Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pantun

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada
dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama di
hujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan
baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun
terdiri daripada empat barisan.

Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu


bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang
bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud,
dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat
ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

ü  Ciri-ciri umum Pantun


Bentuk
•Bilangan baris - Baris juga disebut sebagai kerat. Terdapat pelbagai jenis pantun iaitu
pantun 2 kerat,4 kerat, 6 kerat dan pantun 8 kerat.
•Pembayang maksud dan maksud - Pantun mempunyai pembayang maksud dan
maksud. 2 baris yang pertama adalah pembayang dan 2 baris yang kedua adalah
maksud.
•Bilangan perkataan sebuah pantun yang baik mempunyai 4-5 patah perkataan
sebaris.
•Bilangan suku kata setiap baris pantun yang baik mempunyai 8-12 suku kata.
•Rima akhir pantun mempunyai rima akhir yang terkawal. Pantun 4 kerat rima akhirnya
ialah a-b-a-b iaitu bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima
akhir baris kedua sama dengan baris keempat.
Contoh pantun :

1.    Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

2.    Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan;
Kami murid baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

You might also like