Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

2.

0 PEMEROLEHAN KEWARGANEGARAAN

Kewarganegaraan merupakan keahlian kepada sesebuah komuniti iaitu sesebuah bandar

tetapi kini lebih kepada sesebuah Negara. Seseorang yang mempunyai keahlian ini dipanggil

sebagai warganegara. Kebiasaannya, semua Negara mempunyai kewarganegaraan masing-

masing dan hal ini menyebabkan wujudnya perbezaan warganegara antara Negara lain.

Kewarganegaraan boleh diserahkan melalui penyerahan kewarganegaraan dan diperoleh

melalui pewarganegaraan. Kewarganegaraan boleh dilucutkan sekiranya seseorang itu

melakukan kesalahan-kesalahan berat yang tertakluk dengan undang-undang Negara. Di

Malaysia, seseorang itu boleh memperolehi kewarganegaraan melalui beberapa cara.

Antaranya, melalui kuatkuasa undang-undang, pendaftaran, kemasukan (Natrulisasi) dan

percantuman Wilayah.

2.1 KUATKUASA UNDANG-UNDANG

Melalui cara ini, ianya telah dinyatakan secara jelas dalam perkara 14 Perlembagaan

Persekutuan yang mana telah diperuntukkan bahawa warganegara yang boleh memohon taraf

tersebut melalui cara ini terdiri daripada dua golongan iaitu :

a) Orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia iaitu 16 September 1963; dan

b) Orang yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia

Orang-orang berikut yang lahir sebelum Hari Malaysia adalah menjadi warganegara dengan

cara kuatkuasa undang-undang :

a) Setiap orang yang telah menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu

(PTM ) sebelum menjelang hari Merdeka, menurut mana-mana peruntukan

(PTM), sama ada dengan cara kuatkuasa undang-undang atau selainnya.


b) Setiap orang yang dilahirkan dalam Tanah Melayu pada atau selepas Hari

Merdeka tetapi sebelum Oktober 1962.

c) Setiap orang yang dilahirkan di Persekutuan selepas bulan September

1962, yang sekurang-kurangnya ibu atau bapanya pada masa kelahirannya

itu adalah seorang warganegara atau bermaustatin tetap di Persekutuan

atau tiap-tiap orang yang pada masa lahirnya tidak menjadi warganegara

mana-mana negeri lain.

d) Setiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari

Merdeka dan bapanya pada masa kelahirannya itu adalah seorang

warganegara dan juga telah lahir di Persekutuan atau pada masa kelahiran

berada dalam Persekutuan atau kerajaan sesuatu negeri.

e) Setiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari

Merdeka dan bapanya pada masa lahirnya itu adalah seorang warganegara,

jika dalam masa satu tahun selepas dia lahir itu atau dalam masa sesuatu

tempoh yang lebih lanjut sebagai mana yang dibenarkan oleh kerajaan

Persekutuan dalam sesuatu hal tertentu, kelahiran itu didaftarkan di sebuah

pejabat Konsul Persekutuan atau kelahiran itu berlaku di Singapura,

Sarawak, Brunei atau Borneo Utara, kelahiran itu didaftarkan dengan

kerajaan Persekutuan.

Seseorang itu adalah tidak secara automatiknya mendapat taraf kewarganegaraan, bahkan ia

tertakluk kepada perenggan (b) atau (c) subseksyen (1) yang mana memperuntukkan sesorang

tidak mendapat kewarganegaraan jika pada masa dia dilahirkan, bapanya bukan warganegara

dan mempunyai kekebalan (immunity) diplomat.


2.2 PENDAFTARAN

Permohonan taraf kewarganegaraan melalui cara pendaftaran adalah hanya kepada empat

golongan ini iaitu :

2.2.1 ISTERI DAN ANAK KEPADA WARGANEGARA.

Merujuk kepada Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan, diperuntukkan hal mengenai

kewarganegaraan dengan cara pendaftaran bagi isteri dan anak-anak kepada warganegara.

Seorang perempuan yang telah berkahwin dan suaminya seorang warganegara berhak melalui

permohonan kepada kerajaan Persekutuan dan didaftarkan sebagai warganegara jika dia

masih bersuami dan suaminya itu seorang warganegara pada permulaan bulan Oktober 1962

atau jika dia membuktikan dan kerajaan Persekutuan berpuas hati;

a) Bahawa dia telah bermaustatin di Persekutuan (dan di negeri Sabah dan Sarawak

sebelum Hari Malaysia sepanjang tempoh dua tahun sebelum daripada tarikh

permohonan itu, dan dia berniat hendak bermastautin tetap di Persekutuan.

b) Bahawa dia berkelakuan baik.

Syarat yang lain pula ialah perkahwinan wanita tersebut hendaklah didaftarkan di bawah

mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Persekutuan, termasuk undang-

undang yang berkuatkuasa sebelum Hari Merdeka atau mengikut undang-undang bertulis

yang berkuatkuasa sebelum Hari Malaysia di wilayah yang termasuk dalam negeri Sabah dan

Sarawak. Tetapi, jika wanita tersebut membuat permohonan untuk didaftarkan sebagai

warganegara sebelum awal bulan September 1965, atau sebelum suatu tarikh kemudiannya

sebagaimana yang ditetapkan dengan perintah oleh Yang Dipertuan Agung, dan pada tarikh

permohonan itu, dia lazimnya bermastautin di negeri Sabah dan Sarawak, maka

perkahwinannya itu tidak perlu didaftarkan.


Selain itu, tertakluk kepada fasal (2) perkara 15 Perlembagaan Persekutuan, apabila

permohonan dibuat kepada kerajaan Persekutuan oleh ibu bapa atau penjaga seseorang yang

berumur kurang dari 21 tahun, maka kerajaan Persekutuan bolehlah mengarahkan orang itu

didaftarkan sebagai warganegara jika sekurang-kurangnya ibu atau bapanya (atau pada masa

kematiannya) seorang warganegara. Di bawah fasal (3) perkara 15 pula, seseorang yang

berumur di bawah umur 21 tahun yang lahir sebelum awal bulan Oktober 1962, dan bapanya

(atau pada masa kematiannya) seorang warganegara dan juga seorang warganegara pada awal

bulan itu (jika dia hidup pada masa itu) berhak didaftarkan sebagai warganegara jika kerajaan

Persekutuan berpuas hati bahawa orang itu lazimnya bermastautin di Persekutuan serta

berkelakuan baik.

2.2.2 MANA-MANA ORANG DIBAWAH UMUR 21 TAHUN

Di bawah perkara 15A kerajaan Persekutuan boleh dalam sesuatu hal keadaan khas yang

difikirkan patut mengarahkan supaya seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun

didaftarkan sebagai warganegara. Dalam hal ini, mestilah sekurang-kurangnya ibu atau

bapanya (atau pada masa kematiannya) adalah warganegara Malaysia.

2.2.3 ORANG YANG DILAHIRKAN DALAM PERSEKUTUAN SEBELUM HARI

MERDEKA

Di bawah perkara 16, mana-mana orang yang berumur 18 tahun atau lebih yangdilahirkan di

Persekutuan sebelum Hari Merdeka berhak didaftarkan sebagai warganegara jikadia

membuktikan dan kerajaan Persekutuan berpuas hati;

a) Bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan dalam masa 7 tahun sebelumtarikh

permohonan itu, bagi tempoh-tempoh yang semuanya berjumlah tidakkurang

daripada lima tahun,


b) Bahawa dia berniat hendak bermastautin tetap di Persekutuan,

c) Bahawa dia berkelakuan baik, dan

d) Bahawa dia mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu peringkat rendah.

2.2.4 ORANG YANG BERMASTAUTIN DI MANA-MANA NEGERI MALAYSIA

TIMUR PADA HARI MALAYSIA.

Di bawah perkara 16A, orang yang berumur 18 tahun atau lebih yang pada Hari Malaysia

lazimnya bermastautin di negeri Sabah atau Sarawak berhak melalui permohonan kepada

kerajaan Persekutuan sebelum bulan September 1971, untuk didaftarkan sebagai warganegara

jika dia membuktikan dan kerajaan Persekutuan berpuas hati ;

a) Bahawa dia telah bermastautin sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang

terkandung dalam negeri-negeri tersebut itu dan selepas Hari Malaysia

bermastautin di Persekutuan bagi tempoh berjumlah tidak kurang daripada tujuh

tahun dalam tempoh masa sepuluh tahun sebelum tarikh permohonan, dan tempoh

itu termasuk dua belas bulan sebelum tarikh tarikh permohonan itu;

b) Bahawa dia berniat hendak bermastautin tetap di Persekutuan;

c) Bahawa dia berkelakuan baik; dan

d) Kecuali jika permohonan itu dibuat sebelum bulan Sepetember 1965, oleh seorang

pemohon yang telah mencapai umur 45 tahun, maka dia hendaklah mempunyai

pengetahuan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang memadai.

Perkara 18 pula memperuntukkan peraturan-peraturan am mengenai pendaftaran sebagai

warganegara Malaysia. Tiada seorang pun yang berumur 18 tahun atau lebih boleh

didaftarkan sebagai warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan sehingga dia telah

mengangkat sumpah dengan sesungguh dan sepenuhnya menolak atau meluputkan segala

kesetiaan kepada mana-mana negeri atau Negara di luar kawasan Persekutuan serta
bersumpah bahawa dia akan jujur serta menumpahkan segala taat setia kepada DYMM Seri

Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan akan menjadi seorang warganegara

Persekutuan yang sebenar, setia dan jujur.

Namun, ianya kecuali setelah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan, tiada seorang pun yang

telah menolak atau dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Perlembagaan atau yang telah

menolak atau yang telah dilucutkan kewarganegaraan Persekutuan sebelum Hari Merdeka di

bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu boleh didaftarkan sebagai warganegara di

bawah Perlembagaan.

2.3 MELALUI KEMASUKAN (NATRULISASI)

Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan untuk mendapat kewarganegaraan dengan cara

daftaran adalah berasaskan kelahiran dan permastautinan seseorang itu dalam Persekutuan.

Tetapi bagi orang yang tidak dilahirkan di Malaysia, dan jika dia bermastautin disini,

bolehlah memohon untuk mendapat kewarganegaraan Persekutuan dengan cara kemasukan

(natrulisasi). Mengikut perkara 19 Perlembagaan Persekutuan, orang asing yang berumur 21

tahun atau lebih bolehlah membuat permohonan untuk dimasukkan menjadi warganegara,

sekiranya dia dapat memenuhi syarat-syarat yang tersebut di bawah ini :

a) Dia telah bermastautin dalam Persekutuan dalam tempoh 12 tahun terdahulu

daripada dan hingga dari tarikh itu tidak kurang daripada 10 tahun.

b) Berniat hendak kekal bermastautin di negeri ini.

c) Berkelakuan baik.

d) Mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang cukup.

Tiap-tiap orang yang didaftarkan menjadi warganegara juga hendaklah mengangkat sumpah

taat setia kepada Persekutuan sebelum daripada diberikan sijil masukannya itu. Hal ini adalah
tertakluk kepada Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan dan dinyatakan sumpah taat setia

seperti dalam Jadual Pertama.

Perbezaan antara masukan dengan daftaran sebagai cara orang asing bertukar

menjadiwarganegara persekutuan ialah masukan itu dikhaskan kepada orang yang tidak

dilahirkandalam persekutuan, manakala daftaran itu ialah suatu jalan yang khas untuk orang

yang dilahirkan di negeri ini menjadi warganegara. Tetapi sejak penubuhan Malaysia, orang

yang bermastautin sama ada di negeri Sabah mahupun Sarawak yang memenuhi segala

syarat-syarat yang telah ditetapkan bolehlah didaftarkan sebagai warganegara Malaysia.

Perbezaan lain antara perolehan kewarganegaraan melalui masukan dan daftaran adalah pada

cara perlucutan kewarganegaraan itu sendiri. Orang yang menjadi warganegara dengan jalan

daftaran oleh sebab dilahirkan dalam Persekutuan tidak boleh dilucutkan kewarganegaraan

dengan syarat-syarat yang disebutkan dalam perkara 25 perlembagaan Malaysia. Ini

bermakna orang itu tidak boleh dilucutkan kewarganegaraannya, walaupun :

a) Dia telah menunjukkan dengan cara gerak-gerinya yang dia tidak taat setia kepada

persekutuan.

b) Dia berniaga dan berhubung dengan rakyat Negara asing yang berperang dengan

persekutuan.

c) Dia telah didapati salah oleh makamah mana-mana negeri dan dihukum

penjarayang tidak kurang daripada 12 bulan atau denda tidak kurang daripada RM

5000, dan dia tidak pula mendapat ampun tentang kesalahan ini.

2.4 PERCANTUMAN WILAYAH

Menurut perkara 22, jika sesebuah wilayah baru dimasukkan ke dalam Malaysia selepas Hari

Malaysia (16 September 1963), parlimen boleh melalui undang undang menentukan
warganegara wilayah itu yang akan menjadi warganegara Malaysia atas sebab hubungan

mereka dengan wilayah itu dan tarikh mulanya mereka akan menjadi warganegara.

RUJUKAN

Tun Mohd Salleh Abas, (1997), Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan Di Malaysia, Kuala

Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka, Hlm. 268.

Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kedua, Bahagian 1, Seksyen 1.

Ahmad Ibrahim & Ahliemah Joned, (2007),Sistem Undang-Undang Di Malaysia, Kuala

Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka, Hlm. 204.

You might also like