Professional Documents
Culture Documents
Modul I'm Safe 2019
Modul I'm Safe 2019
SEKTOR PENGURUSAN
PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
JAWATANKUASA JU SPADA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU
MODUL MINGGU I’M SAFE PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU
: Majlis bersurai
LAMPIRAN 3
Pada kesempatan pagi ini, kami berkumpul di sekolah tempat yang mulia ini bagi menzahirkan
kesyukuran kami kepada-Mu kerana dengan hidayah-Mu kami dapat berkumpul, menghayati
program GEN-T SEJAHTERA ….
Allahumma Ya Allah,
Kami bersyukur kepada-Mu, kerana dapat mengikuti program ini dengan selamat. Semoga ia
mendidik hati-hati ini agar sentiasa mengingati-Mu. Berikanlah kebaikan kepada semua guru
yang memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada kami. Pengalaman yang tidak ternilai daripada
mereka banyak membantu kami dalam melayari bahtera kehidupan ini. Jadikanlah kami anak-
anak soleh yang dapat berbakti kepada ibu bapa dan seterusnya Negara tercinta.
Kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada diri kami, sanak saudara kami, guru-guru kami,
sahabat-sahabat kami, pemimpin-pemimpin kami agar kami terus beristiqamah mengembleng
tenaga dan usaha membanteras musuh negara yang durjana ini. Semoga kami tetap berada
dalam peliharaan-Mu selamanya.
Perbaikilah akhlak kami, cetuskanlah dalam hati sanubari kami, rasa jijik dan benci terhadap
perkara maksiat dan dosa sebagaimana kami benci dicampakkan ke dalam api neraka.
Peliharalah diri kami daripada perkara yang membinasakan kami. Berikanlah keinsafan kepada
kami agar kami sentiasa berwaspada terhadap ancaman di sekeliling kami. Sesungguhnya
kepada-Mu lah kami kembali.
SEMPENA
Bismillahirrahman nirrahim,
2. Idea program ini tercetus kerana Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu menyedari
bahawa komitmen membendung ancaman gejala ini perlu sentiasa diteruskan dan
dilestarikan bagi memastikan murid-murid kita bebas dari cengkaman musuh negara.
3. Matlamat utama program ini ialah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan warga
pendidikan termasuklah murid sekolah untuk mengutamakan kehidupan yang sihat
kerana kesejahteraan yang bermula dari peringkat akar umbi akan menentukan
kesejahteraan kepada negara.
6. Binalah benteng yang teguh dalam diri kita daripada gejala tidak sihat kerana kejayaan
hidup kita adalah pilihan kita. Katakan TIDAK kepada perlakuan yang boleh
menjerumuskan kita ke dalam kancah kebinasaan. Jangan sekali-kali ingin mencuba
perbuatan yang tidak memberi manfaat kepada kita kerana ia membahayakan hidup kita
sendiri.
7. Saya yakin dengan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak agenda membebaskan
sekolah dari ancaman musuh negara akan terus terlaksana dan sudah pasti murid-murid
yang kita bentuk di sekolah pada hari ini akan mampu menggunapakai ilmu yang
diperolehi ini buat selama-lamanya walaupun setelah tamat persekolahan.
8. Warga pendidik sekalian, teruskan Amalan Guru Penyayang kerana Insya-Allah dengan
adanya perasaan kasih sayang, kita tidak akan sanggup melihat anak bangsa kita terus
terabai dan terumbang ambing dalam meneruskan perjuangan hidup mereka. Bantulah,
bimbinglah dan sokonglah murid-murid kita agar dengan sinar yang mereka temui akan
membawa mereka ke dunia yang lebih sejahtera dan aman.
9. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua warga pendidik dan murid-murid agar
sentiasa berusaha untuk mengekang pengaruh gejala sosial di sekolah seterusnya
mengekalkan usaha tersebut apabila berada di luar sekolah. Berikan didikan dan asuhan
yang terbaik untuk murid-murid kita. Besarlah harapan saya agar seluruh warga
pendidikan negeri Terengganu sentiasa mengembleng tenaga bersama-sama berusaha
tanpa mengira latar belakang, berkorban masa dan tenaga demi melahirkan generasi
Terengganu yang sihat.
LAMPIRAN 5
(Fail C )
LAMPIRAN 6
MESEJ SIHAT
Tubuh yang sihat menghasilkan otak yang cerdas
Kita perlu menjaga kesihatan dengan cara bersenam – bagi mengeluarkan peluh agar
terasa lebih segar dan sihat
Toksin / racun yang terdapat dalam badan akan dikeluarkan melalui pengeluaran
peluh
Apabila kita mempunyai badan yang sihat kita akan dapat melakukan aktiviti dengan
lebih baik dan sempurna (amal ibadat / datang sekolah )
Selain itu dengan bersenam kita juga dapat mengurangkan risiko untuk obesity
( mempunyai berat badan yang berlebihan (gemuk)
4) Murid
menyiapkan tugasan
yang diberi.
5) Perbentangan
kumpulan.
LAMPIRAN 7
LANGKAH :
1. Guru menayangkan video Kartun Boboiboy yang berdurasi 5 minit 23 saat kepada
murid-murid. ( sebagaimana CD yang dibekalkan )
2. Setelah tamat tayangan video tersebut, guru mengagihkan murid-murid kepada beberapa
kumpulan ( 6 hingga 10 orang )
3. Minta murid bincangkan soalan, dalam kertas mahjong yang diedarkan kepada setiap
kumpulan.
Contoh jawapan ;
Contoh jawapan;
Contoh jawapan;
Contoh Jawapan;
i) Dapat menentang musuh atau orang jahat atau perkara-perkara yang tidak baik
ii) Menjaga diri daripada perkara yang buruk atau musuh
iii) Membantu orang lain yang memerlukan pertolongan
e) Apakah yang menghalang murid untuk menjadi seorang murid yang baik. Bincang dan
senaraikan
Contoh jawapan;
i) Dadah
ii) Rokok
iii) Masalah sosial
f) Sebagai seorang murid, apa yang perlu dilakukan untuk hadapi musuh
( dadah/rokok/ponteng ) Bincang dan senaraikan.
Contoh jawapan;
g) Bagaimanakah cara dapat menjadikan anda seorang murid / anak yang baik. Bincang dan
senaraikan.
Contoh jawapan ;
4. Setelah selesai perbincangan dalam kumpulan, wakil murid setiap kumpulan di minta
membentangkan hasil perbincangan mereka.
5. Semasa sesi pembentangan, minta kumpulan lain untuk fokus dan memberi respon atau
pandangan mereka.
6. Setelah selesai pembentangan, guru diminta membuat rumusan / refleksi tentang aktiviti
tersebut.
RUMUSAN / REFLEKSI
1. Guru boleh membandingkan watak Boboiboy dengan realiti kehidupan sebagai seorang
murid.
2. Kaitkan kesan daripada dadah / masalah sosial semasa kepada murid dari sudut diri,
keluarga, sekolah dan masyarakat.
Faktor Pelindung ialah ciri-ciri atau keadaan yang ada dalam lingkungan seseorang yang
boleh membantunya untuk berhadapan atau berdaya tindak terhadap cabaran hidup khasnya
cabaran berkaitan penyalahgunaan dadah
Faktor Risiko ialah ciri-ciri atau keadaan yang ada dalam linkungan seseorang yang mana
ianya meningkatkan kemungkinan seseorang individu itu untuk terlibat dengan penyalahgunaan
dadah.
1)Soal jawab
fasilitator tentang
video yang
ditayangkan
Lampiran 8
TAZKIYATUN NAFS
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah…
Pertama sekali, ayuh kita tarik nafas dalam-dalam.Pejamkan mata dan hayatilah cinta
Allah dalam hati dan jiwa kita… adakah kita merasainya atau pernah merasainya?
Hakikat asalnya tidak pernah wujud.Kewujudan kita di dunia ini bukan atas kehendak diri
kita sendiri, tetapi atas kehendak Yang Maha Esa, iaitu Allah SWT.
Allah SWT telah menciptakan aku daripada tiada kepada ada dan memberikan pelbagai nikmat
kepadaku. Ajalku bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik disaat kun faya kun menyapa.
Kemudian, perlahan-lahan mari kita berfikir sejenak. Dalam hidup kita selama ini yang ALLAH
SWT bagi nikmat bernafas selama 12 tahun, agaknya benda apa yang paling berharga buat kita?
Semua itu tidak kurang pentingnya tetapi ada lagi benda yang paling berharga dalam hidup
kita iaitu IMAN.
Kerana itu, syaitan sangat ingin mencuri IMAN kita kerana itu yang paling berharga dalam diri
kita.
Setiap daripada kita yang bergelar hamba ALLAH SWT mempunyai IMAN. Yang membezakan
kita semua adalah kualiti iman kita sama ada tinggi atau rendah.
Bila mana iman kita tinggi berada di puncak, maka tiada masalah buat kita untuk melakukan
ibadah dan kebaikan kerana kita merasai manisnya iman.
Tetapi, bila mana kita diuji dengan iman yang lemah? Segala kebaikan terasa berat… hilangnya
kemanisan ibadah… dan rasa malas menguasai diri… semua kerja tak jalan, kan?
Pertama yang perlu ditanamkan dalam diri adalah kita, manusia yang tidak pernah terlepas
daripada perbuatan dosa.
Dosa yang kita lakukan seharian sama ada sengaja atau tak sengaja. Dosa yang kita tahu
mahupun yang kita tak tahu.
Kita semua sedia maklum yang IMAN kita akan sentiasa naik dan turun ibarat roller-coaster.
Kerana itu, ALLAH SWT Maha Pengampun terhadap hamba-hambaNya kerana Dia tahu kita
lemah dan sentiasa berbuat dosa .
ALLAH SWT itu sangat mencintai hamba-hambaNya yang sentiasa bertaubat lagi dan lagi
tanpa putus asa. Apabila hambaNya berbuat dosa… ALLAH SWT menunggu hambaNya itu
kembali kepadaNya.
Jangan pernah ragu-ragu dengan cinta ALLAH SWT kerana ALLAH SWT mencintai semua
hambaNya melebihi kasih sayang ibu bapa kepada kita.
ALLAH SWT menciptakan kita bukan dengan tujuan untuk menghukum kita melainkan untuk
memuliakan kita.
ALLAH SWT ingin berjumpa kita di syurga kerana itu ALLAH SWT membuka pintu
pengampunanNya seluas-luasnya sehingga hari kiamat.
Persoalannya sekarang, adakah kita merebut peluang taubat yang ALLAH SWT berikan?
Bilamana kita berjalan kepada ALLAH SWT… ALLAH SWT berlari kepada kita.
Oleh itu, betapa banyak kesalahan yang kita buat, ingatlah betapa besarnya kasih sayang
ALLAH SWT yang menunggu untuk mengampunkan kita.
Namun, takutlah dengan azab-Nya untuk mereka yang ingkar dan sombong untuk bertaubat
kepada ALLAH SWT.
Hidup ini adalah perjalanan hati, jika hatimu kuat maka kamu akan sampai ke destinasimu…
biarpun beribu onak dan liku kerana kekuatan hatimu ada ALLAH SWT.
Zikir Taubat