Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Inovasi yang diperkenalkan ialah Sistem E-Pembelajaran Sektor Awam atau EPSA™ yang merupakan

penyelesaian pembelajaran inovatif (innovative learning solution) untuk kegunaan semua penjawat
awam. Sistem EPSA™ membolehkan penjawat-penjawat awam mengikuti kursus secara atas talian
tanpa perlu hadir secara fizikal di mana-mana institusi latihan. Sistem ini telah beroperasi secara
rasmi pada 9 Julai 2007. Lokasi pelaksanaan ialah di INTAN, Bukit Kiara dan boleh dicapai oleh semua
personel sektor awam, sama ada di dalam atau di luar negara. Pembangunan Sistem EPSA™
merupakan satu idea kreatif dan inovatif untuk membudayakan pembelajaran berterusan di
kalangan penjawat awam. Ia merupakan sistem e-pembelajaran sektor awam yang pertama di
Malaysia. Kaedah pembelajaran ini adalah pelengkap kepada kaedah latihan sedia ada. Sistem
EPSA™ mampu melatih lebih ramai penjawat awam pada sesuatu masa berbanding dengan latihan
dalam bilik kuliah. Sistem EPSA boleh dicapai tanpa batasan masa dan tempat sebagaimana tagline
EPSA™ “Pembelajaran Bila-bila Masa, Di Mana Jua“. EPSA™ inovatif dari perspektif konsep
pelaksanaannya yang berasaskan perkongsian terancang. Konsep ini asli dan sekaligus berjaya
mewujudkan khidmat shared learning services yang pertama di sektor awam Malaysia. Konsep ini
menjadikan EPSA™ boleh digunakan oleh semua penjawat awam manakala bahan kursus yang
dibangunkan oleh agensi lain juga boleh dimuatnaik ke sistem EPSA™. Tambahan pula, bahan kursus
EPSA™ direka khusus untuk adult learners menggunakan teori andragogy, dan EPSA™ digunakan atas
dasar sukarela atau opsional. Konsep-konsep ini membezakan EPSA™ dengan pelaksanaan
epembelajaran di institusi pengajian tinggi di mana e-pembelajaran mereka adalah terhad kepada
kegunaan dalaman sahaja dan atas dasar mandatori. Kursusnya direka untuk pelajar yang
kebanyakannya diperingkat remaja menggunakan teori pedagogy

You might also like