Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


1 Pengenalan 1-2
Soalan :
Memartabatkan PJPK sebagai satu mata pelajaran 3 – 14
2 yang penting di sekolah rendah berdasarkan KSSR

3 Penutup 15
4 Rujukan 16

Pengenalan

0
Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh dalam bukunya Panduan Ilmu Pendidikan
Komprehensif untuk KPLI (sekolah Rendah) ,Perkataan Kurikulum berasal dari konsep kuda
berlari di negara Greece.Secara literal,ia bermaksud satu kursus.Berikut beberapa takrif tentang
kurikulum.

1.Kerr J. K (1968), Hirst (1975) serta Nicholls S. H. dan Nicholls A (1978) mentafrif kan
kurikulum adalah rancangan diperingkat sekolah

2.B.O.Smith, W.D. Stanley dan J. H. Shores (1957), J. G Saylor & W. M Alexander (1974) dan
K. Egan (1978) menyatakan kurikulum adalah rancangan bidang pendidikan.

3.Tyler(1950) ,G. A. Beauchamp (1968) dan A.S Robinson (1971) memfokuskan kurikulum
kepada objektif dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku sama ada di sekolah
atau di luar sekolah.

4.Kurikulum ditakrifkan sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah
ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan (Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979).

Kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta
kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat
Malaysia. Kurikulum berperanan untuk mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek,
jasmani, rohani dan sosial dengan cara seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang
boleh membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan
terlatih untuk keperluan Negara.

KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)

Untuk peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai
31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis
semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata
pelajaran selebihnya.

Bermula tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula dilaksanakan di
semua sekolah rendah dan dimulai oleh murid-murid tahun 1. KSSR digubal berdasarkan
keperluan yang terkandung di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang

1
dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Sri Abdullah Ahmad Badawi. Matlamat
utama kurikulum ini ialah memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk dengan semangat
menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompentensi serta menerapkan nilai-nilai murni.

Faktor-faktor yang menyebabkan kurikulum di Malaysia berubah.

Kurikulum di Malaysia sebenarnya tidak berubah seratus peratus tetapi ianya ialah
penambahbaikan daripada kurikulum yang lepas. Mengapa penambahbaikan ini perlu
dilakukan? Perubahan atau penambaikan ini dilakukan untuk memenuhi tuntutan semasa.
Misalnya pada era 1960-an hingga 1980-an, pertanian amat penting pada ketika itu. Oleh sebab
itu, kurikulumnya menitik beratkan kepada soal pertanian. Manakala, pada era 1980-an ke
1990-an, zaman perindustrian telah muncul menggantikan zaman pertanian. Maka kurikulum
pada ketika itu memfokuskan kepada bidang kemahiran yang berkaitan dengan perindustrian.

Menurut Fatimah Hamid Don (1984), sejarah perkembangan kurikulum di negara ini
sememangnya memperlihatkan dengan jelas bahawa aktiviti-aktivitinya adalah mencerminkan
penegasan-penegasan pemerintah dalam rancangan pembangunan negara untuk tiap-tiap lima
tahun.

Seterusnya, bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan seperti
yang kita lihat pada masa kini, ia dianggap sebagai satu mata pelajaran yang kurang penting.
Ini mungkin disebabkan oleh kurang kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang
kepentingan subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bukan sahaja di sekolah
malahan di dalam kehidupan manusia itu sendiri.

2
Soalan :

Memartabatkan PJPK sebagai satu mata pelajaran yang penting di sekolah rendah
berdasarkan KSSR.

Terdapat beberapa cara yang dicadangkan di sini untuk membantu kita dalam
memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ke tahap yang
lebih tinggi dan setaraf dengan mata pelajaran teras yang lain. Antaranya ialah :

1) Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan sebagai role model terbaik.
2) Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan diajar oleh guru opsyen.
3) Syor Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan sebagai subjek teras dan dimasukkan
dalam peperiksaan UPSR.
4) Kerap menganjurkan kursus-kursus khas untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan.
5) Memberi kesedaran kepada murid-murid, ibubapa, guru-guru dan masyarakat tentang
kepentingan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
6) Menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
7) Penyerapan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dalam
pengajaran mata pelajaran lain di sekolah.
8) Pentaksiran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang lebih sistematik.
9) Mewujudkan ruang-ruang bacaan atau pondok Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan di sekolah.
10) Menganjurkan Minggu atau Bulan Pendidikan Jasmani dan kesihatan di peringkat sekolah.

Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan sebagai role model terbaik

Sebagai pendidik, kita tidak akan terlepas dari pandangan masyarakat sekeliling. Guru
dianggap sebagai contoh terbaik kepada murid-muridnya. Semua aspek perlu diambil kira
samada dari aspek peribadi guru itu sendiri, sikap, cara pemakaian dan sebagainya. Begitu juga
dengan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu menunjukkan penampilan yang terbaik
dan setanding atau lebih hebat berbanding dengan guru-guru mata pelajaran yang lain.

3
Gambar 1 di bawah menunjukkan banding beza cara guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
berpakaian sukan yang betul dan salah.

Gambar 1 : Banding beza pemakaian guru yang betul dan salah

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan diajar oleh guru
opsyen.

Untuk memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan,


langkah seterusnya yang boleh dilakukan ialah dengan cara mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan hendaklah diajar oleh guru opsyen. Ini bertujuan untuk memastikan
murid mendapat ilmu yang sepatutnya dan bukannya berlari tiga pusingan dan bermain bola
setiap kali masa Pendidikan Jasmani. Selain itu, aspek asas pergerakan iaitu berlari, melompat
dan melontar harus diterapkan di dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang terlatih dan mendapat kursus mengetahui dengan lebih
mendalam tentang perkara ini. Seterusnya, pengajaran berbentuk pergerakan kreatif dan
dinamik akan membawa kepada rasa seronok murid ketika melakukan aktiviti. Maka, adalah

4
wajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan diajar oleh guru opsyen.
Sejajar dengan matlamat KSSR iaitu mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan
kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaraan, pengetahuan ini telah ada di dalam
guru opsyen yang bakal menghadiri kursus itu. Gambar 2 di bawah menunjukkan dilema yang
dialami oleh guru bukan opsyen Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang mengajar
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Apalah nasib badan…


opsyen matematik…
tapi di suruh ajar PJK…
hentam je la…

Gambar 2:
Dilema guru zaman sekarang

Syor Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan sebagai subjek teras dan
dimasukkan dalam peperiksaan UPSR.

Seperti mata pelajaran teras yang sedia ada iaitu Bahasa Malaysia, Matematik, Bahasa
Inggeris dan Sains, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan boleh
dijadikan mata pelajaran teras dan dimasukkan dalam peperiksaan UPSR. Peranan kurikulum
dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi murid-murid dari segi
intelek, jasmani, rohani dan sosial secara seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang
boleh membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yg mahir dan

5
terlatih untuk keperluan negara. Di sini jelas hasrat pendidikan di Malaysia ialah ingin
melahirkan individu yang seimbang dari jasmani. Justeru itu, mata pelajaran ini sebenarnya
akan melahirkan murid yang cergas dan berdisiplin ketika pengajaran dan pembelajaran
berjalan. Oleh itu, secara tidak langsung murid akan menjadi cerdas dan mudah mematuhi
arahan walaupun ketika mata pelajaran lain diajar. Di negara Barat misalnya, subjek Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan subjek teras dan menjadi keutamaan berbanding
subjek-subjek yang lain. Tetapi berbeza apa yang berlaku di negara Malaysia, subjek
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tidak diutamakan. Malahan bukan sahaja
golongan ibubapa menganggap mata pelajaran ini kurang penting tetapi ada juga golongan
berpendidikan yang menganggap ia tidak memberikan faedah kepada murid-murid. Dalam
KSSR ada menerapkan tentang perubahan fizikal, fisiologi serta psikologi semasa akil baligh.
Maksudnya, murid telah didedahkan tentang perubahan fizikal ketika melalui akil baligh dan
batasan-batasan antara jantina lelaki dan perempuan. Berbanding KBSR, tajuk ini hanya akan
diajar di sekolah menengah iaitu ketika murid berada di tingkatan 1 dan 2.

I Like BI
I Like Science

I Like BM I Like Math

I Love PJK

Gambar 3:
Sekadar gambar hiasan

6
Kerap menganjurkan kursus-kursus khas untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan.

Sememangnya bagi memartabatkan sesuatu perkara antara lain langkah untuk


mencapai hasrat itu ialah dengan mengadakan kursus-kursus khas. Tujuan utama kursus ini
dibuat adalah bagi memberi input-input baru dan melatih guru-guru untuk mengaplikasi teori
yang telah dipelajari melalui pengajaran mikro. Kursus-kursus ini hendaklah dihadiri oleh guru-
guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dan bukannya guru mata pelajaran lain
seperti mata pelajaran Matematik. Ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan guru tentang
ilmu akan disampaikan semasa kursus itu nanti. Sehubungan itu, jurulatih-jurulatih yang akan
menyampaikan ilmu di dalam kursus itu nanti hendaklah jurulatih yang bertauliah. Langkah-
langkah ini perlu dititik-beratkan dan ianya sesuai dengan hasrat memartabatkan Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di mata masyarakat di negara Malaysia khususnya. Gambar
3 dibawah memaparkan keadaan guru-guru sedang bermesyuarat

Gambar 4 : Guru-guru sedang bermesyuarat

7
Memberi kesedaran kepada murid-murid, ibubapa, guru-guru dan masyarakat
tentang kepentingan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Di peringkat ini, guru berperanan penting untuk memberi kesedaran kepada murid-
murid, ibubapa, guru-guru dan masyarakat tentang kepentingan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bukan sahaja di dalam peperiksaan tetapi juga di dalam
kehidupan seharian murid-murid. Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-
komponen mental, sosial, emosi, dan rohani. Maka antara kepentingan kecergasan ialah
membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan
keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan
diri berfungsi dengan lebih cekap. Selain itu, murid hendaklah didedahkan tentang kelebihan
memiliki kesihatan yang baik dan tahap kecergasan yang baik. Kesedaran ini penting kepada
murid supaya mereka lebih menghayati nilai yang akan mereka perolehi daripada mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Manakala unsur kemahiran berfikir
hendaklah diserapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan. Kemahiran berfikir merupakan satu proses yang menggunakan minda
untuk mencari makna dan seterusnya penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah
yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu dengan membuat pertimbangan dan
keputusan serta refleksi yang logik dan munasabah terhadap proses yang dialami. (Edward de
Bono,1976, Dewey, 1910). Oleh yang demikian, secara tidak langsung mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dapat dimartabatkan. Gambar 5 di sebelah
memaparkan mesyuarat PIBG mengenai permasalahan murid.

8
Gambar 5:
Mesyuarat PIBG membincangkan permasalahan murid

Menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan


Jasmani dan Pendidikan kesihatan.

Sejajar dengan hasrat kerajaan membestarikan semua sekolah, penerapan pengajaran


dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dengan menggunakan internet
menjadikan satu lagi langkah bagaimana memartabatkan mata pelajaran ini. Walaupun tidak
semua sekolah memiliki kemudahan internet, tetapi kerajaan telah mengambil satu langkah
bijak iaitu sekolah-sekolah di luar bandar telah dilengkapkan dengan kemudahan internet dan
tenaga solar bagi menaik taraf serta memberi peluang kepada murid-murid di kawasan
pendalaman menikmati kemudahan ini. Justeru itu, murid-murid boleh melayari laman-laman
web yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Penggunaan
internet di kalangan murid-murid bukan lagi satu benda baharu pada masa kini, oleh yang
demikian pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran ini akan lebih menarik. Gambar 6
di sebelah memaparkan kesungguhan murid menggunakan aplikasi teknologi maklumat.

9
Gambar 6 : Murid menunjukkan minat menggunakan teknologi maklumat

Penyerapan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dalam


pengajaran mata pelajaran lain di sekolah.

Penyerapan :

1. Penyerapan adalah apabila ilmu pengetahuan daripada beberapa bidang diserapkan


menjadi satu mata pelajaran.

2. Program KSSR, unsur-unsur isi kandungan mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan
diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa.

3. Sebahagian unsur mata pelajaran yang lain seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Seni,
Pendidikan Jasmani dan Muzik juga diserap dalam program bahasa sebagai aktiviti
sokongan.

10
Contohnya, ketika guru mata pelajaran matematik yang ingin mengajar mengenal angka
1 hingga 100. Guru tersebut boleh menggunakan kaedah seperti murid menyebut angka sambil
melakukan senaman badan. Penyerapan subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
bukan sahaja menarik minat murid, malah martabat mata pelajaran ini dapat ditingkatkan lagi.

Syoknya kalau ada PJ dalam


buku BI nie…

Gambar 7 : Sekadar
gambar hiasan

Pentaksiran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang lebih sistematik

Langkah seterusnya bagaimana memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan


Pendidikan Kesihatan ialah dengan mengadakan pentaksiran mata pelajaran ini secara
berasingan.

Pentaksiran formatif berasaskan sekolah:

1. Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid


dalam pembelajaran.
2. Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai.
3. Bersifat autentik dan holistik.

11
4. Modul pengajaran dan pembelajaran mengandungi cadangan aktiviti pemulihan dan
pengayaan.

Dengan adanya pentaksiran seperti ini maka dapatlah guru menilai tahap penguasaan
murid dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Pelaksanaan ujian
ini dilakukan sekali dalam setiap semester. Hasil ujian ini akan memberi maklumat terperinci
kepada guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tentang tahap kecergasan murid-
murid. Oleh yang demikian, ini adalah sebahagian daripada langkah untuk memartabatkan
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Gambar 8 di bawah
menunjukkan Ujian Segak yang dijalankan oleh guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Gambar 8 : Ujian
Segak Tekan Tubi

Mewujudkan ruang-ruang bacaan atau pondok Pendidikan Jasmani dan Pendidikan


Kesihatan di sekolah.

Dalam menterjemahkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan


ini sebagai satu mata pelajaran yang menarik, beberapa kaedah dari mata pelajaran yang lain
boleh ditiru. Misalnya, mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah sering mewujudkan ruang-
ruang bacaan dan pondok Bahasa Malaysia. Kita juga perlu mewujudkan ruang dan pondok
yang menarik sebagai tempat rujukan dan penambahan ilmu pengetahuan murid. Keseronokan

12
pasti akan tercipta dan minat murid pasti akan lebih mendalam terhadap mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Gambar 9 di sebelah merupakan contoh Pondok
Belajar.

Gambar 9 : Contoh
Pondok Belajar

Menganjurkan Minggu atau Bulan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di


peringkat sekolah.

Pihak sekolah boleh menganjurkan minggu atau bulan Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan di peringkat sekolah yang dikelola oleh Unit Panitia Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan. Antara tujuan Minggu dan Bulan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan ini ialah:

1. Memberi kesedaran tentang kepentingan dan peranan mata pelajaran Pendidikan


Jasmani dan Pendidikan Kesihatan kepada murid dan masyarakat setempat.
2. Menyediakan satu ruang kepada murid untuk menyelami lebih dekat tentang subjek
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
3. Memberi pendedahan tentang kelebihan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

13
Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan termasuklah:

1. Aktiviti yang berbentuk pertandingan. Contohnya melukis dan permainan.


2. Pameran.
3. Perlawanan persahabatan
4. Ceramah.
5. Menjual buku-buku atau risalah berkaitan dengan subjek Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan.
Gambar 10 di bawah merupakan aktiviti bermain bola bersama guru dan murid.

Gambar 10 :
Aktiviti bermain bola sepak antara guru dan murid

14
Penutup
Kesedaran dan keprihatinan pihak tertentu tentang kepentingan Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan di sekolah tidak boleh dipandang remeh. Misalnya, isu berat badan sudah
sekian lama menjadi perbualan di kalangan masyarakat. Namun kesedaran terhadap
implikasinya ke atas kesihatan masih kurang. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai ibu
bapa suka melihat anak montel dan comel apabila kelihatan tembam. Sebaliknya kita lupa
bahawa keadaan itu akan menyebabkan anak-anak akan mengalami masalah pergerakan,
menjadi bahan ejekan dan akhirnya mengalami tekanan perasaan. Pengambilan jumlah
makanan berhubungkait dengan jantina, umur dan jenis aktiviti seseorang invidu. Oleh itu,
adalah ideal untuk pelajar mengamalkan pengambilan makanan seimbang dan juga melakukan
aktiviti senaman atau fizikal bagi mengekalkan BMI untuk hidup sihat dan cergas bukan dengan
pengambilan bahan-bahan tambahan yang memberi kesan terhadap kesihatan kita. Contohnya
produk-produk untuk kelihatan langsing, menyedut lemak atau mengambil pil pelangsingan dan
sebagainya.
Sehubungan dengan itu, memantapkan tenaga pengajar dan jurulatih-jurulatih
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan selain daripada menggunakan teknologi
maklumat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran murid sedikit sebanyak dapat
memartabatkan mata pelajaran ini di mata masyarakat.

15
Rujukan

Ragbir Kaur Joginder Singh (2010).Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif untuk KPLI (Sekolah
Rendah).Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Sufean H.(2008).Pendidikan Di Malaysia dan Sejarah Sistem dan Falsafah .

Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahrir @ Charil M.(1999).Isu Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur

:Utusan Publication & Distribution Sdn.Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) Draf Kurikulum Standard Sekolah


Rendah.Pendidikan Kesihatan Tahun Satu.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) Draf Kurikulum Standard Sekolah


Rendah.Pendidikan Jasmani Tahun Satu.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=1446:kepentingan-sukan-untuk-
kesihatan&catid=225:kepentingan-sukan

http://www.isn.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=48&Itemid=254&lang`=ms

16

You might also like