Takwim Konsep Dan Kriteria

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TAKWIM: KONSEP DAN KRITERIA

Artikel yang akan diulas oleh penulis bertajuk takwim, konsep dan kriteria. Artikel ini
membahaskan mengenai sistem takwim dan kriteria dalam menentukan hilal bagi
membentuk satu kalendar Islam yang seragam di peringkat antarabangsa. Artikel ini
mempunyai 45 muka surat dan mempunyai pecahan subtopik kepada dua iaitu
konsep dan kriteria. Kriteria dalam artikel ini terbahagi kepada 14 kriteria iaitu
kriteria penentuan anak bulan, kriteria menurut hadis, kriteria Babylon, kriteria
Hindu, kriteria ketika zaman kegemilangan islam, kriteria Futheringham, kriteria
Maunder, kriteria India, kriteria Bruin, kriteria Imkanur-Rukyah, kriteria Schaeter,
kriteria Yallop, kriteria Odeh, kriteria Umm Al-Quran. Dalam artikel ini juga
membincangkan keseragaman takwim bulan antarabangsa, garisan tarikh buoan
antarabangsa, kalendar multi zon, kalendar tri-zon dan kalendar berpandukan waktu
ijtimak. Berdasarkan pembacaan penulis, penulis akan membincangkan secara lebih
lanjut tentang isi kandungan dalam artikel ini.

Berdasarkan pembacaan utama penulis dalam artikel ini, penulis mendapati


tujuan artikel ini ditulis ialah untuk menjelaskan secara terperinci mengenai sistem
takwim atau lebih dikenali sebagai kalendar yang digunakan pada masa sekarang
serta menghuraikan jenis-jenia takwim dari pelbagai sudut sisi pengkajian. Tema
dalam artikel ini ialah takwim memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
manusia sejak dari awal tamadun sehingga ke hari ini. Pelbagai jenis teori turut
digunakan bagi menjelaskan intipati takwim dari pelbagai sudut. Pada masa kini,
terdapat dua jenis tawim utama dunia yang digunakan iaitu takwim Matahari dan
takwim Bulan. Perkaitan bagi takiwm matahari dan bulan telah dijelaskan dalam
surah al-kahfi ayat 25 yang menerangkan tempoh masa Ashabul Kahfi tinggal dalam
gua. Maka di sini menunjukkan pergerakan matahari dan bulan yang menjadi asas
dalam pembentukan takwim manusia. Dari segi takwim matahari dikenali sebagai
takwim Syamsiah, Solar atau Masihi, manakala terkini dikenali sebagai takwim
Gregory. Takwim matahari disusun berdasarkan tempoh bumi membuat
pengelilingan lengkap dengan matahari. Dari segi takwim bulan pula, takwim ini
dikenali sebagai Qamariyah, Lunar atau Hijri’. Takwim ini pula disusun berdasarkan
kedudukan pergerakan bulan mengelilingi bumi. Dalam tempoh peredaran bulan,
wujud empat fasa utama bulan yang dapat dilihat dari bumi iaitu fasa pertama
ijtimak dan hilal dan fasa kedua di mana bulan pada suku pertama, fasa ketiga bulan
pada suku kedua iaitu bulan purnama dan fasa keempat di mana bulan pada suku
ketiga.

Permulaan bulan baru dalam islam dikira dengan munculnya hilal. Hilal ialah
bulan sabit yang muncul di ufuk barat sebaik sahaja terbenam matahari pada 29
atau 30 haribulan setelah berlakunya ijtimak di antara bulan dan matahari. Yang
ketiga takwim yang akan diulas ialah takwim hijri’ yang tercetus ketika pemerintahan
Saidina Umar al-Khattab. Takwim ini tercetus apabila Umar menerima cop mohor
yang tercatat bulan Syaaban. Bagi menyelesaikan masalah ini, Umar mengumpulkan
para sahabat untuk bermusyawarah bagi menentukan tarikh bagi melicinkan urusan
pentadbiran. Atas cadangan beberapa sahabat, Umar memutuskan untuk memilih
pendapat sahabat ketika hijrah Nabi S.A.W ke Madinah kerana penghijrahan tersebut
memisahkan hak dan batil. Bilangan bulan dalam takwim Hijri’ ialah dua belas bulan
sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah yang menyatakan bahawa bilangan
bulan di sisi Allah sebanyak 12 bulan. Takwim Hijri’ pula terbahagi kepada Takwim
Istilah, Ijtimak Hakiki, Ijtimak Wujudul Hilal. Parameter yang digunakan dalam
penentuan hilal pula berdasarkan koordinat topopusat bulan.

Bagi Kriteria penentuan anak bulan telah dihasilkan sejak zaman Babylon iaitu
dari zaman sebelum Masihi sehingga 500M dan ia diteruskan pada zaman Hindu.
Pada zaman kegemilangan Islam pula banyak kajian serupa dilakukan kerana ia
berkait secara langsung dengan penentuan awal bulan dalam kalendar islam. Pada
awal abad ke 20 Fotheringam, Maunder, Danjon, Bruin, McNally, Schaffer, Ilyas,
Yallop, Fatoohi, Caldwell dan yang terbaru Odeh telah menyumbang kepada metod
secara empirikal untuk meramalkan awal kenampakan hilal. Pada tahun 1998, Odeh
membuat satu kiteria kenampakan anak bulan di bawah projek pencerapan anak
bukan Islam (The Islamic Crescent Obversation Project-ICOP) sebagai projek global
yang dianjurkan oleh Kesatuan Astronomi dan Sains Angkasa Arab bersama
Persatuan Astronomi Jordan. Tujuan utamanya ialah unutk mengumpulkan maklumat
cerapan anak bulan pada setiap permulaan bulan lunar di pelbagai tempat dan
negara yang berbeza di dunia. Terdapat dalil-dalil al-Quran dan hadis yang menjadi
rujukan dalam penentuan awal Hijri’ seperti firman Allah surah Al-Baqarah ayat 185
yang berbunyi sesiapa yang menyaksikan anak bulan Ramadab, maka hendaklah ia
berpuasa bulan itu. Ayat tersebut jelas menerangkan tentang awal permulaan bulan
Ramadan adalah dengan terlihatnya anak bulan.
Seterusnya, untuk melihat hilal menurut Hadis pula melalui rukyah,
mencukupkan bilangan Syaaban dan mentakdirkan wujud anak bulan. Yang pertama
ialah melalui rukyah. Rukyah ialah melihat anak bulan dengan mata kasar dan para
fuqaha berselisih pendapat tentang bilangan orang yang melihat anak bulan sama
ada cukup dengan seorang yang adil, dua orang atau sekumpulan yang ramai. Yang
kedua dengan cara mencukupkan bilangan Syaaban 30 hari. Dengan cara ini apabila
anak bulan tidak kelihatan pada hari ke-29 sama ada langit cerah atau mendung,
maka digenapkan bulan Syabaan itu kepada 30 hari. Cara ketiga ialah dengan
mentakdirkan wujud anak bulan. Al Qaradawi berpendapat mentakdirkannya adalah
perkara yang disuruh dan boleh dikategorikan hisab ke dalamnya bagi sesiap yang
menguasainya sehingga ke tahap benar yang meyakinkan.

Berdasarkan kriteria Babylon, hilal boleh kelihatan dengan mata kasar dengan
dua syarat apabila matahari terbenamdi ufuk tempatan dengan umur bulan lebih dari
24 jam dan lag masa bulan ( sela masa antara matahri terbenam dengan bulan
terbenam) lebih dari 48 minit. Kriteria Hindu pula pada 500M sehingga 700M dalam
karangan Hindu yang paling awal iaitu Panch Sidhantika menyatakan bahawa lebar
bulan sabit menjadi pembolehubah penting untuk menentukan keadaan
kenampakan. Selain itu, kriteria ketika zaman kegemilangan islam, al-Khawarizmi
memberikan peraturan dan jadual matematik untuk meramalkan waktu anak bulan
kelihatan dan al-batani memberikan penyelesaian lengkap dan disusuli oleh ahli
astronomi terkemudian seperti Ibn Maimon. Di samping itu, kriteria Fotheringam
menggunakan kaedah Schmitd di Athen cara membuat pencerapan rapi terhadap
lebih daripada 72 anak bulan untuk tempoh 20 tahun dan mencatatkan data yang
berkaitan. Fortheringham mengenal pasti data kenampakan daripada data
ketidaknampakan dan mendapati garisan( lengkung) pemisah yang jelas dapat
dilukis antara cerapan positif dengan cerapan negatif dimana cerapan positif terletak
di atas lengkung. Bagi kriteria Maunder pula beliau menggunakan kaedah yang sama
seperti Fortheringam dan telah menambah beberapa data cerapan dan melukis
lengkung pada paras yang lebih rendah sedikit berbanding Fotheringam. Hal ini
disebabkan beliau berpendapat cerapan bulan sabit tidak kelihatan lebih
berkemungkinan salah jika dibandingkan dengan cerapan positif, kerana log cerapan
Schmidt menunjukkan beliau jarang melihat bulan sabit yang baru. Menurut kriteria
India menggunakan parameter kenampakan bulan yang sama seperti Maunder dan
parameter tersebut telah diplotkan lebih rendah. Kriteria Bruin pula menggunakan
model astrofizik dalam ramalan kenampakan hilal dengan mengambil kira keamatan
cahaya hilaldan kesan kecerahan langit. Kriteria beliau ini berasaskan penurunan
matahari di abwah ufuk pada titik langit. Kriteria Had Danjon menemui fenomena
sembir bulan sabit memendek dari kesan bayang-bayang gunung bulan dan Danjon
menyimpulkan magnitud bulan sabit memendek dalam bentuk lengkok berkurangan
sebagai fungsi pemanjangan. Kriteria Ilyas pula menggunakan secara teoritikal iaitu
memplotkan graf berdasarkan cerapan yang ada. Kriteria ini berdasarkan umur
bulan, lag bulan terbenam, serta melengkapkan kriteria fitehringam dan Maunder.
Akhir sekali ialah kriteria Umm al-Qura. Di Arab Saudi pada masa itu tiada kalender
dan mereka menggunakan kaedah Umm al-Qura yang pada awalnya digunakan
sebagai meramalkan masa dan lokasi kenampakan pertama akan berlaku tanpa
mengambil kira keadaan pencerapan atau kedudukan bulan. Model ini berdasarkan
ijtimak dan bulan yang terbenam sebelum Matahari terbena, di atas Kaabah.

Dalam pada itu juga, terdapat tiga jenis kalendar yang digunakan iaitu Multi-zon,
Tri-Zon dan kalendar yang berpandukan waktu ijtimak. Kalendar Multi-zon ini telah
dicadangkan oelh Guessoum dimana hilal kelihatan dengan menggunakan kriteria
Schaefar. Kalendar Tri-Zon pula dicadangkan oleh Odeh iaitu sama seperti Guessoum
tetapi dengan jumlah zon yang berkurang menjadi tiga. Kalendar berdasarkan waktu
ijtimak ini pula terbahagi kepada Jamal al-Din Abd Al-Raziq dan Khalid Shawkat.
Jamal al-Din Abd Al-Raziq mencadanfkan kriteria yang disesuaikan dengan kalendar
Ummal-Qura. Jika ijtimak berlaku antara jam 00.00 dan 12:00 Ut, maka permulaan
bulan ialah pada hari berikutnya. Bulan baru ditunda dengan 24 jam, jika ijtimak
berlaku antara 12:00 dan 24:00 UT. Khalid Shawat pula mencadangkan peraturan
bulan baru bermula jika ijtimak terjadi sebelum pukul 12.00 UT. Akhir sekali ialah
kalendar Bi-Zonal. Kalendar ini dilakukan oleh Guessoum dengan melakukan
perbandingan kalendar ramalan bulan dengan kriteria kenampakan Odeh untuk lima
tahun ke depan. Cadangan ini dinamakan kalendar Guessoum-Odeh.

Berdasarkan ringkasan pembacaan penulis mendapati bahawa terdapat pelbagai


kaedah kriteria yang digunakan untuk menentukan keberadaan tepat hilal serta
menentukan kewujudan hilal bagi membuat kalendar yang baru. Kepelbagaian usaha
ini bukan sahaja dibuat oleh orang islam tetapi turut dilakukan oleh orang bukan
islam. Ilmuan islam dalam bidang austronomi dari dulu kala bertungkus lumus dalam
mencari jalan penyelesaian untuk menmpakan kenampakan hilal yang menjadi titik
penting untuk takwim pada masa kini.
Kelemahan yang penulis dapati dalam artikel ini ialah di mana susunan untuk
menjelaskan takwim tersebut sedikit rumit dan cara penerangannya juga sukar untuk
difahami. Terdapat juga bentuk-bentuk rajah yang sukar untuk difahami maksudnya
serta penomboran yang tidak difahami. Penulis berharap agar artikel ini nanti
mampu dijelaskan dengan lebih kritis oleh pengkaji yang menggunakan artikel ini
sebagai rujukan dalam penyelidikan.

Kesimpulannya, pelbagai usaha telah dilakukan oleh ilmuan islam yang arif
dalam bidang astronomi kenampakan hilal. Kepelbagaian jenis kriteria turut
dihasilkan dan dikaji secara berterusan bagi membentuk satu kalendar Islam yang
seragam di peringkat antarabangsa. Dengan usaha yang jitu ini, penulis berharap
agar artikel ini mampu dijadikan rujukan oleh pengkaji hilal pada masa akan datang.
Sejurusnya juga, pengkaji berharap supaya kenampakan hilal ini dapat diaplikasikan
dalam sorotan peristiwa dalam rekod-rekod sejarah terdahulu.

You might also like