Skema Kuiz2019

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SULIT PSVK3193

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 1 Tahun 1

PENGENALAN ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL

KOD KURSUS : PSVK3193 KUIZ : SEPTEMBER 2019

SKEMA PEMARKAHAN (SP)

1 SULIT
© 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PSVK3193

Jawab semua soalan.

1. Jelaskan konsep Pendidikan Seni Visual untuk murid berkeperluan khas.

- Pendidikan Seni Visual bagi Pendidikan khas adalah program atau


perkhidmatan yang dibina untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
berkeperluan khas.

- Pendidikan Seni Visual dalam Pendidikan khas memerlukan fleksibiliti dan


motivasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

- Strategi dan teknik pengajaran Pendidikan Seni Visual diubah suai untuk
diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut
keperluan murid.

- Konsep Pendidikan Seni Visual untuk murid berkeperluan khas terkandung


dalam kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang
menyediakan ruang untuk murid memperolehi kemahiran seni mengikut
peringkat dan keperluan mereka.

- Kurikulum ini mengandungi empat bidang yang perlu dilaksanakan secara


holistik, menyeluruh dan intergratif, memandangkan kemahiran tersebut saling
berkait dan perlu disesuaikan dengan domain perkembangan murid itu.

- Pendidikan Seni Visual juga menjadi alat terapi seni kepada murid
berkeperluan khas.

- Kerjasama semua pihak yang merangkumi guru, pentadbir sekolah, ibu bapa,
keluarga, komuniti, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan para
professional sangat diperlukan bagi memberi intervensi yang berkesan supaya
pendidikan dan perkembangan murid dapat dipertingkatkan.

[10 markah]

2. Ulas pandangan tokoh terkemuka atau tokoh pendidik seni visual tentang salah
satu budaya Asia yang dipilih.

Tokoh yang dipilih ialah Ibnu Khaldun yang membicarakan tentang keindahan
Seni Islam;

- Ibnu Khaldun merupakan salah seorang tokoh pemikir tentang falsafah dan
seni islam yang terkenal.

- Beliau mengatakan bahawa seni itu merupakan suatu kebenaran, keindahan


dan kebaikan yang terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika, etika dan
logika.

2 SULIT
© 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PSVK3193

- Estetika mengandungi unsur-unsur kecantikan, baik susunannya, menarik


komposisinya serta indah apabila sesuatu hasil karya itu dihasilkan.

- Etika itu merujuk kepada elemen–elemen akhlak atau moral yang membina
manusia.

- Logika pula merujuk kepada satu kebenaran yang hakiki.

- Pengetahuan dalam sejarah boleh membentuk kerangka kefahaman dalam


seni.

- Bagi Ibnu Khaldun, kebenaran dalam kesenian haruslah berpaksikan Allah


s.w.t.

- Kesenian dicetuskan dengan niat mendapatkan keredhaan allah.s.w.t. seni


dalam islam adalah seni yang mementingkan nilai-nilai akidah, syarak dan
akhlak.

- Kesenian islam menjadikan al-quran, al-sunnah, ijmak dan qiyas sebagai


sumbernya. Dalam seni khat misalnya, terkandung nilai kebenaran pada
keesaan allah s.w.t. seni khat arab adalah anugerah daripda allah kepada
manusia.

- Keindahan ditafsirkan sebagai kecantikan, keelokkan atau perihal yang


menerangkan sesuatau yang indah.

- Kesenian yang diciptakan atas seni islam mestilah mengandungi nilai kebaikan
dan nilai akhlak. Sedangkan seni yang tidak berbentuk islam diciptakan untuk
tujuan takbur, riak menaikkan nafsu syahwat, merosakkan akidah, syarak dan
akhlak.

- Estetika pula membawa maksud kecantikan, baik susunannya dan


keberkesanannya. Ia melibatkan psikologi manusia yang berkaitan dengan
perasaan.

- Daripada sudut psikologi, keindahan itu dilihat sebagai sesuatu yang sesuai
kepada pancaindera atau deria rasa.

[20 markah]

3. Berdasarkan catan Vincent van Gogh yang dihasilkan pada tahun 1889, sila
nyatakan aliran yang menjadi asas kepada penghasilan karya dan huraikan
konsep, falsafah serta teknik membuat catan yang menjadi pegangan aliran ini.

Karya “The Starry Night” ini adalah berdasarkan kepada aliran Seni Post
Impresionisme yang merupakan gerakan seni rupa pada tahun 1880-an. Sesuai
dengan namanya, gerakan itu merupakan lanjutan dari Impresionisme. Seniman-

3 SULIT
© 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PSVK3193

seniman Post-Impresionisme asalnya mendapat pengaruh dari gerakan


Impresionisme, namun kemudian menolaknya, kecuali beberapa unsurnya yang
mendasar seperti penggunaan warna yang cermerlang.

Post Impresionisme bukan merupakan gaya tunggal, melainkan meliputi beberapa


kecenderungan gaya. Beberapa seniman Post-Impresionis, seperti Cezanne dan
Seurat menghidupkan kembali unsur Klasikisme. Seniman yang lain, misalnya
Van Gogh dan Gauguin, memasukkan unsur Romantisme dalam gayanya.

Post Impressionisme wujud antara tahun 1880 hingga tahun 1910. Istilah Post
Impressionisme diberi oleh pengkritik seni dari England iaitu Roger Fry dan Clive
Bell. Konsep pengkarya pada aliran ini juga tidak mementingkan perspektif dalam
penghasilan karya. Mereka melukis dan mewarna gambar yang sama tetapi dari
sudut yang berbeza dan lukisan dalam bentuk yang tidak lengkap yang
menimbulkan impresi stail yang spontan serta kekayaan pada jalinan lukisan
tersebut. Namun mereka tidak meniru bentuk sesuatu yang hidup tetapi mencari
persamaan seni kepada yang hidup dan mereka membuat imej secara logik,
berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan audien.

Terdapat beberapa perbezaan dan persamaan antara aliran Impressionisme dan


Post-Impressionisme. Antara perbezaan tersebut ialah aliran Impressionisme
mementingkan apa yang dilihat manakala aliran Post-Impressionisme pula
mementingkan struktur dari imej gambar. Selain itu, pelukis atau pengkarya pada
zaman Impressionisme menggunakan warna yang cerah tanpa menggunakan
warna hitam, manakala pengkarya pada zaman Post-Impressionisme pula
menggunakan warna dari kumpulan yang sama tanpa memberi perhatian pada
jarak dan kedudukan objek. Pengkarya pada zaman Impressionisme menganggap
seni adalah berasaskan sains tetapi falsafah pengkarya aliran Post-
Impressionisme beranggapan bahawa seni adalah seni dan tiada kaitan dengan
sains. Persamaan kedua-dua aliran ini pula ialah mereka berkarya di luar studio
dan melukis gambar dari kedudukan dan teknik catan yang pelbagai.

Karya Van Gogh Starry Night (1889) ini menggambarkan pemandangan sebuah


kota di bawah langit malam hari. Teknik apuan berus tampak meliuk-liuk dan
bergulung-gulung dari bahagian kanan komposisi, mengisari objek bintang dan
bulan sabit. Kesan gerak bergelombang juga tampak pada objek gunungan. Gerak
ritmatik pada objek-objek ini yang mendatar ini diimbangi dengan bentuk pohon
cemara yang berdiri tegak di bahagian kiri dan menara gereja di bahagian tengah
komposisi. Pemandangan alam di malam hari ini tidak lagi di dasarkan pada
pandangan objektif Impresionisme, tetapi dengan pandangan yang lebih mistikal.

[20 markah]

4 SULIT
© 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like