Kertas Kerja Kesenian

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU DILANG

KERTAS KERJA PANITIA PENDIDIKAN KESENIAN


(PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN MUZIK)

1. Tajuk
PROJEK KESENIAN 2019 & KEGUNAAN PDPc UNTUK SUBJEK SENI VISUAL DAN
MUZIK.

2. Pendahuluan
Pendidikan Kesenian merupakan komponen penting dalam kurikulum kebangsaan di
peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini menyumbang kepada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk membentuk kemenjadian murid yang holistik dan seimbang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menerusi kurikulum ini, murid
didedahkan dengan disiplin ilmu seni visual dan muzik. Murid melalui pelbagai aktiviti seni
yang membolehkan mereka berfikir aras tinggi, membina kemahiran seni, serta
mengaplikasi pengetahuan dalam menzahirkan idea kreatif.. Projek kesenian merupakan
aktiviti yang dijalankan setelah murid melalui satu proses pembelajaran dalam disiplin seni
visual dan muzik. Projek ini merupakan gabungan aktiviti yang dirancang berdasarkan
sesuatu tema. Murid akan mengaplikasi pengetahuan seni visual dan muzik bagi
menjayakan persembahan kesenian. Menerusi aktiviti ini, murid akan dibimbing oleh guru
untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Murid akan bersama-sama rakan dan
guru merancang dan memikirkan idea bagi menyelesaikan tugasan yang diberi.

Panitia Muzik dan Panitia Pendidikan Seni Visual akan mengadakan Projek Kesenian bagi
tahun 2018. Projek kesenian yang dicadangkan adalah berskala serdahana Projek ini akan
dijalankan sebanyak 1 kali setahun melibatkan murid Tahun 1-6 pada penghujung tahun.
Dimana murid akan mempersembahkan hasil kerja dengan gabungan muzik yang telah
diajar.
Projek Kesenian yang akan melibatkan pameran dan persembahan ini akan memberikan
pengalaman yang unik kepada murid untuk mengeksplorasi potensi diri, membina
kemahiran generik dan sosial bagi melahirkan insan yang kreatif dan inovatif. Disamping
itu ,pdpc akan menggunakan bahan tersebut untuk menjayakan aktiviti projek kesenian ini.

3.. MATLAMAT

Matlamat utama Projek Kesenian ialah melahirkan murid berpengetahuan dan


berkemahiran dalam bidang kesenian bagi mengembangkan potensi diri sebagai insan
yang harmonis, kritis, kreatif dan inovatif, serta mempunyai kesedaran terhadap estetik
1
kesenian dari pelbagai budaya seterusnya meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa. Selain itu,
murid juga akan bergiat aktif dalam pengkaryaan seni serta berkeyakinan apabila
membuat persembahan. Kesemua pengalaman ini merupakan suatu pembudayaan kepada
murid untuk menuju kearah pembentukan insan yang berliterasi seni untuk menghadapi
cabaran abad ke-21. Disamping itu projek ini akan berlangsung sebelum persembahan dan
pameran untuk menyediakan bahan-bahan untuk dipamerkan di penghujung aktiviti
semasa aktiviti pameran dan persembahan.

4. Cadangan Pelaksanaan
Tarikh : 9 November 2018
Hari : Jumaat
Masa : 0900-1130 pagi
Tempat : Ruai Gemilang SK Rt Diilang

5. AJK Pelaksana
Penasihat : En Mikem Ak Lingiok (Guru Besar)
Pengerusi : En John Semada
Penyelaras : Pn Roslind John
Setiausaha : Pn Nur Ashikin bt Zain
Hadiah :Pn Missie Rainie
Peralatan : Semua guru PSV/PMZK

6. Sasaran
Semua murid tahun 1 hingga 6

7. Cadangan Pelaksanaan / Aktiviti


a. Pertandingan mewarna bagi murid tahun 1
b. Pertandingan menghasilkan kolaj bagi murid tahun 2
c. Pertandingan menghasilkan kolaj bagi murid tahun 3
d. Pertandingan menghasilkan corak mozek bagi murid tahun 4
e. Pertandingan membuat corak montaj bagi murid tahun 5
f. Pertandingan menghasilkan anyaman bagi murid tahun 6
g. Murid akan menghasilkan sesuatu jenis muzik berdasarkan aktiviti yang telah
dibuat dengan mengabungkan kedua-dua unsur kesenian

2
8. Kewangan
Sumber kewangan adalah dari Peruntukan Bantuan Geran Per Kapita bagi Mata
Pelajaran Standard Sekolah (KSSR)

1. Sumber Perbelanjaan

BIL SUMBER JUMLAH


1. Pendidikan Muzik RM 504.00
2. Pendidikan Seni Visual(PSV) RM 504.00
JUMLAH RM1008.00

2. Anggaran Perbelanjaan (Panitia Pendidikan Seni Visual)

Bil. Perkara/Barang Kuantiti Harga seunit Jumlah


(RM) (RM)
1 Oil pastel Buncho Small stick 16 6 4.90 29.40
color
2 Color pencil Buncho Large stick 2 18.60 37.20
3 Color pencil Steadler Luna 12L- 7 7.50 52.50
136
4 Crayon Steadler Luna wax crayon 3 3.20 9.60
5. Water color Astar wc1800 5 4.70 23.50
6 Poster color 12 color 2 18.70 37.40
7 Drawing Book Campap CW 2602 8 5.40 43.20
135 GSM
8 Niki Painting Brush 6pcs 10 3.70 37.00
9 Pallete –small 20 0.50 10.00
Big 10 1.00 10.00
10 A-4 Color Paper 80gsm 5 color mix 1 27.20 27.2
Light Mix
11 Mounting Board –black/white 5 4.00 20.00
12 Rubber band 1 3.50 3.50
13 Scissor Nisso Sam 6 10 1.70 17.00
14 Pembalut Hadiah 10 1.00 10.00
15 Glue –chunbe 160 ml clear 5 2.40 12.00
16 Glue – Astar 40ml (3in 1) 2 2.10 4.20
17 Polar /Niki clay(tanah liat) 10 1.70 17.00
18 Cutting mat A4 1 10.20 10.20
19 Manila kad thin 15 0.60 9.00
20 Cutter SDI Big 5 3.20 16.00
21 Exercises book-single line 48 0.40 19.20
22 Pensel 2b A-star Rainforest 5 3.20 16.00
23 Nisso Fancy Eraser 30 0.20 6.00
24 Sharpener Nisso 30 0.40 12.0
25 Lucky Star A4 80GSM 1 14.80 14.80

Jumlah RM 503.90

9. Cadangan Hadiah
Hadiah individu
Tempat pertama – buku, pensil,pemadam ,pengasah pensil

3
Tempat kedua – buku, pensil,pemadam ,pengasah pensil
Tempat ketiga – buku, pensil,pemadam ,pengasah pensil

10. Penutup

Adalah diharap aktiviti ini dapat dijalankan dalam keadaan yang menyeronokkan
dan mempunyai input yang baik serta menyumbang terhadap pembentukkan insan
yang berketrampilan dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Disediakan oleh,

...................................................
(NOR ASHIKIN BT ZAIN)
SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN KESENIAN

Disemak oleh, Disah dan diluluskan oleh,

.................................... .......................................
(HUMPHRY LANI HAYWARD) (MIKEM AK LONGIOK)
Ketua Panitia Pendidikan Kesenian (PSV) GURU BESAR
SK RT DILANG

You might also like