Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

43 | MEDC 2018
Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018
Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar,
Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah
eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN PENCAPAIAN


AKADEMIK DALAM MATAPELAJARAN SAINS TINGKATAN 2: PENCERNAAN
NUR FAZIRAH RAHIM & SITI NUR DIYANA MAHMUD
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak: Pembelajaran Teknik Mnemonik dalam pengajaran dapat menjadikan pelajar lebih bersikap
positif mengenai tajuk yang dipelajari dan dapat meningkatkan pencapaian akademik dalam
matapelajaran Sains Tingkatan 2 dalam Pencernaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana
teknik pembelajaran Mnemonik dapat meningkatkan pencapaian akademik dalam matapelajaran Sains
tingkatan 2 iaitu dalam topik Pencernaan dan mengetahui sikap pelajar terhadap penggunaan Kata kunci
Mnemonik ini. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik
yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya untuk mengetahui sikap pelajar. Selain itu, ujian pra
dan ujian post dijalankan untuk mengetahui pencapaian akademik pelajar. Responden kajian terdiri
daripada sejumlah 60 orang pelajar tingkatan 2 sebuah sekolah di Selangor. Analisis deskriptif dan
inferensi telah digunakan untuk menguji persoalan kajian menggunakan perisian SPSS versi 22. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengajaran Teknik Mnemonik
dengan sikap dan pencapaian akademik pelajar dalam matapelajaran Sains Tingkatan 2 dalam topik
Pencernaan. Oleh sebab itu, dapatan kajian ini akan membantu guru-guru untuk memilih kaedah
pembelajaran yang sesuai agar pencapaian akademik dapat ditingkatkan. Selain itu, dapatan kajian ini
juga memberikan gambaran tentang sikap pelajar ke atas kaedah pembelajaran yang di gunakan iaitu
Teknik Mnemonik dalam pengajaran. Justeru itu, sekaligus membuktikan bahawa dengan menggunakan
Teknik Mnemonik dalam pembelajaran dapat membantu pelajar bersikap positif terhadap topik
Pencernaan dan juga dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Kesimpulannya, pembelajaran
yang menggunakan Teknik Mnemonik dalam pengajaran dapat menjadikan pelajar lebih bersikap positif
mengenai tajuk yang dipelajari dan dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam
matapelajaran Sains iaitu dalam topik Pencernaan.

Kata kunci: Teknik Mnemonik, Sikap, Pencapaian Akademik, Pengajaran, Kaedah Pembelajaran

PENGENALAN

Penggunaan kata kunci Mnemonik dalam pembelajaran adalah salah satu kaedah yang
digunakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Mnemonik adalah salah satu kaedah yang
dapat membantu pelajar agar dapat mengingat dengan lebih cepat dan ingatan yang ada akan
kekal dengan lebih lama. Oleh sebab itu, sikap pelajar akan lebih positif jika kaedah yang
digunakan adalah banyak membantu mereka meningkatkan pencapaian dalam matapelajaran
Sains terutamanya dalam tajuk Pencernaan. Menurut Tavakoli and Gerami (2013), penggunaan
kata kunci mnemonik dapat membantu pelajar untuk mengingat dengan lebih lama berbanding
dengan kaedah gambaran. Sekaligus, kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang sangat
sesuai bagi pelajar dalam sesebuah sekolah untuk diaplikasi. Apabila sesuatu konsep dapat
diingati dengan baik, secara tidak langsung ia akan membantu dalam mengingati sesuatu istilah
atau konsep yang penting dapat diingat dalam tempoh masa yang lebih panjang.
Kaedah penggunaan kata kunci Mnemonik dapat membantu pelajar dalam mengingati
sesuatu fakta dengan betul dan teratur sekaligus dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam
topik yang diajar. Menurut Taheri & Davoudi (2016), kaedah kata kunci mnemonik
menunjukkan pencapaian yang baik berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

44 | MEDC 2018

kaedah konvensional. Oleh itu, kaedah Mnemonik dalam pembelajaran ingin dikaji samada
dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelajaran ataupun tidak
dan sikap pelajar tersebut terhadapa penggunaan kata kunci Mnemonik ini.
Selain dapat membantu pelajar untuk mudah mengingati sesuatu fakta, kaedah ini juga dapat
membantu untuk mengingati sesuatu fakta dengan lebih lama. Istilah dan urutan sains dapat
diimbas dengan mudah. Oleh sebab itu, sikap pelajar akan lebih positif kerana pencapaian
mereka adalah lebih baik. Keputusan yang diperoleh dalam kajian Siriganjanavong (2013)
mendapati bahawa MKM adalah kaedah yang terbaik untuk imbasan memori bagi jangka masa
panjang dan jangka masa pendek.
Teknik Mnemonik adalah satu kaedah pembelajaran yang digunakan untuk membantu
pelajar-pelajar dalam pembelajaran. Teknik ini dapat membantu pelajar untuk mengingat
dengan lebih cepat dan memori pelajar akan bertahan dengan lebih lama berbanding dengan
teknik-teknik pembelajaran yang lain. Selain itu, teknik Mnemonik merupakan satu kaedah
yang berkesan kepada pelajar-pelajar yang lemah. Menurut Therrian, Hughes & Hard (2011),
kaedah pembelajaran yang menggunakan teknik Mnemonik dapat membantu dalam mengingati
istilah Sains dengan cepat. Proses mengingat dengan cepat dan boleh bertahan untuk jangka
masa yang lama dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Donald (2011)
pencapaian yang baik sekaligus dapat memupuk sikap yang positif dikalangan pelajar dalam
kajian Antin&Kiflee (2018).
Kaedah pembelajaran adalah berbeza bagi untuk menyampaikan ilmu pengetahuan,
mempupuk kerohanian, membentuk sikap dan juga untuk memperoleh pencapaian akademik
yang baik. Kesemua penerimaan pelajar adalah bergantung kepada tahap pencapaian pelajar
tersebut. Akan tetapi, pelajar dalam golongan yang mempunyai masalah untuk menerima
pelajaran adalah memerlukan kaedah yang sangat bertepatan dan mudah untuk mereka terima.
Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah
sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi. Secara keseluruhannya, pelajar bermasalah
pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah
pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk
masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan,
pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku. Oleh sebab itu, salah satu teknik atau strategi
diperlukan untuk membantu pelajar-pelajar yang sederhana dan juga bermasalah. Menurut
Therrian (2011), penggunaan teknik Mnemonik dalam pembelajaran dapat membantu pelajar
yang lemah dan bermasalah. Zarei & Salimi (2012) menggunakan tiga kaedah pembelajaran
iaitu kaedah gambar, kaedah kata kunci dan juga kaedah nyanyian. Antara ketiga-tiga kajian ini,
yang paling berkesan dalam pengajaran adalah kaedah gambaran. Seterusnya adalah kaedah
kata kunci dan yang terakhir adalah kaedah nyanyian.

KEPENTINGAN KAJIAN DAN SUMBANGAN UTAMA KAJIAN

Sains adalah satu matapelajaran yang banyak menggunakan konsep, istilah dan urutan untuk
diingati. Pencernaan adalah salah satu topik yang memerlukan pelajar untuk menguasai
kesemuanya. Akan tetapi, tidak semua pelajar dapat menguasai dengan cepat dan tepat. Pelajar
dengan masalah pembelajaran sering mendapati sukar untuk mengingati konsep Sains (Therrien
et al, 2011). Pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini biasanya akan mendapat
markah yang jauh lebih rendah dari rakan yang dapat menguasai dengan mudah dan cepat
(Mastropieri, Emerick & Scruggs, 1988).
Pada kebiasaannya, strategi pengajaran utama yang digunakan dalam bilik darjah
pendidikan umum adalah secara konvensional dimana penggunaan yang biasanya dipakai
termasuk buku teks dan penerangan oleh guru sahaja. Pelajar dengan masalah pembelajaran dan
yang sukar untuk menerima istilah dalam Sains biasanya memerlukan usaha yang lebih untuk
memahami konsep apabila hanya pengajaran secara konvensional diajar di dalam bilik darjah
(Taylor et. Al, 2014). Kaedah pengajaran yang paling sesuai sangat berkesan dalam membantu
pelajar dengan masalah pembelajaran adalah teknik mnemonik sekaligus untuk mengekalkan
dan mengingati fakta sains (Brigham et al., 2011)
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

45 | MEDC 2018

Dapatan kajian in akan dapat mengenalpasti samada penggunaan teknik Mnemonik


dalam pembelajaran dapat membantu pelajar untuk mendapat pencapaian yang baik. Selain itu,
untuk mengetahui sikap bagi kaedah pembelajaran yang digunakan di dalam setiap kumpulan
iaitu bagi kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional manakala kumpulan rawatan
menggunakan kaedah teknik Mnemonik. Keputusan bagi kajian ini juga akan membantu guru
untuk memilih kaedah pembelajaran yang sesuai sekaligus mencapai objektif pembelajaran dan
dapat membantu pelajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dengan mudah dan cepat. Sikap
yang ditunjukkan oleh pelajar merupakan gambaran kepada kaedaha yang digunakan oleh guru
didalam kelas.

MASALAH UTAMA KAJIAN, OBJEKTIF KAJIAN, KONTEK DAN UNIT ANALISIS


KAJIAN

Masalah utama kajian adalah berkenaan dengan bahasa yang sesuai untuk digunakan kepada
pelajar sepanjang kajian ini dijalankan kerana terdapat masalah bahasa di kalangan pelajar.
Masalah utama di dalam kelas adalah bahasa yang digunakan oleh guru untuk pemahaman
murid (Nikmah, 2014). Bahasa yang dipilih oleh pihak sekolah dalam mengajar matapelajaran
Sains adalah Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris, akan tetapi latar belakang mereka
adalah dari sekolah rendah jenis kebangsaan dimana Bahasa Cina digunakan sebagai bahasa
pengantar.
Pihak sekolah dan guru mempunyai peranan dalam membantu pelajar menyelesaikan
masalah akademik yang dihadapi. Oleh sebab itu, pelbagai langkah dan kaedah yang sesuai
dijalankan supaya pelajar memperoleh kecemerlangan dari segi akademik. Kecemerlangan
dalam akademik dapat membantu pelajar mendapat pencapaian yang membanggakan dan
sekaligus sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains akan lebih positif.
Sungguhpun begitu, semuanya akan bermula dari diri pelajar. Selain itu, peranan guru
dalam kelas juga akan dapat membantu pelajar memperoleh kefahaman yang sepatutnya dengan
sokongan daripada pengetua dan pentadbir-pentadbir yang lain. Sokongan pengetua berdasarkan
kepada empat atribut iaitu membimbing dan menyokong, berkongsi kuasa dan autoriti, amalan
keluasan pembuatan keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah ditetapkan
(Sujirah&Zuraidah,2017). Oleh sebab itu, kerjasama semua pihak adalah sangat penting dalam
meningkatkan pencapaian dan sikap pelajar terhadap sesuatu pelajaran.

TINJAUAN LITERATUR

Kaedah kata kunci Mnemonik dapat membantu pelajar untuk mengingat dalam jangka masa
yang lebih lama berbanding dengan kaedah gambaran. Kesan kepada dua jenis non-verbal
mnemonik adalah menghampiri kaedah kata kunci dan kaedah gambaran bagi L2 pembelajaran
bahasa dan imbasan memori telah dikaji oleh Tavakoli and Gerami (2013). Keputusan yang
diperoleh menunjukkan bahawa kaedah kata kunci meletakkan target bahasa L2 dapat
membantu pelajar untuk mengingat dengan lebih lama berbanding dengan kaedah gambaran.
Kaedah kata kunci dapat membantu pelajar untuk mengingat dengan lebih baik
berbanding dengan kaedah konvensional iaitu kaedah pengajaran yang biasa di ajar dalam kelas.
Tujuan kajian oleh Davoudi& Yousefi (2016) adalah untuk mengkaji kesan kaedah kata kunci
sebagai salah satu strategi mnemonic terhadap mengingati perkataan dikalangan pelajar senior
Iran EFL. Analisis data diperoleh menggunakan ‘paired-samples t-test’ dan ‘independent
samples t-test’. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah kata kunci lebih
membantu untuk mengingat dengan lebih baik berbanding dengan kaedah pengajaran biasa. Hal
ini dapat dibuktikan dengan menggunakan ujian post-test. Secara keseluruhannya, kajian ini
mendapati bahawa kata kunci dapat membantu dalam mengingati sekaligus dapat
mengurangkan masalah pembelajaran dikalangan pelajar L2.
Zarei dan Salimi (2012) mengkaji kesan tiga kaedah pensembahan perkataan iaitu gambar,
nyanyian dan juga penggunaan kaedah kata kunci. Mereka telag melakukan pre-test terhadap
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

46 | MEDC 2018

102 pelajar pertengahan dari Iran. Keputusan yang diperoleh menyatakan bahawa kaedah
menggunakan gambar adalah paling efektif, diikuti oleh kaedah kata kunci dan seterusnya
adalah menggunakan nyanyian. Selain itu, kesan penggunaan kaedah kata kunci terhadap 24
pelajar Turki di Perancis yang mempelajari bahasa asing tahap tiga iaitu pembelajaran perkataan
L2 , mengingat dan persepsi terhadap kaedah ini telah dikaji oleh Köksal (2013b). Dapatan
kajian menunjukkan bahawa kaedah kata kunci dapat meningkatkan pengingatan perkataan.
Zheng Wei (2014) telah mengkaji tentang keberkesanan teknik menggunakan patah
perkataan berbanding kaedah kata kunci dan juga pembelajaran sendiri. Keputusan
menunjukkan bahawa kata kunci lebih efektif berbanding dengan teknik patah perkataan dan
juga pembelajaran sendiri. Taheri & Davoudi (2016) pula mengkaji tentang kesan penggunaan
kaedah kata kunci dalam pengajaran bahasa bagi pembelajaran dan proses mengingat bahasa
dalam jangka masa yang panjang dalam kelas EFL normal. Data dan keputusan yang diperoleh
dikira dengan menggunakan t-tests. Keputusan yang diperoleh mendapati bahawa kumpulan
eksperimen yang menggunakan kaedah kata kunci mnemonik menunjukkan pencapaian yang
baik berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional.
Tujuan kajian bagi Siriganjanavong (2013) adalah untuk memperkenalkan kaedah yang
dipanggil kata kunci mnemonic (MKM) untuk pelajar yang berprestasi rendah bagi
matapelajaran bahasa Inggeris. Selain itu, mengkaji keberkesanan kaedah ini untuk mengingat
bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Keputusan yang diperoleh mendapati
bahawa MKM adalah kaedah yang terbaik untuk imbasan memori bagi jangka masa panjang
dan jangka masa pendek.Objektif kajian bagi Campos & Camino (2011) adalah untuk menilai
sejauh mana gambaran imej mempengaruhi kadar dengan cepat dan juga dapat mengingat dalam
jangka masa yang panjang iaitu dalam sehari dengan menggunakan kaedah mengulang atau
kaedah kata kunci mnemonik. Walaubagaimanapun, tidak banyak perbezaan bilangan perkataan
yang boleh diingati dalam tempoh seharian.

METODOLOGI

Persampelan

Sampel kajian yang dipilih secara tak rawak adalah dari 60 orang pelajar yang terdiri dari
sebuah sekolah. Sampel dipilih dari dua kelas dari sebuah sekolah iaitu pelajar dari tingkatan 2.
Pelajar yang terpilih ini mempunyai tahap memperoleh pengetahuan yang sama. Sampel ini
akan dijadikan kumpulan eksperimen yang akan diajar menggunakan dua kaedah iatu
menggunakan pengajaran konvensional dan juga pengajaran menggunakan kaedah kata kunci
mnemonik. Manakala, kumpulan kawalan hanya diajar kaedah konvensional.

Populasi

Populasi kajian terdiri daripada pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras
Perdana. Pemilihan sampel kajian daripada sekolah ini adalah kerana sekolah ini merupakan
salah satu sekolah yang menduduki tangga bawah dalam senarai PPD Hulu Langat. Antara lain,
sekolah ini merupakan sekolah yang agak rendah pencapaian akademik. Sehubungan itu, adalah
penting untuk pelajar yang bermasalah untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik sekaligus
dapat meningkatkan prestasi sekolah.

Responden

Responden yang dipilih adalah pelajar daripada SMK Cheras Perdana iaitu berjumlah 60 orang.
60 orang responden yang dipilih adalah terdiri daripada dua kelas. Satu kelas mewakili
kumpulan kawalan yang berjumlah 30 orang manakala satu lagi kelas mewakili kumpulan
eksperimen seramai 30 orang
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

47 | MEDC 2018

Pengumpulan data

Bagi memperoleh data kajian, satu set soal selidik telah dibangunkan sebagai instrumen kajian
yang diadaptasi daripada kajian Kamisah&Suryawati (2018). Borang soal selidik ini terbahagi
kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah demografi yang
merangkumi latar belakang responden. Bahagian B pula merangkumi 16 item
keselururuhannya. Bahagian B ini dinilai berdasarkan skala Likert lima mata bermula dari skala
1 (Sangat Tidak Setuju), skala 2 (Tidak Setuju), skala 3 (Agak Setuju), skala 4 (Setuju), dan
skala 5 (Sangat Setuju) (Kamisah&Suryawati, 2018)
Borang soal selidik yang telah diedarkan secara bersemuka kepada responden.
Pengedaran borang soal selidik secara bersemuka adalah lebih mudah untuk ditadbir, di mana
ianya dapat menjimatkan masa dan kos kajian di samping dapat ditujukan kepada kumpulan
sasaran dengan tepat. Selain itu, kaedah sebegini juga dapat memudahkan pengkaji
mengumpulkan borang soal selidik ini dan juga responden kajian untuk memberikan
maklumbalas.

Analisis data

Analisis data kajian dilakukan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social
Sciences (SPSS) versi 22.0. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data yang
diperoleh daripada soal selidik. Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A
dan Bahagian B. Bagi ujian pre-test dan post-test, data yang diperoleh adalah berbentuk skor.
Oleh sebab itu, t-test digunakan untuk menganalisis data bagi ujian pre test dan post test. T-test
merupakan ujian statistik inferensi yang digunakan untuk membandingkan dua kumpulan.
Selain itu, saiz sampel kajian adalah lebih seramai 60 orang. Seterusnya, kajian ini dijalankan
kerana bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara dua kumpulan
data. Paired-samples t-test digunakan kerana pre-test dan post-test. Paired-samples t-test
seterusnya untuk menentukan samada terdapat perbezaan antara min-min dua set data yang
diperoleh semasa pre-test dan post-test. Interpretasi skor min adalah seperti jadual di bawah:

Interpretasi skor min


Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 - 1.89 Sangat Rendah
1.90 – 2.69 Rendah
2.70 – 3.49 Sederhana
3.50 - 4.29 Tinggi
4.30 - 5.00 Sangat Tinggi
Sumber: Zaihan & Hilmun (2016)

Soalan kajian berikut adalah digunakan untuk menganalisis data bagi mengetahui hubungan
antara pembolehubah yang digunakan didalam kajian ini.

S1 Adakah terdapat keberkesanan kaedah pembelajaran teknik Mnemonik terhadap


pencapaian pelajar?
S2 Apakah hubungan antara sikap dan pencapaian pelajar?

Statistik inferensi pula digunakan untuk menjawab soalan-soalan kajian adalah Korelasi Pearson
pada aras signifikan 0.05. Tahap kekuatan hubungan antara pembolehubah terlibat ditentukan
berdasarkan skala yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Untuk memudahkan melakukan interpretasi
mengenai kekuatan hubungan antara dua variabel penulis memberikan kriteria sebagai berikut
(Sarwono, 2006)

Julat Tahap Korelasi


0 Tidak ada korelasi
0.00 - 0.25 Korelasi sangat lemah
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

48 | MEDC 2018

0.25 - 0.50 Korelasi sederhana


0.50 - 0.75 Korelasi kuat
0.75 - 0.99 Korelasi sangat kuat
1 Korelasi sempurna

KERANGKA KONSEP

Kerangka konseptual kajian ditunjukkan seperti dalam Rajah 1

Pre Test
SOAL
SELIDIK
Post
test

Test
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

49 | MEDC 2018

DAPATAN KAJIAN

Statistik Deskriptif
Data yang diperoleh telah diuji terlebih dahulu tahap kenormalannya menggunakan ujian
normaliti Kolmogorov-Smirnov. Hasil analisis mendapati data yang dikutip adalah bertabur
secara normal. Seterusnya ujian deskriptif telah dijalankan untuk mengenal pasti taburan
demografi responden sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

JADUAL 1:
Taburan demografi responden.
Kod Profil Responden Frekuensi Peratus (%)
(N = 74)
Jantina Lelaki 10 33.3
Perempuan 20 66.7
Pencapaian Lulus 13 43.3
Sains Gagal 17 56.7

JADUAL 2:
Analisis soal selidik sikap pelajar terhadap penggunaan Teknik Mnemonik
N Minimum Maximum Mean Std. Deviation
Saya berasa seronok kerana dapat belajar
30 2 5 4.03 .765
teknik Mnemonik
Saya berasa teruja untuk belajar teknik
30 2 5 3.63 .890
Mnemonik
Saya berasa sangat malas untuk belajar
30 1 4 2.00 .910
teknik Mnemonik
Saya berasa malu dan rendah diri untuk
30 1 4 2.03 .850
belaja teknik Mnemonik
Saya berasa lebih senang untuk belajar
30 1 5 3.97 1.033
menggunakan teknik Mnemonik
Saya rasa tertekan apabila belajar teknik
30 1 5 2.17 1.147
Mnemonik
Saya suka membantu kawan dalam
kumpulan menggunakan teknik 30 1 5 3.13 1.008
Mnemonik
Saya lebih suka pembelajaran yang
menggunakan 'chalk and talk' 30 1 5 2.27 1.230
secara bersendirian
Saya berasa mudah memahami topik
Pencernaan apabila pembelajaran
Mnemonik dijalankan apabila 30 2 5 3.70 .750
mendapat bantuan dari kawan-
kawan
Saya membantu memberikan idea semasa
30 2 5 3.17 .699
teknik Mnemonik di dalam kelas
Saya akan menggunakan kaedah
30 1 5 3.77 1.104
Mnemonik untuk belajar
Saya lebih suka melakukan pembelajaran
sendiri tanpa mengunakan kaedah 30 1 5 2.83 1.234
Mnemonik
Saya lebih mendengar arahan guru 30 1 5 3.70 .915
Saya lebih berdisiplin untuk belajar
30 1 5 3.77 1.040
menggunakan teknik Mnemonik
Saya berasa lebih terurus jika kaedah
30 2 5 3.57 .817
Mnemonik digunakan
Saya lebih suka menggunakan kaedah
30 2 5 3.97 .928
Mnemonik dengan teliti
Valid N (listwise) 30
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

50 | MEDC 2018

Berdasarkan kepada taburan skor min item bagi analisis soal selidik sikap pelajar terhadap
penggunaan Teknik Mnemonik, didapati 11 daripada 16 item mempunyai skor min tinggi
adalah item berkaitan dengan pengajaran menggunakan Mnemonik. Saya berasa seronok kerana
dapat belajar teknik Mnemonik (skor min = 4.03). Manakala, saya berasa teruja untuk belajar
teknik Mnemonik (skor min = 3.63) dan saya berasa sangat malas untuk belajar teknik
Mnemonik (skor min = 2.00). Saya berasa malu dan rendah diri untuk belajar teknik Mnemonik
(skor min = 2.03), saya berasa lebih senang untuk belajar menggunakan teknik Mnemonik (skor
min = 3.97) san saya rasa tertekan apabila belajar teknik Mnemonik (skor min = 2.17).
Kemudian, saya suka membantu kawan dalam kumpulan menggunakan teknik Mnemonik (skor
min = 3.13) dan saya lebih suka pembelajaran yang menggunakan 'chalk and talk' secara
bersendirian (skor min = 2.27). Seterusnya, saya berasa mudah memahami topik Pencernaan
apabila pembelajaran Mnemonik dijalankan apabila mendapat bantuan dari kawan-kawan (skor
min = 3.70), saya membantu memberikan idea semasa teknik Mnemonik di dalam kelas (skor
min = 3.17) dan saya akan menggunakan kaedah Mnemonik untuk belajar (skor min = 3.77).
Saya lebih suka melakukan pembelajaran sendiri tanpa mengunakan kaedah Mnemonik (skor
min = 2.83) dan saya lebih mendengar arahan guru (skor min = 3.70). Saya lebih berdisiplin
untuk belajar menggunakan teknik Mnemonik (skor min = 3.77), saya berasa lebih terurus jika
kaedah Mnemonik digunakan (skor min = 3.57) dan seterusnya saya lebih suka menggunakan
kaedah Mnemonik dengan teliti (skor min = 3.97). Hasil analisis ini menunjukkan bahawa
pelajar-pelajar boleh menerima dengan baik penggunaan teknik Mnemonik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar-pelajar juga menunjukkan sikap yang positif terhadap mata pelajaran Sains iaitu
menunjukkan minat untuk belajar mata pelajaran Sains. Secara keseluruhan skor min tahap
penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknik Mnemonik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Sains ialah 1.23. Menurut Widyawati (2014), pelajar yang diajar dengan
Mnemonik menunjukkan sikap yang positif terhadap pengajaran.

Ujian Hipotesis – Statistik Inferensi

S1: Adakah terdapat keberkesanan kaedah pembelajaran teknik Mnemonik terhadap pencapaian
pelajar?
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan ujian-t pencapaian pelajar antara kumpulan
kawalan dan rawatan dalam ujian pra.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan ujian-t pencapaian pelajar antara kumpulan
kawalan dan rawatan dalam ujian post.

Ujian statistik inferensi telah digunakan bagi menjawab persoalan pertama. Hipotesis
nul ini bertujuan untuk melihat sama ada wujud atau tidak perbezaan yang signifikan ujian-t
pencapaian pelajar antara kumpulan kawalan dan rawatan dalam ujian Pra. Jadual 3 (a) dan (b)
menunjukkan keputusan ujian-t (29) = -1.472 dan p = .152 > 0.05. Min kumpulan kawalan ialah
32.0667, manakala min kumpulan rawatan pula ialah 37.5333 di mana perbezaan min ialah
5.4666. Oleh itu tidak terdapat perbezaan yang signifikan ujian-t pencapaian pelajar antara
kumpulan kawalan dan rawatan dalam ujian pra. Justeru, hipotesis nol diterima dan hipotesis
alternatif ditolak.

JADUAL 3:
Ujian-t menentukan perbezaan min pencapaian pelajar dalam kumpulan kawalan dan rawatan
dalam ujian Pra.
a)
Mean N Std. Deviation Std. Error Mean
PREKAWALAN 32.0667 30 12.92134 2.35910
PRERAWATAN 37.5333 30 15.37067 2.80629
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

51 | MEDC 2018

b)

Paired Differences

Mean t df Sig. (2-tailed)


PREKAWALAN
-5.46667 -1.472 29 .152
PRERAWATAN

JADUAL 4
Ujian-t menentukan perbezaan min pencapaian pelajar dalam kumpulan kawalan dan rawatan
dalam ujian pos.
a)
Mean N Std. Deviation Std. Error Mean
POSTKAWALAN 57.7667 30 20.42258 3.72864
POSTRAWATAN 77.2667 30 13.81137 2.52160
b)
Paired Differences

Mean t df Sig. (2-tailed)


POSTKAWALAN
-19.50000 -3.915 29 .001
POSTRAWATAN

Hipotesis nul ini bertujuan untuk melihat sama ada wujud atau tidak perbezaan yang signifikan
ujian-t pencapaian pelajar antara kumpulan kawalan dan rawatan dalam ujian Pos. Jadual 4 (a)
dan (b) menunjukkan keputusan ujian-t (29) = -3.915 dan p = .001 < 0.05. Min kumpulan
kawalan ialah 57.7667, manakala min kumpulan rawatan pula ialah 77.2667 di mana perbezaan
min ialah 19.5. Oleh itu, terdapat perbezaan yang signifikan ujian-t pencapaian pelajar antara
kumpulan kawalan dan rawatan dalam ujian pra. Justeru, hipotesis nol ditolak dan hipotesis
alternatif diterima.
Kesan penggunaan teknik Mnemonik dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Sains diukur berdasarkan pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca. Keputusan
bagi ujian pra kumpulan kawalan dan rawatan diambil kira bagi menentukan sampel yang
digunakan adalah mempunyai pencapaian yang setara. Jadual 5 menunjukkan hasil analisis
pencapaian Sains dalam tajuk Pencernaan bagi ujian pra kumpulan kawalan dan rawatan. Bagi
kumpulan kawalan, terdapat 13.3% yang mendapat Gred C, 10.0% yang mendapat Gred D, dan
bagi Gred E adalah 76.7%. Manakala bagi kumpulan rawatan, 20.0% yang mendapat Gred C,
13.3% yang mendapat Gred D dan bagi Gred E adalah 66.7 %.

JADUAL 5
Keputusan ujian pra kumpulan rawatan dan kawalan
Gred/Markah Ujian Pra Kawalan(%) Ujian Pra Rawatan(%)
A (80-100) 0 0
B (65-79) 0 0
C (50-64) 13.3 20.0
D (40-49 ) 10.0 13.3
E (0-39) 76.7 66.7
JUMLAH 100 100

Hasil analisis pencapaian Sains dalam tajuk Pencernaan bagi ujian pra dan ujian pos kumpulan
kawalan adalah seperti Jadual 6. Analisis ini adalah berdasarkan peratusan bagi markah yang
menentukan gred. Bagi ujian pra, terdapat 13.3% yang mendapat Gred C, 10.0% yang mendapat
Gred D, dan bagi Gred E adalah 76.7%. Manakala bagi ujian pos, 10.0% mendapat Gred A,
30.0% yang mendapat Gred B, 23.3% yang mendapat Gred C, 10.0% yang mendapat Gred D dan
bagi Gred E adalah 26.7%.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

52 | MEDC 2018

JADUAL 6
Keputusan ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan
Gred/Markah Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)
A (80-100) 0 10.0
B (65-79) 0 30.0
C (50-64) 13.3 23.3
D (40-49 ) 10.0 10.0
E (0-39) 76.7 26.7
JUMLAH 100 100

Jadual 7 menunjukkan hasil analisis pencapaian Sains dalam tajuk Pencernaan bagi ujian pra dan
ujian pos kumpulan rawatan. Bagi ujian pra, terdapat 20.0% yang mendapat Gred C, 13.3% yang
mendapat Gred D dan bagi Gred E adalah 66.7 %. Manakala bagi ujian pos, 43.3% mendapat
Gred A, 36.7% yang mendapat Gred B, 16.7% yang mendapat Gred C dan bagi Gred E adalah
3.3%.

JADUAL 7
Keputusan ujian pra dan ujian pasca kumpulan rawatan
Gred/Markah Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)
A (80-100) 0 43.3
B (65-79) 0 36.7
C (50-64) 20.0 16.7
D (40-49 ) 13.3 0
E (0-39) 66.7 3.3
JUMLAH 100 100
Jadual 8 pula menunjukkan hasil analisis pencapaian Sains dalam tajuk Pencernaan bagi ujian pos
kumpulan kawalan dan rawatan. Bagi kumpulan kawalan, 10.0% mendapat Gred A, 30.0% yang
mendapat Gred B, 23.3% yang mendapat Gred C, 10.0% yang mendapat Gred D dan bagi Gred E
adalah 26.7%. Manakala bagi kumpulan rawatan, 43.3% mendapat Gred A, 36.7% yang
mendapat Gred B, 16.7% yang mendapat Gred C dan bagi Gred E adalah 3.3%.

JADUAL 8
Keputusan ujian pos kumpulan kawalan dan rawatan
Gred/Markah Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)
A (80-100) 10.0 43.3
B (65-79) 30.0 36.7
C (50-64) 23.3 16.7
D (40-49 ) 10.0 0
E (0-39) 26.7 3.3
JUMLAH 100 100

Berdasarkan analisis dapatan kajian bagi ujian pos bagi kumpulan kawalan dan rawatan dalam
Jadual 8, dapatlah dirumuskan bahawa secara keseluruhan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Sains dalam tajuk Pencernaan telah meningkat setelah proses pengajaran dan
pembelajaran menggunakan Teknik Mnemonik dilaksanakan. Markah lulus bagi penilaian ini
ialah 40% ke atas.

S2 Apakah hubungan antara sikap dan pencapaian pelajar?


Ho2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan pencapaian.

JADUAL 9
Korelasi Sikap dan Pencapaian
sikap pencapaian
sikap Pearson Correlation 1 .123
Sig. (2-tailed) .518
N 30 30
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

53 | MEDC 2018

pencapaian Pearson Correlation .123 1


Sig. (2-tailed) .518
N 30 30

r = korelasi pearson
p = signifikan*signifikan 2 hala (p > 0.05)

Dapatan kajian yang ditunjukkan dalam Jadual 7 menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka (r =0.123, p >0.05).Hubungan
tersebut adalah pada tahap yang rendah. Oleh sebab itu, terdapat hubungan yang signifikan
antara sikap dan pencapaian pelajar. Nilai signifikan (p > 0.05) pula menunjukkan data adalah
berdistribusi normal.
Dapatan ini jelas menunjukkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknik
Mnemonik memberi sumbangan positif terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains
dalam tajuk Pencernaan selepas pengajaran menggunakan Teknik Mnemonik dilaksanakan.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian yang ketara dalam ujian pos
kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Selain itu, sikap pelajar terhadap Sains
dalam tajuk pencernaan akan mempengaruhi pencapaian.

PERBINCANGAN

Perbincangan kajian ini merangkumi aspek penggunaan teknik Mnemonik untuk meningkatkan
pencapaian mata pelajaran Sains dalam tajuk Pencernaan bagi pelajar tingkatan dua. Selain itu,
perbincangan ini turut melihat kesan pengajaran ke atas pencapaian pelajar dalam ujian pra dan
ujian pos bagi kumpulan kawalan dan rawatan. Kajian ini juga membincangkan tahap
penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknik Mnemonik dalam kalangan pelajar dalam
kumpulan rawatan.
Dapatan kajian ini iaitu berdasarkan keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan dalam min pencapaian pelajar bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
Min pencapaian kumpulan rawatan lebih besar berbanding dengan min pencapaian kumpulan
kawalan. Perbandingan min pencapaian pelajar bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
menunjukkan perbezaan yang besar.
Dapatan ini adalah selaras dengan dapatan kajian Suraya& Aisah (2014) dan Noradinah
et al (2014) yang menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan pencapaian pelajar bagi
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Hal ini menunjukkan penggunaan teknik Mnemonik
berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Manakala tahap penerimaan pelajar terhadap
penggunaan teknik Mnemonik dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dalam tajuk
Pencernaan secara keseluruhannya pada tahap rendah positif dengan min = 1.23. Pelajar dapat
menerima penggunaan teknik Mnemonik sebagai teknik pengajaran kerana mudah mengingat
istilah, fakta, dan turutan dengan mudah dan boleh mengingati dengan baik.
Sikap positif yang ditunjukkan oleh pelajar yang mengikuti pengajaran ini jelas dilihat
dari segi kesungguhan dan minat mereka apabila pembelajaran yang diajar menggunakan teknik
Mnemonik. Penerimaan yang positif terhadap penggunaan teknik Mnemonik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam usaha guru menarik pelajar mempelajari mata
pelajaran Sains dalam tajuk Pencernaan menggunakan teknik Mnemonik. Dapatan yang
menunjukkan pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap pengajaran yang menggunakan
teknik Mnemonik tetapi tahap penerimaan positif menunjukkan tidak semua pelajar yang
terlibat menunjukkan minat dan kesungguhan dalam menjawab soal selidik tentang sikap ini
memberi sedikit impak terhadap keputusan kajian. Dapatan ini adalah sama dengan dapatan
yang diperolehi oleh Hasnah et.al (2010) yang menunjukkan skor tahap penerimaan pelajar
adalah sederhana positif. Secara keseluruhan, pelajar boleh menerima dengan baik penggunaan
teknik Mnemonik sebagai satu teknik pengajaran dalam mata pelajaran Sains dalam tajuk
Pencernaan.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

54 | MEDC 2018

Penggunaan teknik Mnemonik dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dalam tajuk
Pencernaan memberi kesan positif dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Analisa secara
deskriptif bagi ujian pra dan pos menunjukkan wujudnya peningkatan yang ketara dalam
pencapaian ujian pos berbanding ujian pra. Didapati peratus pelajar yang lulus dalam mata
pelajaran ini telah meningkat dalam kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan.
Dari segi kualiti pencapaian pelajar pula, terdapat peningkatan dalam jumlah pelajar yang
mendapat gred A, B dan C dalam ujian pos kumpulan rawatan jika dibandingkan dengan
kumpulan kawalan. Hal ini menunjukkan pengajaran menggunakan teknik Mnemonik telah
dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dalam tajuk Pencernaan.
Oleh sebab itu, jelaslah bahawa penggunaan teknik Mnemonik sangat berkesan dalam
meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dalam tajuk Pencernaan.

IMPLIKASI KAJIAN

Terdapat banyak kelebihan menggunakan teknik mnemonik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan mnemonik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
menarik perhatian pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil
pengaplikasian teknik mnemonik tersebut dapat merangsang daya kefahaman dan ingatan
pelajar dengan lebih mudah kerana mereka akan lebih fokus. Oleh sebab itu, mereka tidak hanya
bergantung dengan nota-nota dan catatan yang kadang kala sukar dan boleh menimbulkan
kekeliruan untuk memahaminya. Senario ini sekali gus dapat meningkatkan pencapaian pelajar
terhadap mata pelajaran Sains dalam topik Pencernaan kerana agak sukar dengan pelbagai
istilah. Selain itu, bantuan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan mnemonik
terutamanya mata pelajaran Sains juga dapat memupuk sikap yang positif terhadap
matapelajaran Sains.
Guru juga mempunyai kelebihan apabila menggunakan teknik mnemonik dalam
pengajaran dan pembelajaran sebagaimana berkesannya penggunaan teknik mnemonik kepada
pelajar. Selain itu, guru akan mendapat pengalaman semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berasaskan teknik mnemonik sekaligus mengetahui kaedah pengajaran yang
paling berkesan bagi pelajar. Penggunaan teknik mnemonik juga memudahkan guru
menyampaikan ilmu kepada pelajar. Apabila guru menggunakan mnemonik dalam
pembelajaran, keperhatian murid akan lebih tertumpu dengan pengajaran yang sedang
berlangsung.
Teknik Mnemonik tidak seperti secara konvensional yang hanya menggunakan ‘chalk
and talk’ dimana hanya tertumpu terhadap nota dan catatan sahaja seperti yang dinyatakan oleh
Taheri & Davoudi (2016) iaitu menggunakan kaedah kata kunci mnemonik menunjukkan
pencapaian yang baik berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah
konvensional. Dengan adanya penggunaan mnemonik dalam pembelajaran, proses tersebut akan
menjadi mudah dan pelajar. Selain itu, pelajar tidak akan berasa bosan mengikuti proses
pembelajaran tersebut. Sekaligus ilmu yang disampaikan oleh guru akan lebih mudah difahami
oleh murid-murid.
Bahan pengajaran yang telah disiapkan boleh diguna pakai semula pada masa akan
datang. Sebagai contoh guru menggunakan kaedah teknik mnemonik dengan alat bantuan
mngajar yang telah dihasilkan pada pengajaran dan pembelajaran yang sebelum ini boleh
digunakan kembali untuk pengajaran yang seterusnya. Hal ini dapat memudahkan lagi
penyediaan guru untuk merancang pengajaran pada masa hadapan. Selain memudahkan kerja
ianya juga menjimatkan masa guru untuk menyediakan bahan bagi proses pengajaran dan
pembelajaran.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

55 | MEDC 2018

BATASAN DAN CADANGAN KAJIAN LANJUT

Kajian ini hanya melibatkan satu topik sahaja dalam sukatan mata pelajaran tingkatan dua. Oleh
sebab itu, Teknik Mnemonik ini tidak boleh dipastikan berkesan kepda topik yang lain juga.
Oleh sebab teknik Mnemonik hanya di ajar untuk topik pencernaan, ujian juga hanya berkenaan
dengan topik pencernaan. Justeru itu,pencapaian tidak boleh digeneralisasikan untuk semua
topik.
Menurut Davoudi& Yousefi (2016), kaedah kata kunci lebih membantu untuk
mengingat dengan lebih baik berbanding dengan kaedah pengajaran biasa. Oleh itu, pengajaran
akan lebih berkesan jika terdapat unsur-unsur yang menarik seperti ICT dimasukkan sekali ke
dalam teknik pengajaran ini. Sebagai contoh memasukkan unsur teknologi seperti
menunjukkanntanyangan video terlebih dahulu. Selain itu, pengajaran menggunakan slide show
supaya lebih mudah pelajar mendapat bayangan dalam fikiran.
Menurut Zarei and Salimi (2012) pula, kaedah menggunakan gambar adalah paling
efektif, diikuti oleh kaedah kata kunci dan seterusnya adalah menggunakan nyanyian. Oleh itu,
mnemonik boleh digunakan menggunakan gabungan beberapa teknik yang lebih menarik
seperti gambaran dari lukisan dan juga menggunakan kaedah nyanyian. Dengan lebih teknik
pengajaran, objektif yang diinginkan akan tercapai dan pengajaran adalah lebih efektif.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, penggunaan teknik Mnemonik sebagai salah satu teknik pengajaran Sains
dalam tajuk Pencernaan sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Sains. Dapatan kajian jelas menunjukkan berlakunya perubahan sikap pelajar terhadap
tajuk Pencernaan selepas didedahkan kepada pengajaran menggunakan teknik Mnemonik.
Pencapaian pelajar juga telah meningkat dengan ketara selepas diajar menggunakan teknik
Mnemonik. Kebanyakan pelajar telah menunjukkan sikap yang positif terhadap tajuk
Pencernaan yang secara tidak langsung telah meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains.
Justeru, para guru hendaklah mengambil inisiatif untuk mendedahkan teknik pengajaran
menggunakan teknik Mnemonik terhadap semua mata pelajaran sebagai satu kaedah berkesan
meningkatkan minat dan pencapaian pelajar. Para guru Sains dalam tajuk Pencernaan juga
hendaklah kreatif dan inovatif dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang
pendidik seiring dengan era globalisasi.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

56 | MEDC 2018

RUJUKAN

Onur Koksal & Ahmed Cekic. 2014. The Effects Of The Mnemonic Keyword Method On 8th
Graders’ L2 Vocabulary Learning. Journal Of International Scientific Publications. 12:
1030-1047
Gozde Ozbal, Daniele Pighin, Carlo Strapparava. 2014. Automation And Evalution Of The
Keyword Method For Second Language Learning. Proceeding Of The 52nd Annual
Meeting Of The Association For Computational Linguistics (Short Paper): 352-357
Zheng Wei. 2014. Does teaching mnemonics for vocabulary learning make a difference?
Putting the keyword method and the word part technique to the test.
Ali Akbar Taheri & Dr Muhammad Davoudi. 2016. The Effect Of The Keyword Method On
Vocabulary Learning And Long Term Retention. International Journal Of Language And
Linguistics. 3(1): 114-125
Vanlee Siriganjanavong. 2013. The Mnemonic Keyword Method: Effects On The
Vocabulary Acquisition And Retention. English Language Teaching. 6(10)
Alfredo Campos, Estefanı´a Camino, Marı´a Jose´ Pe´rez-Fabello. 2011. Using The
Keyword Mnemonics Method Among Adult Learners. Educational Gerontology. 37:327-
335
Abbas Ali Zarei & Samira Abbasi. 2013. L2 Idiom Learning In The Context Of Distance
Learning: A Focus On Textual And Pictorial Grossing And Hyperlink. International
Journal Of Language Learning And Applied Linguistics World. 4(2): 275-284
Mohammad Davoudi &Dina Yousefi. 2016. The Effect Of Keyword Method On Vocabulary
Retension Of Senior High School EFL Learner In Iran. Journal Of Education And
Practise. 7 (11): 106-113
Lihui Wong. 2014. The Effect Of Image Quality Training On Reading Comprehension Of
EFL Students Using The Keyword Method. Language Teaching Research. 19(4):
435-454
Mansor Tavakoli & Elham Gerami. 2012. The Effect Of Keyword And Pictorial Methods
And Pictorial Methods On EFL Learners’ Vocabulary Learning And Retention. Porta
Linguarium. 19: 299-316
Arif Saricoban & Nurcihan Basibek. 2012. Mnemonics Technique Versus Context Method In
Teaching Vocabulary At Upper- Intermediate Level. Educational And Science. 37 (164): 251-
266
Ana Piribabadi & Ramin Rahmany. 2014. The Effect Of The Keyword Method And Word-
Lost Method Instruction On ESP Vocabulary Learning. Journal Of Language Teaching
And Research. 5(5): 1110-1115
Zamri Mahamod & Yahya Othman. 2017. Penulisan Akademik Dalam Bidang Sains Sosial.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Teori Pemprosesan Maklumat Gagne
http://documents.tips/documents/teori-pemprosesan-maklumat-r-m-gagne.html (5
Julai 2017)
Bachtiar S. Bachri. 2016. Empowerment Center Resources In University For Self-Study
Accomodate Based On Information And Communication Technology. Proceedings of
International Research Clinic & Scientific Publications of Educational Technology. 1(1)
Linna Meilia Rasiban. Understanding The Basic of Kanji’s Meaning through
Mnemonic Method Learning. Ninth International Conference on Applied Linguistics
(CONAPLIN 9). Advances in Social Science, Education and Humanities Research
(ASSEHR), vol 82
Maizan Binti Mat@Muhammad. 2017. Teknik Mnemonik Sebagai Strategi Kognitif Dalam
Meningkatkan Keupayaan Ingatan Pelajar Peringkat Pengajian Pra-U: Sorotan Kajian
Lepas. National Pre University Seminar 2017 (Npreus2017). RHR Hotel pada 23 Ogos
2017
Hanisah Binti Abdullah. 2010. Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Pencapaian
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

57 | MEDC 2018

Akademik Pelajar Tahun Tiga Utm Skudai, Johor. Laporan Projek Sebagai Memenuhi
Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup). Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Siti Nur Hidayah Muhammad& Siti Norain Jaafar. 2015. TVET Teacher Professionalism in
Leadership Personality Formation. Journal of Education and Practice. 6(1)
Zuria Mahmud Mohammad Yaacob. 2007. The Relationship Of Teacher’s Immediacy To
Student Motivation And Student Learning: A Literature Analysis. Jurnal Pendidikan. 32:
91-101
H. Rosdianto, E. Murdani & Hendra. 2017. Implementasi Model Pembelajaran POE
(Predict Observe Explain) Untuk Meningkatkan Pemahaman Konsep Siswa Pada Materi
Hukum Newton. 6(1)
Hasnah Mohamed , Zaidatun Tasir , Baharuddin Aris. 2014. Pengaruh Gaya Kognitif
Terhadap Pencapaian Pelajar. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014 pada 11-13
Ogos 2014
Norcross, J. C., Santrock, J. W., Campbell, L. F., Smith, T. P., Sommer, R., & Zuckerman,
E. L. (2000). The clinician's toolbox: A Guilford series. Authoritative guide to self-help
resources in mental health. New York, NY, US: Guilford Press.
Megalah A/P Krishnan & hazalizah Hamzah. 2015. Penyesuaian Dan Pencapaian
Akademik Pelajar. Conference: Ictl 2014, di Syuen Hotel, Ipoh, Perak May 2015
Zaliza Mohamad Nasira , Zaitul Azma & Zainon Hamzah. 2014. Sikap Dan Motivasi Pelajar
Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia - Social And Behavioral Sciences. 134
:408 – 415
John W. Creswell And Amanda L. 2008. Garrett.The “Movement” Of Mixed Methods
Research And The Role Of Educators. South African Journal Of Education Copyright ©
2008 Easa. 28:321-333
Faizal Amin, Nur Yunus, Ruhizan Mohd Yasin, Mohd. Bekri Rahim & Ridzwan Che Rus.
2014. Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Pemindahan Pembelajaran Berdasarkan
Pendekatan Model Rasch: Kajian Rintis. First Technical And Vocational Education
International Seminar 2014 (Tveis 2014)
WJ. Therrian, Hughes. B Hand. 2011. Science Education and Students with Learning
Dissabilities. Learning Dissabilities Research & Practise.
Margo A. Mastropieri, Kim Emerick & Thomas E. Scruggs. 1988. Mnemonic Instruction of
Science Concepts. Sage Journal. 14(1)
William J. Therrien, Jonte C. Taylor & Sarah Watt (2014). Science Instruction For Students
With Emotional And Behavioral Disorders. Remedial and Special Education.35(1)
Arzizul Bin Antin, Dg Norizah Binti Ag Kiflee@Dzulkifli. 2018. Pengaruh Beban Tugas dan
Motivasi Terhadap Keefisienan Kerja Guru Sekolah Menengah di Sabah. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities. 3(2)
Ana Khoirun Nikmah. 2014. The Implementation Of English Language As The Medium In
Teaching Science To The Eight Graders Of “Kelas Unggulan” At Mtsn Kediri II. 2(1).
Surabaya State University
Zaihan Haron & Hilmun Mohamed. 2016. Tahap Efikasi Dengan Skor Pemantauan
Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah DiPoliteknik Melaka. Politeknik & Kolej
Komuniti
Journal of Social Sciences and Humanities. 1(1)
Diperoleh daripada www.jonatuansarjowo.info/korelasi/korelasi.htm pada 3 Julai 2018
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

58 | MEDC 2018

You might also like