataupun swasta, keperluan penggunaan bahasa asing terutamanya

P a g e 36 | 40
Bahasa English sangat penting. Kemahiran bahasa asing adalah amat penting
walaupun berada dalam negara.

P a g e 37 | 40
6.5 CARA MEMPELAJARI PELBAGAI BAHASA DENGAN
EFEKTIF

6.5.1 Belajar secara kumpulan

Belajar secara kumpulan merupakan satu langkah mempelajari bahasa dengan


efektif. Dengan belajar secara berkumpulan, boleh meningkatkan tahap pemahaman.
Belajar bersama rakan-rakan dapat membuatkan proses pembelajaran menjadi lebih
menyeronokkan dan mengurangkan tekanan yang sedang alami disebabkan kesukaran
bahasa.Untuk membuat sesi pembelajaran menjadi lebih efektif, kumpulan ini boleh
mewujudkan permainan main peranan iaitu‘role play’di mana anda perlu melakonkan
semula situasi dunia sebenar dengan menggunakan bahasa yang minat belajar.
Kumpulan pembelajaran ini juga boleh mencuba permainan-permainan lain yang
menarik dan mampu memberi motivasi kepada semua orang contohnya permainan
yang terlibat ganjaran.

6.5.2 Baca, tulis,tonton drama dan dengar lagu yang berbahasa asing

Selain itu, dengan menonton drama dan filem yang berbahasa asing seseorang
lebih mudah mempelajari bahasa. Cubalah mencari drama dalam bahasa yang sedang
pelajari dan menonton sesering mungkin. Dengan membaca sarikata, seseorang itu
akan menemui perkataan yang tidak kenal. Untuk memahami jalan cerita drama, anda
akan mencari maksudnya dan ini akan memperbanyakkan kosa kata di ingatan.
Samalah dengan mendengar muzik, selain memperbanyakkan kosa kata yang di
ingatan, ia juga dapat membantu meningkatkan kemampuan mendengar. Usahakan
untuk membaca dan menulis dalam bahasa yang pelajari. Membeli buku-buku atau
majalah dalam bahasa tersebut lalu usahakan membaca satu artikel sehari. Mencari
maksud perkataan yang tidak fahami melalui applikasi kamus untuk menguasai
memperbanyakkan kosa kata di ingatan.

P a g e 38 | 40
6.5.3 Belajar dan hafalkan kosa kata

Seterusnya,menguasai kosa kata adalah salah satu hal terpenting yang harus
dilakukan semasa mempelajari suatu bahasa. Meskipun sesorang itu tidak mengerti
keseluruhan kalimat, kemampuan memahami kata kunci pada kalimat akan membantu
seseorang memahami arti umum suatu ceramah atau teks. Seseorang perlulah
berfokuslah untuk mempelajari kata inti. Menguasai kata inti dalam suatu bahasa
adalah cara cerdas untuk mulai mempelajari suatu bahasa. Contohnya setelah
menguasai 100 kata tersebut, berusahalah menguasai 1000 kata inti. Secara anggaran,
setelah menguasai 1000 kata inti,seseorang akan memahami 70% dari teks apa pun.
Seseorang perlu berfokus untuk menguasai kosa kata yang relevan bagi dirinya.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu sentiasa terlibat dalam perniagaan, belajarlah
dulu kosa kata berkaitan perniagaan.

6.5.4 Hubungi penutur asli bahasa yang ingin pelajari

Cara terbaik untuk mempelajari bahasa adalah dengan menuturkannya. Berbicara


dengan penutur asli bahasa akan memotivasi seseorang mempelajari bahasa. Cubalah
menemukan teman yang merupakan penutur asli bahasa yang seseorang ingin pelajari
dan hendak membantu diri seorangnya belajar. Jika tidak biasa menemukan penutur
asli bahasa yang ingin dipelajari di sekitar, cubalah menghubungi penutur asli bahasa
melalui Skype. Orang-orang luar negeri sering kali hendak membantu seseorang
untuk belajar bahasa mereka selama 30 minit. Sebagai gantinya, mereka biasanya
meminta dibayar dalam wang.

P a g e 39 | 40
7.0 PENUTUP

Bahasa yang terdapat di Malaysia ini memang banyak tetapi harus disedari bahawa,
Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia ini merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia.
Bahasa Malaysia ini memberikan faedah yang dapat menyatupadukan rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Hal ini dikatakan demikian
kerana, kita perlu pertahankan bahasa Malaysia ini sebagai bahasa kebangsaan. Jika
bukan kita siapa lagi yang ingin pertahankan kerana ia diibaratkan seperti peperangan
yang harus kita tempuhi untuk mengekalkan benteng kubu kita sendiri supaya tidak
pecah.

Jika tidak pertahankan Bahasa Malaysia ini, generasi akan datang tidak ambil
peduli bahawa Bahasa Malaysia ini di mana taraf kedudukannya dan negara Malaysia
mudah dijajah oleh kuasa barat yang menggunakan bahasa asing. Ini akan
menunjukkan bahawa, bahasa Malaysia sangat penting dalam kehidupan kerana itu
lambang keperibadian seseorang apabila berkomunikasi dan ia selaras dengan
mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.

Namun harus diingatkan, walaupun bahasa Melayu itu sebagai bahasa rasmi
Malaysia, kita juga perlu hormat antara satu sama lain apabila melakukan sebarang
aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan komunikasi. Ini menunjukkan rakyat
Malaysia bukan sahaja hebat bertutur, malah pandai menjaga adab perkauman antara
bangsa. Di sini lahirnya kasih sayang atau perihatin antara masyarakat yang tidak
mengira kaum dan agama. Jika tidak menjaga hal yang demikian, akan banyak timbul
isu perkauman atau juga boleh berlakunya peperangan di dalam negara.

Menguasai pelbagai bahasa itu tidak menjadi satu kesalahan terhadap


seseorang individu kerana ilmu yang dipelajari itu dapat membantu diri supaya mudah
berkomunikasi terutama kepada masyarakat umum dan juga boleh memberi tunjuk
ajar kepada generasi yang akan datang. Hal ini juga dapat membantu diri lebih
mengenali secara terperinci terhadap sesuatu bahasa dari segi adab dan
penggunaannya. Apabila kita menjaga adab dalam berbahasa, bangsa lain akan
hormat dengan apa yang kita lakukan.

Kenalilah bahasa kita yang terdapat di Malaysia agar kita tidak menjadi diri
yang duduk dalam satu kelompok sahaja seperti bangsa melayu hanya dengan orang
melayu atau dikenali sebagai “asabiyah”.
P a g e 40 | 40

You might also like