Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

SEKOLAH KEBANGSAAN KOLOROK

PETI SURAT 194


89908 TENOM SABAH

KERTAS CADANGAN
PROGRAM INOVASI REKABENTUK
TEKNOLOGI 2020

TAJUK:
ROKET AIR

DIKELOLAKAN OLEH:
PANITIA RBT
SK KOLOROK
KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI

PANITIA REKABENTUK TEKNOLOGI

SK KOLOROK, TENOM SABAH


TAJUK: ROKET AIR

PENGENALAN

Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu
diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap dapat
menyuntik semangat murid-murid di SK Kolorok untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang
reka cipta.

RASIONAL
1. Melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara keseluruhan
demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.
2. Merialisasikan hasrat, cita-cita dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadikan
Kokurikulum sebagai pelengkap dalam kurikulum.
3. Menyemarakkan minat ahli dalam kajian angkasa secara khususnya dan teknologi secara
umumnya dan menggalakkan penyelidikan secara saintifik.
4. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan
produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.

MATLAMAT
1. Meningkatkan semangat dan kecintaan ahli kelab untuk mendalami ilmu dan teknologi
angkasa.
2. Memberikan pendedahan kepada ahli aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan
seharian.
3. Memupuk dan mencungkil bakat, daya krativiti dan inovasi ahli.
4. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.
OBJEKTIF
1. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan Rekabentuk dan Teknologi.
2. Menaiktaraf status kelab RBT SK Kolorok ke tahap cemerlang

SASARAN

Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 SK Kolorok

PERNYATAAN MASALAH

Antaranya ialah :

1. Kekurangan sumber/ kedai yang menjual roket air di pasaran. Murid berminat untuk
bermain, namun ketiadaan kedai tertentu yang menjualnya.
2. Murid tidak pernah mendapat pendedahan mengenai proses mereka cipta bahan.
3. Murid tidak mengetahui barang yang sesuai dalam penghasilan roket yang baik.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.

Skop kajian ialah untuk mengguna pakai bahan sekitar yang terdapat dalam kawasan sekolah
kerana pihak sekolah juga mahu menekankan konsep kitar semula.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Antara kepentingannya ialah:

1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan produk berinovasi dan rekacipta
melalui aktiviti persatuan.
2. Membuka peluang serta menanam budaya berfikiran kreatif.
3. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata
pelajaran rekabentuk teknologi (Teknologi Pembuatan).
ANGGARAN KOS PROJEK

Bil Pendapatan RM Bil Perbelanjaan RM

1 Waran Peruntukan 450.00 1. Pelancar roket 160.00


Program Inovasi
(4 x rm40)

Kementerian 2. Masking tape 30.00


Pendidikaan
20 x RM 1.50

Malaysia 3. Pemberat ( Tanah Liat) 20.00

20 x RM 1.00

4. Platik yang keras untuk 60.00


membuat sirip roket
(mounting board)

10 x RM 6.00

5. Hadiah (Pertandingan
Sasaran Terbaik)

Tempat Pertama Hamper


40.00
Tempat Kedua Hamper
30.00
Tempat Ketiga Hamper
20.00

Hadiah (Pertandingan
6. Payung Terjun Terbaik)

Tempat Pertama Hamper

Tempat Kedua Hamper 40.00

Tempat Ketiga Hamper 30.00

20.00

JUMLAH 450.00 JUMLAH 450.00

Kos anggaran untuk projek inovasi ini.


*Untuk 10 kumpulan kecil.

Bahan tambahan perlu dibawa oleh murid: Botol minuman plastik berukuran besar , 1.5 L (4)
dan plastik sampah hitam (Kitar semula)

TINJAUAN DAN KAJIAN

Daripada tinjauan yang dijalankan, Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR)


merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Angkasa dengan kerjasama Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Universiti Malaya. Ia
telah berlangsung selama beberapa tahun bermula dari tahun 2003 sebagai projek perintis.
Dalam pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah
dikehendaki mencipta model roket air yang sempurna menggunakan botol air minuman 1.5 liter.
Penggunaan botol air minuman tesebut bertujuan mengurangkan daya geseran mudah untuk
didekorasi dan lebih inovatif. Seterusnya, model roket air itu akan dilancarkan menggunakan
alat pelancar roket bersama kombinasi tekanan air dan udara.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyelidikan laman sesawang serta buku untuk
penghasilan pelancar roket serta binaan asas roket air.

PERANCANGAN PROJEK

Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:

Setiap kali perjumpaan (Rabu waktu kokurikulum)

Bil Aktiviti Tarikh


.

1. Taklimat Aktiviti Pertandingan Roket Peringkat Sekolah

2. Bengkel Pembinaan Roket Air Sasaran

(Best Target)

3. Bengkel Pembinaan Roket Air

(Payung Terjun Terbaik (Best Parachute))

4. Pertandingan Roket Air Sasaran (Best Target) dan Roket


Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)

KESIMPULAN
Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam
kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu
kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Sains. Akhirnya sekali, projek ini dapat
memberikan manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(MOHD ESSAUFFY BIN ROSSKELLY) (RAINOH PING SANG)


Ketua Panitia RBT SK Kolorok Penolong Kanan Kurikulum SK Kolorok

Disahkan oleh,

(YUTANG PAMIANG AMPULI)


Guru Besar SK Kolorok

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

PENAUNG : EN YUTANG PAMIANG AMPULI


Guru Besar

PENGERUSI : EN RAINOH PING SANG


Penolong Kanan Kurikulum

NAIB PENGERUSI 1 : EN HAFEZ AZWAN BIN DARWIS


Penolong Kanan Kokurikulum

NAIB PENGERUSI 2 : EN JOEFREEZER MOURICE


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SETIAUSAHA : EN MOHD ESSAUFFY BIN ROSSKELLY

PENYELARAS : EN RAYNER PATRICK

AHLI JAWATAN KUASA : SEMUA GURU PANITIA RBT


PENGENALAN
Roket air ialah roket yang menggunakan kuasa air dan udara untuk terbang.
STRUKTUR ASAS ROKET AIR

STRUKTUR ASAS ROKET AIR


PELANCARAN ROKET
1. Masukkan air dalam roket.

2. Pastikan apabila roket dimasukkan pada pelancar, air lebih kurang 40% dari
isipadu botol. Kalau lebih roket menjadi berat dan tak pergi tinggi.
Pegang hujung roket (untuk pelancar tanpa kunci) atau kuncikan roket pada
tapak pelancar.

3. Mulakan pam angin ke dalam pelancar roket. Jangan pam terlalu banyak angin ,
kerana boleh menyebabkan roket atau pelancar pecah.
Pastikan tiada sesiapa berhampiran tapak pelancaran roket dan tempat roket
dijangka akan jatuh.

4. Cuba dengan botol kecil dahulu 500ml sebelum mencuba dengan botol besar
1.5ml. Botol kecil boleh pergi setinggi 100 meter, sementara botol besar boleh
pergi setinggi 200 meter.

PERTANDINGAN PELANCARAN ROKET PARACUT DAN ROKET SASARAN TERBUKA


SEKOLAH KEBANGSAAN KOLOROK TENOM

A. PERATURAN UMUM

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua Kelab dan Persatuan Sek. Keb. Selayang Jaya
2. Setiap pasukan terdiri daripada empat (4) orang murid dan diiringi oleh seorang (1) guru
pembimbing sahaja.
3. Pertukaran peserta dalam pasukan adalah TIDAK dibenarkan.
4. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut:
a) Kateogri R2 - Sasaran Terbaik (Best Target)
b) Kategori R3 - Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)
5. Model roket perlu siap dibina sebelum pertandingan dan boleh dibina semasa bengkel.
6. Setiap pasukan perlu kreatif dalam rekaan kon muncung dan sirip roket air dengan hanya
menggunakan bahan yang berasaskan plastik dan bahan lembut sahaja.
7. Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja.
8. Semua model roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang disediakan oleh
pihak penganjur sahaja.
9. Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa
notis awal.
10. Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan.
11. Pihak urusetia tidak bertanggugjawab ke atas sebarang kecederaan dan kehilangan yang
disebabkan oleh kecuaian peserta dan guru.

B. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

SYARAT KATEGORI R2 – SASARAN TERBAIK (BEST TARGET)

1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang akan jatuh pada sasaran yang
ditetapkan.
2. Jarak sasaran, x dari tapak pelancar akan ditetapkan oleh panel hakim pada hari pertandingan
iaitu di antara 50m dan 100m.
3. Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh pada sasaran, setiap pasukan perlu
menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol, tekanan udara dan sudut roket.
4. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.
5. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.
6. Jarak roket air yang jatuh dalam bulatan sasaran akan dinilai dan markah akan ditentukan
berdasarkan jarak terdekat roket air dari sasaran (bull’s-eye).
7. Roket air yang jatuh di luar bulatan sasaran adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan).
8. Hanya percubaan terbaik sahaja akan diambil kira dalam pengiraan markah johan keseluruhan.
9. Sekiranya roket air berpecah kepada dua (2) bahagian selepas pelancaran, percubaan tersebut
adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan).
10. Gambarajah berikut menunjukkan pelan tapak pelancaran dan zon sasaran.

SYARAT KATEGORI R3 - PAYUNG TERJUN TERBAIK (BEST PARACHUTE)

1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung terjun dan
catatan masa roket di udara akan diambil.
2. Payung terjun mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air.
3. Komponen utama roket air harus jatuh bersama payung terjun ke permukaan Bumi.
4. Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan tekanan
udara.
5. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.
6. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.
7. Masa akan mula diambil semasa roket air dilancarkan sehingga ianya:
i. Jatuh ke permukaan tanah; atau
ii. Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau
iii. Hilang dari pemerhatian para hakim; atau
iv. Berada di udara melebihi 15 minit.
JAWATAN KUASA PENGELOLA
PERTANDINGAN PELANCARAN ROKET PARACUT
DAN ROKET SASARAN TERBUKA
SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA
TAHUN 2015

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA

BIL JAWATAN KUASA BIDANG TUGAS

1 JK PENDAFTARAN - Menguruskan pendaftaran peserta.

2 JK URUSETIA - Memastikan setiap aktiviti berjalan dengan


lancar.

- Memastikan urusetia sentiasa bersama ketika


diperlukan di padang.

2 JK JURI HAKIM - Menjadi hakim bagi mencatat jarak sasaran


dan catatan masa pendaratan payung terjun.

3 JK KAWALAN /DISIPLIN - Memastikan keselamatan peserta


pertandingan daripada gangguan pelajar yang
tidak terlibat.

- Memastikan pelajar yang tidak terlibat tiada


berkeliaran di padang sekolah.

4 JK SIJIL/ CENDERAHATI - Menyediakan sijil untuk peserta.

- Memastikan sijil-sijil disampaikan kepada


peserta semasa majlis penutup.

- Membeli hadiah hamper kepada 6 kumpulan


mengikut kedudukan markah.

- Mengatur majlis penyampaian


sijil/cenderahati kepada pemenang/peserta.

5 JK SIARAYA DAN ALATAN - Menyediakan & mengendalikan alatan siaraya


sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

6 JK DOKUMENTASI/ - Memastikan setiap program yang dilaksanakan


FOTOGRAFI di ambil gambar/rakam untuk di
dokumentasikan.
JAWATAN KUASA PENGELOLA

PERTANDINGAN PELANCARAN ROKET PARACUT

DAN ROKET SASARAN TERBUKA

SEKOLAH KEBANGSAAN KOLOROK TENOM

TAHUN 2020

PENGERUSI : EN YUTANG PAMIANG AMPULI

(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI : EN RAINOH PING SANG

(GPK KURIKULUM)

SETIAUSAHA : EN MOHD ESSAUFFY BIN ROSSKELLY


_____________________________________

AHLI JAWATAN KUASA KECIL :

BIL TUGAS NAMA GURU

1 JK BUKU PROGRAM/JEMPUTAN

2 JK URUSETIA/PENDAFTARAN/JURI HAKIM
3 JK KAWALAN /DISIPLIN

4 JK SIJIL/ CENDERAHATI

5 JK KEBAJIKAN/ PERTOLONGAN CEMAS

6 JK SIARAYA DAN ALATAN

7 JK DOKUMENTASI/ FOTOGRAFI

8 JK MAJLIS PENUTUP

Penyelaras Pertandingan:

BIL AKTIVITI/PERTANDINGAN PEGAWAI BERTUGAS

1 Pertandingan Sasaran Roket Terbaik

(Best Target).

2 Pertandingan Payung Terjun Terbaik

(Best Parachute).

You might also like