Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Rumusan

Kesimpulannya, melalui video tentang faktor-faktor mengeratkan hubungan etnik dan


pantang larang setiap kaum telah memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia serta
pelancong luar negara lebih memahami budaya Malaysia. Faktor seperti pakaian, setiap kaum
mempunyai pakaian-pakaian traditional yang membukti identiti sesuatu kaum. Sebagai contoh,
cheongsam ialah pakaian traditional dari kaum Cina , baju kurung dari kaum Melayu dan baju
sari dari kaum India.Baju-baju traditional ini juga direka bentuk supaya setiap kaum boleh
memakai dan merasai budaya antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, perayaan juga faktor yang
penting dalam mengeratkan hubungan antara kaum-kaum yang berbeza. Hal ini demikain,
semasa perayaan seperti Hari raya aidilfitri, Tahun baru Cina dan Hari Deepavali , kita boleh
nampak bangsa Malaysia tidak kira cina,melayu atau india mereka akan melawat antara satu
sama lain serta bersama-sama mereka meraikan perayaan-perayaan walapun perayaan tersebut
bukan dari tradisi atau bangsa mereka. Di samping itu, terdapat banyak jenis makanan dari
bangsa-bangsa yang berbilang kaum seperti kuih bulan,laksa, roti canai dan banyak lagi juga
faktor yang terpenting dalam mengeratkan hubungan etnik antara satu sama lain. Makanan
seperti kuih bulan asal usul dari cina juga diterima oleh kaum yang lain dan mereka juga
membuat kuih bulan yang halal supaya semua orang boleh merasai keeenakan makanan tersebut.
Pantang-larang dari setiap kaum juga mengajar rakyat Malaysia menghormati antara satu sama
lain tidak kira kulit, agama atau bangsa. Setiap kaum mempunyai pantang larang tersendiri dan
kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati adat resam dan budaya setiap kaum kerana
memberi penghormatan kepada kaum yang lain juga memberi penghormatan kepada kaum
sendiri. Setiap kaum di Malaysia mahu kehidupan yang aman dan sejahtera bukan hidup yang
pandang rendah adat resam atau budaya kaum yang lain. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu ada
tanggungjawab dalam perpaduan kaum dan bersama-sama kita mencapai perpaduan kaum untuk
kemakmuran Malaysia .

You might also like