Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Rumusan 3

Petikan membincangkan punca-punca berlakunya longgokan sampah di negara


kita.
Antara puncanya ialah, Sistem kutipan sampah tidak sempurna.Orang ramai gagal
menguruskan sampah mereka (1m) dan tidak melupuskannya mengikut cara yang
betul. Amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan pakai buang
semakin berleluasa.Bahan pembungkusan barangan dibuang begitu sahaja.Pihak
yang dipertanggungjawab untuk mengutip dan melupuskan sampah tidak
menjalankan tugas secara berkesan.Masyarakat kita gemar membeli barangan
baharu dan membuang barangan lama.
Antara kesan-kesan daripada longgokan sampah ialah, Pencemaran alam sekitar
berlaku dan persekitaran menjadi kotor.
Kesimpulannya, semua pihak masyarakat haruslah bekerjasama mengatasi
masalah longgokan sampah agar dapat menjamin kebersihan persekitaran.
Soalan Pemahaman 3

1. Maksud rangkai kata semakin serius


-Menjadi parah

2.Antara cara-caranya ialah, Kerajaan seharusnya menguatkuasakan larangan


penggunaan polisterina dan beg plastik kerana penguraiannya memakan masa
yang sangat lama.Amalan kitar semula dilaksanakan dalam kalangan rakyat.Tong
kitar semula disediakan di banyak tempat dan ada pihak yang bertanggungjawab
untuk menguruskannya secara berkesan.Masyarakat perlu segera beralih kepada
penggunaan bahan mesra alam

3.Cara satu, Organisasi-organisasi dan pasar raya besar seperti Giant, Tesco,
SpeedMart 7-Eleven dan lain-lain haruslah menyertai dan memberikan sokongan
berterusan dengan tidak menyediakan beg plastik pada setiap hari Sabtu.

Cara dua, Media massa menyiarkan rencana pembuatan beg plastik daripada
minyak agar memberikan kesedaran kepada pengguna bahawa lebih banyak
plastik kita gunakan hari ini berkuranglah bekalan minyak kita pada masa
hadapan.

Cara tiga, Pihak sekolah atau NGO mengadakan ceramah tentang keburukan
penggunaan beg plastik yang menimbulkan pelbagai kesan buruk kepada alam
sekitar seperti sukar dihapuskan, menyebabkan berlaku peresapan air yang
mengakibatkan banjir dan merosakkan kesuburan tanah.

You might also like