Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

CABARAN NAKHODA:

CATATAN JURNAL
REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA
DAN GURU BESAR

Institut Aminuddin Baki


Kementerian Pendidikan Malaysia
Diterbitkan oleh:
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06-7979200
Faks: 06-7079300
www.iab.edu.my

Urusan Penerbitan:
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Genting Highlands
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sri Layang
69000 Genting Highlands

ISBN 978-967-0504-49-0

HAK CIPTA TERPELIHARA © Institut Aminuddin Baki 2016: Tiada bahagian


daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan atau dikeluarkan
ke dalam sebarang bentuk atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau
dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar
serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah
Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.

CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN


KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR

ISBN 978-967-0504-49-0

Pengurus Penerbitan:
Ramli bin Yaacob

Reka Bentuk & Reka Letak Halaman:


HS Massyi Printing Sdn. Bhd.

Dicetak oleh:
HS Massyi Printing Sdn. Bhd.
40, Jalan Selaseh Indah
Taman Selaseh Fasa 1
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
SIDANG PENERBITAN
CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR

Penaung
YBrs. Haji Zainal Aalam bin Hassan, PhD
Pengarah Institut Aminuddin Baki

Penasihat
Haji Hashim bin Mohd Zin
Timbalan Pengarah Khidmat Profesional

Mistirine binti Radin


Timbalan Pengarah Khidmat Latihan

Haji Abd. Razak bin Manaf


Pengarah Institut Aminuddin Baki
Cawangan Genting Highlands

Faridah binti Yakob, PhD


Timbalan Pengarah Institut Aminuddin Baki
Cawangan Genting Highlands

Sidang Editor
Aziah binti Samichan
Ramli bin Yaacob
Jamelaa Bibi binti Abdullah, PhD

Sidang Penulis
Jamelaa Bibi binti Abdullah, PhD
Wan Othman Kamal b. Wan Yusof
Haji Ahmad Nahran bin Haji Ishak
Sapinah binti Zakaria
Abidin bin Mohamad
Siti Monazairin binti Jelani
KANDUNGAN

Perkara Halaman

PENGENALAN 1

Jenis-jenis Kepimpinan 2
Gaya Kepimpinan 7

CATATAN PENGALAMAN AMALAN KEPIMPINAN 8


PENGETUA DAN GURU BESAR

Catatan Pengalaman Kepimpinan Transformasional 8


Catatan Pengalaman Kepimpinan Transaksional 9
Catatan Pengalaman Kepimpinan Autentik 10
Catatan Pengalaman Kepimpinan Situasi 12
Catatan Pengalaman Kepimpinan Instruksional 13
Catatan Pengalaman Kepimpinan Teragih (Distributed) 18
Catatan Pengalaman Gaya Kepimpinan Demokratik 19
Catatan Pengalaman Gaya Kepimpinan Autokratik 21
Catatan Pengalaman Gaya Kepimpinan Laisezz-Faire 23

RUMUSAN 24

RUJUKAN 25
CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR 1
PENGENALAN

Buku Cabaran Nakhoda ini berkisar tentang catatan jurnal reflektif


terhadap amalan kepimpinan pengetua dan guru besar di sekolah.
Catatan dalam bentuk log kepimpinan ini dilakukan oleh peserta NPQEL
berdasarkan pemerhatian di persekitaran mereka sepanjang 5 bulan
mengikuti program NPQEL. Peserta NPQEL akan mempelajari amalan-
amalan terbaik kepimpinan pengetua, guru besar dan tokoh-tokoh
kepimpinan di persekitaran mereka dan mengaitkan dengan teori-teori
kepimpinan yang telah dipelajari dalam program ini. Peserta NPQEL
kemudiannya akan merekodkan pemerhatian ke dalam jurnal reflektif.
Rajah 1 menunjukkan kerangka yang menjadi fokus refleksi peserta
NPQEL:

Jumlah
Artikel

Teragih

Rajah 1: Analisis Jurnal Reflektif

Sebanyak 60 daripada 90 jurnal reflektif telah dikaji untuk melihat refleksi


peserta NPQEL terhadap kepimpinan pengetua dan guru besar yang
berlaku di persekitaran mereka. Analisis memfokuskan penerokaan
terhadap hasil refleksi peserta NPQEL dalam log kepimpinan sepanjang
lima bulan mengikuti Program NPQEL dan dijalankan dalam analisis
meta berdasarkan analisis log kepimpinan peserta NPQEL bagi ambilan
2/2015.
2 CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR

JENIS-JENIS KEPIMPINAN

Terdapat enam jenis kepimpinan dan tiga jenis gaya kepimpinan yang
akan dibincangkan dalam jurnal reflektif peserta iaitu:

1. Kepimpinan Transformasional

• Bennis dan Nanus (2003), mendefinisikan kepimpinan


transformasional adalah kebolehan pemimpin membentuk dan
menterjemah matlamat dalam kalangan para pengikut untuk
mencapai perubahan signifikan melalui kepentingan dan tenaga
bersama secara kolektif.
• Bass (1985), pula mendefinisikan kepimpinan transformasional
berupaya untuk mengubah nilai kepercayaan dan budaya
sesebuah organisasi.
• Burns, (1978), Johnson, (2001), dan Sadler (2003) - Terdapat
empat domain dalam kepimpinan transformasional, iaitu:

➢ Domain Idealized Influence menekankan visi dan misi yang


jelas yang dikongsi bersama.
➢ Domain Inspirational Motivation menekankan fungsi
pemimpin sebagai role model. Pemimpin akan berkongsi
beban yang dipikul oleh pengikutnya.
➢ Domain Intelectual Stimulation pula menekankan pemimpin
merangsang kreativiti pengikutnya dengan cara memberi
peluang kepada mereka menyoal kembali idea awal mereka.
➢ Domain Individualized Consideration menganggap setiap
individu dalam organisasi mempunyai keperluan, kehendak
dan matlamat yang berbeza.

2. Kepimpinan Transaksional

• Kepimpinan transaksional adalah kepimpinan yang mengarahkan


usaha orang lain melalui tugas, ganjaran dan struktur.
• Avolio dan Bass, (1988) - Pemimpin transaksional mengenal
pasti dan menjelaskan tugas-tugas dan memberitahu bahawa
CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR 3
kejayaan pelaksanaan tugas-tugas tersebut akan menuju kepada
penerimaan ganjaran
• Penerimaan kepimpinan ini bergantung kepada proses
pertukaran iaitu pemimpin memberi serta memperolehi sesuatu
daripada pengikut sebagai balasan. Dalam proses kepimpinan
ini, pemimpin transaksional akan menjanjikan ganjaran kepada
pengikutnya jika mereka berjaya mencapai satu tahap prestasi
yang telah ditetapkan dalam jangka masa tertentu.
• Schuster, (1994) - Ia sentiasa dikaitkan dengan kuasa kedudukan,
status dan pengaruh yang datang dari kedudukan seseorang
dalam hierarki. Kuasa memainkan peranan penting - jika dilihat
dari sudut yang positif mempunyai jaringan dan jalinan dan jika
dilihat dari sudut yang negatif, ia menyalahgunakan kedudukan.

3. Kepimpinan Autentik

• Luthan dan Avolio (2003) dan Ilies et al., (2005) - mendefinisikan


kepimpinan autentik sebagai satu proses menggabungkan unsur
pemimpin yang positif dan komitmen yang diberikan dalam
konteks membangunkan sesebuah organisasi.
• Unsur positif dalam kepimpinan autentik mempengaruhi
kesedaran dalam diri dan tingkah laku positif yang mengawal diri
kedua-dua pihak iaitu pemimpin dan pekerja, dapat mendorong
pertumbuhan diri dan pembangunan diri yang positif.
• Pemimpin autentik juga diharapkan boleh menjadi penggerak
utama, dalam mengambil tanggungjawab untuk memegang
tampuk utama kepimpinan walaupun mereka mengetahui ada
risiko terhadap diri mereka sendiri jika melakukan perkara
tersebut.
• Domain-domain kepimpinan autentik dengan pendekatan
psikologi. Ilies et al., (2005) –
➢ Kesedaran Diri (Self Awareness),
➢ Proses Keadilan (Unbiased Processing),
➢ Tingkah laku Autentik (Authentic Behavior/ Action)
➢ Perhubungan Autentik (Relational Authenticity).
4 CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR

• Fry (2005), - Kepimpinan autentik juga memerlukan pemimpin


yang bertindak hasil daripada satu set nilai yang terdapat dalam
diri pemimpin tersebut yang mana nilai tersebut konsisten dengan
gaya dan tingkah laku mereka .

4. Kepimpinan Situasi

• Pemimpin menggunakan gaya kepimpinan mengikut situasi atau


keadaan. Andaian utama teori ini ialah fungsi pemimpin berubah
mengikut perubahan situasi untuk mencapai keberkesanan
organisasi. Pemimpin mengendalikan fungsi yang berbeza-beza
dalam situasi yang berbeza.
• Hersey dan Blanchard - Model Kepimpinan Situasi (Situational
Leadership Model).

Rajah 2: Model Kepimpinan Situasi Hersey dan Blanchard

• Teori Kepimpinan Situasi menekankan aspek kepimpinan


pelbagai amalan gaya kepimpinan.
➢ Kuadran Telling digunakan untuk guru atau kakitangan
yang tiada pengetahuan dan pengalaman tetapi mempunyai
komitmen yang tinggi.
➢ Kuadran Selling menggambarkan orang bawahan yang
kurang komitmen dan tahap kecekapan yang rendah.
CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR 5
➢ Kuadran Participating merujuk kepada golongan yang
mempunyai kecekapan yang tinggi tetapi kurang dorongan
kendiri.
➢ Kuadran Delegating merujuk kepada mereka yang
mempunyai tahap kecekapan dan dorongan kendiri yang
tinggi.

5. Kepimpinan Instruksional

• Kepimpinan Instruksional menurut pandangan Vilsteren


(2006), adalah kepimpinan yang berpusatkan pengajaran dan
pembelajaran.
• Pemimpin Instruksional juga berperanan sebagai pemegang
autoriti dan perlu mempunyai pengetahuan yang khusus dan
kemahiran dalam setiap mata pelajaran.
• Hallinger dan Murphy (1985), telah mendefinisikan kepimpinan
instruksional sebagai kepimpinan yang berlandaskan tiga dimensi
dan sebelas elemen seperti yang terdapat dalam Rajah 4 iaitu:
➢ mentakrif matlamat,
➢ mengurus program instruksional
➢ menggalakkan iklim sekolah

Mentakrif matlamat Mengurus Program Menggalakkan Iklim


sekolah Instruksional Sekolah

• merangka matlamat • menyelia dan membuat • menjaga masa


sekolah penilaian instruksional pengajaran
• menjelaskan matlamat • menyelaras kurikulum • menggalakkan
sekolah perkembangan
• memantau
profesional
perkembangan murid
• mengekalkan sokongan
pembelajaran
• menyediakan insentif
untuk guru
• menguatkuasakan
piawai akademik
• menyediakan insentif
untuk murid

Rajah 3: Model Kepimpinan Instruksional oleh Hallinger dan Murphy (1985)


6 CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR

6. Kepimpinan Teragih (Distributed Leadership)

• Spillane (2006) - kepimpinan teragih merupakan satu pemikiran


di mana lebih ramai individu dilibatkan sebagai pemimpin secara
rasmi, tidak rasmi atau ad-hoc.
• Kepimpinan ini berfokus kepada saling interaksi antara tiga
elemen utama iaitu pemimpin, pengikut dan situasi.
• Menerusi kepimpinan teragih, guru bekerjasama secara
kolektif dan kolaboratif mengikut kepakaran masing-masing
dan seterusnya membuat keputusan secara bersama dalam
mencorakkan budaya serta matlamat yang hendak dicapai.
• Amalan kepimpinan teragih, disebar luas ke seluruh organisasi
secara kolaboratif (collaborated distribution), kolektif (collective
distribution) dan koordinasi (coordinated distribution) (Spillane,
2006).
• Pemimpin masih terlibat dalam proses kepimpinan walaupun
berbeza dapatan, pandangan atau konflik. Terdapat 4 dimensi
yang menjadi fokus dalam kepimpinan tersebar iaitu:
➢ Penetapan dan perkongsian misi, visi dan matlamat sekolah.
➢ Budaya sekolah dengan berfokus kepada faktor yang
mempengaruhi pencapaian murid, kerjasama dan kolaboratif
serta professional learning community.
➢ Perkongsian tanggungjawab menjurus kepada membuat
keputusan secara kolaboratif, penilaian prestasi serta
pembangunan profesional.
➢ Amalan kepimpinan yang terdiri daripada amalan kepimpinan
dalam kalangan guru besar atau pengetua dan amalan
kepimpinan dalam kalangan pemimpin pertengahan.
CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR 7
GAYA KEPIMPINAN

1. Demokratik

Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang


menggalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam
organisasi. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk
memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan
diambil.

2. Autokratik

Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan


pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber
kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat
keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan
memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimpinan seperti ini boleh
dilihat di dalam industri.

3. Laissez-Faire

Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak


begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya.
Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya.
Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan
membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.
8 CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR

CATATAN PENGALAMAN AMALAN KEPIMPINAN


PENGETUA DAN GURU BESAR

Realiti amalan sebenar seorang pemimpin sekolah dipaparkan bagi


setiap jenis dan gaya kepimpinan. Perkongsian amalan kepimpinan turut
digambarkan dalam situasi yang berbeza iaitu menyesuaikan kepimpinan
mengikut keperluan sekolah. Tiada suatu ketetapan bahawa seorang
pengetua dan guru besar mesti mengamalkan satu jenis atau gaya
kepimpinan sahaja, ia bergantung kepada situasi sekolah tersebut. Inilah
yang memberi cabaran kepada seorang pemimpin sekolah. Cabaran
seorang nakhoda dalam melayari bahteranya agar selamat tanpa karam.

CATATAN PENGALAMAN KEPIMPINAN


TRANSFORMASIONAL

Amalan Kepimpinan
Pengetua/Guru Besar

Situasi 1
Kepimpinan transformasional telah ditunjukkan oleh guru besar dengan
menekankan visi dan misi yang jelas untuk dikongsi bersama (Domain
Idealized Influence). Setiap program yang dilaksanakan di sekolah
adalah berbentuk jangka panjang dan berfokuskan aspek kemenjadian
murid. Guru besar turut menyelitkan amanat berkaitan visi dan misi pada
setiap kali perjumpaan dengan murid-murid dan para guru. Amanat
berterusan yang sentiasa dikongsi bersama akan membentuk organisasi
yang mantap dan mempunyai satu kiblat yang sama.

Situasi 2
Guru besar yang mengamalkan kepimpinan transformasional juga bijak
memberikan kata-kata perangsang untuk membangkitkan semangat
bekerja dan belajar dalam kalangan guru, staf sokongan dan murid-
murid. Beliau juga dapat menarik komitmen dan kerjasama subordinat
dan komuniti dengan mudah melalui penekanan terhadap aspek
CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR 9
tanggungjawab yang perlu dimainkan secara kolaboratif oleh semua
pihak. Guru besar yang mengamalkan kepimpinan transformasional
bijak menjadikan dirinya sebagai peneraju perubahan dan mampu
mempengaruhi subordinat untuk bertindak seiring sederap dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan (FPK) serta Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), 2013 – 2025.

CATATAN PENGALAMAN KEPIMPINAN


TRANSAKSIONAL

Amalan Kepimpinan
Pengetua/Guru Besar

Situasi 1
Kepimpinan transaksional oleh guru besar digunakan untuk membina
jaringan dan jalinan dengan pihak berkepentingan dan komuniti
setempat. Selain itu, mampu memberikan ganjaran kepada subordinat
yang berkompetensi tinggi dan sebaliknya berani menghukum individu
yang berprestasi rendah. Kepimpinan transaksional telah ditunjukkan
oleh guru besar dengan mengadakan jalinan dengan pihak luar, iaitu
hubungan baik dengan ahli parlimen kerajaan yang memerintah. Guru
besar telah berjaya membawa ahli parlimen turun padang melawat
sekolah dengan menghimpunkan komuniti setempat.

Kehebatan yang ditunjukkan oleh guru besar yang mengamalkan


kepimpinan transaksional ialah kemahiran mendapatkan dana daripada
ahli parlimen untuk kepentingan organisasi, baik untuk tujuan program
kecemerlangan akademik mahupun untuk baik pulih prasarana yang
rosak. Justeru, pemimpin transaksional tidak akan bergantung semata-
mata kepada peruntukan kewangan yang diturunkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) semata-mata.
10 CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR

CATATAN PENGALAMAN KEPIMPINAN


AUTENTIK

Amalan Kepimpinan
Pengetua/Guru Besar

Situasi 1
Guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan autentik dengan
cara berkongsi pengalaman, cerita dan ilmu yang diperolehi dengan
menjadikan dirinya sebagai role model, contoh atau suri teladan kepada
orang di bawah pimpinannya. Beliau sentiasa menunjukkan sikap dan
contoh yang baik kepada guru-guru dan murid-murid. Beliau juga sering
memberi motivasi dan dorongan untuk peningkatan diri individu dari
semasa ke semasa.

Beliau juga sering memberikan teguran kepada guru-guru agar


sentiasa menepati masa terutama ketika hadir ke sekolah. Selain itu,
guru besar meminta agar guru-guru sentiasa jujur dan ikhlas dalam
memikul amanah. Beliau menyatakan bahawa kita semua adalah pilihan
Allah yang diamanahkan untuk melakukan yang terbaik terutama untuk
mendidik anak bangsa.

Sikap beliau yang suka bersalam dan bertegur sapa serta


bertanya khabar kepada warga sekolah dan ibu bapa murid yang
datang menghantar anak ke sekolah, menjadikan beliau mudah didekati.
Situasi ini turut memberi peluang kepada warga sekolah sekiranya ingin
berbincang dan berkongsi masalah dengan guru besar. Beliau juga turut
bersama-sama guru dan murid-murid tahun enam ke masjid untuk solat
hajat dan bacaan yasin pada setiap hari Jumaat.

Guru besar sentiasa menasihati dan menegur murid-murid supaya


berbuat baik, menjaga solat lima waktu dan mengelakkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang terlarang. Beliau turut menggalakkan
murid-murid sentiasa berpakaian kemas, malah seringkali membetulkan
pakaian dan tali leher murid yang tidak kemas. Beliau menyatakan
tentang kekemasan diri sebagai tanda menghormati diri sendiri. Beliau
juga menegur murid-murid yang tidak menghormati negara semasa
CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR 11
lagu “Negaraku” dinyanyikan. Beliau memberitahu murid-murid tentang
sejarah negara dan semangat patriotik. Beliau menggalakkan murid-
murid bersenam untuk menyihatkan badan kerana otak yang cerdas
datangnya daripada badan yang cergas.

Guru besar adalah seorang yang tidak lokek memberi


penghargaan dan pujian kepada guru-guru dan murid-murid pada setiap
kejayaan yang diraih. Beliau menyatakan kejayaan yang dicapai adalah
kejayaan bersama dan harus dikongsi. Oleh sebab itu, antara ucapan
beliau semasa perhimpunan, adalah mengucapkan terima kasih kepada
murid-murid yang hadir ke sekolah, mengucapkan tahniah kepada murid
yang menunjukkan kesungguhan semasa belajar atau bermain ketika
mewakili sekolah sekalipun tidak menjadi juara tetapi kesungguhan yang
ditunjukkan itu yang paling utama. Keadaan ini menjadikan guru besar
amat disegani dan dihormati oleh seluruh warga sekolah.

Situasi 2
Pengetua merupakan peneraju dan role model kepada seluruh warga
sekolah. Beliau jarang menggunakan kaedah paksaan atau arahan
dan suka memulakannya terlebih dahulu supaya dapat dicontohi oleh
guru-guru. Beliau adalah seorang yang peramah dan mudah didekati. Di
samping itu, beliau adalah seorang yang merendah diri walaupun telah
membawa kejayaan sekolah ini ke tahap kecemerlangan dan diiktiraf
sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Platform yang digunakan oleh pengetua adalah ketika berucap


di perhimpunan pagi. Beliau menasihati murid yang akan menghadapi
peperiksaan supaya menjaga kesihatan dan terus berdoa untuk
berjaya. Pengetua menjelaskan perkara-perkara penting yang perlu
diambil perhatian oleh murid dalam musim peperiksaan. Pengetua
turut menasihati murid untuk sentiasa merujuk kepada guru sekiranya
menghadapi pemasalahan dalam pelajaran. Pengetua turut mengingatkan
murid agar menjaga tingkah laku dan wajib mengikuti setiap aktiviti yang
dirancang oleh pihak sekolah. Pengetua yang autentik suka berkongsi
pengalaman melalui sesi perbincangan bersama-sama dengan warga
sekolah. Pengetua seorang yang berhemah dalam menyatakan hasrat
dan visi beliau dengan mengambil kira pandangan guru.
12 CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR

Situasi 3
Guru besar mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru
Tahun 6 kerana berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan murid-
murid Tahun 6 dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Segala
usaha yang telah dicurahkan oleh guru-guru akan mendapat ganjaran
pahala daripada Allah. Beliau seorang yang sangat prihatin dan menjaga
kebajikan guru-guru. Hal ini dapat dilihat ketika beliau memaklumkan
tentang program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) iaitu Kursus
Pemantapan Organisasi dan Budaya Kerja Cemerlang yang akan
diadakan. Beliau meminta maaf atas makluman lambat diberi oleh
pihak sekolah kerana hanya mempunyai tiga hari untuk bersiap sedia.
Namun, beliau menyatakan bahawa beliau mempunyai keyakinan tinggi
terhadap warga sekolah dalam menangani masalah tersebut. Walau
bagaimanapun beliau sedia berbincang dengan guru atau staf yang
bermasalah untuk menghadiri LADAP tersebut.

CATATAN PENGALAMAN KEPIMPINAN


SITUASI

Amalan Kepimpinan
Pengetua/Guru Besar

Situasi 1
Dalam majlis perhimpunan pagi, pengetua menerangkan maksud
Kemerdekaan dan menjelaskan mengapa perlunya menyambut hari
kemerdekaan. Pengetua juga menerangkan tema hari kemerdekaan.
Sebagai langkah susulan, pengetua menyarankan murid mempunyai
semangat patriotik, kasih dan sayang kepada negara. Pengetua
menegaskan bahawa guru merupakan agen yang mencorakkan masa
depan pelajar. Justeru itu, guru juga perlu menghayati dan menanam
rasa cinta kepada negara (Selling).

Situasi 2
Dalam majlis perhimpunan pagi dan bacaan yasin, guru besar bersama-
sama guru dan murid tahun enam ke masjid untuk solat hajat dan bacaan
yasin pada hari Jumaat (Partisipatif).
CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR 13
Situasi 3
Pada suatu hari, guru besar menerima laporan bahawa guru Pendidikan
Jasmani telah pengsan di padang sekolah dan beliau bergegas menuju
ke lokasi kejadian. Guru besar telah mengarahkan guru tersebut dibawa
ke kelas pra sekolah untuk beri rawatan segera. Beliau juga telah
mengambil inisiatif untuk menghubungi waris untuk memaklumkan
kejadian yang berlaku (Partisipatif).

Situasi 4
Dalam suatu perhimpunan pagi, guru besar telah menerangkan aktiviti
Spellthon dengan jelas dan teratur. Guru besar telah membuka ruang
seluas-luasnya kepada murid untuk melibatkan dalam aktiviti spellthon
(Selling).

Situasi 5
Di bilik guru, guru besar membimbing guru untuk membuat analisis
pencapaian, kekuatan, kelemahan murid dalam satu-satu mata pelajaran.
Guru besar telah memberi bimbingan dan bersifat terbuka dalam sesi
soal jawab serta berjaya mempengaruhi orang bawahannya melalui
komunikasi yang jelas dan berkesan (Partisipatif).

CATATAN PENGALAMAN KEPIMPINAN


INSTRUKSIONAL

Amalan Kepimpinan
Pengetua/Guru Besar

Situasi 1
Semasa berada di sekolah guru besar sentiasa melakukan aktiviti
pencerapan terhadap pengajaran guru dalam semua mata pelajaran.
Beliau menghadiri kelas pada awal waktu sebelum pengajaran dijalankan
untuk memastikan guru bersedia tepat pada waktunya. Malah semasa
pengajaran dijalankan guru besar meneliti dan memeriksa buku rekod
persediaan mengajar serta memastikan pengajaran berjalan dengan
dan lancar. Guru besar berpuas hati dengan teknik pengajaran yang
14 CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR

disampaikan oleh guru dan murid mengambil bahagian secara aktif.


Selepas pengajaran dan pembelajaran (PdP) selesai, guru besar memberi
bimbingan ringkas serta penghargaan kepada guru atas persediaan yang
baik. Antara perkara yang menjadi fokus dalam persediaan pengajaran,
beliau sentiasa menggalakkan guru-guru menggunakan program I-Think
dalam pengajaran mereka sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Situasi 2
Semasa majlis perhimpunan pagi, guru besar memastikan majlis tersebut
berjalan dengan lancar kerana masa yang diperuntukkan adalah 30 minit
sahaja dan ia harus digunakan secara berkesan supaya masa PdP tidak
terganggu. Beliau menyampaikan ucapan dengan ringkas dan padat
malah akur dengan jadual PdP. Hal ini juga diingatkan kepada guru-
guru supaya mereka menggunakan masa majlis perhimpunan pagi yang
diperuntukkan secara maksimum dan berkesan.

Situasi 3
Guru besar datang awal ke sekolah dan mengetik kehadiran serta beliau
membuat lawatan di sekitar sekolah. Amalan ini dilakukan pada setiap
hari untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berlangsung
seperti yang dijadualkan. Malah beliau juga memantau kawasan
sekolah supaya berada dalam keadaan kondusif dan selamat kepada
warganya. Biasanya beliau berinteraksi dengan pekerja kebersihan
untuk memastikan mereka melaksanakan kerja seperti yang tetapkan
serta tidak menghadapi masalah semasa melaksanakan kerja-kerja
pembersihan.

Situasi 4
Pengetua menjayakan aktiviti sekolah dengan kerjasama guru dan murid.
Mereka mengetahui program yang sedang dan akan berlaku kerana
beliau suka berkongsi jadual aktiviti sekolah. Malah beliau menjelaskan
matlamat aktiviti sekolah adalah untuk membina kemajuan akademik
dan sahsiah murid. Beliau juga memberi pengiktirafan kepada kejayaan
guru dan murid dalam pelbagai bentuk sama ada pujian, hadiah, sijil dan
lain-lain yang difikirkan munasabah pada ketika itu.
CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR 15
Situasi 5
Pengetua membentangkan strategi penambahbaikan Key Performance
Indicator (KPI) dan Gred Purata Sekolah (GPS) dan diikuti pembentangan
prestasi Kelas Aliran Agama (KAA) oleh penyelarasnya. Pembentangan
ini bertujuan supaya guru-guru mengetahui hala tuju dan status semasa
prestasi sekolah agar mereka dapat bertindak secara realistik untuk
mencapai sasaran yang ditetapkan. Akhirnya laporan post mortem
aktiviti atau program yang telah selesai dijalankan, dibentangkan oleh
setiausaha kurikulum.

Situasi 6
Pengetua mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana GPS
sekolah telah meningkat. Beliau mengharapkan agar guru merancang
program ke arah peningkatan akademik sepadan dengan kemampuan
murid masing-masing. Murid-murid perlu diserlahkan potensi mereka
untuk capai sasaran sekolah. Malah beliau juga mengingatkan guru-guru
supaya memastikan PdP berjalan dengan baik.

Situasi 7
Pengetua berbincang dengan guru sebelum melaksanakan pencerapan
dengan menyemak persediaan mengajar yang dicatat dalam buku rekod
mengajar. Beliau juga mengadakan perbincangan dengan guru selepas
pencerapan bagi mencadangkan penambahbaikan terhadap sesi
pengajaran tersebut. Perbincangan tersebut adalah berfokus bagi melihat
kelemahan dan kekuatan guru. Beliau banyak memberi bimbingan dalam
menguasai kemahiran kawalan kelas.

Situasi 8
Dalam sesi perhimpunan mingguan guru besar memaklumkan murid-
murid tahun enam yang telah menjalani peperiksaan UPSR bersedia
dengan pasca UPSR. Perhimpunan tersebut didapati lancar dengan
kawalan yang amat baik. Beliau turut membuat rumusan bahawa
perjalanan PdP dan kawalan disiplin pada minggu lepas adalah baik.
Situasi tersebut mampu dikekalkan jika guru-guru memberi nasihat dan
teguran kepada murid secara berterusan. Malah situasi itu akan memberi
kesan yang baik terutama semasa proses PdP di dalam bilik darjah.
16 CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR

Situasi 9
Guru besar memaklumkan keputusan percubaan UPSR kepada ibu bapa
semasa sesi dialog. Dalam sesi tersebut mereka diminta memberi fokus
kepada anak-anak kerana peperiksaan sudah hampir tiba. Ibu bapa perlu
memastikan kerja rumah anak-anak siap pada tarikhnya dan bimbing
mereka. Peringatan beliau lagi bahawa bimbingan dan kebersamaan
ibu bapa dengan anak-anak akan menguatkan semangat mereka untuk
belajar dengan gigih dan berwawasan.

Situasi 10
Pengetua sering melaksanakan penyeliaan di semua kelas, bilik khas
dan persekitaran sekolah. Penyeliaan ini dibuat secara spontan dan
berfokus. Hal ini bertujuan memastikan bilik-bilik tersebut dalam keadaan
baik dan selamat digunakan. Beliau sering berbincang dengan guru yang
bertanggungjawab menjaga kelas berkenaan bagi mengekalkan atau
menambah baik kelas-kelas tersebut. Malah diingatkan juga, murid-murid
yang menggunakan kelas tersebut perlu berdisiplin bagi mengekalkan
tahap keselamatan.

Situasi 11
Pengetua membincangkan hala tuju sekolah dan perancangan
aktiviti kecemerlangan sekolah bersama-sama guru dalam sebuah
mesyuarat. Semasa perbincangan tersebut beliau meminta semua guru
membentangkan pencapaian peperiksaan serta pelan intervensi yang
realistik sebagai usaha untuk memastikan sasaran tercapai. Usaha ini
mendapat sokongan padu daripada guru-guru kerana mereka akan
memberi cadangan kepada rakan-rakan untuk mencapai sasaran
kecemerlangan masing-masing.

Situasi 12
Semasa Taklimat HRMIS Online, guru besar mementingkan peningkatan
prestasi murid melalui pencapaian dan kesungguhan. Maka wajarlah
mereka diberi penghargaan dalam bentuk sijil. Manakala dalam mesyuarat
guru pula, beliau mengingatkan guru-guru mengenai PdP terutama
kawalan kelas dan pergerakan murid-murid ke bilik-bilik khas. Beliau juga
memaklumkan tentang analisis pencapaian percubaan UPSR kepada
guru. Oleh itu, beliau berharap guru-guru sentiasa memberi semangat
dan dorongan kepada murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh
CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR 17
dalam masa terdekat bagi menghadapi UPSR pada bulan September
nanti.

Situasi 13
Guru besar meminta guru-guru tahun enam membantu murid sehabis
usaha untuk kejayaan murid-murid bagi menghadapi UPSR. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada guru-guru tahun enam dan seluruh
warga sekolah kerana berjaya menyusun program yang mampu memberi
impak positif kepada murid-murid yang akan menghadapi UPSR.
Program yang dilaksanakan, dipantau oleh beliau secara berterusan
bagi memastikan sasaran UPSR dapat dicapai.

Situasi 14
Sebelum perhimpunan bermula, guru besar membuat rondaan di
kawasan sekolah. Ini bertujuan untuk memastikan sekolah bersih dan
selamat. Beliau mengingatkan guru-guru tentang aspek kawalan kelas
ketika mereka melaksanakan PdP. Guru besar juga menjelaskan
tatacara penghantaran buku rekod mengajar dan peraturan berpakaian
ketika waktu Pendidikan Jasmani (PJ). Beliau turut menentukan guru
pembimbing bagi guru praktikum prasekolah dari Institut Bahasa
Melayu (IBM). Usaha ini bagi memastikan guru tersebut dapat menjalani
praktikum dengan sukses.

Situasi 15
Guru besar melaksanakan penyeliaan semua kelas, bilik khas dan
persekitaran luar sekolah. Penyeliaan kelas dibuat secara spontan tanpa
dimaklumkan kepada guru yang mengajar. Pemantauan kelas berfokus
kepada berlakunya proses PdP iaitu guru mengajar dan murid belajar.
Pemantauan persekitaran sekolah berfokus kepada keceriaan kelas
dan persekitaran dengan memastikan perabot dan peralatan berfungsi
dengan baik dan selamat digunakan. Semua maklumat pemantauan
dicatat dalam buku log penyeliaan dan dibentangkan oleh beliau dalam
contact time pada setiap hari Selasa.

Situasi 16
Guru besar menjelaskan matlamat mengadakan majlis permuafakatan
kepada ibu bapa. Malah mereka berperanan meningkatkan pencapaian
18 CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR

murid-murid Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) dalam


pendidikan. Beliau juga menyatakan hasrat dan harapan pihak sekolah
terhadap pencapaian KPI Saringan 2 LINUS. Pencapaian tersebut besar
ertinya kepada sekolah. Oleh itu, ibu bapa diingatkan perlu membantu
anak-anak belajar di rumah dan memastikan kerja rumah anak-anak siap.

CATATAN PENGALAMAN KEPIMPINAN


TERAGIH (DISTRIBUTED)

Amalan Kepimpinan
Pengetua/Guru Besar

Situasi 1
Ketika mengendalikan mesyuarat kurikulum berkenaan LINUS, guru besar
menyerahkan tugas menyampaikan taklimat berkaitan data Saringan
1 dan perancangan pelaksanaan Saringan 2 LINUS kepada Penolong
Kanan Pentadbiran, Penyelaras LINUS dan juga Guru Pemulihan
Khas. Guru besar telah mengagihkan tugas dan tanggungjawab dalam
menyampaikan taklimat ini kepada pemimpin pertengahan di sekolahnya.
Penurunan kuasa seumpama ini kerap dilakukan oleh guru besar apabila
melibatkan bidang tugas Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid (HEM) dan juga Penolong Kanan Kokurikulum. Guru
Pemulihan Khas juga diberi kepercayaan untuk menyampaikan taklimat
berkaitan Program Outreach yang melibatkan pemeriksaan kesihatan
bagi murid-murid yang gagal menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2
dalam modul LINUS.

Situasi 2
Guru besar juga menurunkan kuasa kepada Penolong Kanan
Kokurikulum untuk mengendalikan mesyuarat yang berkaitan Hari
Kokurikulum. Kepercayaan guru besar kepada kewibawaan Penolong
Kanan Kokurikulum menunjukkan bahawa kepimpinan teragih
telah diamalkan oleh beliau. Ketika mesyuarat Hari Kokurikulum ini
berlangsung, pengagihan lampiran jawatankuasa kerja Hari Kokurikulum
kepada semua guru juga dilakukan agar talimat yang disampaikan lebih
CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR 19
jelas dan berjalan dengan lancar. Guru-guru diberi tanggungjawab yang
bersesuaian dengan kepakaran masing-masing.

Situasi 3
Dalam mengendalikan Mesyuarat Majlis Akhir Graduasi Sekolah,
pengetua telah meminta setiausaha program untuk membentangkan
minit mesyuarat dan memaklumkan sekiranya ada sebarang pindaan.
Di samping pembentangan minit mesyuarat, pengetua turut memandu
setiap jawatan kuasa kerja untuk membentangkan laporan kemajuan
program masing-masing. Dengan keberadaan pengetua dalam
mesyuarat ini memudahkan segala keputusan dibuat dan guru-guru jelas
akan perjalanan Majlis Akhir Graduasi Sekolah.

Situasi 4
Ketika Mesyuarat Kurikulum Sekolah, pengetua telah mendelegasikan
pembentangan post mortem kurikulum kepada setiausaha kurikulum.
Beliau menurunkan kuasa dan akauntabiliti post mortem kurikulum ini
kepada setiausaha kurikulum. Di samping itu, pengetua turut meminta
penyelaras Kelas Aliran Agama (KAA) untuk membentangkan prestasi
KAA. Perbincangan dilakukan dalam mesyuarat ini untuk mencari
penambahbaikan aktiviti yang dijalankan, namun keputusan akhir masih
lagi di tangan pengetua. Amalan penurunan kuasa ini memudahkan
setiausaha kurikulum untuk menyampaikan taklimat dan telah diberi
kepercayaan oleh pengetua.

CATATAN PENGALAMAN GAYA


KEPIMPINAN DEMOKRATIK

Amalan Kepimpinan
Pengetua/Guru Besar

Situasi 1
Guru besar melakukan perbincangan tentang agihan tugas kepada guru-
guru yang berkaitan pelaksanaan program. Perbincangan berjalan dalam
keadaan harmoni dan berjaya mencapai kata sepakat dalam membuat
20 CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR

keputusan. Selain daripada itu, guru besar mengajak semua guru dan
kakitangan menyumbang idea dan cadangan serta pandangan melalui
brainstorming tentang beberapa isu dan menghadapi secara berpasukan
terutama berkaitan penambahbaikan kurikulum secara kolaboratif. Beliau
juga memberi peluang kepada guru-guru mengemukakan pendapat atau
masalah. Keputusan dicapai berdasarkan kepada kehendak majoriti.

Keputusan yang dibuat oleh guru besar adalah dengan


mengambil kira pro dan kontra mengikut pendapat majoriti ahli mesyuarat
gaya kepimpinan tersebut dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi
kepada guru untuk terus bekerja dengan baik tanpa paksaan. Biasanya
dilakukan dalam Dialog Prestasi, Mesyuarat Post Mortem UPSR dan
penetapan Take Off Value (TOV).

Situasi 2
Guru besar mempamerkan gaya kepimpinan demokratik dengan memberi
ruang kepada semua guru untuk memperbaiki markah prestasi sekiranya
tidak berpuas hati dengan markah prestasi yang telah diberikan pada
penilaian kali pertama oleh pihak pentadbir. Guru-guru boleh berbincang
dengan pentadbir sekiranya tidak berpuas hati dengan markah yang
diberi. Pihak pentadbir akan memberi peluang kepada semua guru untuk
meningkatkan markah prestasi masing-masing semasa penilaian kedua
diadakan.

Situasi 3
Guru besar memastikan mesyuarat dijalankan mengikut agenda yang
ditetapkan dan menerapkan amalan pihak sekolah bekerjasama dengan
pihak luar (PIBG) dalam program sekolah. Beliau membincangkan satu
persatu jawatankuasa yang ada dan menjelaskan bidang tugas. Selain
daripada itu, guru besar turut memastikan sumber kewangan yang ada
mencukupi sebelum pelaksanaan sebarang program. Sehubungan
dengan itu, setiap kali sebelum menjalankan sebarang program, guru
besar meminta agar jawatankuasa terlibat membentangkan sumber
kewangan yang ada untuk program tersebut dan menetapkan jumlah
kutipan dari murid-murid untuk menampung kos. Beliau turut memberi
cadangan agar dapat melakukan perbincangan dengan PIBG untuk
menampung kos yang tidak cukup. Kutipan hanya akan dibuat sekiranya
PIBG tidak dapat menyediakan dana tersebut. Keputusan akhirnya
CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR 21
dicapai apabila ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan
tersebut. Guru besar sentiasa terbuka untuk berunding dengan staf
bawahan, memberi peluang kepada guru-guru untuk memberi pandangan
sebelum mengambil keputusan.

CATATAN PENGALAMAN GAYA


KEPIMPINAN AUTOKRATIK

Amalan Kepimpinan
Pengetua/Guru Besar

Situasi 1
Guru besar menunjukkan ketegasan dalam memberikan makluman
penting dan menyampaikan arahan berkaitan pematuhan dasar semasa
iaitu tatacara pengisian borang PBPPP, pengisian HRMIS dan juga
pengisian markah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Selain
daripada itu, guru besar turut memberi penegasan dan peringatan
kepada guru-guru tentang penulisan buku rekod Rancangan Pengajaran
Harian (RPH). Beliau juga mengarahkan guru-guru menghantar
dokumen penting seperti borang pengisytiharan harta dan surat cuti
sakit mengikut time line yang ditetapkan. Selain itu, guru besar juga
mengarahkan guru yang mencatat minit mesyuarat perlu menyiapkan
minit mesyuarat seminggu selepas mesyuarat diadakan. Bagi mematuhi
arahan pekeliling, guru besar telah memberi arahan kepada guru agar
semua kelas mengibarkan bendera dan menghias bersesuaian dengan
tema kemerdekaan.

Situasi 2
Guru besar turut memberi penegasan kepada guru-guru dalam mesyuarat
guru agar membuat persediaan pencerapan yang akan dilakukan. Beliau
menunjukkan penekanan kepada sikap guru yang perlu menepati masa
dan bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan. Guru besar juga
turut menegur kesalahan segelintir guru tentang masalah kehadiran
ke sekolah, penyediaan buku rancangan mengajar dan perlaksanaan
22 CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR

pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas seperti guru yang


mengajar dalam keadaan duduk sambil memberi arahan kepada murid.
Beliau juga menekankan agar semua guru dapat melaksanakan tugas
dengan baik dan proaktif. Ketegasan beliau menarik perhatian semua
guru memberikan tumpuan yang sepenuhnya di sepanjang mesyuarat
berlangsung.

Situasi 3
Dalam situasi yang berlainan iaitu ketika menangani isu di luar jangka
guru besar telah menunjukkan kesegeraan dalam tindakan setelah
menerima laporan bahawa guru Pendidikan Jasmani pengsan di padang
sekolah. Untuk memastikan keadaan terkawal beliau telah mengarahkan
PK Pentadbiran mencari guru ganti untuk mengajar kelas berkenaan dan
mengarah guru untuk menghubungi waris guru berkenaan.

Situasi 4
Pengetua mengarahkan guru yang bertanggungjawab supaya
memperhalusi semua kertas kerja bagi memastikan keselamatan murid
terjamin untuk mengelakkan sebarang aduan daripada ibu bapa. Beliau
juga sangat tegas memainkan peranan sebagai pemimpin kurikulum iaitu
dengan mengarahkan semua panitia mata pelajaran perlu mempersiapkan
fail panitia dengan memastikan kandungan perlu dimasukkan dalam fail
panitia seperti carta organisasi, minit mesyuarat, perancangan strategik
dan aktiviti terkini.

Situasi 5
Pengetua turut menunjukkan ketegasan dengan sentiasa memberi
peringatan kepada semua guru terhadap beberapa prinsip audit yang
perlu dipatuhi. Semua ahli diminta membentangkan dan menjelaskan
kedudukan dan masalah dalam unit masing-masing di bawah kawalan
mereka. Segala isu berkaitan kewangan diarahkan supaya dibincangkan
untuk penyelesaian.
CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR 23
CATATAN PENGALAMAN GAYA
KEPIMPINAN LAISEZZ-FAIRE

Amalan Kepimpinan
Pengetua/Guru Besar

Situasi 1
Guru besar mempunyai hasrat untuk membawa guru-guru ke arah
perubahan tetapi dengan gaya kepimpinan yang sangat berlembut dengan
guru. Beliau mempengerusikan mesyuarat guru dan membincangkan
tentang beberapa perkara seperti tanggungjawab, disiplin murid, sukan
sekolah dan program-program selepas UPSR serta memberi kelonggaran
kepada guru-guru untuk menyertai aktiviti atau program, dengan tiada
ketegasan dan sikap jati diri guru-guru sendiri sangat rapuh.

“Surround yourself with the best people you


can find, delegate authority, and don’t interfere
as long as the policy you’ve decided upon is
being carried out”
(Ronald Reagan)
24 CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR

RUMUSAN

Perkongsian amalan kepimpinan pengetua dan guru besar


menggambarkan realiti sebenar yang dihadapi oleh pemimpin sekolah
hari ini. Catatan jurnal reflektif ini menjadi secebis panduan buat bakal
pemimpin di sekolah. Ingatlah seorang pengetua dan guru besar
ibarat seorang nakhoda yang akan sentiasa menerima cabaran dalam
memastikan kecemerlangan sekolah. Tiada satu amalan kepimpinan
yang khusus bagi seorang pengetua dan guru besar yang hebat.
Ini kerana menurut Spendlove (2007), kepimpinan adalah proses
mempengaruhi untuk mencapai sesuatu tujuan dan organisasi adalah
sebuah entiti yang memerlukan pengemudi yang akan membantu untuk
mencapai matlamat.

“Kepimpinan bukan bagaimana kita mengatur


orang lain mengikut kita, namun bagaimana
kita mengatur diri ini agar diikuti orang lain”

(Naqoy Nanang Qosim Yusuf)


CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR 25
BIBLIOGRAFI

Abas Haji Awang. (2006). Kepimpinan instruksional. Kuala Lumpur.


Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Avolio, B. J. dan B. M. Bass. (1988). Transformational and Leadership,


Charisma, and Beyond. Emerging Leadership Vistas. J.G. Hunt et
al. (eds)., Lexington, MA: Lexington Books.

Barth, R. (1980). Run School Run . Cambridge. MA, Harvard University


Press.

Barth, R. (1986). On sheep and goats and school reform. Phi Delta
Kappan, 68(4), 293–296.

Barth, R. (1990). Improving Schools from Within. San Francisco. CA,


Jossey-Bass.

Bass, B. M. (1985). Leadership and Performance Beyond Expectations.


New York: The Free Press.

Bennis. W. G. Dan Nanus. B. (2003). Leaders: Strategies for Taking


Charge. New York: HarperCollins Publishers.

Bossert, S.T., Dawyer, D.C., Rowan, B. & Lee, G.V. (1982). The
instructional management role of principal. Education Administration
Quarterly. 18(3): 36-34.

Cuban, L. (1988). The Managerial Imperative and the Practice of


Leadership in Schools. New York. State of New York Press, Albany.

Fullan, M. (2009). Leadership development: The larger context.


Educational Leadership Journal. 67 (2).

Hallinger, P. (2005). Instructional leadership and the school principal: A


passing fancy that refuses to fade away. Leadership and Policy in
Schools Journal. 4: 1-20.
26 CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR

Hallinger, P. (2011). A Review of Three Decades of Doctoral Studies


Using the Principal Instructional Management Rating Scale: A Lens
on Methodological Progress in Educational Leadership. Educational
Administration Quarterly, 47(2), 271–306.

Hallinger, P & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management


behavior of principals. The Elementary School Journal, 86 (2).

Harris, A. (2002). School improvement. London. Routledge Falmer.

Hersey, P., & Blanchard, K. H. (1969). Life cycle of leadership, Training


and Development Journal. 23(2). 26-34.

Hoerr, T. (2008). What is instructional leadership. Educational Leadership


Journal. 65 (4).

Hoy, A.W & Hoy, W.K. (2003). Instructional leadership: A learning-


centered guide. Boston. Allyn and Bacon.

Jabatan Perdana Menteri. (2010). Pelan transformasi kerajaan : Pelan


hala tuju. Putrajaya. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan.

Jamelaa Bibi Abdullah. (2012). Amalan kepimpinan instruksional dan sikap


terhadap perubahan dalam kalangan pengetua sekolah menengah
di Negeri Pahang. Tesis Dr. Fal. Bangi. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Memperkasa kepimpinan


instruksional sekolah. Putrajaya. Bahagian Sekolah, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). FAQs program pembangunan


prestasi sekolah. Lampiran Informasi Am. Putrajaya. Bahagian
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Latip Muhammad. (2006). Kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah-


sekolah Negeri Selangor. Tesis Dr. Fal. Bangi. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
CABARAN NAKHODA: CATATAN JURNAL REFLEKTIF AMALAN
KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR 27
Lambert, L. (1998). Building leadership capacity in schools., Alexandria.
VA: ASCD.

Lambert, L. (2002). A framework for shared leadership. Educational


Leadership Journal. May

Mitchell, C & Castle.J.B. (2005). The instructional role of elementary


school principals. Canadian Journal of Education. 28 (3).

Murphy, J. (2001). The changing face of leadership preparation. School


Administrator Journal. 58 (10).

Spillane, J.P., (2006). Distributed Leadership. San Francisco: Jossey


Bass

Vilsteren, V. (2006). Managing schools towards high performance : linking


school management theory to the school effectiveness knowledge
base London. edited by Visscher. A. Taylor & Francis.

Wee.E.L et al. (2016). NPQEL: Modul asas. Institut Aminuddin Baki.


Enstek. Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like