Peraturan Pertandingan Seni Khat 2020 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Pertandingan Seni Khat 2020

Pertandingan Seni Khat


Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
Peringkat Kebangsaan
Tahun 2020

Disediakan oleh:
Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia
2020

1
Pertandingan Seni Khat 2020

1. Pengenalan

1.1. Pertandingan ini bertujuan mengembangkan bakat murid dalam bidang seni
tulisan khat dan membantu murid menghayati ajaran Islam berdasarkan ayat
Al-Quran dan Hadith dalam karya yang dihasilkan.

1.2. Seni khat yang mengandungi bentuk tulisan yang mudah dan rumit serta
sarat dengan makna, falsafah, dan simbol merupakan lambang keindahan
budaya dan warisan tradisi yang sangat tinggi nilainya.

2. Penyertaan

2.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah (darjah 1
hingga 6) dan menengah (tingkatan 1 hingga 5) Kementerian Pendidikan
Malaysia sahaja.

2.2. Pertandingan di peringkat kebangsaan akan diwakili kontinjen seperti jadual


berikut:

Kategori Lelaki Perempuan

Sekolah Rendah 1 orang 1 orang

Sekolah Menengah 1 orang 1 orang

2.3. Setiap peserta hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia.

2.4. Setiap peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa
atau penjaga.

3. Pakaian peserta

3.1. Pakaian peserta hendaklah sopan dan menutup aurat.

3.2. Pakaian peserta tidak boleh melambangkan negeri yang diwakili.

4. Teks soalan pertandingan

4.1. Teks soalan pertandingan akan diedarkan dua minggu sebelum tarikh
pertandingan.

4.2. Teks soalan pertandingan peringkat sekolah rendah adalah menyokong


sukatan pelajaran dalam buku teks (tahun 1 hingga 6).

4.3. Teks soalan pertandingan peringkat sekolah menengah adalah menyokong


sukatan pelajaran dalam buku teks (tingkatan 1 hingga 5).

5. Masa

5.1. Setiap peserta diberi masa selama dua jam tiga puluh minit sahaja.

2
Pertandingan Seni Khat 2020

6. Peralatan

6.1. Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan sendiri termasuk dakwat,


pen dan tisu. Peserta tidak dibenarkan meminjam sebarang peralatan
daripada peserta lain semasa pertandingan.

6.2. Peserta bebas menggunakan sebarang jenis pen khat. Dicadangkan peserta
menggunakan mata pen bersaiz 5.0mm untuk khat thuluth, 3.0mm untuk
khat nasakh dan 2.0mm untuk khat riqaah.

6.3. Teks hendaklah ditulis menggunakan dakwat. Penggunaan pensel sebagai


tulisan adalah dilarang, namun pensel boleh digunakan sebagai lakaran.

6.4. Peserta boleh menggunakan dakwat berwarna hitam/biru sahaja untuk teks.

6.5. Warna-warna lain boleh digunakan untuk corak hiasan yang sederhana dan
tidak menghilangkan penampilan tulisan khat (maksima tiga warna sahaja).

6.6. Semua bahan bantuan seperti buku rujukan, catatan lakaran siap, contoh
zukhruf dan acuan corak tidak dibenarkan dibawa ke dalam dewan semasa
pertandingan. Manakala peralatan seperti jangka lukis, pembaris dan pelapik
kertas dibenarkan.

6.7. Penganjur hanya menyediakan kertas jenis Art Paper 230gsm bersaiz A3
untuk sekolah rendah dan bersaiz A2 untuk sekolah menengah

7. Jenis khat yang dipertandingkan

7.1. Peringkat sekolah rendah :


7.1.1. Nasakh
7.1.2. Riqaah

7.2. Peringkat sekolah menengah :


7.2.1. Thuluth
7.2.2. Nasakh
7.2.3. Riqaah

8. Penghakiman

8.1. Jawatankuasa penghakiman terdiri daripada:


8.1.1. Ketua hakim
8.1.2. Tiga orang hakim

8.2. Setiap hakim akan menilai aspek berikut:

8.2.1. Kaedah khat (60 markah)


8.2.1.1. Menepati kaedah khat yang ditetapkan
8.2.1.2. Kekuatan bentuk huruf
8.2.1.3. Sambungan huruf

8.2.2. Ejaan (Perkataan, Huruf, titik dan baris) (15 markah)


8.2.2.1. Tertinggal perkataan ditolak 10-15 markah
8.2.2.2. Tertinggal dan tertambah huruf ditolak 5-10 markah

3
Pertandingan Seni Khat 2020

8.2.2.3. Tertinggal dan tertambah titik ditolak 1-5 markah


8.2.2.4. Tersilap baris ditolak 1-5 markah

8.2.3. Susunan dan kreativiti (15 markah)


8.2.3.1. Rekabentuk karya
8.2.3.2. Susunan atur huruf
8.2.3.3. Keseragaman huruf dan kedudukan baris
8.2.3.4. Keseimbangan susunan karya

8.2.4. Corak Hiasan (5 markah)


8.2.4.1. Motif zukhruf Islamiah (hiasan tepi) sahaja
8.2.4.2. Motif tumbuhan dan geometri digalakkan

8.2.5. Kebersihan Karya (5 markah)


8.2.5.1. Kesan dakwat yang berlebihan
8.2.5.2. Kesan lakaran pensil
8.2.5.3. Kesan pembetulan
8.2.5.4. Kesan lipatan atau renyuk

8.3. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan
pertandingan, seterusnya tempat kedua dan ketiga. Sekiranya berlaku
persamaan markah, maka penentuan pemenang akan dirujuk kepada
markah kaedah, seterusnya susunan. Sekiranya masih berlaku persamaan
markah, jemaah hakim akan bersidang untuk menentukan pemenang.

8.4. Penarafan karya berdasarkan gred. Hanya karya pemenang pertama hingga
5 akan diberi markah, manakala tempat ke 6 hingga akhir akan diberikan
gred sebagai penarafan.

8.5. Gred adalah seperti berikut :

o Platinum : 90-100%
o Emas : 80-89%
o Perak : 65-79%
o Gangsa : 50-64%
o Tiada penarafan untuk markah 49% ke bawah

8.6. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad

9. Tugas Ketua Hakim :

9.1. Mengatur serta mentadbir cara penghakiman yang lengkap dan memastikan
ia dijalankan dengan amanah dan rahsia. Antara tugas-tugas yang akan
dijalankan adalah seperti berikut :

9.2. Mengawasi perjalanan dan proses penghakiman sepanjang pertandingan


dijalankan supaya berjalan dengan teratur dan lancar.

9.3. Mengetuai taklimat kepada jemaah hakim mengenai butir-butir yang perlu
diberi perhatian sebelum, semasa dan selepas pertandingan diadakan.

9.4. Memastikan penggantian hakim mengikut keperluan.

4
Pertandingan Seni Khat 2020

9.5. Mengesahkan dan menandatangani borang penghakiman dan keputusan


pertandingan.

9.6. Memastikan juru acara pertandingan dan penjaga masa menjalankan tugas
dengan sempurna.

Disediakan oleh :

Cawangan Pembangunan Program Adab dan Nilai


Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

5
Pertandingan Seni Khat 2020

No.Giliran :
Borang Pemarkahan Pertandingan Khat Kategori : Rendah/ Menengah
Festival Kesenian Islam Sekolah-sekolah (FKISS) KPM Tahun 2020 Jantina : Lelaki / Perempuan

Ejaan
Susunan dan Kebersihan
Jenis Kaedah Khat (Perkataan, Huruf, Corak Hiasan
Kreativiti Karya
Khat Titik Dan Baris)
(60 markah) (15 markah) (15 markah) (5 markah) (5 markah)

Thuluth

Nasakh

Riq’ah

Jumlah

Jumlah Markah Keseluruhan

Tandatangan: Tandatangan:
Nama Hakim: Nama Ketua Hakim:

You might also like