Reportakhirli 181008151652 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Terima-Kasih


saya ucapkan kepada Double Star Marketing kerana telah
memberi saya peluang memberi peluang saya menjala nka n
latihan industri selama 8 minggu di syarikatnya. Oleh itu, saya
ingin memberikan penghargaan kepada Law Zhi Yong selaku
pengarah syarikat dan juga selaku penyelia industri saya
sepanjang saya bertugas. Tidak lupa juga saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf-staf di sana yang
banyak memberi tunjuk ajar kepada saya yang masih hijau dalam
bidang graphic design.

Segala tunjuk ajar daripada semua staf pekerja dalam


bahagian design telah memberikan saya pengalaman baru serta
ilmu- ilmu yang sangat bermanfaat terhadap saya, pengalama n
dan ilmu yang disumbangkan itu kelak akan membantu saya
menempuhi alam pekerjaan sebenar. Saya menganggap diri saya
sebagai seorang individu yang bertuah kerana saya diberi
peluang untuk menjadi sebahagian daripada pekerja disana dan
saya juga bersyukur kerana mempunyai peluang untuk bertemu
senior-senior yang mahir dalam membimbing saya disana.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih


kepada Unit Latihan Industri dan FSKIK UPSI yang banyak
membantu dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani
latihan industri, juga tidak lupa juga kepada pensyarah
penyeliaan saya, iaitu DR. Hafizul membantu dalam memanta u
tugasan-tugasan saya ketika menjalankan latihan industri di
Double Star Marketing.

2
TEKS UTAMA

Terlebih dalulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T


kerana di atas limpah kurnianya dan keizinannya, saya telah
menyempurnakan latihan industri ini dengan jayanya. Saya
berasa gembira kerana Latihan ini bermula dengan baik dan
berakhir dengan sempurnanya. Ia telah berjalan dengan lancar
sepertimana yang diharapkan. Latihan ini merupakan satu syarat
yang diwajibkan ke atas setiap pelajar UPSI sebelum layak
dipertimbangkan untuk penganugerahan.

Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum


dibenarkan untuk memasuki semester yang berikutnya. Pelajar
yang gagal perlu mengulangi semula latihan industri. Oleh itu
pelajar perlu mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
Unit Latihan Industri dan juga syarikat pelajar ditempatkan .
Pada 2 Julai 2018 merupakan tarikh saya melaporkan diri pada
tempat latihan industri saya iaitu Double Star Marketing yang
bertempat di Jalan Meranti Seksyen 3, Batang Kali, Selangor.
Pada hari pertama melaporkan diri di syarikat tersebut, saya telah
berkenalan dengan majikan dan saya juga bersuai kenal dengan
pekerja yang juga terdapat di syarikat tersebut. Seterusnya, saya
ditugaskan untuk membersihkan pejabat dan menyusun atur
semula kedudukan perabot di dalam pejabat untuk ‘work-
station’ sepanjang latihan industri saya.

Pada hari pertama juga, saya telah dibahagikan tugas


mengikut bahagian yang telah ditetapkan oleh majikan dan saya
telah ditempatkan dalam bahagian yang menguruska n
permintaan pelanggan berkaitan skop business syarikat seperti
design ‘banner’, ‘bunting’, ‘namecard’, design bagi ‘printing’
logo baju, ‘flyer’, ‘resume’, ‘sticker’, dan macam-macam lagi
asalkan berada dalam skop kerja syarikat. Saya juga telah
diminta untuk menunjukan sedikit kemahiran-kemahira n
menggunakan applikasi design yang saya mahir, disini saya telah
menunjukkan serba sedikit hasil-hasil tugasan pensyarah pernah
berikan sepanjang 3 tahun belajar di USPI.
PENGENALAN

Double Star Marketing adalah sebuah syarikat ‘design’


ataupun reka bentuk persendirian yang tertumpu kepada reka
bentuk ‘banner’, ‘bunting’, ‘namecard’, design bagi ‘printing’
logo baju, ‘flyer’, ‘sticker’, dan juga ‘resume’ 100% mengik ut
kehendak reka bentuk pelanggan, dan syarikat ini telah
beroperasi sejak awal tahun 2014 lagi. Double Star juga
menawarkan ‘template’ reka bentuk yang sedia ada buat
pelanggan yang tiada idea untuk melakar design, pelangga n
boleh memilih reka bentuh yang sesuai dengan cita rasa mereka
berpatutan dengan harga yang minima.

Dalam menjadikan reka bentuk lebih menarik, Double


Star Marketing juga turut menawarkan bahan kertas/kad yang
pelbagai dengan pakej harga yang berbeza. Syarikat ini juga
mencetak kertas/kad berkenaan berdasarkan reka bentuk kad
yang telah pelanggan tentukan. Bukan setakat itu, syarikat ini
juga turut menerima reka bentuk bagi ‘signboard’ atau papan
tanda untuk kegunaan mempromosi tadika ataupun kedai makan.
Secara tidak langsung, Double Star Marketing telah menjadi
sebagai pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan reka
bentuk kepada pelanggan yang tinggal di persekitan kawasan ini.
Double Star Marketing telah mengumpulkan satu kumpula n
mahir yang khusus membolehkan mereka menawarkan pelbagai
perkhidmatan dalam skop reka bentuk.
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN
INDUSTRI

Secara ringkasnya semasa saya melakukan latihan industri di


Double Star Marketing. selama 2 bulan Bersamaan 9 minggu
saya telah menjalani latihan industri ini. Bermula pada 2 / 7 /
2018 sehingga 28 / 8 /2018. Jadual saya telah diberi semasa hari
pertama saya datang ke Double Star Marketing. Jadual adalah
seperti berikut:

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD

9.30 9.30 9.30 9.30 9.30 9.30


Pagi Pagi Pagi Pagi Pagi Pagi
- - - - - - CUTI
6.30 6.30 6.30 6.30 6.30 6.30
Petang Petang Petang Petang Petang Petang

Di atas adalah jadual yang perlu saya lalui selama 9 minngu ini.

TUGASAN SPESIFIK

Pada permulaan tugasan diberikan adalah berkaitan


dengan membuat ‘namecard’ pelanggan untuk menguji setakat
mana kemahiran reka bentuk yang saya miliki setakat ini.
Pelanggan sudah mengesahkan reka bentuk dan saya membuat
‘namecard’ pelanggan berdasarkan ciri-ciri reka bentuk yang
dimahukan. Kebiasaan membuat reka bentuk adalah
menggunakan perisian Adobe Illustrator, tapi ketika itu saya
cuma mahir menggunakan perisian Adobe Photoshop sahaja.
Dalam mengendalikan tugasan dalam skop reka bentuk,
masih banyak perkara yang masih perlu dipelajari. Juga disini,
saya terpaksa mempelajari urusan perniagaan dalam
menguruskan inventori,’purchase order(PO)’, ‘deliver y
order(DO)’ dan menentukan skala harga yang ditetapkan
syarikat bagi tiap-tiap reka bentuk yang dihasilkan bagi
mengelakkan kerugian. Dari sini juga saya dapat memperbaik i
teknik pengurusan masa dan pembahagian tugasan dalam apa-
apahal perniagaan. Saya turut melibatkan diri dalam menge mas
stor serta menyatakan jumlah-jumlah barang-barang yang
berada di store. Saya juga turut diminta menjadi guru ganti bagi
tuisyen yang majikan saya uruskan, jika ketiadaan pelanggan di
syarikat, dan ada masa lapang, saya diminta membantu syarikat
tuisyennya untuk tempoh satu-dua jam.

AKTIVITI

Kebanyakkan aktiviti yang saya lakukan sepanjang


tempoh latihan industri adalah membuat reka bentuk ‘banner’,
‘bunting’. dan juga ‘namecard’, ini adalah kerana permintaa n
yang tinggi terhadap item tersebut. Dalam sehari boleh mendapat
lebih kurang empat ke lima reka bentuk yang diminta oleh
pelanggan, dan saya diberikan tempoh paling lewat tiga hari saja
untuk satu reka bentuk, ini adalah untuk memastikan hubunga n
intim dengan pelanggan supaya mereka tidak menunggu lama
untuk item mereka telah pesan.
Aktiviti juga tidaklah selalunya mengikut masa seperti
jam waktu kerja, kerana setiap hari pada akan ada arahan tugasan
yang berbeza-beza. Analoginya adalah pada hari sabtu saya
mendapat tugasan menyiapkan reka bentuk ‘banner’ sebelum
tengah hari, tetapi juga masa itu saya terpaksa mengantikan guru
tuisyen yang tidak hadir kerana MC ketita hari tersebut, jadinya
aktiviti dalam bidang kerja akan kadang-kadang tertangguh.
Tetapi maji faham akan keadaan itu kerana saya terpaksa
berulang dua tiga tempat dan memberikan tempoh lebih untuk
saya menyiapkan tugasan saya.
MINGGU 1  Fasa suai kenal dengan
pekerja senior
 Mempelajari latar
belakang syarikat oleh
pekerja senior.
MINGGU 2  Membuat flyer, namecard
 Mengganti guru tusyen.
MINGGU 3  Membuat menu design
makanan 12 pages
MINGGU 4  Membuat banner,
bunting.
 Membantu membersihka n
store
MINGGU 5  Majikan memberi tugasan
tentang membuat catalog
barangan di store
 Membuat reka bentuk
namecard/banner/bunting
MINGGU 6  Memulakan tugasan
membuat catalog barang
dengan mengamb il
gambar satu per satu
sebelum jadikan gambar
format PNG.
 Membuat reka bentuk
namecard/sticker/bunting.
MINGGU 7  Menghasilkan gambar
yang telah diambil
menjadi format PNG dan
mula menghasilka n
template catalog
MINGGU 8  Memasukkan satu per
satu gambar ke dalam
template catalog dan
mengukur margin setiap
gambar supaya pukul rata
saiznya sekata.
MINGGU 9  Memberikan catalog
barangan yang telah
disiapkan kepada staf
pekerja.
 Memberikan ucapan akhir
sebelum menamatka n
industri.
OBJEKTIF

Antara objektif utama latihan industri diwujudkan adalah


untuk bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan suasana
pekerjaan yang sebenar. Ia juga tujuan untuk menanam semangat
kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa pekerjaan.
Selain itu membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori
yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal yang
dijalankan di alam pekerjaan yang sebenar. Di samping itu
pelajar dapat mengukuhkan keyakinan diri ke alam perkerjaan
serta pengalaman yang ditimba juga boleh dijadikan sebagai
persedian untuk menempuh alam pekerjaan kelak.
Objektif yang ingin dicapai bagi penempatan latiha n
industri adalah untuk mencari pengalaman dan juga ingin
mendedahkan diri saya serba-sedikit dalam dunia industri yang
bakal saya bekerja selepas saya graduasi kelak. Oleh hal yang
demikian, saya ingin menimba sebanyak mungkin pengalama n
yang boleh saya gunakan pada masa hadapan. Saya juga ingin
memperbaiki diri saya daripada segi kemahiran dan ingin
mengasah lagi bakat saya sepanjang saya menjalani latiha n
industri.

1.Bahan/teknik/usaha/pengetahuan yang terlibat


Antara pengetahuan yang terlibat sepanjang latiha n
industri adalah perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, dan
Adobe After Effect(jarang digunakan). Dengan menggunaka n
perisian tersebut, saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi
oleh majikan berkaitan skop kerja rekan bentuk grafik. Saya
yang tidak mahir menggunakan Adobe Illustrator juga telah
sedikit sebanyak mempelajar banyak kemahiran tools dalam
perisian tersebut, jika tidak kerana pekerja senior saya pasti akan
lambat mahir menggunakannya. Antara kemahiran yang saya
dapat belajar sepanjang menggunakan Adobe Illustrator adalah
‘Image Trace’, ‘clip mask(fungsi yang sama seperti Photoshop)
, ‘blend mode’, ‘clone stamp’, dan juga ‘filter’.
2.Pengajaran baru yang diperolehi
Apa yang saya perolehi sepanjang menjalankan latiha n
industri di syarikat ini adalah cara berkenaan pengurusa n
database SQL dimana mereka menggunakan SQL bagi merekod
barang-barang yag berada digudang. Seterusnya adalah tentang
pengurusan akaun bagaimana mereka menguruskan wang dan
cara menentukan harga bagi setiap reka bentuk. Saya juga turut
diajar cara menempah order melalui website mengikut reka
bentuk, dan material kertas/kad berdasarkan cita rasa pelangga n.

3. Masalah yang dihadapi dan cadangan corecction action yang


sesuai untuk mempertingkatkan pencapaian.
Selalunya tentang reka bentuk yang dibuat sendiri oleh
pelanggan yang gambarnya ‘bitmap’, iaitu piksel gambar yang
kurang peratus warna RGB dan mudah pecah jika besarkan.
Selalunya gambar ‘bitmap’ itu akan saya ‘image trace’ semula
dan lukis satu per satu. Ini akan memakan sedikit masa dan
pelanggan tidak memahami akan kesusahan itu. Seterusnya
berkenaan prosessor PC yang agak perlahan dan RAM yang
agak sederhana, jadi agak sukar untuk melakukan ‘multi-
tasking’, sebagai contoh membuka perisian Adobe Illustra tor
dan Adobe Photoshop secara serentak.
Saya mengutarakan cadangan agar majikan mencari PC
terpakai yang sedikit tinggi prosessornya, dan membeli RAM
terpakai pada harga murah, kerana saya ada sedikit pengalama n
dalam pemansangan PC dimana saya telah mengambil kelas ini
di UPSI semasa semester satu.

4.Aktiviti yang saudara/i minati tetapi tak diikuti.


Pada awalnya, saya bertanggapan di syarikat ini saya
dapat mempelajari secara mendalam berkaitan teknik-teknik
reka bentuk dan kemahiran mengurus pelanggan di sini. Namun
aktiviti yang diminati sering terganggu peluang untuk praktikkan
kerana ada masa saya terpaksa berulang-alik ke syarikat majikan
yang lain seperti tusyen dan gudangnya kerana tidak cukup
tenaga kerja, jadi kerja dalam bidang yang asal akan ditangguh
sementara saya membantu tempat yang lain. Saya juga kurang
masa untuk praktikkan kemahiran saya miliki pada syarikat.
Tapi kebaikannya adalah saya belajar menggunakan database
SQL dan cara menguruskan barang di gudang, ini merupakan
ilmu baru yang saya perolehi.
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, latihan industri yang


dilaksanakan oleh pelajar semester tujuh adalah amat berguna
terutamanya bagi diri saya. Dengan adanya latihan industr i
menjadi satu landasan bagi saya untuk mengenali bidang kerja
yang sebenar serta lebih luas terutamanya saya sebagai ISMP
mendapati terdapat banyak isu lambakan graduan bakal guru
tidak mendapat penempatan guru dan agak lambat, saya
berpeluang menggunakan kemahiran yang saya dapat di latiha n
industri untuk kebaikan masa depan. Ia juga tak langsung
menjadi landasan bagi saya untuk mengembangkan kemahira n
sedia ada saya dengan lebih luas. Melalui latihan industri ini,
saya dapat mengaplikasikan segala ilmu teori yang saya pelajari
sepanjang tempoh pengajian saya selama 6 semester sebelum
merasai alam pekerjaan sebenar.
Di samping itu, ilmu yang diperoleh sepanjang pengajia n
di UPSI dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam dunia pekerjaan.
Perbezaan semasa pengajian di UPSI dan menjalani latiha n
praktikal adalah amat berbeza sekali terutamanya secara
berkomunikasi dengan orang luar. Gaya komunikasi mereka
kelihatan lebih matang. Maka, ini merupakan kelebihan yang
saya peroleh bagi meningkatkan lagi gaya komunikasi. Justeru,
latihan ini amat baik dan wajar diteruskan bagi melahirka n
graduan yang lebih berkualiti selaras dengan hasrat kerajaan
untuk melahirkan golongan profesonal yang dinamik. Dalam
tempoh menjalani latihan industri di Double Star Marketing
banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya terima
semasa ketika melakukan kerja di dalam syarikat mereka.
Pengetahuan dan pengalaman amat berguna bagi diri
saya untuk memajukan lagi diri saya dan mencerahkan masa
depan saya terutama sekali dalam bidang industri. Semua
pengetahuan dan pengalaman tersebut akan menambahka n
keyakinan, kemahiran serta kebolehan diri saya dalam
melakukan sesuatu kerja apabila memasuki alam pekerjaan
kelak. Banyak cabaran yang terpaksa saya tempuhi terutama
sekali terpaksa mengatasi masalah pengurusan dalam akaun dan
pengurusan database inventori. Pada awalnya susah untuk saya
mengatasi masalah pelanggan tersebut tetapi dengan bantuan
daripada pekerja senior di syarikat tersebut lama kelamaan dapat
mengatasi masalah tersebut dengan sendirinya. Dari segi
perhubungan dengan pekerja-pekerja syarikat, tiada sebarang
masalah yang saya hadapi. Ini kerana sikap setiap pekerja yang
ceria dan begitu prihatin terhadap setiap gerak kerja yang saya
lakukan. Kerjasama yang dihulurkan dalam setiap gerak kerja
yang saya lakukan juga membanggankan. Selain itu, kerajinan
yang ditunjukan oleh pekerja dalam melakukan kerja
mencederungkan diri saya untuk menjadi seperti mereka.
CADANGAN

Selama 2 bulan menjalani latihan industri di Double Star


Marketing, banyak perkara yang perlu dititik beratkan oleh pihak
syarikat. Ada beberapa cadangan yang saya mahukan kemukan
kepada pihak syarikat bagi menambah baik infrastruktur dan
kemudahan kerja disana. Tujuannya adalah untuk menjadika n
Double Star Design sebagai sebuah syarikat yang menawarkan
pakej reka bentuk(design) yang terbaik di kawasan Bandar Baru
Batang Kali memandangkan kawasan berkenaan merupakan
satu-satunya pusat sehenti yang menawarkan bisnes reka bentuk
dikawasan tersebut.
Perkara pertama adalah mengamalkan sikap yang matang
dalam mengendalikan masalah. Tidak perlu berberbalah
sekiranya terdapat perselisihan faham terutamanya tentang reka
bentuk, kerana sudah tentulah manusia ini tidak sama, tetapi juga
jangan ego dalam menerima cadangan penambahbaikan dari
rakan sekerja, kerana mereka mahukan yang terbaik untuk
pelanggan. Saya bersyukur pekerja-pekerja disini amat bagus
dalam menjaga tutur perkataan, kerana kita tidak mahu ada
sesiapa yang rasa tidak puas hati kerana terluka akan pertuturan
yang kasar.
Pihak syarikat juga perlu menitik beratkan hal
kekemasan dan kebersihan kedai. Susun atur meja, kerusi dan
rak perlulah kelihatan menarik. Ini tujuannya bagi
menghidupkan suasana selesa dan mesra pelanggan. Oleh itu,
staf pekerja di syarikat berkenaan perlu bekerjasama melakukan
kerja-kerja mengemas dan pembersihan kedai, jangan ada sikap
malas-malasan kerana semua juga penat bekerja. Arahan yang
disampaikan perlula mengikut waktu yang sesuai dan tidak
mengganggu waktu pekerja sedang beristirehat. Tugasan yang
diberikan untuk disiapkan perlulah bersesuaian dengan masa
yang diberi. Pembahagian tugas yang tidak terancang dan
mampu menibulkan terkanan kepada pekerja dan pelatih seperti
saya.
Memberi tugasan lain dari skop pembelajaran adalah
salah satu latihan tambahan bagi setiap pelatih industri yang
baru, namun pihak penyelia haruslah tahu tahap kemampuan
bagi setiap individu. Seterusnya seperti yang saya sebutkan di
atas adalam masalah PC bekerja yang agak sederhana. Syarikat
boleh mengeluarkan sedikit modal untuk menaik taraf pc-pc
yang digunakan untuk kerja-kerja reka bentuk. Ini tujuan bagi
melicinkan kerja-kerja staf. Jika tidak mempunyai lebihan bajet,
diharapkan pihak syarikat dapat membuat penyelengga raa n
berkala agar jangka hayat pc-pc berkenaan lebih lama. Jika tidak,
sekiranya mempunyai lebihan bajet, gantikan pcpc lama ini
dengan yang pc yang baru yang mempunyai kelebihan dari segi
prestasi kerjanya.
RUJUKAN

En. Law Zhi Yong


Majikan Syarikat Double Star Marketing
012 316 7690

Cik Ain Syahirah Binti Borhan


Staf Pekerja Double Star Marketing
019 204 4770

Laman Rasmi Media Sosial Facebook :


Double Star Marketing

]
LAMPIRAN

You might also like