Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1 2 3

Fasa-fasa Aktiviti pengajaran dan


Pelaksana pembelajaran
an
Hunter
(H)
1 Set induksi 1. Guru menunjukkan video ikan emas berenang di dalam
balang air.
2. Guru bertanyakan soalan kepada murid, “Apakah akan
berlaku sekiranya ikan emas tersebut dikeluarkan dan
diletakkan di atas meja?

Dalam set induksi, guru menggunakan tayangan video dan


kaedah soal jawab. Guru bertanyakan soalan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif menggunakan teknik penyoalan yang
betul supaya pelajar dapat menjana idea mereka untuk meneka
apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. (Ms 191-194).

2. Maklumkan hasil 1. Guru menyatakan tajuk yang akan di ajar iaitu Organ
pembelajaran
Pernafasan bagi setiap haiwan
2. Guru mengingatkan murid bahawa di akhir pembelajaran
murid dapat:
i. Menyatakan 4 jenis organ pernafasan haiwan dengan
betul.
ii. Mengelas haiwan mengikut kumpulan organ pernafasan
yang betul.
Mengikut Teori Behaviorisme terhadap pengajaran dan
pembelajaran, guru hendaklah menetapkan matlamat yang
spesifik dan matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan
boleh dicapai.

Mengikut Bloom (1968), pembelajaran masteri merupakan


pendekatan dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan
murid dalam sesuatu perkara yang diajar.

3 Input pengajaran 1. Guru memberi penerangan mengenai jenis-jenis organ


pernafasan beserta contoh haiwan menggunakan tayangan
slaid powerpoint. (BBM 1)
a) Satu organ
 Insang – Ikan, Udang, Ketam, Berudu
 Peparu – Monyet, Harimau, Ikan paus, Kucing
 Kulit lembap – Katak, Lintah, Siput Gondang,
Cacing
 Spirakel- Belalang, Lipas, Beluncas
b) Dua organ
 Peparu dan Kulit Lembap – Katak, Salamender,
Newt

Untuk menyampaikan input pengajaran, guru menggunakan alat


bantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan
guru. (Rujuk Lampiran BBM – 1) untuk memberi penerangan
kepada pelajar mengenai jenis organ-organ pernafasan haiwan
beserta contoh. Guru menggunakan slaid powerpoint yang
disediakan oleh guru kerana ia lebih mudah untuk difahami oleh
pelajar daripada menggunakan buku teks.(ms 214)

4 Permodelan 1. Guru menunjukkan satu peta pokok berkaitan dengan organ


pernafasan bagi setiap haiwan yang murid sepatutnya
hasilkan.
2. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan (kumpulan bersifat
heterogenous)
3. Setiap kumpulan diberikan sampul yang mempunyai
gambar-gambar haiwan.
4. Secara berkumpulan murid diminta mengenalpasti organ
pernafasan bagi setiap haiwan tersebut.
5. Murid menampal gambar haiwan di atas peta pokok
mengikut jenis organ pernafasan haiwan tersebut.
Guru menggunakan pendekatan induktif iaitu pembentukan
konsep kepada murid. (Ms 174)

Menurut B.Seaton(1982), pembelajaran melalui pendekatan ini


disamakan dengan seorang murid mengalami proses mental yang
mana ia memerhati peristiwa tertentu untuk memperoleh satu
kesimpulan. Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan
induktif adalah menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah sebagai rujukan
kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan
oleh guru. Setiap guru boleh menggunakan gambar, video
ataupun hasil karya dalam penyampaian maklumat kepada
murid-murid. Murid-murid juga digalakkan mengemukakan
contoh-contoh yang diketahui oleh mereka semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu, soalan-soalan
akan disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan.
Soalan-soalan ini adalah berkaitan dengan contoh-contoh yang
telah dipertunjukkan kepada murid-murid.

Pengurusan grafik merupakan alat berfikir dalam bentuk visual


yang membantu dan mengurus cara berfikir yang lebih tersusun.
(ms 94)

5 Semak kefahaman 1. Aktiviti menguji kefahaman murid menggunakan


murid
pendekatan pelbagai kecerdasan (muzik/ritma).
2. Sebelum aktiviti, guru menerangkan cara menjalankan
aktiviti.
Aktiviti bunyi haiwan – Murid meneka nama dan organ pernafasan
haiwan

Guru menggunakan pendekatan pelbagai kecerdasan (muzik/ritma)


setelah membuat analisis profil murid.

Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner


(1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya
mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani
masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan
output yang efektif.
6 Pantau dan ubahsuai 1. Guru memantau dan membuat bimbingan semasa aktiviti
dijalankan.
2. Guru juga membuat pembetulan secara langsung ketika
aktiviti dijalankan
Pada sesi ini guru telah memantau serta membimbing pelajar
agar tidak tersasar daripada objektif pembelajaran dan
perbincangan serta memberi panduan kepada pelajar untuk
menyelesaikan masalah dalam aktiviti mereka.
7 Praktis terbimbing 1. Hasil kerja Peta Pokok Organ Pernafasan setiap kumpulan
dipamerkan secara Gallery Walk.
2. Seorang wakil setiap kumpulan diminta untuk menjadi
pembentang di sudut pameran.
3. Ahli kumpulan lain akan bergerak dari stesen ke stesen yang
lain mengikut pusingan jam.
4. Ahli kumpulan yang bergerak dibekalkan stiker untuk
diletakkan pada hasil kerja yang paling bagus.
5. Guru bertindak sebagai fasilitator sepanjang aktiviti
berlangsung.
Guru menjalankan aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21)
iaitu Gallery Walk. Pada sesi ini guru akan memantau aktiviti
yang diberikan kepada pelajar agar mereka tidak tersasar.
8 Praktis bertempoh 1. Guru mengedarkan soalan taksiran dan murid diberi
masa selama 5 minit untuk menjawab soalan.
2. Guru membuat semakan jawapan bersama-sama murid
melalui tayangan slaid.
Jawapan dan hasil kerja murid menjadi indikator kepada
guru tentang pencapaian objektif pembelajaran.

Satu ujian T berpasang telah dilakukan sebelum dan selepas


intervensi membentuk kumpulan yang bersifat Haterogenous
untuk meningkatkan pengetahuan fakta dalam tajuk Organ
Pernafasan Haiwan. Nilai p<.05 iaitu p= .010 bermakna
berlaku perbezaan antara sebelum dan selepas pengunaan
kaedah pembentukkan kumpulan bersifat Haterogenous
untuk meningkatkan pengetahuan fakta dalam tajuk Organ
Pernafasan Haiwan. Maka dilaporkan sebagai.
1. Satu ujian T berpasang telah dilakukan untuk
mengesan samaada terdapat peningkatan skor pengetahuan
fakta dalam kajian pra pasca tanpa kawalan.
2. Pemboleh ubah tidak bersandar ialah kaedah
pembentukan murid bersifat Haterogenous manakah
pemboleh ubah tidak bersandar adalah prestasi ujian Organ
Pernafasan Haiwan.
3. Dapatan ujian statistik bahawa prestasi ujian pra
adalah min 2.00, sp 1.00 dan ujian pasca min 3.67, sp .7071
dan nilai P<.05 iaitu p= .010 maka Hipotesis Nul (Ho)
ditolak.
4. Ini bermakna terdapat peningkatan yang signifikan
dalam mengunakan kaedah intervensi membentuk kumpulan
yang bersifat Haterogenous dalam tajuk Organ Pernafasan
Haiwan.
5. Keputusan kajian adalah signifikan (t= -3.333, df=8,
n=9 dan p<.05). Sebagai kesimpulannya hipotesis
penyelidikan melalui penyataan kaedah intervensi
membentuk kumpulan yang bersifat Haterogenous
mempengaruhi prestasi ujian murid adalah diterima. Proses
pengajaran dan pembelajaran bertajuk Organ Pernafasan
Haiwan telah berjaya meningkatkan prestasi murid tahun 4
Tulip
9 Penutup 1. Murid diminta mengingat dan menyatakan kembali
jenis-jenis organ pernafasan beserta contoh haiwan.
2. Kumpulan yang berjaya memperoleh stiker terbanyak
dikira sebagai pemenang dan akan diberikan ganjaran
daripada guru.
3. Murid diingatkan supaya sentiasa mensyukuri nikmat
mempunyai organ pernafasan untuk bernafas yang
dikurniakan oleh Tuhan pada manusia serta haiwan.
Menurut Abraham Maslow, manusia akan ada keinginan
untuk dirinya dinilai dan dihargai oleh apa sahaja
disekelilingnya. Seseorang itu menginginkan dirinya
mempunyai nilai tertentu, bagi orang lain mengingatinya.

Untuk penutup, guru merumuskan apa yang pelajar belajar


pada hari tersebut. Guru juga secara tidak langsung
menyelit nilai yang mereka perolehi secara tidak langsung
semasa proses Pdpc ini berjalan serta menekankan sekali
lagi isi pelajaran yang perlu dikuasai.

You might also like