Laporan Tahunan Kelab Setem Dan Filateli

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN TAHUNAN KELAB SETEM DAN FILATELI

SMK PETRA JAYA


JANUARI HINGGA JULAI 2018

Kelab Setem dan Filateli (KESEF) SMK Petra Jaya telah ditubuhkan pada tahun 2015
dibawah bimbingan 3 orang guru penasihat. Bermula dengan ahli yang berjumlah kurang
daripada 30 orang, kini telah bertambah seramai 000 orang ahli yang terdiri daripada pelajar
dan guru di SMK Petra Jaya. Dalam tempoh 4 tahun penubuhannya, kelab ini bergiat aktif
sehingga berjaya membawa kemenangan dan kejayaan dalam pertandingan di peringkat
kebangsaan.

Antara aktiviti – aktiviti dan pertandingan yang disertai pada tahun 2018 adalah;

1. Kem Jati Diri

2. Folio Setem Malaysia Book Of Records 2018 (MBOR18)

Pihak kelab KESEF SMK Petra Jaya telah menyertai program MBOR18 yang telah
berlangsung pada…….. Untuk itu, pihak kami telah menghantar 14 folio setem
untuk pertandingan berkumpulan dan 1 folio setem individu di peringkat kebangsaan.
Melalui pertandingan yang terdapat dalam program ini, kami telah berjaya meraih
kejayaan bagi kategori berkumpulan iaitu johan, naib johan dan tempat keempat.
Manakala bagi kategori individu, kami berjaya mendapat tempat kelima. Sebanyak
…. Buah sekolah di seluruh Malaysia telah menyertai program Malaysia Book Of
Records 2018 yang berlangsung di SMK …………….., Kelantan Darul Naim pada
00 Jun 2018 yang lalu.

3. Pertandingan Terbuka Mencipta Cogan Kata KESEF

Pertandingan Terbuka Mencipta Cogan Kata KESEF yang terbuka kepada semua ahli
kelab Setem dan Filateli serta mempunyai akaun SODA yang aktif hingga Disember
2018. Cogan kata yang dicipta hendaklah tidak melebihi lima patah perkataan dalam
Bahasa Melayu sahaja. Pertandingan ini bertujuan untuk menyediakan satu cogan
kata KESEF yang kreatif, mudah diingati dan jelas. Pertandingan ini telah bermula
daripada 1 April 2018 hingga 31 Julai 2018. Pihak kami telah menghantar 000
penyertaan dalam pertandingan ini.
4. Pertandingan Terbuka Rekabentuk Setem
Pertandingan Terbuka Rekabentuk Setem terbuka kepada semua ahli SODA yang
aktif. Pertandingan ini adalah anjuran Pos Malaysia Berhad dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia. Lakaran rekabentuk dihasilkan menggunakan
pensel warna dan krayon. Tajuk bagi rekabentuk setem adalah “Wawasan 2020”.
Pertandingan ini telah bermula daripada 1 April 2018 hingga 31 Julai 2018. Pihak
kami telah menghantar 000 penyertaan dalam pertandingan ini.

5. Pertandingan Terbuka Penulisan Esei

Penulisan Esei kategori Sekolah Menengah yang dipertandingkan pada tahun 2018
bertajuk “Kelebihan Mengumpul Setem Sebagai Hobi” bertulis tangan dengan
jumlah perkataan 150 patah perkataan telah disertai oleh 00 orang ahli KESEF yang
aktif akaun SODA. Penyertaan pertandingan ini melibatkan penggunaan sampul surat
“We Care”.

6. Pertandingan Terbuka Penulisan Folio Setem

Pertandingan penulisan folio setem yang bermula 1 April hingga 31 Julai merupakan
satu pertandingan yang terbuka untuk ahli KESEF sahaja. Tajuk penulisan folio
setem untuk kategori sekolah menengah ialah Kekeluargaan Kebersamaan
(Togetherness). Jumlah muka surat bagi penulisan folio ini adalah 16 muka surat
sahaja. Melalui penulisan folio setem ini, ahli kelab didedahkan dengan teknik
penulisan yang betul dan pemilihan setem dan bahan fileteli yang bersesuaian.
Manakala, bagi kategori guru, tajuk penulisan folio adalah “Pembelajaran mMelalui
Setem”dengan jumlah 32 muka surat.

7. Pertandingan Keusahawanan Setemku

Keusahawanan Setemku KESEF merupakan satu tugasan Khusus bagi Kelab KESEF
yang dicalonkan untuk Majlis Anugerah KESEF Cemerlang peringkat kebangsaan
2018. Objektif pertandingan ini adalah untuk melahirkan pelajar yang berdaya kreatif
serta melahirkan usahawan muda. Selain itu, keusahawanan setemku juga merupakan
satu kaedah untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menjalankan aktiviti bersama
warga sekolah. Pihak kami telah mengadakan booth jualan Setemku pada 2 Mei 2018.
Hasil Jualan Setemku telah mencapai kutipan sejumlah RM000.00. Jumlah hasil
jualan telah memenuhi sasaran jualan Setemku bagi peringkat Mentor negeri iaitu 80
helai sasaran jualan.

8. Pertandingan Sudut Setem Terbaik

Sudut setem adalah satu tugasan wajib bagi sekolah yang terpilih bagi sekolah yang
bertanding di Majlis Anugerah KESEF Cemerlang peringkat kebangsaan 2018.
Sudut Setem adalah salah satu criteria penilaian yang diambilkira oleh pihak
penyelaras dalam mengadili pencapaian KESEF di sekolah. Rasional bagi tugasan ini
adalah bagi mengisi aktiviti kelab dengan tujuan menyediakan ruang pameran untuk
berkongsi maklumat berkenaan KESEF dan produk filateli kepada warga sekolah
terutamanya pelajar. Selain itu, ia juga sebagai memupuk minda positif, kreatif dan
inovatif dalam kalangan ahli kelab.

9. Pertandingan Keahlian KESEF (SODA) Cemerlang

10. Pertandingan Terbuka Video Pendek

Tugasan ini merupakan tugasan wajib bagi sekolah di bawah kategori Super Junior,
Mentor Negeri, mentor Zon dan Mentor Malaysia untuk peringkat kebangsaan tahun
2018. Penghasilan video pendek telah dilaksanakan bermula 1 Mac 2018 hingga 30
Jun 2018. Video Pendek yang dihasilkan oleh ahli kelab KESEF SMK Petra Jaya
merupakan video genre drama. Konsep video yang dihasilkan adalah berdasarkan
tema “Ada Apa dengan KESEF”. Objektif jalan cerita video yang dihasilkan dalam
tempoh masa 3 minit ini bertujuan memupuk minat mengumpul setem di kalangan
generasi muda dan pembelajaran melalui setem.

Bagi pertandingan anjuran pihak Pos Malaysia Berhad dengan kerjasama


Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan akan diumumkan pada minggu pertama
November 2018 nanti.

Diharap agar kejayaan demi kejayaan dapat dicapai selaras dengan usaha dan kesungguhan
ahli kelab yang tidak pernah putus untuk mencapai matlamat untuk mengharumkan nama
baik sekolah dan negeri Sarawak ke peringkat seterusnya.

Laporan disediakan oleh

Setiausaha
Kelab Setem dan Filateli
SMK Petra Jaya.

You might also like